Wednesday 28 March 2012

Mata Nafsu

"Allahumma inni audzubika min fitnatin nisaa".Maksudnya : 'Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari fitnah wanita.'seorang kawan aku mengajarkan doa ni kepada aku.ia memaparkan bahwa doa tersebut merupakan perisai ampuh bagi lelaki di saat melihat wanita yang membuatnya tergoda.nafsu sentiasa bergelodak apa lagi saat godaan muncul di depan mata.perkara menundukkan nafsu itu memerlukan kreativiti dan kebijaksanaan.saat manusia melihat apa yang di haramkan oleh Allah SWT.maka boleh jadi ia tergoda oleh bisikan syaitan dan pandangan liar dan haram menjadi pintu masuk maksiat yang lebih besar.
Meskipun hanya sekilas pandang,namun bila tidak segera di tundukkan maka pandangan akan menyerang fikiran dan membuat jiwa gelisah.bila tak mampu di tundukkan,maka nafsu akan mendorong untuk diri melakukan maksiat.
Allah SWT mencegah pandangan liar di kalangan Mukminin,baik lelaki maupun wanita.dalam Surah An-Nur ayat 30,Allah SWT berfirman : "Katakan lah kepada laki-laki yang beriman,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya;yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".pada ayat 31 Surah yang sama,Allah SWT pun memerintahkan hal yang sama kepada kaum wanita,yakni menahan pandangan dan mejaga kemaluannya.

Bahkan,Rasulullah SAW pun mencegah sahabat secara langsung begitu tak mampu menundukkan pandangan..Alkisah,salah seorang sahabat bernama Al Fadhi bin Abbas sedang berdiri di samping Rasulullah SAW saat berhaji.lalu datanglah seorang wanita ke arah Nabi Muhammad SAW untuk bertanya tentang suatu hal..AL Fadhi melempar pandangan kepada wanita tersebut,dan wanita itu melihat kepadanya.saat Rasulullah SAW mengetahuinya,maka Baginda memalingkan wajah Al Fadhi ke arah lain agar terhindar dari dosa.(Hadis Muttafaq Alaihi,Bulughul Maram Hadis 732)
Rupanya.kemunculan maksiat tak melihat tempat dan suasana.dalam kondisi Haji dan berdiri di samping Rasulullah SAW sekalipun,pandangan liar berpotensi dosa juga muncul.sebaiknya kita cuba ambil bahagian dalam perintah Allah SWT dan RasulNya ini,menundukkan pandangan,itulah latihan yang perlu kita lakukan.meski pun anda belum mengetahui maksud dan manfaat dari menundukkan pandangan seperti yang di perintahkan,namun yakinlah bahawa kebaikkan itu akan terpulang kepada diri anda.paling tidak doa kita mendapat ijabah,solat kita khusyuk,sujud dan tadharru kita akan bermakna.
Sebab Rasulullah SAW bersabda,"setiap Muslimyang melihat kecantikkan seorang wanita pada kali pertama kemudian ia berusaha untuk menundukkan pandangan nya maka pasti Allah akan menggantikan untuknya ibadahyang dapat ia rasa kan kenikmatannya"(HR Ahmad).bila anda ingin mendapati kekhusyukan serta kenikmatan beribadah kepada Sang Khalik,maka mulailah melakukannya dari sesuatu yang kecil,yakni mengawal mata nafsu atau menundukkan pandangan.

Tuesday 27 March 2012

Metallica - Garage Inc. (1998)

