Tuesday 30 September 2014

Somewhere In Time 28 Years

Semalam atau hari ini (kalau ikut waktu barat) ialah ulang tahun album Iron Maiden "Somewhere In Time" yang ke 30 tahun.album yang di riliskan pada 29 september 1986.

versi piring 1st press dan versi cakera padat


piring hitam


versi reissue 2013


piring bergambar reissue 2013


The record also marked a change for Iron Maiden, as it was their first to use synth, although this style was expanded on with their next release, Seventh Son of a Seventh Son, which used keyboard synthesisers instead. This was also their first studio album not to be released a year after their previous one, with the band insisting that they have more time "to get it right without hurrying for a change," comments Harris. It was also one of their most expensive records, with the bass and drums recorded in the Bahamas, the guitars and vocals recorded in The Netherlands and the mixing taking place in New York.
-Wikipedia

Sehingga kini,lagu 'Alexander The Great' la yang paling epik dan paling best dalam album ni.selain 'Wasted Years' dan 'Deja Vu'.kerana album ini dan album "Powerslave" yang di kenalkan oleh abang2 aku la yang aku terus minat kat Iron Maiden sampai sekarang..
Pernah cerita pasal album ini 2 tahun yang lalu Kat Sini

Monday 29 September 2014

Falsafah Sahabat

*Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. sebab itu persahabatan yang jujur adalah salah satu dari tangga kejayaan

*Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap menjadi sahabat orang

*Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu itu adalah sahabatmu

*Kesenangan hidup akan memperbanyakkan teman, tetapi persahabatan yang setia adalah ketika menempuh kesukaran

*Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat sebelum dikatakannya. Dan engkau menunaikan permintaannya sebelum dimintanya.

*Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang

*Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah ditanya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, selidikilah apa sebab dia susah

*Jika engkau memberikan sesuatu kepada sahabatmu, ia ibarat engkau memeberikannya kepada diri sendiri

*Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.

*Teman yang ’ berudang di balik batu’ ibarat anjing di tepi jalan, yang ditujui hanyalah tulang yang akan dilemparkan, bukan tangan yang melemparkan tulang itu

*Cemburu perempuan kepada perempuan, akan memutuskan tali persahabatan

*Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, itu petanda umurmu telah lepas dari zaman bercinta

Semua kata-kata di atas adalah daripada tokoh ilmuan terulung dan juga penulis hebat iaitu HAMKA

Its great to have YOU,my great friends ;)



Saturday 27 September 2014

Ranjau Sepanjang Jalan (1983)


Antara "classic art movie" yang terbaik pada aku.walaupun filem ini di terbitkan ketika aku budak2 lagi dan pernah menontonnya suatu ketika dulu,tetapi bila menonton filem ini di waktu dewasa ni baru lah kita faham akan  cerita di sebalik kisah 'Ranjau Sepanjang Jalan' ini.

Filem ini di adaptasikan dari karya novel penulis terkenal Shahnon Ahmad,di bintangi oleh pelakon hebat seperti Sarimah,Melisa Saila,Ahmad Marbawi,Ahmad Mahmud,Puteri Salbiah dan Marlia Musa (bini sifu M.Nasir)
Filem ini mengisahkan tentang kemiskinan dan perjuangan keluarga petani yang mempunyai 7 orang anak hanya mencari rezeki mengerjakan sawah padi,ceritanya memang kedengaran tak berapa menarik,tapi kalau sesiapa yang pernah menonton filem ini mesti akan rasa sedih punya..filem ni menjadi antara filem yang top pada tahun 1983,dan pernah menyertai beberapa festival filem di luar negara dan pernah memenangi beberapa anugerah.

Sehingga ke hari ini,produsernya memang tak mahu karya ini di terbitkan dalam bentuk dvd atau di siarkan di televisyen,kerana bimbang akan di cetak rompak,kali terakhir filem ini di tayangkan di tv kalau tak silap pada awal 90an.pada anda yang tak pernah berpeluang menonton filem ini,boleh baca novelnya..memang terbaik.antara khazanah filem melayu 'art' yang dah jadi klasik sepanjang zaman.

