Wednesday 6 June 2012

Piring Hitam

Piring hitam (juga di kenali sebagai rekod gramofon,rekod ponograf,atau pun rekod)masa aku kecik dulu panggil rekod je.merujuk kepada kepingan bahan audio peranti berekod.ia juga di panggil rekod vinil (in english vinyl)ia terdapat dalam pelbagai versi antara nya ialah :
-yang memuatkan hanya satu atau dua lagu saja, ia dipanggil SP (Single Play)
-memuatkan empat lagu tu ialah dikenali sebagai EP (Extended Play).
-memuatkan lebih dari 10 lagu dikenali sebagai LP (Long Play).
Bagi rekod piring hitam keluaran EMI, Malaysia sahaja:
Initial CHK pada nombor siri bermakna "Columbia Hong Kong", yakni di-press oleh Columbia Records di Hong Kong sana.
Kebanyakan Lagu-lagu Melayu EMI dirakam di bawah label Perlophone Records. Kalau EP,nombor sirinya bermula dengan EGEP (Mulai awal 1970an, dimulai dengan S-EGEP).kalau SP sahaja, mesti dimulakan dengan DPE.kalau untuk LP, ia dirakam di bawah label Regal dengan nombor siri bermula dengan initial S-REG.
sumber : Wikipedia

Piring hitam wujud sejak zaman sebelum perang dunia pertama lagi.pada zaman tu di eropah,hanya golongan berada je yang boleh memiliki pemain piring hitam ni.dan lagu2 yang hanya ada pada masa tu hanyalah lagu2 yang bercorak opera.dan muzik sebegini hanya di dengari dan di mainkan di majlis2 keramaian untuk golongan bangsawan eropah.di Malaysia,piring hitam jugak telah lama bertapak dan menjadi trend di sekitar awal tahun 50an lagi.dan apabila allahyarham Tan Sri P.Ramlee menjadi artis paling terkenal pada masa tu.penggunaan piring hitam semakin popular seiring dengan trend pada zaman tersebut.pada masa tu,bila rekod baru nyanyian P.Ramlee memasukki pasaran,akan laris seperti goreng pisang panas.dan piring hitam juga semakin terkenal pada tahun 60an dan 70an kerana masa tu trend muzik "agogo" "pop yeh yeh" dan "twist" menjadi kegilaan remaja pada waktu tu.antara yang artis terkenal pada masa tu ialah "The Zurah" dengan pemain gitar lagenda Malaysia allahyarham M.Sharif yang memperjuangkan irama pop yeh yeh ni sampai beliau meninggal dunia.selain dari tu lagu dendangan Datuk A.Rahman Hassan yang bertajuk "Tak Mengapa" juga menjadi lagu paling hit pada tahun 60an dulu dan jualan rekod untuk album beliau boleh juga di katakan mencecah ratusan unit.piring hitam untuk album beliau dan M.Sharif telah di ulang cetak beberapa kali.
Aku mengenali piring hitam ni sewaktu aku masih kecil lagi..masa tu arwah ayah aku memang pengumpul tegar piring hitam.antara rekod yang beliau suka kumpul ialah band "Black Dog Bone" The Flybaits" "Alleycats" dan juga artis2 dari luar negara seperti "Boney M" "Abba" dan rekod John Travolta "Saturday Night Fever".sayangnya kesemua koleksi arwah ayah aku ni hilang entah ke mana.dan minat beliau ni aku lah yang menjadi penyambung warisan nya.aku juga ada mengumpul piring hitam lama2 ni..tapi more to rock artis lah.salah satu nya dah tentu lah piring hitam Iron Maiden.dulu,harga piring hitam tersangatla murah,fast forward ke alaf baru ni,harga piring hitam dah makin mahal,kerana dah jadi barangan antik.bayangkan harga untuk sekeping harga piring hitam baru(bukan terpakai) mencecah rm 100++.dan ada juga rekod lama yang susah untuk dapat di pasaran sekarang di jual dengan harga yang tinggi.sebagai contoh,rekod pertama Michael Jackson,di jual dengan harga 1000 dollar amerika..! bayangkan betapa rare nya barang tersebut yang menjadi rebutan di kalangan peminat beliau.
Koleksi aku pun takda la banyak mana.tapi semuanya aku dapat di pasar karat,pasar malam,dan juga kirim dengan kawan2 aku yang berkerja kat Singapore dulu..
         Rekod Deep Purple Stormbringger yang ada lagu berhantu "Soldier Of Fortune"
                     Ep 12' The Cure Never Enough

                     Paling terbaharu ialah yang ni..iron maiden "En Vivo!"

