Thursday 26 February 2015

Hobi & Minat

Setahun yang lalu pernah cerita juga pasal ni DI SINI



Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa.
Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila pengumpul jemu dengan kesukaran mendapatkan pelbagai setem secara percuma. Pelbagai jenis setem yang menarik perlu dibeli, malah setem yang baru terbit harganya mahal.

Memancing adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya adalah ikan dan hadiah pertandingan memancing. -Wikipedia



Cerita pasal hobi,aku rasa geng2 blog ni pun ada hobi masing2kan? kumpul cd/lp/dvd,kumpul poster artis pujaan yang di minati,kumpul kaset,kumpul alat muzik macam gitar,bass ataupun alat2 muzik klasik.dan apa yang pasti,semua hobi yang di minati tu berpaksikan hanya satu,iaitu muzik.cuma sejak kebelakangan ni aku ada jumpa beberapa golongan yang meminati muzik,tapi suka memperlekehkan hobi atau minat orang lain.antara yang pernah aku jumpa ialah seperti berikut:

1.Aku masuk speedy video minggu lepas,niat memang nak cari dvd Wings Rockestra,tapi takda belum sampai lagi kata sales girl speedy tu,dan selepas tu aku terdengar pebualan antara 2 orang awek ni pasal album terbaru Yuna.yang seorang ni aku tengok cd Yuna tu dan terus nak pegi kaunter nak bayar kawan dia lagi seorang halang sambil cakap "mahal ni,cari yang pirate je la" kawan yang lagi seorang cakap (yg pegang cd Yuna tu) "takpa memang aku nak buat koleksi ni,tengok content dia menarik".aku yang dengar hanya geleng kepala,dah hobi budak tu kan,apa salahnya dia nak beli pun,aku gerenti budak yang tak kasi beli tu mesti dia pinjam cd member dia tu rip ke mp3 terus masuk kat smartfon beliau.

2.Pernah sekali masa aku nak balik dari Amcorp Mall,terserempak dengan sorang mamat ni,pasal dia nampak aku pakai tshirt King Diamond 'Abigail' dan dia pulak pakai baju Morbid Angel,atas dasar etika permetalan sedunia kami pun bertegur sapa..kita pun bercerita la pasal muzik yang di minati,dan dia pun belek la rekod aku yang baru di beli so nak di jadikan cerita dia pun bertanya "kalau sebulan berapa bro bajet untuk beli rekod2 ni semua?" secara jujurnya aku jawab "kalau sekarang ni nak beli rekod bukan la tiap2 bulan,tengok pada bajet jugak la,biasanya aku akan selesaikan yang mana lebih penting,kalau bulan tu ada lebihan untuk duit hiburan memang aku beli" dan dia jawab "Oh macam tu,kenapa tak download je bro?kan membazir beli macam ni semua?macam aku kesemua album2 Morbid Angel ada dalam koleksi mp3 aku,semua album2 metal dari Sepultura sampai European punya Black Metal pun aku ada.external hard disk aku je ada 2 semuanya full dengan album2 metal pelbagai genre" aku jawab "Oh..yeke! poser nya aku! aku satu album Morbid Angel pun aku takda dalam mp3 atau pun lp yang ada penah beli dulu pun versi kaset album Covenant" (ya aku memang poser pasal takda segala tok nenek album metal dari yang baik hingga ke setan menyetan dalam 2 external hard disk dan kumpul mp3 memang hobi dia juga so aku maafkan la)

3.Sama seperti yang di atas,tapi yang ni lagi la..sampai nak datang rumah aku nak melepak dan nak pinjam sekali.padahal baru je kenal pada masa tu,kalau dah lama kenal tu lain la cerita kalau nak datang melepak rumah aku pun kan..ini macam punya orang pun ada..hahah..

Kesimpulannya ialah,kalau dah minat atau dah jadi hobi sesuatu benda tu, jangan jadi golongan seperti di atas tu suka dan minat muzik tapi kedekut untuk keluarkan wang untuk hiburan diri sendiri lepas tu pandai2 pulak nak suruh orang ikut cara dia.kita punya minat/hobi kita punya suka la ya tak?cuma jangan hendak memperlekehkan orang lain..