Aku buat entri ni kerana pengarah filem ini iaitu Allahyarham Datuk Jamil Sulong yang telah meninggal dunia semalam.thanks for the beautiful art..semoga roh nya di cucuri Rahmat Allah SWT
AL FATIHAH.

Thursday 25 September 2014

Max Cavalera - My Bloody Roots (Part 3)

Untuk bahagian pertama dan kedua boleh tengok SINI dan DI SINI



Penubuhan Soulfly yang di asaskan oleh Max menggunakan idea kreatif Max,tiada anggota tetap,cuma menggunakan pemuzik undangan yang betul2 profesional dan memberikan komitmen 100 peratus terhadap muzik yang di hasilkan.antara pemuzik yang pernah bermain untuk Soulfly seperti Logan Mader (gitar) Dino Cazares (gitar) Roy Mayorga (drum) Marc Rizzo (gitar) Tony Campos (bass) Joe Nunez (drums) David Ellefson (Megadeth- bass) dan anak Max sendiri Zyon Cavalera (drums) Max juga suka menjemput penyanyi2 hebat dalam dunia metal untuk berduet dengan beliau dalam setiap album Soulfly antara penyanyinya seperti Burton C.Bell (Fear Factory) Alex Newport (Fudge Tunnel) Fred Durst (Limp Bizkit) Chino Moreno (Deftones) Corey Taylor (Slipknot) Mike Patton (Faith No More) Tom Araya (Slayer) dan David Vincent (Morbid Angel)
Konsep album terawal Soulfly seperti album Sepultura 'Roots' tetapi mereka kembali kepada akar Thrash Metal  dengan album "Dark Ages"album ini sebenarnya melambangkan kesedihan Max dengan kehilangan sahabat baik beliau gitaris Dimebag Darrel dan kematian cucu beliau iaitu Moses (jangan tak percaya pada ketika ini Max dah ada cucu)



Selepas 10 tahun Max sukses bersama Soulfly,tanpa di sangka,pada satu hari pada tahun 2006,Max dapat panggilan telefon dari Igor.dalam keadaan sedih bercampur gembira,Max dan Igor kembali bersatu mengegarkan scene thrash metal dunia dengan lahirnya "Cavalera Conspirasy"Igor juga cerita selepas Max tinggalkan Sepultura,beliau menghadapi tekanan yang panjang ketika bersama Sepultura,dengan perangai Andreas dan Derrick (penyanyi baru Sepultura)Igor bertahan kerana sayangkan Sepultura kerana band tu di tubuhkan atas idea Max dan beliau sendiri.bak kata pepatah,buang yang keruh ambil yang jernih Cavalera Conspiracy juga sukses dan terkenal di seluruh dunia..



Max juga cerita yang beliau dulu memang seorang akoholik,setiap hari dan paling banyak beliau minum selepas atau sebelum waktu konsert.tetapi beliau berjaya juga mengurangkan tabiat buruk beliau tu.ada juga cerita yang boleh di katakan lawak dalam buku ni antaranya :

-Max pernah merakamkan kembali lagu dari Motorhead iaitu "Orgasmatron"(album Sepultura Arise) ketika tour Sepultura bersama Motorhead,Max pernah meminta izin pada Lemmy untuk menyanyikan lagu tersebut dan duet bersama Lemmy,tapi Lemmy cakap takmau dan tak benarkan Sepultura nyanyi lagu Orgasmatron sewaktu live (biasala Lemmy dengan perangai rockstar dia memang tak peduli siapa pun)sehingga ada sessi fotografi bersama majalah Kerrang!,Max secara tak sengaja telah muntah kat baju Lemmy,lagi la orang tua tu angin!..heheh..Max dan Sepultura juga penah mendajalkan Motorhead ketika Motorhead sedang beraksi di pentas.sehingga Lemmy betul2 anti dengan Max ni.tetapi selepas Max keluar dari Sepultura,beliau pernah berjumpa Lemmy secara peribadi dan meminta maaf padanya dan Lemmy juga melahirkan rasa simpati pada Max atas apa yang berlaku (kematian anak tirinya Dana dan di singkir dari Sepultura)Lemmy juga memberikan kata2 perangsang pada Max untuk meneruskan kehidupannya sebagai pemuzik.

