Aku memang takda album penuh 'Hear 'n Aid' ni,sebabnya ia hanya di riliskan dalam format piring hitam dan kaset.(Berteromber ada versi piring hitamnya)dengar khabarnya Wendy Dio (bini RJD) nak reissuekan balik album ini dalam format cd dan dvd,tapi oleh kerana ada beberapa isu dengan kontrak rakaman dan record label beberapa artis yang terlibat menyebabkan versi reissue ni terpaksa di tangguhkan dulu.single 'Stars' ini merupakan single dari album Hear'n Aid dan merupakan satu2nya single paling hebat dalam sejarah rock/heavy di Amerika.idea ini datangnya dari Jimmy Bain dan Vivian Campbell yang merupakan pemuzik Dio pada masa itu.segalanya bermula apabila album 'USA For Africa' yang menggabungkan pelbagai artis terkenal kat US mendapat rating dan jualan paling tinggi pada ketika itu.video klip 'We Are The World' kerap juga keluar kat tv masa aku kecik dulu.dan apabila mereka meluahkan idea pada RJD,dengan serta merta RJD setuju.
cerita pasal pembikinan single ini dan albumnya |
And the rest is history.album ini di riliskan pada januari 1986 juga merupakan album charity untuk mangsa kelaparan di Afrika.(dulu kerajaan Malaysia pun pernah lancarkan kempen derma untuk mangsa kelaparan Afrika ni)album ini juga menggabungkan band2 rock dan heavy metal terkenal dalam dunia rock pada 80an dulu seperti Journey,W.A.S.P,Judas Priest,Night Ranger,Quiet Riot,Iron Maiden dan beberapa band lain (tak larat nak taip semua..heheh)
lirik lagu |
gitar solo bergilir2 |
Apa pun single 'Stars' ni memang best,menampilkan ramai gitar hero pada tahun 80an.sesuatu yang unik pada ketika itu.kena tunggu versi reissue album ini.harap ianya dapat di riliskan dalam tahun 2016 ni jugak.
Video klip lagu ni pun syok layan...
haha...nanti aku tampal versi full lp...
ReplyDeletewaahh! hebat ni.. kerja gitar yang dah semestinya terbaik..
ReplyDeletecayalah bro, tak ada lagu2 yg lainpun ok, lagu ni yg unik sbb koloborasi ramai artis...
ReplyDeletepehh best tul bnyk kombinasi solo.. hrp cdnya dpt dreissuekn
ReplyDeleteTakkan dilupakan
ReplyDelete