Sunday 22 February 2015

The Punisher : Dirty Laundry (2012)



Filem ini merupakan filem pendek (atau pun fan film) yang pernah di tayangkan di San Diego Comic-Con International pada tahun 2012 dulu.kesinambungan dari filem The Punisher yang pernah di tayangkan pada tahun 2004.walaupun filem pendek,(berdurasi selama 10 minit)tapi cara penceritaan yang agak 'dark' sesuai dengan karakter Punisher/Frank Castle sebagai anti hero.di lakonkan oleh Thomas Jane (pelakon yang sama dalam filem The Punisher keluaran tahun 2004 dulu) dan Ron Perlman (Hellboy).
Thomas Jane sebelum ini pernah di tawarkan sebanyak 2 kali untuk filem The Punisher keluaran tahun 2004,apabila beliau mengetahui yang watak Frank Castle ini bukan lah superhero yang ada power,terus beliau menerima watak Punisher ini dan seterusnya menjadi peminat tegar komik The Punisher sehingga menjadi kawan rapat kepada Tim Bradstreet pelukis komik dan pencipta logo The Punisher dan seterusnya mewujudkan RAW Studios,produksi komik beliau sendiri dengan hasil tulisan beliau yang di jadikan komik.

Ok la,boleh tahan filem ni walau pun short film.boleh layan kat bawah ni..




Sunday 15 February 2015

Hadis Cinta

Tiada kena mengena dengan valentines day...

Cinta Yang Memberikan Cahaya :

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya disisi Allah. Sahabat bertanya :
“Ya Rasulullah, tolong kami beritahu siapa mereka ? Rasulullah SAW. Menjawab : Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan roh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa dikala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita dikala orang lain berduka cita” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Cinta Yang Menggugurkan Dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya,“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih dilaut” (Hadis Riwayat Tabrani)

Cinta Yang Memberikan Perlindungan (naungan).

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman : “Dimanakah orang yang cinta mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku dihari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku” (Hadis Rwwayat Muslim)

Cinta Yang Berbalas Cinta.

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku” (Hadis Qudsi)

Kerana cinta kepada saudaranya dia dicintai Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya,“Bahwa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus malaikat untuk memgikutinya. Tatkala malaikat menemaninya malaikat berkata,
“Kau mau kemana ?”
Ia menjawab, “Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini”
Malaikat terus bertanya, “Apakah kamu akan memberikan sesuatu pada saudaramu ?”
Ia menjawab, “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT”
Malaikat berkata, “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut kerana-Nya” (Hadis Riwayat Muslim)

Tiga Cinta Yang Manis.

Nabi SAW bersabda maksudnya, "Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang kerana Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api neraka” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Friday 13 February 2015

Belasungkawa






Semoga roh mereka di cucuri Rahmat Allah SWT. Al Fatihah.

Wednesday 11 February 2015

Metal Hammer March 2015

Bulan Mac pun belum sampai lagi,tapi MH dah keluarkan versi bulan mac.asalnya aku nak cari MH yang cover Guns N' Roses lama tu,tapi habis stok pulak.salah satu sebab aku beli issue ni (walau aku tau memang Metal Hammer sekarang ni dah tak berapa best)mungkin kerana nak menarik hati peminat Thrash yang dah tua  yang lama atau old timer,Metal Hammer keluarkan issue special kembali pada 30 tahun yang lalu pada tahun 1985...






Kebetulan 10 febuari haritu pun birthday Cliff Burton kan..





Layan gambar je laa..


gambar yang kiri atas tu James dengan Dimebag Darrel,masa ni dia tengah melepak kat rumah DD.diorang rupanya dah lama ngam


Kisah di zaman album 'Ride The Lightning'..












Kalau nak baca artikel tu,save gambar lepas tu boleh zoom in/out senang nak baca..











cerita2 penting pada tahun 1985








Yang ni poster free yang terselit sekali dalam majalah ni,Metal Hammer cakap poster 'rare' ada di antaranya gambar2 yang belum di publishkan sebelum ni..












yang ni macam pernah tengok?





RIP Cliff Burton



Yang lain2..takda cerita yang menarik pun..


Zakk Wylde,Dave,Lemmy,Slash




BabyMetal pun ada dalam Metal Hammer..






Itu je lah yang ada..yang lain2 aku malas nak tampal,pasal takda yang menarik..




Monday 9 February 2015

A Most Violent Year (2014)


Antara filem drama berat yang di tonton..




Selama ni kalau aku layan filem yang bergenre drama berat sebegini memang aku jarang review,aku tau mesti ramai yang tak suka punya..heheh..aku layan pun sebab tak boleh nak tidur malam haritu..

Filem ini berlatar belakang pada era awal 80an,iaitu pada tahun 1981 di New York yang di katakan ' the most violent years of city's history'. filem yang bergenre kan 'crime drama' ini mengisahkan Abel Morales,yang memiliki syarikat minyak yang bernama 'Standard Oil' telah mengalami berbagai rintangan untuk mengukuhkan syarikat beliau.di mana lori2 minyak kepunyaan beliau telah di rompak,sabotaj ke atas syarikatnya,dan juga keluarga beliau telah di ugut bunuh.tetapi beliau sebolehnya mahu menstabilkan syarikat beliau itu dengan pelbagai cara.

