Monday 30 May 2016

Riyadh - Media 88'- 89' ( 1989 ) Reissue 2016






















Aku tak berapa tahu sangat info pasal album ni,dulu kasetnya pun abang aku pernah beli.cuma yang aku tau penyanyi untuk kumpulan ini iaitu Akil Hayy sekarang dah pun jadi ustaz,ceramah beliau boleh tengok di youtube.hanya 2 lagu yang pernah aku dengar di radio suatu ketika dahulu iaitu lagu 'Hanya Ketenangan' dan 'Dugaan'.

Oleh kerana album ni di terbitkan pada ketika zaman kejatuhan rock melayu,menyebabkan kumpulan ini agak kurang di kenali walaupun lagu2 mereka kerap keluar di radio dulu..walaupun mungkin ramai yang kurang mengenali,bila rilisnya reissue ni sekurang2nya generasi baru tau ada rock yang lagi dasyat dari lagu yang mereka dengar sekarang..heheh,,sound untuk reissue ni pun ok,tiada cacat celanya.

Pada anda yang ingin dengar suara ustaz Akill Hayy menyanyi dalam album ini,boleh dapatkan album ini di pasaran .sekali lagi terima kasih dan syabas buat Sony Music.harap lepas ni Sony Music akan reissuekan balik semua album rock lama2.

Saturday 28 May 2016

Lauren Christy - Color Of The Night ( 1994 )

Flashback Saturday minggu ini..




Lauren Christy merupakan penyanyi yang berasal dari England yang hanya popular dengan satu lagu one hit wonder 'Color Of The Night'.lagu ini sebenarnya dari soundtrack filem lakonan Bruce Willis dan Jane March dalam filem yang bergenrekan 'erotic mystery thriller' dengan tajuk yang lebih kurang sama iaitu 'Color Of Night'.filem ini gagal mencapai box office dan juga di nobatkan antara filem paling teruk dan terburuk pada tahun 1994.





Bagaikan terkena sumpahan dari filem ini,lagu Lauren Christy juga hanya menjadi one hit wonder.tetapi melalui lagu ini beliau memenangi anugerah artis baru terbaik 1994 dan juga lagu terbaik.selepas itu beliau hanya aktif di belakang tabir dan hanya menerbitkan album2 artis lain.antara kerja penerbitan beliau yang sukses ialah album pertama Avril Lavigne yang popular dengan lagu 'Complicated' 'Sk8ter Boi' dan 'Im With You'.

Aku memang tak pernah pun tonton filem lakonan Bruce Willis ni.tapi kerap juga la aku perasan tape video movie ni (tahun 1994 masih lagi menggunakan tape video) dan kemudian nya vcd.kerana aku kenal Bruce Willis melalui filem aksi,bila tau filem ni bukan filem aksi memang aku tak tengok la..lagi pulak filem2 lakonan beliau sekarang lagi hampeh,kebanyakkan nya hanya produksi filem 'B Grade'.
Hanya mengimbau kenangan lama,tapi lagu ni memang best la.ala2 lagu tema James Bond gitu..





p/s : video di atas boleh menyinggung perasaan sesetengah penonton..heheh

Wednesday 25 May 2016

Monday 23 May 2016

RIP Nick Menza



Beliau mungkin tak berapa terkenal seperti Dave Lombardo (Slayer) dan juga Lars Ulrich (Metallica) tetapi skil permainan drum beliau  juga menjadikan beliau antara drummer tersohor dalam dunia muzik metal.ketukan drum beliau boleh di dengar melalui album2 Megadeth seperti 'Rust In Piece', 'Countdown To Extinction' 'Youthanasia' dan 'Cryptic Writings'.dia juga merupakan antara line up klasik terbaik dalam sejarah Megadeth bersama2 dengan Dave Mustaine,David Ellefson dan juga Marty Friedman.beliau di pecat oleh abang Mus ketika beliau sedang menjalani pembedahan tumor di lututnya.

Ketukkan drum beliau yang laju dalam lagu2 Megadeth seperti 'Holy Wars..The Punishment Due','Hangar 18' dan juga 'Reckoning Day' tetap akan di ingati dalam sejarah heavy metal dunia.

RIP Nick Menza
23 July 1964 - 21 May 2016




Wednesday 18 May 2016

May - Rahsia ( 1990 ) Reissue 2016






Album ke 3 May yang juga merupakan album kegemaran aku.sebabnya stail muzik mereka lebih matang dan ada unsur thrash dalam album ini.ketika album ini di riliskan,aku berada di tingkatan 2,kerap kali juga aku dan kawan2 bila balik sekolah kongsi duit nak main lagu 'Racun Bermadu' kat radiogram.(satu lagu 50 sen) bila di ingatkan balik,bila dengar lagu 'Racun Bermadu' dulu kononnya memang dah rock gila2 punya la.heheh..pada waktu tu trend yang di gelarkan GQ (seluar slack yang ada klip di pinggang,dengan pakaian yang kemas) aku betul2 anti ngan geng GQ ni,kononnya true la taknak ikut trend terkini siap dengan stail rambut yang macam pelakon Hong Kong.heheh..