-Max juga secara tak sengaja pernah muntah kat baju Eddie Vedder (Pearl Jam) ketika mereka melepak dalam tour bus sewaktu tour bersama,tapi Eddie tak marah,malah menjadi sahabat baik sehingga ke hari ini.

-Ketika tour Sepultura di Indonesia pada tahun 1992,ketika sampai di Surabaya,mereka telah di jemput oleh pihak berkuasa Indonesia dan telah soal siasat.mereka di soal muzik jenis apakah kumpulan Sepultura ini,dan yang lawaknya mereka di minta beraksi di depan pihak berkuasa tersebut seperti mereka beraksi di pentas,dan Andreas melakukan headbanging sambil bermain gitar,yang lawaknya mereka kata pihak berkuasa Indonesia bertepuk tangan dan melepaskan mereka.sehari sebelum konsert bermula,mereka telah di jemput oleh jutawan paling kaya di Indonesia yang merupakan peminat Sepultura dan bermain kesemua setlist lagu yang akan mereka mainkan ketika konsert secara private di villa mewah jutawan tu.

-Sepultura juga pernah bermusuh dengan Slayer,kerana Slayer mengenepikan nama mereka untuk tour di Amerika,maka terjadi la 'perang mulut' yang panjang antara Kerry King dan Max yang kutuk mengutuk antara satu sama lain dalam majalah2 metal.

-Sehingga ke hari ini Max memang tak reti nak solo gitar.Max cakap kalau letak pistol kat kepala dia pun suruh dia solo memang dia tak tau.

Dan Max juga berpesan,pada band2 yang ghairah sangat nak ada album sendiri,jangan hampiri segala jenis dadah seperti kokain,heroin,crystal dan segala jenis dadah baru.ini katanya akan menghancurkan masa depan band itu sendiri.apa yang penting berkarya dan meningkatkan mutu muzik sesuatu band itu sendiri.
Overall buku ni memang terbaik,Max tidak malu untuk menceritakan keburukan diri dan kesalahan lampau yang beliau lakukan kata beliau untuk di jadikan iktibar untuk peminat metal di luar sana agar berpijak di bumi nyata dan sentiasa merendah diri..

Pada peminat Max dan Sepultura kena beli dan baca buku ni..memang terbaik!

Monday 22 September 2014

Queensryche - Operation : Livecrime (1991)

Crime of the century..




Nak dapatkan boxsetnya memang takda harapan la..ini pun memang nasib terjumpa kat Amcorp pada hari sabtu lepas.di sebabkan dvd nya pun memang susah nak jumpa kat sini,dapat yang versi cd ni pun kira ok lah..antara album live tahun 1991 yang dah lama aku idamkan..



Setlistnya pun memang sama dengan album Operation : Mindcrime rilisan tahun 1988.berbanding dengan album Mindcrime At The Moore,aku lagi suka versi yang ini,muziknya heavy dan tight.yela,lagi pun masa ni diorang semua muda lagi ya tak?kalau sesapa pernah tengok versi Livecrime ni kat Youtube mesti tau.permulaan lagu  dengan tayangan drama animasi yang nurse tu cakap "sweet dreams..you bastard" sampai la pada lagu "Suite Sister Mary" yang Pamela Moore keluar pakai baju putih tu.time ni diorang duet suara kedua2nya memang powerful.








Cerita pasal album ni pun pernah aku buat sebelum ni,tapi kalau nak detail pasal cerita  konsep album Operation Mindcrime boleh jenguk kat blog abang Deaf kita Kat Sini.

Walaupun dah lebih 26 tahun Operation :Mindcrime di hasilkan,cd ini lah antara cd yang aku dengar tanpa skip keseluruhan lagu nya.sekarang ni pulak layan versi Livecrime,memang sedap sound live era tahun 91 ni..
Untuk mereka yang nak tau apa itu progresif rock dan 'concept album' (cerita dalam lagu seperti menonton filem)album ini adalah pilihan yang tepat untuk di dengar.