Memang rumit sedikit jalan ceritanya,lakonan Oscar Isaac dan Jessica Chastain memang terbaik.(Oscar Isaac sebelum ini hanya di kenali sebagai pelakon pembantu seperti dalam filem 'Body Of Lies','Bourne Legacy','Agora',dan 'Robin Hood')melalui filem ini Oscar juga menerima pujian dan tercalon sebagai aktor terbaik di anugerah 'Indiependent Film Awards'.
Filem ini juga mendapat rating tertinggi dari 'Rotten Tomatoes'.

Pada peminat filem yang bergenre drama berat terutama Berteromber memang kena tonton lah.

*4/5


Friday 6 February 2015

Dajal

Dendam
Yang lama terpendam
Dari zaman ke zaman

Tersembunyi
Di balik gunungan
Menantikan arahan

Bertujuan
Membinasakan
Bertujuan
Untuk memesongkan
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

( korus )
Oh janganlah kau
Terpedaya dengan kalimah
Yang menyesatkan

Oh janganlah kau
Terpedaya dengan dajal
Yang menyesatkan

Dajal
Mungkin tak tersembunyi
Mungkin bermukim di hati

Tak punya belas
Tak punya simpati
Mata satu jinak dengan kemunafikan

Yang membela
Dajal dalam dada
Buta pada sumpah dan janjinya
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

Lagu/Lirik : M.Nasir
Nyanyian : Bumiputra Rockers (dari album 'Bisa' 1988)

P/S : Hari ini jumaat,selalu kita di ingatkan tentang membaca Surah Al-Kahfi bagi mengelakan dari fitnah Dajal.


Wednesday 4 February 2015

Happy Birthday "Killers" (1981 - 2015)

Dah terlewat 2 hari,yang baru sambut ulang tahun yang ke 34 pada 2 hari yang lepas..








Killers is the second album by British heavy metal band Iron Maiden, released on 2 February 1981 in the UK, and 6 June 1981 in the US. The album was their first with guitarist Adrian Smith and their last with vocalist Paul Di'Anno, who was sacked after problems with his stage performance arose due to his alcohol and cocaine use. This was also the first Iron Maiden album made with veteran producer Martin Birch, who went on to produce their next eight albums before retiring after Fear of the Dark in 1992.

The song "Wrathchild" is the only regularly played track from the album, appearing in almost all their concert tours. The song was covered in 2003 by British metal band Sikth and featured as a b-side on their single "Scent of the Obscene".The song was also covered in 2005 by female tribute band The Iron Maidens on their 2007 album Route 666 and again in 2008 by Gallows on the tribute CD Maiden Heaven: A Tribute to Iron Maiden released by Kerrang! magazine."Wrathchild" was featured in the PlayStation 2 game Guitar Hero Encore: Rocks the 80s.
-Wikipedia


Pernah cerita pasal 'Killers' Kat Sini dan Sini

Nak dengar lagu 'Debunga Wangi' versi Iron Maiden tak?heheh..dengar kat bawah ni :p

Tuesday 3 February 2015

Hanyut





Di katakan antara filem melayu termahal selepas filem 'Puteri Gunung Ledang' kepunyaan produksi pelakon datin Tiara Jacquelina.bila tengok review dan trailernya di youtube membuatkan aku tak sabar nak menonton filem ni.walaupun dah agak lama filem Hanyut ni terperam,filem ini telah di tayangkan di 150 pawagam di Indonesia pada november 2014 yang lepas.tapi tajuknya telah di tukar kepada 'Gunung Emas'

Antara filem yang aku teruja nak tengok dan mungkin filem terbaik arahan U-Wei Saari selepas filem 'Perempuan,Isteri dan dot dot dot' tu.harapnya filem ini penyelamat bagi filem2 melayu yang memang hampeh belaka sejak kebelakangan ini.(nak marah aku marah la aku peduli apa,memang filem melayu hampeh belaka)
Moga filem ini menjadi filem terbaik bagi tahun 2015..

"Dan pada akhir acara persidangan akhbar, U-Wei memberi penyataan bahawa seni yang ada di negara kita harus dibawa hanyut agar ianya berkembang, lebih elok daripada ianya hanya tetap di negara kita, statik dan tidak dinamik."


p/s :Alex Komang antara pelakon Indonesia yang aku kagumi.beliau dan Christine Hakim adalah 2 pelakon lagenda Indonesia yang terbaik.