Album yang telah di riliskan pada tahun 1998 ni adalah kesinambungan dari album The $5.98 E.P.: Garage Days Re-Revisited yang pernah Metallica riliskan pada tahun 1987 dulu.album ni mengandungi 2 cd yang mana pada cd pertama adalah rakaman lagu "cover" terbaru dari band2 dan artis2 yang telah menjadi inspirasi dalam muzik Metallica sepanjang karier mereka di dalam dunia muzik.kebanyakkan nya adalah dari band2 "New Wave Of British Heavy Metal" dari England yang banyak memberikan impak kepada anggota2 Metallica.
 Juga terdapat artis undangan dalam album ni yang merupakan kawan2 rapat anggota Metallica seperti Pepper Kennan dari Corrosion Of Comformity,Jerry Cantrell dan Sean Kinney dari Alice In Chains,Jim Martin dari Faith No More,John Traveller dari band Blues Traveller,Les Claypool dari Primus dan Gary Rossington dari band otai Lynyrd Skynyrd.selain tu cd ni di datangkan sekali dengan "booklet" yang menceritak kan sejarah heavy metal dan bagaimana muzik NWOBHM memberi impak dan pengaruh ke atas Metallica
                                              Motorhead punya story pun ada
                                              Eh,ada pakcik King Diamond laa..
Sebanyak 10 rakaman terbaru dari set cd yang pertama..lagu2 yang di cover oleh Metallica dalam cd pertama ni ialah :
1.Free Speech For The Dumb (Discharge)
Sebuah lagu nyanyian asal dari kumpulan Punk Discharge,lagu ni pada asal nya lagu Punk yg di beri nafas baru oleh Metallica dalam acuan Heavy Metal.
2.It's Electric (Diamond Head)
Sekali lagi lagu Diamond Head di cover..sebelum ni Metallica pernah juga cover lagu Diamond Head yang bertajuk "Am I Evil".Diamond Head adalah band kegemaran Lars Ulrich (Drummer).
3.Sabbra Cadabra (Black Sabbath)
Lagu cover dari Black Sabbath.Metallica juga mempunyai hubungan yang amat rapat dengan anggota2 Black Sabbath ni.
4.Turn The Page (Bob Seger)
Lagu asal sebenarnya adalah lagu yang bercorak "country" tapi di olah balik jadi lagi best.James Hetfield cakap ni adalah lagi favorite beliau.dan beliau juga pernah cakap,kalau boleh dia nak cipta lagu yang macam Bob Seger ni buat.lagu ni juga adalah lagu kegemaran aku..mengisah kan suka duka mengharungi kehidupan kat dunia ni..
5.Die,Die My Darling (The Misfits)
Lagu ciptaan Gleen Danzig ni merupakan lagu berbunyi Punk yang sebenarnya.lagu ni mengisahkan seorang lelaki yang kena tinggal ngan awek dia,dia harap sangat bekas awek dia tu cepat mati..hehe
6.Loverman (Nick Cave And The Bad Seeds)
Lagu yang berentak Modern Rock yang pada asal nya muzik Nick Cave ni ialah "southern rock"
7.Mercyful Fate (King Diamond)
Antara trek favourite aku Metallica medley kan semua lagu2 dari album Mercyful Fate pada tahun 83-84 antara lagu yang di medleykan ialah "Satan's Fall", "The Curse Of The Pharoah","A Corpse Without a Soul","Into The Coven" dan "Evil".
8.Astronomy (Blue Oyster Cult)
Juga lagu terbaik dalam list aku.lagu2 dari band Blue Oyster Cult ni memang best2 suma nya..antara band kegemaran aku jugak.
9.Whiskey In The Jar ( Thin Lizzy)
Lagu yang berentak southern rock ni macam dengar album Metallica "Load" dan "Reload" agaknya Metallica ambik sikit stail muzik Thin Lizzy ni kot?
10.Tuesday's Gone (Lynyrd Skynyrd)
Lagu ni di main kan secara live bersama pemuzik undangan yang aku ceritakan tadi.lagu yang berentak ala2 Blues ni pun bole tahan jugak la.
11.The More I See ( Discharge)
Lagi satu lagu dari band Punk Discharge yang di cover oleh Metallica..aku tak suka sangat lagu ni.

Disc 2 ;
Lagu2 dari cd ke 2 ni adalah dari rakaman tahun 1987 dahulu.
The $5.98 E.P.: Garage Days Re-Revisited (1987)
1. Helpless (Diamond Head)
2.The Small Hours (Holocaust)
3.The Wait ( Killing Joke)
4.Crash Course In The Brain Surgery (Budgie)
aku pernah citer pasal band Budgie ni dulu..boleh tengok kat blog aku yang lepas.
5.Last Caress/Green Hell (Misfits)
Pada penghujung lagu ni Metallica ada memainkan sedikit lagu Iron Maiden yang bertajuk "Run To The Hills" dan Iron Maiden respond lagu ni dalam B Side cover dari lagu "Montrose" dengan tajuk "Space Station No.5"
6.Am i Evil (Diamond Head)
Lagu favourite aku dan lagu ni penah jugak band2 rock kapak Malaysia ni ciplak sikit2 lagu ni.
7.Blitzkrieg (Band Blitzkrieg)
Lagu ni pun aku suka jugak.memang berbunyi ala2 Judas Priest dan Iron Maiden
8.Breadfan (Budgie)
9.The Prince (Diamond Head)
10.Stone Cold Crazy (Queen)
Metallica juga meminati Queen dan cover lagu ni.
11.So What? (Anti Nowhere League)
Lagu yang asalnya adalah lagu Punk dan lirik lagu ni penuh dengan carut marut dan caci maki..hehe
12.Killing Time (Sweet Savage)
Lagu Killing Time ni adalah lagu dari band dan gitaris yang boleh di kata kan lagenda jugak iaitu Vivian Campbell yang pernah join band Def Leppard.

Motorheadche (Hero Of The Day Singles 1995)
Metallica memainkan kesemua lagu Motorhead ni secara live ketika hari jadi Lemmy Kilmister (penyanyi/pemain bass Motorhead)pada sambutan hari jadi Lemmy yang ke 50.Metallica juga memakai pakaian seperti anggota2 Motorhead di zaman muda nya pada malam tersebut.lagu2 yang di mainkan ialah :
Overkill
Damage Case
Stone Dead Forever
Too Late Too Late
Kesimpulannya,walaupun Metallica dah terkenal di serata dunia..tetapi mereka tak pernah lupa pada pemuzik2 yang pernah menjadi sumber inspirasi mereka..dan mereka jugak tidak rasa malu untuk memberikan penghormatan pada idola2 mereka ni..