Friday 19 September 2014

Lucy (2014)



Sebelum filem ini di tayangkan,pihak TGV Cinemas telah menayangkan klip lagu Negaraku dan meminta semua penonton berdiri,(sempena bulan merdeka ini) kesemua penonton berdiri termasuklah ada sekumpulan pelancong asing dari Jepun yang ikut sama berdiri sehingga lagu Negaraku ini habis di mainkan..(respek kat diorang ni,tau hormat bila datang negara orang,bukan sesetengah dari warga Malaysia ni yang tak reti hormat lagu negara sendiri)

Filem ini merupakan filem terbaru dari pengarah filem yang bercorak aksi terkenal dari Perancis iaitu Luc Besson (The Transpotter, Nikita,The Professionals,Yamakasi,Kiss Of The Dragon)tapi filem arahan beliau kali ini agak unik,bercirikan sci-fi action thriller yang agak menarik walau ceritanya agak tak logik..heheh..

Pasal tak mau spoiler mungkin ada antara rakan2 atau pembaca blog yang belum lagi menonton movie ini,tapi siapa yang biasa menonton lakonan aksi Scarlett Johansson seperti dalam filem Iron Man 2,The Avengers dan Captain America 2,pasti akan suka dengan filem ini,juga ada Morgan Freeman (peminat tegar King Diamond dia ni) antara pelakon terbaik yang pernah memang Oscar.

Overall filem ni pada aku oklah pasal ianya bergenrekan sains fiksyen,tapi yang paling lawak pada aku ialah endingnya..nak tau kena tengok sendiri..heheh..

*3/5


Tuesday 16 September 2014

Deep Purple - Perfect Strangers (1984)

Atas permintaan abg Deaf dan juga kebetulan album ini menyambut ulang tahun yang ke 30 pada hari ini..



Tapi ini lp versi Taiwan pressing lah..




Antara album kegemaran aku,di riliskan pada 16 september 1984,yang juga di perkenalkan oleh abang2 aku.pada aku ini adalah album paling best Deep Purple,dengan line up klasik era "Mark II".sapa yang tak kenal Ritchie Blackmore,Ian Gillan,Roger Glover dan Jon Lord ni kan? Deep Purple juga la yang membawa aura rock sehingga ke sini sehingga demam rock mula melanda pada awal 80an dulu selain Iron Maiden.

line up klasik 'Mark II'


lirik


gambar2 masa zaman muda



Deborah Frost of Rolling Stone gave it a review of two out of five stars, remarking that "the material consists of hastily knocked-off jams". The review also stated that "Blackmore's Strat has such a great roar that you're willing to just let it reverberate in your eardrums for a bit. And it's nice to hear Jon Lord's synthesized organ squalls, Ian Paice's electrifying drumming, Ian Gillan's howls and whispers and Roger Glover's solid bass lines once again."
-Wikipedia


piring gelap




side one made in Taiwan






Lagu2 dalam ni semuanya best,takda satu pun yang tak best.pada aku antara banyak2 album Deep Purple,album ini la yang merupakan 'killer album'.lagu 'Perfect Strangers' Hungry Daze' 'Knocking At Your Back Door' dan lain2 nya memang best lah..personal fav aku dah tentu nya 'Wasted Sunsets' lagu ni kalau layan time petang2 memang syahdu..heheh..
Nak cerita panjang pasal album ni pun ramai yang dah tau.tapi sesapa yang hanya kenal Deep Purple ketika era Steve Morse,kena dengar album ni.antara album hard/progresif rock terbaik dalam sejarah rock dunia.
Happy birthday 'Perfect Strangers!'

p/s : Selamat Hari Malaysia dan juga selamat bercuti pada warga Malaysia pada hari ini..