Piring hitam ni perlu di main kan di atas peranti rekod atau di panggil turntable terdapat pelbagai jenis jenama pemain untuk piring hitam ni yang paling popular pada zaman 80an dulu ialah keluaran Jepun dan beberapa jenama lagi dari luar negara.ia terpulang pada jenis pemain rekod ni,kalau nak bunyi yang setanding dengan bunyi cd bolehlah gunakan jenama yang mahal dan terbaharu.dan sebenarnya bunyi yang keluar dari piring hitam ni lah yang terbaik lagi sedap bunyinya berbanding cd.ni lah rupa pemain piring hitam atau turntable ni..
dan turntable yang terbaharu di keluarkan sekali  siap dengan kabel USB dan juga boleh di mainkan dengan cd .
                            antara yang terbaharu siap boleh burnkan ke cd sekali.

Aku percaya,bebudak sekarang ni memang tak tau apa tu piring hitam,apa tu kaset dan juga katrij,ada antara mereka ni yang belum lahir lagi.dan ini adalah salah satu dari lipatan sejarah dunia muzik.kalau takda benda ni,takkan wujud cd,mp3,ipod dan bermacam2 gadget yang ada sekarang ni.tak sepatutnya piring hitam ni di lupakan..syarikat2 pemuzik dan syarikat rakaman sepatutnya mengeluarkan lagi jualan piring hitam ni untuk pasaran di Malaysia ni.dan aku juga meneruskan legasi arwah ayah aku dulu,dengan mengumpulkan piring hitam ni sikit2.dan aku juga berharap,piring hitam ni takkan hilang di telan zaman walaupun di kategorikan antik..
                                           cara2 membuat piring hitam

23 comments:

  1. Saya ada piring hitam ni byk sgt kt rmh .. So igt nak jual . Michael Jakson , mary jane girls , dr.alban , janet jackson , en vouge , fine young cannibals , king kurlee , black machine , salt n papper , banyak lg ..all english song . Sekeping RM150 keatas .Kalau berminat blh cll saya . Sara 0129075433

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry,, mahal...!!! sila pergi ke ipoh untuk mendapatkan piring hitam semurah rm15 sekeping..

      Delete
    2. Ipoh kat mana? Boleh share location?

      Delete
  2. very nice post bro...
    sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Rafi. Tolong whatsapp sat. Nak tanya pasal turntable 0194172434

    ReplyDelete
  4. ipoh kat 'LOKIN' pasar karat terbesar malayisa. bukak 7-2 petang ahad setiap minggu. tengah pekan ipoh

    ReplyDelete
  5. Saya ada jual piring hitam p.ramlee dan noormadiah tajuk bersama dipetik dari filem kipas hikmat very rare rm650 harga boleh runding..... whatsapps 0138714354.... Email .... Zazaking1997@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Maaf tumpang tanya. saya nak cari pemain piring hitam... yang baru. ape brand yang ade dan berapa kos dia... dan kat mana saya boleh beli player tu? thank u.

    ReplyDelete
  7. Salam, sy ada nak jual piring hitam ni, sesape tau berapa lingkungan harga untuk sekeping piring hitam ni. Ayie - 010-2322023

    ReplyDelete
  8. sapa ada piring hitam mau jual RM15.00 boleh e.mail saya
    sabtumislee@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Sesiapa ada player nak jual ....atau piring hitam boleh sms saya 0173412686

    ReplyDelete
  10. Sesiapa ada player nak jual ....atau piring hitam boleh sms saya 0173412686

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. sy ada nak jual piring hitam..jamal abdillah thn 80an..cndition tiptop..msh didalam plstic dan sarung krts.autogrft pn ada..peing htm artis lain pn ada..brminat sila wshup sya d no 0194455676

    ReplyDelete
  12. vinyl lp record outer sleeves for sale...
    request for a sample before ordering...
    COD is available...
    whatsapp 0165181183

    ReplyDelete
  13. siapa ada nak jual pemain piring hitam....berapa harga nak jual

    ReplyDelete
  14. Salam mana nk dpt pemain piring hitam saiz dulu2... Area perak

    ReplyDelete
  15. Siapa nak beli piring hitam the beattles.. Saya ada 3 album .

    ReplyDelete