Thursday 22 March 2012

Muhasabah Diri part 4 : Istidraj

Mungkin ramai di kalangan kita tidak memahami istilah “istidraj”. Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.
Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.
Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.
Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.
Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.
Persoalannya, adakah mereka yang diberikan kemewahan dunia dianggap manusia istidraj? Begitu juga yang diberikan kuasa dan pengaruh. Adakah mereka yang berpangkat besar dianggap istidraj?
Jawapannya, tidak sama sekali. Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada Allah. Sebaliknya mereka yang menggunakan kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat ke jalan Allah, pasti beroleh kejayaan di dunia serta akhirat.
Lihat sahaja para sahabat Rasulullah SAW. Ada di antara mereka diberikan kekayaan yang melimpah ruah antaranya, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Abdul Rahman Auf.
Mereka semua dianggap golongan berada. Siapa tidak kenal Abu Bakar yang juga merupakan khalifah Islam pertama dan seorang usahawan berjaya.
Ketika mudanya beliau berjaya mengumpulkan 40,000 dirham iaitu hasil daripada perniagaannya tetapi tidak pernah leka dengan kekayaan itu.
Semasa menjadi khalifah Islam pertama, Abu Bakar tidak pernah sekalipun menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk kepentingan diri atau keluarganya kerana beliau amat takut dengan azab Allah.
Abu Bakar merupakan pemimpin hebat yang tidak ada tolok bandingnya dan meninggal dunia dalam keadaan beliau membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah.
Berbalik kepada istidraj, manusia derhaka adalah mereka yang tidak mahu menunaikan suruhan Allah dan sering melanggar larangan-Nya.
Mereka enggan menunaikan kewajipan sebagai hamba dan lebih malang, gemar memperlecehkan hukum agama. Mereka juga cenderung melakukan maksiat dan menzalimi orang lain.
Golongan ini akan jauh daripada hidayah Allah. Mereka langsung tidak patuh dengan suruhan Allah.
Mereka enggan bersolat dan mereka terlalu sayangkan harta hingga mengingkari suruhan menunaikan zakat walaupun mereka diberikan pelbagai bentuk kemewahan.

Mereka diberikan segala kenikmatan tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat. Golongan ini sanggup menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kepentingan sendiri. Mereka tamak dan tidak pernah mensyukuri nikmat.
Rasullullah SAW pernah bersabda: “Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
Firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 182 yang bermaksud: “Dan orang yang mendustakan ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak ketahui.”

Satu lagi Firman Allah iaitu dalam surah Al-An’am ayat 44 yang bermaksud: “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan).”“Dalam surah Al-A’raaf ayat 182 tafsir Ibn Kathir ada menyatakan manusia istidraj akan menaiki tangga dan akhirnya sampai ke tangga paling akhir.
“Apabila berada pada kedudukan itu mereka masih mahu menaiki satu lagi anak tangga tetapi malangnya mereka akan jatuh kerana tiada lagi anak tangga selepas itu ,”
Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal. Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka mengingkari Allah.
Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina
“Ingatlah semua pemberian tersebut adalah bersifat sementara kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan ingatlah Allah berkuasa menarik segala-galanya dalam sekelip mata,”

Wednesday 21 March 2012

Artwork

Selain muzik,cover album juga memainkan peranan untuk menarik perhatian peminat muzik untuk membeli sesuatu album tu..kadang2 lagu dalam album best tapi cover album tak menarik,begitu la sebalik nya..macam aku,aku suka complete package.lagu dalam album tu best dan kulit album atau artwork tu menarik perhatian.salah satu album yang dah tentu aku ada dah semestinya album2 Iron Maiden.mascot Iron Maiden iaitu "Eddie" memang dah famous dan boleh di katakan lagenda juga dalam dunia heavy metal dunia.ni adalah antara album artwork kesukaan aku,dan ada juga yang aku beli album nya..
                                         Toxic Holocaust - Hell On Earth(2005)
Band Thrash Metal 80an dari US ni dah gunakan zombie untuk di jadi kan album cover mereka.masa tu movie pasal zombie dah mula menular kat US kot.apa pun artwork album ni memang cantik.

                                      Anthrax - State Of Euphoria (1988)
salah satu dari nostalgia jugak cover album ni..pasal masa ni aku sekolah rendah lagi..abang2 aku la yang kenalkan kat aku muzik keras ni..dan abang aku dulu ada tshirt Anthrax ni.antara album terbaik dalam list heavy metal kat US.

                                                 Def Leppard - Pyromania (1983)
Kumpulan glam/hard rock Def Leppard ni pun salah satu nostalgia masa aku kecik.band ni jugak abang2 aku yang introducekan kat aku.lagu terbaik dalam album ni : "Too Late For Love" dan "Photograph" lagu terbaik Def  Leppard sepanjang zaman.aku ada album ni dalam versi piring hitam.

                                            Sodom - Agent Orange (1989)
Album ni keluar masa aku dah sekolah menengah.album terbaik dari lagenda Thrash Metal German dan album terakhir bersama gitaris Frank Blackfire.beliau keluar dari Sodom lalu menubuhkan band Kreator.ni pun terpengaruh dengan abang aku jugak la ni..pasal abang aku ada T-shirt dia dulu..hehe..aku pun ada juga beli tshirt ni tapi tak pakai pun..hehe.
Dan 2 artwork album yang paling2 aku suka seiring dengan muzik nya sekali ialah ni haa..
                                        Iron Maiden - Be Quick Or Be Dead Singles (1992)
 Singles ni di riliskan pada waktu berlakunya skandal politik dan rasuah di England pada masa tu.sekali tengok orang akan fikir hantu nak cekik ahli korporat tu.tapi yang sebenarnya ialah mascot "Eddie" tu cekik ahli korporat tu kerana beliau marah dengan senario di England pada waktu tu..gejala politik wang dan rasuah.apa pun ni memang antara cover album paling aku minat.dan lagi 1 ialah yang ni..
                                       Iron Maiden - Maiden Japan live at japan (1981)
Masa aku kecik dulu selalu nampak brader2 rock pakai tshirt ni.dulu. aku tak tau napa hantu ni pegang pedang samurai..rupa2nya Iron Maiden dah buat konsert kat Jepun.artwork ni memang aku suka,Eddie dengan pedang samurai nya. nama Maiden Japan ni sebenar nya Maiden perli Deep Purple dengan album Made In Japan nya.masa tu mungkin diorang tak suka Deep Purple kot?hehe..cover ni jugak antara artwork Iron Maiden yang paling aku suka.
bila senilukis dan seni muzik di gabungkan memang akan jadi seni yang paling berjaya..