Monday 15 September 2014

Max Cavalera - My Bloody Roots (part 2)

Sambungan cerita dari buku Max Cavalera.part 1 bole tengok Kat Sini



Selepas sukses dengan album "Chaos A.D", Max dengan geng Sepultura yang lain berhasrat merakamkan album terbaru yang berakar umbi kan muzik tradisional Brazil.apa yang menarik,Sepultura bersama Gloria dan penerbit album "Roots' telah pergi ke dalam hutan Brazil untuk bersama puak asli Brazil untuk merakamkan album ini.mereka menghabiskan masa selama seminggu di dalam hutan tersebut bagi mendapatkan feel muzik yang di mainkan bersama2 dengan puak asli Brazil ni.ironinya,walau tinggal jauh di dalam hutan,ada antara puak asli Brazil ni kenal dan tau siapa Sepultura dan pernah mendengar muzik bawaan Sepultura.bagi mendapatkan feel tersebut kesemua ahli Sepultura dan penerbit album 'Roots' telah mengenakan cat berwarna merah di badan masing2,antara syarat yang perlu di patuhi oleh puak asli tu..

Max masa kecik.pun dah nampak ganas..heheh


gambar mak Max,nenek dia dan atok dia

Album 'Roots'  yang di riliskan pada 20 febuari 1996 mendapat tempat ke 4 di UK Charts,dan tempat ke 27 di Billboard US.untuk rakaman album kali ini Paulo Jr.telah di paksa oleh Max dan penerbit Ross Robinson supaya beliau sendiri yang memainkan track bass (kalau untuk rakaman album Sepultura yang lepas kesemua track bass kadang di mainkan oleh Max atau Andreas).pada ketika ini,Andreas (pemain gitar utama)dah mula menunjukkan perangai kuku besinya.Ketika tour Roots di UK hanya beberapa jam sebelum konsert bermula,Max dan Gloria mendapat berita tentang kematian anak tiri Max iaitu Dana.(Dana merupakan orang yang paling rapat dengan Max)konsert Sepultura pada hari itu terpaksa di batalkan,Max dan Gloria terus terbang pulang ke Amerika atas ikhsan jet peribadi Sharon Osboune (bini Ozzy)



Sehari selepas pengebumian Dana,Max telah di panggil oleh ahli Sepultura yang lain untuk meeting.Max minta supaya tour Sepultura di tangguhkan sebab beliau dan Gloria masih lagi bersedih di atas kematian Dana,tetapi ahli Sepultura yang lain berkeras mahukan tour di teruskan.Andreas yang mula menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri (termasuk Igor,pada ketika ini hubungan Max dan Igor mulai rengang) memberi kata dua pada Max,untuk bersama Sepultura tanpa Gloria (kerana diorang tanak Gloria jadi manager Sepultura lagi)atau pun beliau sendiri keluar dari Sepultura.Max akhirnya memilih untuk meninggalkan Sepultura walaupun sebenarnya band tu di tubuhkan dan nama Sepultura sendiri dari idea beliau.selepas dari insiden tersebut,Max terus putus hubungan dengan Igor selama 10 tahun lamanya.
Pada ketika Max masih lagi bersedih dengan keadaan yang belaku,Max menyepikan diri sehinggalah lahirnya idea beliau untuk menubuhkan Soulfly...

Nanti la sambung lagi..penat la nak menaip panjang2..

Friday 12 September 2014

Raining Blood (Tori Amos & Slayer)

Versi Tori Amos..agak janggal bila dengar pada mula nya..


 


In 2001, the song was covered by Tori Amos on her studio album Strange Little Girls. The cover of "Raining Blood" was suggested by bassist Justin Meldal-Johnsen, who told Amos that she "had tried pretty much every other genre of music, from rap to new wave to punk to country to pop, why not some metal?" Meldal-Johnsen chose the album Reign in Blood, and after listening to it, Amos agreed to make a cover version of "Raining Blood". King states the cover was odd; "It took me a minute and a half to find a spot in the song where I knew where she was. It's so weird. If she had never told us, we would have never known. You could have played it for us and we'd have been like, 'What's that?' Like a minute and a half through I heard a line and was like, 'I know where she's at!'" In response, Slayer sent some T-shirts to Amos, which she said was appreciated.