Ok,berbalik pada album ini,pertama sekali yang aku nak puji ialah soundnya,memang terbaik.seperti remastered.kerja yang terbaik dari Sony Music.typo pun takda.(tapi taktau la kalau kat lirik,sebab aku tak tengok pun) susunan lagu pun sama seperti versi kaset terbitan tahun 1990.dalam banyak2 rilisan Sony Music,album May ini je yang tak failed.semua lagu heavy dalam album ni memang aku suka seperti 'Racun Bermadu' 'Pahlawan Mimpi' 'Genggam Bara' dan 'Rahsia Kota'.dan untuk lagu slownya dalam album ini ada 4 lagu.kalau di perhatikan betul2,keempat2 lagu ni seakan jadi satu cerita kisah cinta,mereka bertemu,bercinta,berpisah dan kembali bercinta.cuba perhatikan setiap lirik dalam lagu 'Gadis Bertudung Putih' (bertemu) 'Terukir Janji' (bercinta) 'Diari Cinta Pertama' (berpisah) dan 'Pasrah Impian Siksa'(kembali bercinta) kiranya happy ending la gitu.heheh..






Apa pun album ni kira unik la juga kan.sesuatu yang lain pada ketika itu walaupun mungkin ramai yang tak perasan keunikkan album Rahsia ini atau ramai yang memang tak ambik tau pun.terima kasih Sony Music kerana meriliskan kembali album rock terbaik era 90an ini.muzik May berubah dan lebih matang dengan album Rahsia ini.

Lagi cerita pasal album ini boleh jenguk kat blog  Kaemm Reutn Kat Sini


Monday 16 May 2016

Dedication : The Very Best Of Thin Lizzy (1991)





Thin Lizzy merupakan band dengan stail psychedelic rock yang berasal dari Ireland.Phil Lynott antara anggota yang paling di kenali dan juga pengasas band ini.juga merupakan artis kulit hitam pertama dari Ireland yang sukses dengan band Thin Lizzy ni.selain dari Phil Lynott yang juga merupakan antara pemain bass terbaik era rock 70an,pemain gitar blues rock terkenal dunia iaitu Gary Moore juga pernah menganggotai kumpulan ini.










Aku mula mengenali kumpulan ini melalui lagu yang pernah di cover oleh Metallica iaitu 'Whiskey In The Jar' yang sebenarnya lagu ini merupakan lagu tradisional Irish.ketika single ini di riliskan pada tahun 1973,Phil Lynott marah kerana lagu ini belum siap sepenuhnya dan beliau ingin merakamkan kembali susunan lagu ini.tetapi yang terjadi sebaliknya single 'Whiskey In The Jar' mendapat no.1 di carta muzik Ireland dan UK.dan satu lagi lagu yang aku tau dari band ini ialah 'Bad Reputation',itu pun dalam game Guitar Hero 2 di Playstation 2.sejak itu aku cuba dengar kesemua lagu2 Thin Lizzy yang lain nya.Phil Lynott dan Thin Lizzy juga menjadi sumber inspirasi Cliff Burton (pemain bass asal Metallica) gaya dan imej beliau sama seperti Phil Lynott.ironinya,Phil dan Cliff meninggal dunia pada tahun yang sama (1986)


cerita pasal Phil dan Thin Lizzy.kalau nak baca klik kasi besar




Kesemua lagu yang pernah hit dalam album the best of ini,ada antara lagunya popular ketika aku belum di lahirkan lagi dan juga ketika umur aku baru setahun jagung..heheh..seperti lagu 'Bad Reputation' (1977) 'Whiskey In The Jar' (1973) 'The Boys Are Back In Town' (1976) dan juga 'Jailbreak' (1976).selain lagu yang aku sebutkan tadi tu,lagu2 lain pun menarik juga macam lagu 'Dancin' In The Moonlight' 'Rosalie' 'Wild One' dan juga 'Still In Love With You'.lagu2 Thin Lizzy juga di kenali kerana bunyi bass Phil Lynott dan juga solo gitar mendayu dari Brian Robertson,Scott Gorham dan juga Gary Moore.