Monday 19 March 2012

Konspirasi Yahudi

Aku baru je beli buku ni..belum sempat nak baca pun.buku ni aku beli masa aku balik JB tempoh hari..nanti ada masa aku review lah.aku ada dapat fakta tentang yahudi ni kat satu forum yang aku baca semalam.boleh baca kat bawah ni..
Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin - sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel…

1. KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah.

2. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya - segi tiga betul dan terbalik - membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

3. YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.

4. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin).

5. KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion yang mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah.

6. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

7. BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain.

8. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.

9. KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy’ia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal.

10. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu.
Antara yang diselewengkan: “Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kan’an dan tidak akan memberi kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja. Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu punmilik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim.


Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah: “Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat.
Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan
usaha menjaganya terus menerus dan abadi”.

11. DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah
melancarkan operasi ’sapu bersih’ ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah:

- 13 Disember 1947 - Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878)diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.


- 1 Januari 1948 - kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.

- 9 - 10 April 1948 - dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

- 11 Julai 1948 - Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.


- 15 - 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel yang mati dalam koma.

-Dec - 18 Dec 2008 : Perang ke atas Gaza, lebih 1300 orang syahid dan 7000 lagi cedera parah dalam konflik berdarah menentang Pergerakkan Pejuang Hamas dan Briged Izzudin al Qassam.

"Dia menurunkan golongan ahli kitab (kaum yahudi)yang membantu tentera2 musuh dari benteng mereka.dan Dia memasukkan perasaan gerun ke dalam hati mereka.sebahagian daripadanya kamu bunuh,dan sebahagian lagi kamu tawan" Surah Al Ahzab.ayat 26

Sunday 18 March 2012

Iron Maiden "En Vivo!"

Iron Maiden has unvieled the limited edition picture disc vinyl of live soundtrack En Vivo! live album as recorded at Santiago,Chile in front of 50,000 fans at Estadio Nacional Santiago Chile during "The Final Frontier World Tour 2011"

damn..cant wait to have this..it will be released at the end of this month..
"eddie,what took you so long?"

Saturday 17 March 2012

John Carter

This movie i've watch it last sunday at Singapore.got 2 days off from my work,going back to my hometown Johor Bahru.last time i'm going to Singapore was 2 years ago.just "jalan-jalan",because i dont have alot of Singdollar for shoping..hehe..i've watch this movie at the legendary Shaw Brothers theater at Orchard Road.part of the Malay's filmaker history..
In the world of science fiction there is rarely such thing as an original idea. Even Avatar, Star Wars and Star Trek are heavily influenced by pop sci-fi culture from decades before their conception. this is why films such as Christopher Nolan's Inception are so highly regarded in cinema, because it is truly something that has never been seen before. so what exactly were James Cameron, George Lucas and their contemporaries drawing from in the creation of their elaborate universes set "a long time ago in a galaxy far, far away"? the answer for many of these directors is Edgar Rice Burrough's "Barsoom" series of pulp science-fiction novels. while these may seem rather cheesy to us today, these novels have helped to shape the imagination of many a film pioneer.
Disney's "John Carter" is based off of the first book in Burrough's series, "A Princess of Mars" (which incidentally was written exactly 100 years ago in 1912). the story begins with Civil War veteran John Carter as he hunts for a hidden cave of gold in the Arizona mountains. during a run in with Apache Indians he is accidentally transported to Mars, or "Barsoom" as the natives call it, when he comes across mysterious otherworldly technology in this cave. while on Barsoom he is captured by the indigenous alien species called Tharks and due to the gravitational difference, discovers his incredible advantage in running, jumping and overall strength- quickly gaining respect from their leader Tars Tarkas. when the Tharks capture the rogue princess Dejah Thoris during a battle, Carter becomes sucked into the conflict between Dejah's city of Helium and the ravaging machine city of Zodanga, led by the powerful Tardos Mos, who intends to marry Dejah and take over all of Barsoom. The only hope for Barsoom lies in the aid of John Carter, who joins with the princess's cause and unifies the Tharks and Helium to stand against the forces of Zodanga.