Versi original jugak yang best..






p/s : lagu setan menyetan pun artis pop dah cover..heheh..seriously,versi Tori Amos tak sedap.

Thursday 11 September 2014

Metallica Vinyl Reissues

Agaknya memang dah jadi trend bagi tahun 2014 ni semua band2 terkenal dunia meriliskan semula album2 klasik mereka dalam bentuk vinyl (piring hitam).kesemua album2 klasik Led Zeppelin,Kiss,(kesemua rilisan semula ini harganya memang murah,ada yang tak sampai rm 100 dan ada yang rm100++ sikit)Motorhead juga Guns n Roses (aku baru dapat vinyl Appetite For Destruction dan Use Your Illusion II)dan juga Iron Maiden akan meriliskan semula album2 klasik 80an 180g Black Vinyl dari acuan asal master tape analog Maiden.Deaf Angel pernah cerita pasal vinyl tu kat sini :
http://deaf-angel.blogspot.com/2014/08/black-heavyweight-180g-vinyl-at-last.html

Dan Metallica juga tak terkecuali,setelah menubuhkan Blackened Recordings pada tahun 2012,kesemua hakcipta lagu,produksi dan segala macam yang berkaitan dengan Metallica telah di miliki sepenuhnya oleh Blackened Recordings ini,dan sekaligus telah mengakhiri kerjasama dengan Warner Music sejak tahun 1994 dulu.pada tahun ini juga Metallica telah mengumumkan rilisan semula kesemua album2 Metallica dari album Kill Em' All hingga ke Death Magnetic dalam bentuk piring hitam.


Pada tahun 2008 dulu,pihak Warner Music pernah meriliskan edisi 45rpm vinyl Metallica,dan juga rilisan biasa 33rpm album2 terawal Metallica,tetapi ramai peminat vinyl komplen yang rilisan dari Warner Music ni sound agak terlalu tenggelam,berbanding dengan rilisan dari Elektra/Megaforce/Music For Nations/Vertigo (di katakan kesemua rilisan dari keempat2 record label tersebut soundnya sedap)aku teringin juga nak memiliki versi Elektra atau pun Vertigo,tetapi harga yang di tawarkan (di Mudah.my)memang tak masuk akal.terpaksa la aku membatalkan niat aku tu..

Rilisan semula Vinyl Metallica di bawah label Blackened Recordings :

August 25th 2014 releases:
“Master Of Puppets“
“Metallica” (self-titled ‘black album’) (2xLP)
“Load” (2xLP)
“Reload” (2xLP)
“St. Anger“
“S&M” (3xLP)
“Garage, Inc.” (3xLP)

September 16th 2014 releases:
“Kill ‘Em All”
“Ride The Lightning“
“…And Justice For All” (2xLP)
“Death Magnetic” (2xLP)

Load,Reload,St.Anger dan S&M tu aku rasa takyah la..cuma yang aku nak Black Album,dan Kill Em'All je lah..kalau nak di ikutkan yang sebenarnya aku cuma nak kumpul the first four album tu je,pasal era tu memang betul2 era Thrash Metal Metallica.(Kill,Ride,Master,Justice)

Dan harap2nya kesemua vinyl Metallica di bawah label Blackened Recordings ni soundnya tak macam rilisan Warner Music.eh,lupa nak tampal gambar jap..



Baru sampai petang tadi dari JB (Embrace Records) Master Of Puppets under label Blackened Recordings..belum sempat nak putar lagi,pasal harini kerja sampai malam..nanti aku cerita macam mana sound dia..heheh

Cerita pasal vinyl Metallica Blackened Recordings boleh baca kat sini :
http://koshermetal.wordpress.com/2014/07/25/everything-you-need-to-know-about-metallicas-blackened-recordings-vinyl-reissues/

Monday 8 September 2014

CRK - Anugerah LP (1990)

Sesekali melayan rock jiwang/leleh/cintan/lentuk/kapak/kangkang/syahdu..heheh..















lirik




makcik-makcik (kalau zaman ni dulu masih minah rock) masih ingat tak makcik2 semua kat lagu ni?heheh..