Pada sesiapa yang sukakan rock 70an dan suka dengar Queen,Uriah Heep,Rainbow dan Deep Purple era 70an dan ingin mengetahui tentang muzik Thin Lizzy,boleh dengar album the very best of Thin Lizzy ni.antara psychedelic rock yang terbaik.

Friday 13 May 2016

Stars 12' Single Vinyl ( 1986 )

Juga genap 30 tahun pada 2016 ini..









Aku memang takda album penuh 'Hear 'n Aid' ni,sebabnya ia hanya di riliskan dalam format piring hitam dan kaset.(Berteromber ada versi piring hitamnya)dengar khabarnya Wendy Dio (bini RJD) nak reissuekan balik album ini dalam format cd dan dvd,tapi oleh kerana ada beberapa isu dengan kontrak rakaman dan record label beberapa artis yang terlibat menyebabkan versi reissue ni terpaksa di tangguhkan dulu.single 'Stars' ini merupakan single dari album Hear'n Aid dan merupakan satu2nya single paling hebat dalam sejarah rock/heavy di Amerika.idea ini datangnya dari Jimmy Bain dan Vivian Campbell yang merupakan pemuzik Dio pada masa itu.segalanya bermula apabila album 'USA For Africa' yang menggabungkan pelbagai artis terkenal kat US mendapat rating dan jualan paling tinggi pada ketika itu.video klip 'We Are The World' kerap juga keluar kat tv masa aku kecik dulu.dan apabila mereka meluahkan idea pada RJD,dengan serta merta RJD setuju.









cerita pasal pembikinan single ini dan albumnya


And the rest is history.album ini di riliskan pada januari 1986 juga merupakan album charity untuk mangsa kelaparan di Afrika.(dulu kerajaan Malaysia pun pernah lancarkan kempen derma untuk mangsa kelaparan Afrika ni)album ini juga menggabungkan band2 rock dan heavy metal terkenal dalam dunia rock pada 80an dulu seperti Journey,W.A.S.P,Judas Priest,Night Ranger,Quiet Riot,Iron Maiden dan beberapa band lain (tak larat nak taip semua..heheh)




lirik lagu




gitar solo bergilir2



Apa pun single 'Stars' ni memang best,menampilkan ramai gitar hero pada tahun 80an.sesuatu yang unik pada ketika itu.kena tunggu versi reissue album ini.harap ianya dapat di riliskan dalam tahun 2016 ni jugak.

Video klip lagu ni pun syok layan...







Monday 9 May 2016

Lefthanded - Keadilan (1986) Reissue 2016

Selain Universal/EMI,Sony Music dan juga NSR,Warner Music juga tak mahu ketinggalan dengan trend reissue ni..




Warner Music dah pun meriliskan kembali 3 album Lefthanded iaitu album 'Nafas','Fanatisme' (yang Ramli Sarip jadi vokalis tu) dan album Keadilan ni,aku hanya beli album Keadilan ni je sebab album ni juga ada nilai nostalgik.nak beli semua album memang parah la..heheh.hanya album yang ada nilai nostalgik je yang akan aku beli.tak boleh nak layan sangat,rabak poket.






Sebelum ni kita dah biasa dengan 3 label yang aku sebut tu yang ramai orang selalu komplen tentang soundnya lah,kualiti kertasnya lah,typo nya lah (maafkan la tukang taip list tu..heheh)dan juga jewel case nya.bagaimana dengan Warner Music?

Ok,kita check satu persatu.bukan mudah nak puaskan hati semua orang ye tak?

1.Jewel Case
Rilisan Warner Music menggunakan jewel case yang berkualiti,ada logo Warner kat kotaknya.aku test jatuhkan atas simen pun tak retak atau pecah.terbaik. 5/5

2.Kualiti kertas
Sama seperti Sony Music,kualiti kertasnya so-so je lah,tak macam rilisan dari NSR yang menggunakan kertas bermutu tinggi,tapi lagi ok dari Universal/Emi yang semakin nipis pulak kertasnya. 3/5

3.Cover Album
Gambar cover depan masih mengekalkan yang asal dari versi kaset,tapi lebih menarik dan cantik.tiada cacat cela langsung,tabik kepada pereka cover ini .5/5




ada apa dengan typo?heheh..


4.Typo
Mula2 aku belek kat senarai lagu kat belakang jewel case dah terkantoi satu,bila check kat lirik pulak cuma ada satu je terkantoi,kat lirik lagu 'Tiada lagi Kidungmu' Oh Sayang jadi 'Oh Saying'..heheh..1/5

5.Sound.
Soundnya memang terbaik, dari mastertape la kan.mungkin juga telah di 'remastered'kan sebab bunyinya memang enak banget.5/5



dapat poskad.ganti kad ucapan tuju lagu kat radio dulu2.