 As confusing as this story might seem, it is actually surprisingly easy to follow on screen thanks to director Andrew Stanton's impeccable directing. he balances story and character development very well, telling the audience no more than we need to know at a given time, and allowing us to learn the characters and situations as we go. The plot of "John Carter" is indeed a beast to handle! While the story itself isn't anything new, it always adds an added dimension when you have names of people and places that tend to bleed together in their ridiculousness. despite chuckle-worthy names, the actors behind these characters deserve recognition. Taylor Kitsch (from Friday Night Lights fame) does a fine job as titular John Carter, and Lynn Collins, while a bit forced at times, is a likable Princess Dejah. the role I thought really stood out was Willem Dafoe as Thark leader Tars Tarkas. it truly takes good acting to bring an animated character to life, and I found myself laughing out loud at things Tarkas said, and actually enjoying the presence of an animated character in a live action film for once.The animation is one aspect of John Carter that lacked a bit. while locations and machines were incredible (Zodanga seemed like something out of a Miyazaki movie) the character animation was a bit, shall we say, cartoony? granted, much of this work came from Pixar. however, as I pointed out above, this really didn't matter as much due to the solid acting jobs of Dafoe, Thomas Haden Church and Samantha Morton. if character graphics detracted at all from my enjoyment of the film, then the action sequences more than made up for it. scenes like the arena battle with a white ape and a speeder chase through the city of Zodanga especially stand out. i didn't see the film in 3D but i imagine that these scenes would have been enhanced by added depth.
So if u already watch "Avatar" and love sci fi movies,u may love this movie also..

Friday 16 March 2012

Cinta

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.soal cinta adalah soal hati. ia juga soal jodoh. manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.soal hati tiada undang-undang. apatah lagi paksaan.sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Cinta dari definisi aku : amat memedihkan..Adoiyai..pesal la jiwang sangat pepagi buta nih?hishh...


Love Hurts -Nazareth
 Love hurts, Love scars, Love wounds and mars
Any heart not tough or strong enough
To take a lot of pain, take a lot of pain
Love is like a cloud, it holds a lot of rain
Love hurts, Ooo-oo Love hurts

I'm young, I know, But even so
I know a thing or two - I learned from you
I really learned a lot, really learned a lot
Love is like a flame It burns you when it's hot
Love hurts, Ooo-oo Love hurts

Some fools think of happiness, blissfulness, togetherness
Some fools fool themselves, I guess
They're not foolin' me
I know it isn't true I know it isn't true
Love is just a lie made to make you blue
Love hurts, Ooo-oo Love hurts

Solo

I know it isn't true I know it isn't true
Love is just a lie made to make you blue
Love hurts, Ooo-oo Love hurts
Ooo-oo, Love hurts Ooo-oo


Thursday 15 March 2012

Buku

Aku takda mood nak buat entri malam ni..tapi tadi ada bebual2 dengan sahabat lama kat FB,beliau ada bercerita tentang buku sejarah tentang pahlawan islam..dan salah satu buku yang beliau dah baca ialah buku ni..

Salahudin Al Ayubi adalah pahlawan islam yang terkenal dan cukup di geruni oleh tentera2 salib.buku ni kata sahabat aku tu,merupakan kisah riwayat hidup beliau.aku pun memang dah lama cari buku ni..tengok la esok kalau ada free time aku nak pegi kedai buku cari buku ni..terima kasih kepada sahabat mohamed faried kerana suggestkan buku ni kat aku..buku ni di terbitkan pada tahun 2007,dan di tulis oleh Abdul Latip Talib.

Wednesday 14 March 2012

Harum Sundal Malam


Bunga harum sundal malam..napa ia di namakan sedemikian?kerana bunga ni hanya mekar dan berbau harum pada waktu malam.bunga harum sundal malam ni di percayai berasal dari Amerika tengah dan nama saintifik nya adalah Polianthes tuberosa.aku pun tak tau kenapa bunga ni di namakan sedemikian rupa.boleh di kaitkan dengan nama "sundal" pulak kan..bunga ni juga walaupun kecik,tapi bila malam ia akan mengeluarkan bau yang sangat kuat dan wangi.

Bunga ni memang popular di seluruh nusantara hinggakan penerbit filem Suhaimi Baba ada mengeluarkan movie yang bertajuk Pontianak Harum Sundal Malam.dan di ceritakan juga pada zaman dulu bunga ni selalu di gunakan untuk tujuan mistik dan untuk ilmu hitam.pertama kali aku dengar nama bunga ni aku jadi hairan,napa bunga ni di namakan Sundal Malam eh?aku pernah jumpa bunga ni masa aku stay kat satu resort kat Terengganu dulu.pekerja resort tu yang bagitau aku ni la bunga sundal malam.dia cakap kalau malam bunga ni mekar dan mengeluarkan bau yang harum.so,malam tu aku cuba cium bau bunga ni..memang wangi.bau dia je dapat di hidu dalam jarak lebih kurang 50 meter la..memang kuat bau dia,sampai kan meremang bulu roma aku bila hidu bau bunga ni..pasal aku teringat cerita Pontianak Harum Sundal malam tu..hehe.nasib baik la time tu aku tak keseorangan,kalau tak takut jugak aku..hehe.
Bunga ni menjadi semakin misteri dan seram bila aku dengar macam2 orang cakap pasal bunga ni mesti di kaitkan dengan hantu,pontianak,etc.hehe..macam2 mitos yang aku dengar tentang bunga ni,selain tu bunga ni pun ada jugak ceritanya dalam movie Hong Kong aku lupa tajuknya tapi ada nama Whitetube Rosa pun nama bunga harum sundal malam ni jugak.
baru2 ni aku ada terbaca satu forum kat internet tentang bunga ni akan di kormersialkan.dan ada juga peminat2 bunga (sudah tentu nya perempuan)yang sibuk mencari benih harum sundal malam ni untuk di tanam di rumah.bunga ni juga ada terdapat di bangunan2 pejabat dan juga lobi2 hotel kat Malaysia ni.mungkin kerana bau nya yang harum pada waktu malam untuk menyegarkan udara di sekitarnya kalau dari segi saintifiknya.walaupun nama nya bila dengar kadang boleh meremangkan bulu roma,tetapi sebenarnya bunga ni bagus kalau kita kaji dari segi saintifik.takyah lah nak fikirkan pasal tahyul,mitos tentang bunga ni..walau nama nya nampak macam "sundal" tetapi bunga ni dah menjadi lagenda di seluruh nusantara.so lepas ni tak payah la kita nak takut lagi dengan bunga ni..bila dengar je nama bunga ni,kita jadi takut dan seram..bunga ni tak berdosa dan takda kena mengena dengan hantu jembalang pun.buang semua fikiran tahyul dan karut tu..

