Album ke 3 May yang juga merupakan album kegemaran aku.sebabnya stail muzik mereka lebih matang dan ada unsur thrash dalam album ini.ketika album ini di riliskan,aku berada di tingkatan 2,kerap kali juga aku dan kawan2 bila balik sekolah kongsi duit nak main lagu 'Racun Bermadu' kat radiogram.(satu lagu 50 sen) bila di ingatkan balik,bila dengar lagu 'Racun Bermadu' dulu kononnya memang dah rock gila2 punya la.heheh..pada waktu tu trend yang di gelarkan GQ (seluar slack yang ada klip di pinggang,dengan pakaian yang kemas) aku betul2 anti ngan geng GQ ni,kononnya true la taknak ikut trend terkini siap dengan stail rambut yang macam pelakon Hong Kong.heheh..
Ok,berbalik pada album ini,pertama sekali yang aku nak puji ialah soundnya,memang terbaik.seperti remastered.kerja yang terbaik dari Sony Music.typo pun takda.(tapi taktau la kalau kat lirik,sebab aku tak tengok pun) susunan lagu pun sama seperti versi kaset terbitan tahun 1990.dalam banyak2 rilisan Sony Music,album May ini je yang tak failed.semua lagu heavy dalam album ni memang aku suka seperti 'Racun Bermadu' 'Pahlawan Mimpi' 'Genggam Bara' dan 'Rahsia Kota'.dan untuk lagu slownya dalam album ini ada 4 lagu.kalau di perhatikan betul2,keempat2 lagu ni seakan jadi satu cerita kisah cinta,mereka bertemu,bercinta,berpisah dan kembali bercinta.cuba perhatikan setiap lirik dalam lagu 'Gadis Bertudung Putih' (bertemu) 'Terukir Janji' (bercinta) 'Diari Cinta Pertama' (berpisah) dan 'Pasrah Impian Siksa'(kembali bercinta) kiranya happy ending la gitu.heheh..
Apa pun album ni kira unik la juga kan.sesuatu yang lain pada ketika itu walaupun mungkin ramai yang tak perasan keunikkan album Rahsia ini atau ramai yang memang tak ambik tau pun.terima kasih Sony Music kerana meriliskan kembali album rock terbaik era 90an ini.muzik May berubah dan lebih matang dengan album Rahsia ini.
Lagi cerita pasal album ini boleh jenguk kat blog Kaemm Reutn Kat Sini
seluar slack yang ada klip di pinggang, dengan pakaian yang kemas
ReplyDeletemacam mana tu?
budak skinhead yg pakai tu kali hahaha aku pun nak tahu juga..
DeleteAku dah search kat gugel takda pulak.kalo tak aku bole kasi contoh
Deleteaku hanya minat lagu gadis bertudunng putih tu.
ReplyDeleteBiler baca cerita ttg budak GQ kat atas tu, gua teringat balik zaman 80's tu...Apa apa pun ROCK tetap relevan sampai kini...tak sia sia gua jd mat rock dr jadi mat GQ...kah kah kah
ReplyDeletetak tahu pula ada kesinambungan 4 lagu2, tq utk tuan rumah sbb info tu...
ReplyDeletedulu, saper yg rock tu seluar sekolah dia fit/ketat, ada buat kat kedai, ada jahit sendiri bg fit, yg GQ tu biasa tempah kedai & seluar kembang, tak tahu detail sbb bkn GQ...
kalau aku dulu jahit sendiri...tapi selalu kantoi dengan guru besar...kena test masukkan botol dalam kaki seluar...sapa yang tak lepas memang berbaris la kat pejabat guru besar...zaman tu mat rock memang tak ngam la dengan mamat seluar kembang diskang/GQ/Bros ni...
Deletesamalah tu bro, masa sekolah asrama dulu, kadang2 lepas perhimpunan sekolah, ada spot check seluar ketat guna botol, kalau sesaper yg jahit tambah guna tangan, kena bukalah jahitan tu..yg lain kena balik tukar seluar kot, tak pasti kalau ada tindakan lain2,
Deletedah lama, tak ingat..akupun tak pasti pernah kantoi ke tidak...kantoi rambut pernahlah...
MAY mula dari album ni dorg mmg dh terpengaruh dgn thrash mcm Slayer la kot.. tp klu dorg ikut stail Hakikat tu..aku rasa lg bagus sbb Hakikat aku rasa mereka punye identiti muzik sendiri..
ReplyDeleteAku sempat merasa fesyen GQ tu..heheh.. dan kasut sekolah aku beli yg tapak tinggi punye..
Aku tak pernah tahu pasal corelationship 4 lagu tu boleh jadi satu hikayat. Thank you. Aku dah beli cd tapi tak bukak plastik pun haha.
ReplyDeletehanya ingatan lagu2 ni dalam kepala hotak je..
Aku suka album ni.. kenangan kaset dalam walkman. Aku now boleh ingat aku dalam bas number berapa balik sekolah dengar kaset ni.
itu la sweet memories.
ulasan yg terbaik dari bro Rafi.. teruskan usaha anda
ReplyDeletemasa aku sekolah menengah, tengok senior pakat pakai seluar slack kaki bawah kembang.. aku pun buat jugak haha.. tapi masa tu dah masuk tahun 2000.. GQ tak tahu pulak..
ReplyDelete