Antara album fav.Lefthanded aku,sebabnya line up klasik terbaik dalam sejarah rock Malaysia,dua gitaris handalan iaitu Man Kidal dan Allahyarham Samad.juga dengan Man Dayak dan Yan,serta Nash dengan suara rock beliau yang power pada ketika itu.antara vokalis rock yang hebat dengan jeritan nada tinggi nya.empat lagu klasik rock Lefthanded kesemuanya ada dalam album ini seperti 'Lagenda Cinta' 'Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi' 'Tiada Lagi Kidungmu' dan 'Debunga Wangi'(dengan gitaris undangan dari Iron Maiden iaitu Adrian Smith)

Overall yang lain2 nya semua ok,harap lepas ni pihak Warner Music riliskan album 'Seruan' dan 'Qabul' serta album2 Ella yang lama ketika beliau bersama Warner Music.aku rasa banyak juga kumpulan rock dulu2 yang bernaung di Warner Music.kepada peminat Lefthanded yang lama boleh beli album ni di pasaran sekarang.


Wednesday 4 May 2016

Strangers s/t (1992) Reissue 2016

Antara album yang aku tunggu untuk di riliskan semula..






Strangers ni boleh di katakan 'supergroup' jugak la sebab band membernya semua dari band2 yang agak terkenal pada era rock 80an dulu seperti Black dari kumpulan Wings,Bad dari Handy Black,Mus yang baru je keluar dari May dan Nan merupakan sessionist untuk M.Nasir dan ada side project dengan band Achmad Albar dari Indonesia iaitu band 'Gong 2000' dengan band Saturnine.tahun 92 aku pernah beli kaset Strangers ni hasil duit aku keja kedai makan masa cuti sekolah akhir tahun.album Strangers ini telah di rakamkan di Indonesia.dan sound versi cd ni memang best la.mungkin teknologi rakaman kat Indon masa tu dah canggih kot?







Cuma yang tak bestnya ialah susunan lagu dalam versi cd ni,tak sama seperti yang versi kaset,berterabur susunan lagunya.tapi tak kisah lah,lagu2 dalam album ni memang best.lagu kegemaran aku dah tentu nya 'Paradoks'(lirik dari arwah Loloq yang berseni)pernah cerita pasal Paradoks Kat Sini. 'Kalimantang' (suka part dia cakap 'haa Nan kau punya turn pulak,orait!') 'Satu Pengertian' 'Operasi Bebas''Strangers' (lagu inggeris dalam album ini yang dinyanyikan oleh Mus dengan baik sekali) dan 'Bukit Sunyi' (duet bersama Ais FM) aku pun tak tau siapa dia ni kalau tak silap penyanyi rock dari Indonesia agaknya.tapi lagu 'Bukit Sunyi' memang betul best la dari dulu sampai sekarang dengar pun masih suka lagi..heheh.



Bad jadi Dad.apa daa makin di tegur makin menjadi2 pulak typo dia..heheh


Kesemua lagu ada hasil dari band member Strangers di bantu oleh M.Nasir (lagu Penentuan) dan juga Ramli Sarip (lagu Sangsi)pada aku album Strangers ini merupakan penutup atau pun berakhirnya era rock kangkang era analog dan bermulanya era digital dengan lagu "mendayu2 + meleweh + jiwang + putus cinta + nak pintal buih jadi permaidani naik ke awangan".sejak dari tu terus tak dengar rock melayu dah.layan teutonic thrash yang jahat dan setan menyetan..heheh.








Kalau sesiapa belum pernah dengar album side project ni,cuba lah dengar,memang best lagu2 rocknya dengan acuan muzik rock yang matang dari Strangers.


'Dewi yang melenggang
Tari gemalai
Sehingga aku pun terpijak...

Oh wayar gitar kromium ku"

Monday 2 May 2016

Borong Lagi...






Siang tadi punya cerita,sekali beli tu dia..heheh..di sebabkan semuanya mempunyai nilai nostalgik,aku beli jugak la.cuma kali ini memang nak fokuskan pada album yang betul2 aku nak. War Rock tu memang susah nak dapat,yang tu pun aku jumpa kat Campbell.dengan Optimus Prime tu pun baru beli jugak..heheh..

Macam biasa,layan satu persatu dulu,lepas tu kalau rajin boleh buat entri,macam kata Berteromber orang dah tak komplen pasal sound,komplen pasal typo pulak,tapi aku tengok rilisan yang ni makin menjadi2 pulak typo dia..heheh..tak kisah lah kalau typo pun,janji ada di riliskan dan dapat memiliki album yang pernah menjadi soundtrack hidup aku suatu ketika dulu..

p/s : Selamat menyambung cuti lagi satu (1) hari sahaja.