Bunga melati indah bertaut,
Sundal malam harum menyengat;
Benarkah hati sudah terpaut,
Siang malam nama teringat.

Tuesday 13 March 2012

The Walking Dead Season 1


Sebelum ni drama bersiri yang aku suka layan ialah Heroes,tapi di sebabkan lama sangat nak tunggu Heroes season yang terbaru ni keluar,aku pun layan la drama ni..yang sebenarnya The Walking Dead dah keluar season yang ke 2 pun..tapi kerana belum habis lagi tayangan nya di tv,aku nak cerita yang season 1 punya dulu.drama ni sebenarnya adalah adaptasi daripada grafik novel hasil tulisan dari pada Robert Kirkman,Tony Moore dan juga Charlie Adlard.di terbit dan di arahkan oleh Frank Darabont seorang pengarah yang pernah menghasilkan filem yang paling banyak memenangi oskar,iaitu "The Shawshank Redemption".siri ini telah bersiaran di US pada 31 oktober 2010 yang lalu dan juga di tayangkan di siaran tv Malaysia.siri ini menjadi paling hit dalam sejarah kerana di tonton oleh lebih 6 juta orang penonton hanya di US sahaja.
Dan pada yang tak tau,ni adalah drama bersiri kisah Zombie atau pun mayat hidup.memang betul dah terlalu banyak filem2 dari US yang bercorak zombie ni,tapi drama bersiri ni lain daripada yang lain..bukan saja menceritakan kisah zombie,tetapi menceritakan juga konflik antara mangsa2 yang terselamat dari serangan zombie tersebut.

Sinopsis :
Mengisahkan seorang sheriff bernama Rick Grimes yang cuba memberkas penjenayah yang akhirnya beliau telah di tembak oleh penjenayah tersebut dan menyebabkan beliau mengalami koma yang agak lama,apabila beliau telah sedar dari koma yang agak panjang,beliau mendapati hanya dia je yang tinggal keseorangan di hospital tersebut..ini menyebabkan beliau bingung dan menjadi tanda tanya kenapa hospital tersebut takda orang dan keadaan di kawasan situ menjadi lengang.dia akhirnya mengetahui selepas teserempak dengan seorang mangsa yang terselamat dari keadaan huru hara tersebut.seluruh kawasan di  bandar itu telah di serang oleh zombie..dan Rick juga mendapati anak dan isterinya telah hilang dan menjadi tanda tanya sama ada isteri dan anaknya masih hidup atau sebaliknya.Rick akhirnya mengambil keputusan untuk ke Atlanta,di mana beliau dapat informasi dari mangsa yang terselamat mengatakan mungkin anak dan isteri nya masih hidup dan tinggal di pusat kuarantin di Atlanta.
Di tempat kuarantin atau pun zon selamat di Atlanta isteri Rick yang bernama Lori dan anaknya Carl,yang terselamat dan bersembunyi bersama mangsa2 yang selamat yang lain dan juga kawan baik Rick iaitu Shane Walsh..Shane yang dah menganggap kawan baiknya Rick tu dah mati,mula menaruh hati kepada Lori,dan berlakunya konflik antara Shane dan Lori.keadaan bertambah rumit bila Lori dah mula menaruh hati kat Shane,Rick akhirnya muncul di zon selamat tersebut.ini menyebabkan Shane mula menjadi tak tentu arah dan cuba untuk membunuh Rick demi untuk merebut cinta dari Lori..
tu lah antara sinopsis yang boleh aku ceritakan serba sedikit..apa kesudahannya?korang kena la tengok sendiri..hehe..pada aku drama ni ok la,tidak hanya menceritakan pasal zombie je semata2,tetapi ada juga menceritakan tentang kasih sayang,semangat setiakawan,dan juga tekanan pada survival yang terselamat.memang drama ni tak boring,boleh layan walau pun ceritanya ada mcm ala2 movie "Dawn Of The Dead"..gaya penceritaan dan plot yang tersusun,tak hairan lah drama ni boleh menjadi hit di US.pada yang tak penah tengok drama ni,memang aku syorkan try la tengok..memang best.dan dengar citer The Walking Dead season 2 makin ada banyak zombie dan ada banyak adengan berdarah dan zombie yang semakin ganas..!