LP nya.ok la good condition,bunyi pun clean takda scratch.unlce joe pun kira murah2 je ngan aku




senarai lagu side 1





side 2


Band ni dulu wujud masa dah penghujung zaman rock kangkang sebenarnya,masa tu pun kebanyakkan band hanya rock pada imej je..rambut panjang,kasut legan (betul ke ejaan aku tu?)tapi lagunya semuanya mendayu2 dan meleweh.salah satunya yang terkena tempiasnya ialah band CRK ini..
Album sulung mereka ini di terbitkan oleh gitar hero Man Kidal dan penolong penerbitnya Arab.lagu2 nya pun banyak hasil ciptaan Arab,Man Kidal dan juga beberapa nama yang agak terkenal dalam industri muzik era 90an dulu seperti Yan,Allahyarham Loloq,Awang BPR,Wan Zul (yang pernah menaik kan nama kumpulan Iklim dulu) dan juga Aidit Alfian yang sehingga sekarang masih lagi aktif mencipta lagu.

Lagu yang paling popular dahulu dan masih lagi di mainkan di radio sehingga sekarang ialah "Cita Dan Airmata" ciptaan Aidit Alfian.

Nak cerita lebih2 pasal band ni pun aku taktau sangat,cuma yang aku tau,pemain gitar CRK ni ialah Sham,bekas pemain gitar kumpulan Wings (album Belenggu Irama)tapi keseluruhan lagu dalam ni kira so - so je lah,cuma takda lagu yang heavy,yang ada cuma hard rock je la sikit.yelah masa tu semua muzik rock dah jadi rock cintan maut punya,sehingga wujudnya 'new wave of cintan maut' dengan band2 yang nama nya semua bermula dari huruf 'S'..you name it..heheh.. :p

p/s : pemain bass dia yang baru2 ni kata nak kawin dengan penerbit filem Raja Azmi tu kan?





Friday 5 September 2014

Powerslave 30 Tahun

Perasan kat FB page Metal Hammer dan kebetulan Berteromber pun ada cerita pasal album Iron Maiden Powerslave Kat Sini (sementara nak tunggu rilisan semula rekod2 Maiden nanti kan)

versi piring hitam dan cd






piring versi US press





piring versi reissue 2013




piring bergambar reissue 2013 side A




Side B


Tahun 1984,pada 3 September,rilisnya album ini,album heavy metal UK yang berjaya menjajah Amerika dengan terma "New Wave Of British Heavy Metal" atau dengan singkatannya NWOBHM.tahun 1984 juga masa tu aku masih lagi budak hingusan (baru sekolah darjah 2 je pun)tapi kerana abang aku yang seorang ni dulu penah beli kaset versi lanun Powerslave dan Somewhere In Time,dari situ la aku baru kenal Maiden dan Eddie...dulu memang aku suka tengok mascot Eddie tu dalam pelbagai gaya dan versi,tak penah rasa takut pun..heheh..

Tshirt rock pertama yang aku pernah dapat dan pakai ialah Powerslave juga (tahun 1988,aku darjah 6,tshirt tu beli kat pasar kemboja dengan harga rm 5 hasil kumpul duit belanja sekolah)menyebabkan bebudak kelas aku yang minat Desire (band rock kapak dari Kelantan tu)mula memandang serong kat aku pasal aku layan rock omputih..heheh..masa tu pun sebenarnya aku belum betul2 minat dengan Maiden sebenarnya,sehinggalah member sekelas aku sorang ni nyanyi lagu '2 Minutes To Midnight' tu sambil dengar kat walkman beliau,dari situ aku dah mula suka Iron Maiden..dulu aku sebut 'iran maiden'..heheh..