**(boleh layan)

Monday 12 March 2012

Kompleks Bebas Cukai Johor Bahru

Pada sesapa yang pernah berkumjung ke JB dan yang tak pernah datang JB,kalau rasa2 nak makan angin ke jb ni,jangan lupa singgah kat sini..kat sini adalah syurga bagi kaki shopping..sebabnya?barang2 kat sini semua bebas cukai.dan tempat ni memang selalu di kunjungi warga dari Singapore dan orang2 dari Batam,Indonesia.kawasan kompleks ni pun memang strategik,memang dekat dengan terminal feri Stulang Laut dan kawasan persisiran pantai Stulang Laut yang cantik..kesempatan aku bercuti kat sini selama 2 hari,aku datang jenguk kat sini..memang dah lama aku tak datang sini.dulu time keja kat jb kalau gaji je memang selalu jugak la aku ke sini.
                                                      pintu masuk The Zon
Shopping kompleks bebas cukai ni nama nya The Zon.memang ramai pengunjung la terutama nya pada hari minggu.kat sini kalau nak barang apa je memang murah lah..sebab bebas dari cukai.bagi yang bukan islam memang suka datang sini sebabnya arak di sini memang murah.tak sama dengan harga di kedai biasa.bagi yang merokok,kat sini pun harga rokok lebih murah berbanding harga di kedai biasa.tapi aku nak bagitau,kalau beli rokok berkarton2 tu,pandai2 la korang sembunyikan kat dalam kereta korang.sebabnya bila korang keluar je dari kompleks ni,kereta korang akan di periksa oleh pihak Kastam Di Raja Malaysia.kalau diorang periksa ada rokok,terpaksa la korang kena bayar cukai jugak kat kastam tu..so pandai2 la korang la kalau tanak kena bayar cukai..hehe.
                                                    bahagian dalam The Zon

dalam kompleks ni ada la 4 tingkat kalau tak silap aku..ada bahagian baju,bahagian hadiah dan minyak wangi..lupa aku nak bagitau,minyak wangi kat sini harga nya memang jauh berbeza dengan kat KL.memang murah sikit pasal dah tak kena bayar cukai kan.sesapa yang peminat minyak wangi tegar tu boleh la datang borong minyak wangi kat sini..heheada bermacam2 jenis dan bau yang terdapat kat seksyen minyak wangi,tapi sori la aku tak dapat nak ambik gambar,pasal dah kena sound dengan promoter2 kat situ tak bole nak ambik gambar.dan lagi 1 ialah bagi peminat coklat..kat sini berbagai jenis coklat kegemaran semua ada.dengan harga yang lebih murah dari biasa..
                                        antara kedai coklat yang aku jenguk
best ooo..masuk sini..aku pun rambang jugak taktau coklat mana 1 yang best.last2 aku beli coklat Kinder Bueno dengan coklat Mars.sebenarnya aku cari coklat KitKat,tapi kedai yang jual tu tutup pulak kata nya under construction.yang ada 2 kedai je yang tinggal.memang best la masuk kedai ni.masuk je kedai ni bau coklat.terus rasa lapar..hehe..
gambar dalam kedai coklat ni sebenarnya aku curi2 snap guna phone SonyEricsson aku..pasal budak kedai tu dah cakap tak boleh ambik gambar..pasal dia nampak aku tengah pengang compact camera aku...ni la coklat Kinder Bueno yang ada orang kirim kat aku haritu.kalau dia tengok ni mesti rambang biji mata dia..hehe..nasib baik la gambar ni tak pecah..terima kasih kat SonyEricsson aku.selain dari tu ada juga jual coklat yang tak halal yang di perbuat dari alkohol..tapi memang tak boleh beli la..tu untuk yang bukan islam je..ada lagi 1 kedai yang aku suka jenguk jugak dulu..kedai jual Zippo tapi tak sempat nak jenguk pasal tak cukup masa..dulu aku pun suka juga kumpul Zippo atau lebih mudah di panggil lighter ni..
kena snap jauh2 takut orang marah..hehe..kedai tu memang macam2 jenis Zippo ada..dulu selalu jugak la aku kumpul,skang ni kumpul pun asek hilang je kena kebas ngan member2 aku..nanti lah..next time bila aku balik jb lagi.bole la singgah beli zippo kat sini..atau ada orang nak hadiahkan Zippo kat aku?hehe..
so,kesimpulannya,kalau korang rasa nak datang jb ni,sediakan la duit lebih sikit..kalau tak pegi ke Singapore pun takpa,korang boleh juga shopping kat sini..pun puas hati juga.harga pun murah kerana bebas cukai..
ok,balik time..kereta pun penuh dengan kereta warga Singapore je kat sini. time nak keluar dari sini pun petang semalam,hujan dan mula turun..terima kasih kepada best fren aku incik Syamsul kerana sudi meluangkan masa beliau keluar dengan aku semalam.nanti bila aku balik jb lagi kita keluar melepak lagi ya incik kadok.time aku buat entri ni pun aku dah ada kat KL dah ni..ada masa aku nak datang sini lagi shopping..hehe.

"terima kasih dan selamat tinggal negeri berdaulat hujung tanah
kasih ku pada mu takkan berubah,hingga kita bertemu lagi hujung tanah Tanjung Puteri"..

Saturday 10 March 2012

Iron Maiden - The Final Frontier Mission Edition CD

Aku sekarang ni berada di Johor Bahru pulang bercuti pasal abang aku ada buat kenduri tahlil dan doa selamat di rumah baru nya..sementara nak tunggu malam dan badan aku pun tengah letih pasal sampai JB je pagi tadi dalam pukul 5.30 pagi tadi ni,aku update jap la..dah berapa hari tak update ni..tadi selongkar almari aku yang banyak simpan cd2..aku teringat lak cd ni yang aku beli pada tahun 2010 yang lepas.cd limited edition ni adik aku yang belikan kat Singapore dulu.demam Iron Maiden "The Final Frontier".
 
                                              mission edition cd
Di keluarkan dalam bentuk yang macam tin ni.ni adalah versi terhad.kira sapa cepat dia dapat lah..tapi yang tak bagus nya versi tin ni mudah kemik.bagus lagi yang versi biasa tu.ni adalah album paling hit pada tahun 2010 yang lalu..kerana berjaya menjuarai carta dalam senarai album paling laris.album ni hit no.1 di UK,US,Canada,negara2 di Amerika Latin dan juga seluruh Eropah.

Lagu2 di dalam album ni pun bole tahan hebat jugak.secara peribadi,aku meminati lagu "The Final Frontier","El Dorado","Coming Home","Starblind","The Talisman" dan "When The Wild Wind Blows".


Dalam cd ni jugak ada bonus extra access.takda dalam album versi biasa.untuk access apa yang ada dalam cd ni kena masuk website maiden untuk tengok apa yang ada dalam bonus cd ni..so, bila aku bukak apa yang ada ialah :
Filmed band footage
Wallpapers
Iron Maiden Photos
Iron Maiden game,Mission II : Rescue And Revenge
The Final Frontier Video ( Directors Cut)
Wallpaper,photo suma bole di download untuk di jadi kan screensaver dan wallpaper untuk pc korang.ok la untuk versi mission edition ni.

yang belakang ni pulak senarai tajuk lagu dalam album ni..lagu2 yang best dengan solo gitar dari "3 Amigos" iaitu Andrian Smith,Janick Gers,dan Dave Murray.lepas ni tunggu versi piring hitam pulak.hehe..

Saturday 3 March 2012

King Diamond - Conspiracy

Selain dari cerita seram yang selalu kita tengok di layar perak,dalam cabang muzik juga mempunyai cerita..pernah tak korang dengar sesuatu album dari artis kegemaran korang menyanyi sambil bercerita di dalam lagu tersebut?kisah fantasy,seram ataupun hantu.itu lah di panggil "konsep album".di barat,album2 sebegini telah lama di buat oleh pemuzik sana terutama dalam aliran muzik keras atau di panggil heavy metal ni..dan antara konsep album yang pernah menjadi hit dan berjaya adalah "Iron Maiden - Seventh Son Of a Seventh Son","Queensryche - Operation Mind Crime" dan juga King Diamond "Them" dan Conspiracy..

Album ni yang telah di riliskan pada tahun 1989 adalah  sequel atau pun sambungan dari album King Diamond yang terdahulu bertajuk "Them".mempunyai jalan cerita yang menarik seolah2 kita sedang menonton filem seram bertaraf Hollywood.aku suka layan lagu dalam album ni..King Diamond betul2 buat lagu macam mengarah filem,bunyian2 dalam album ni bila di dengar,macam tengah layan dvd movie je.memang best.
ada 10 trek lagu yang "bercerita" dalam album ni :
1."At the Graves"      
2."Sleepless Nights"      
3."Lies"      
4."A Visit From the Dead"      
5."The Wedding Dream"      
6.""Amon" Belongs to "Them""      
7."Something Weird" (Instrumental)    
8."Victimized"      
9."Let It Be Done"      
10."Cremation" (Instrumental)
Dan pemuzik dalam album ni ialah King Diamond - penyanyi,Andy LaRocque - Gitar, Pete Blakk - Gitar,Hal Patino - Bass dan Mickey Dee (kini bersama Motohead) - Drum.
Andy LaRocque adalah favourite gitaris aku jugak..permainan beliau memang setaraf dengan lagenda heavy metal yang seangkatan dengannya.solo2 beliau dalam ni pun memang menyengat halwa telinga aku sama jugak dengan jeritan King sediri.
Dalam sequel ni watak King dalam penceritaan lagu ni kononnya dah dewasa dan beliau cuba kembali kepada "House Of Amon" untuk menebus tempat yang sahnya sebagai pewaris bagi rumahnya. Bagaimanapun ,misteri yang tidak berjawab tentang kematian kakaknya, penglibatan ibunya dengan ahli terapi yang saiko yang cuba untuk membunuh King , dan kegilaannya sendiri semua membuktikannya telah menjadi sukar jika tidak penghalang tidak dapat diatasi.King yang telah membunuh neneknya yang jahat yang mepunyai pakatan dengan dengan hantu dari album "Them" telah berganding bahu dengan hantu yang menjadi musuh beliau di dalam album "Them" tu untuk menyelamatkan ibu nya dari ahli terapi saiko tersebut.ini kerana King telah membuat perjanjian dengan hantu tersebut jika King sanggup berganding bahu untuk menewaskan ibunya yang telah berconspiracy dengan doktor gila tersebut,King berpeluang bertemu kembali dengan kakak nya "Missy " yang telah mati untuk menyelesaikan misteri rumah pusaka yang menjadi rebutan antara King,ibu nya dan doktor gila tersebut..
memang pening sikit jalan cerita dalam album ni..sama macam kita tengok movie cerita hantu yang penuh teka teki dan misteri..tetapi sound di dalam album ni memang berbunyi heavy metal tahun 80an punya..memang klasik.!..so pada metalhead kat luar sana nak tau macam mana penceritaan di dalam lagu atau di panggil konsep album,boleh try album ni..memang terbaik..!
                                               King Diamond - Sleepless Night