Ok,pasal album ni pulak,lagu2nya memang best kesemuanya seperti 'Aces High' 2 Minutes To Midnight' 'Flash Of The Blade'(aku suka bunyi intro gitarnya) lagu instrumental 'Losfer Words (Big 'Orra)','Powerslave' dan juga lagu paling epik dalam album ini yang berdurasi selama 13:42 saat iaitu 'Rime Of The Ancient Mariner' antara lagu terbest yang peminat Maiden mesti tau.

Kenangan aku dengan Powerslave dan 'firaun Eddie' sehingga ke hari ini,rekod Powerslave kerap juga aku putarkan kat turntable aku..terima kasih jugak kat abang aku (sampai sekarang still lagi simpan rambut panjang) kerana memperkenalkan aku kat Iron Maiden ini..



Thursday 4 September 2014

Ayam Black Metal?






tengok dagingnya pun hitam..ini baru betul black pepper chicken..heheh


*Semua gambar di cilok dari geekologie.com

Ayam hitam selalunya di kaitkan dengan ilmu/alam mistik  di seluruh nusantara (Malaysia,Indonesia,Thailand)selalunya ayam hitam ni memang menjadi buruan pengamal ilmu mistik.pernah juga sewaktu aku kecik dulu dengar cerita yang berkaitan dengan ayam hitam ni.antaranya seperti di gunakan untuk upacara 'tarik duit' la,santau la,dan pelbagai lagi perkara mistik yang lain (menyekutukan Allah Swt adalah salah satu dosa besar..ingat tu).
Tapi ayam yang ni memang agak unik,dari kulitnya sehingga daging kesemuanya berwarna hitam.ayam ini hanya boleh di temui di Indonesia je.di Indonesia di panggil sebagai 'Ayam Cemani'.kalau di sini memang ada ayam hitam,tapi tak sehitam ayam cemani ini..

Apa pun ini adalah sebahagian dari keistimewaan ayam hitam Indonesia yang memang susah nak jumpa kat tempat lain,sehinggakan kelompok Black Metal Norway pun rasa tergugat dengan kemunculan ayam hitam ni..heheh...

*Mungkin lepas ni geng2 Black Metal Norway akan guna ayam hitam pulak sebagai mascot menggantikan kepala kambing?

Untuk info lebih pasal ayam ni boleh jenguk sini :
http://geekologie.com/2014/09/rare-all-black-chickens-even-have-black.php

Wednesday 3 September 2014

The Prince (2014)



Filem yang bergenrekan gengster thriller yang baru di tonton masa cuti merdeka tempohari..

Walaupun ia nya di barisi oleh pelakon hebat seperti Bruce Willis (Die Hard) John Cusack (2012,Con Air) Jason Patric (Speed 2) dan pelakon/penyanyi Korea iaitu Rain,tetapi menonton filem ini seperti menonton filem B grade je..tiada apa yang menarik,malah boleh di jangka jalan ceritanya..Antara sebabnya aku teringin nak nak tengok kerana kesemua pelakonnya hebat dengan filem box office masing2.

Kisahnya simple,mengisahkan tentang Paul (Jason Patric) seorang bekas gengster/pembunuh upahan dan bapa tunggal yang mengusahakan bengkel kereta telah kehilangan anak perempuan kesayangannya yang telah di culik oleh musuh lama beliau dalam dunia mafia iaitu Omar (Bruce Willis).ini menyebabkan Paul meminta pertolongan rakan baiknya dan juga bekas mafia yang bernama Sam (John Cusack)untuk menjejaki anak perempuan Paul yang telah di culik.yang selebihnya tak payah la aku nak cerita,korang semua mesti dah tau kesudahannya..

Babak lakonan Rain (sebagai orang kanan Bruce Willis) juga kurang dan tidak menyerlah berbanding filem Ninja Assassin lakonan beliau sebelum ini,babak pertarungan beliau dan Jason Patric juga hambar.aku terus tekan button 'stop' setelah Bruce Willis kena tembak dengan Jason Patric.sebab terlalu kecewa sangat dengan stail pernceritaan dalam filem ini yang terlalu hambar.
Tapi pada peminat Bruce Willis nak tonton movie ini,boleh je,cuma pada aku filem ini memang amat2 mengecewakan..

1/5*