Tuesday, 29 October 2013

Until The Light Takes Us (2009)


Aku bukanlah peminat tegar muzik bergenre begini,tapi dokumentari tentang muzik berat dari Norwegian ni agak menarik juga untuk di tonton..
Dokumentari ni mengisahkan tentang muzik black metal yang sebenar2nya.muzik yang berunsurkan kegelapan,dengan liriknya lebih terarah kepada setan menyetan.mereka secara total menolak fahaman agama mereka (kristian) secara terang2an.perjalanan cerita memang menarik,menceritakan bagaimana ianya bermula pada penghujung 80an dan awal 90an,dan seterusnya berkembang menjadi ideologi dengan menggunakan idea kreatif mereka untuk mencipta lagu yang berunsurkan kegelapan dan terus menjadikan genre black metal ni terkenal di mata dunia,hingga membawa pengaruh mereka sehingga ke sini.

Ada juga interview dengan ahli band yang boleh di katakan lagenda dalam dunia muzik gelap ni.antaranya ialah :
Gylve "Fenriz" Nagell (Darkthrone)
Varg "Count Grishnackh" Vikernes (Burzum)
Jan Axel "Hellhammer" Blomberg (Mayhem)
Olve "Abbath" Eikemo (Immortal)
Harald "Demonaz" Nævdal (Immortal)
Bjarne Melgaard (visual artist)
Kristoffer "Garm" Rygg (Ulver, Arcturus)
Kjetil "Frost" Haraldstad (Satyricon, 1349, Keep of Kalessin)
Bård "Faust" Eithun (Emperor)

Antara kisah kontroversi dalam dokumentari ni ialah kisah pembakaran gereja oleh Varg Vikerness,kisah beliau membunuh Aarseth (Mayhem),ideologi black metal,sehinggakan ramai penduduk Eropah agak fobia dengan muzik black metal ni.lebih menarik,pembikin filem ni telah menetap di Norway selama 2 tahun untuk mengkaji dan melakukan penggambaran dokumentari ni yang mengambil masa yang agak lama(bukan macam majalah mastika main tulis je bukan nak buat kajian dulu)
So,pada mereka kat luar sana yang tak tau apa itu black metal,sila tengok dokumentari ni..untuk pengetahuan,muzik metal sebenarnya banyak cabangnya dan bukan semua band yang memainkan muzik metal memuja setan (ada yang kata Nirvana,Metallica dan Guns n Roses ialah band black metal yang memuja setan..heheh..)
Pada aku ini adalah antara dokumentari terbaik yang pernah di hasilkan untuk memberi penjelasan pada mereka yang tak tau tentang muzik dari negara yang 'cold and dark' ni..di rekomen untuk peminat muzik metal juga..
*3/5

Sunday, 27 October 2013

Wanita Dan Lagu

The Archies sugar sugar
Wanita sememangnya di jadikan tuhan mempunyai sifat2 yang unik.mereka mempunyai sifat penyayang,manja,suka di manjakan,jiwa mereka mudah tersentuh,cantik,berbudi pekerti mulia,kadang kala sifat mereka agak sukar di fahami,seorang wanita/ibu boleh menjaga dan berkorban demi untuk 10 orang anak,dan kadang kala juga ada antara wanita2 ni "bermulut puaka"(salah satu sifat unik mereka juga tu)..heheh..kita juga (lelaki)telah di ajar untuk menghormati wanita,walaupun ada yang mengatakan mereka ni kaum yang lemah,nama mereka kerap kali di puja oleh kesemua lelaki di dunia ini. kerana keunikkan mereka juga lah nama wanita2 ini di abadikan di dalam setiap lagu2 ciptaan kaum lelaki..
Lagu2 yang memuja nama2 wanita  memang dah ada sejak dahulu lagi,seiring dengan teknologi muzik yang pelbagai genre,lagu2 yang memuji2 wanita ni ada dalam setiap genre lagu tak kira samada ianya pop,rock,r&b malah dalam dunia muzik irama berat heavy metal pun ada juga lagu yang memuji wanita2 ini..

Ini sebahagian dari lagu yang memuja dan memuji wanita2 dari pelbagai jenis genre muzik..

1.The Art Company - Susanna

Rasanya ramai yang tau lagu ni kan?'one hit wonder' yang pernah meletup pada tahun 1983 dulu.sebenarnya nama band pop dari Denmark ni ialah VOF de Kunst,bila lagu Susanna hit di seluruh dunia,mereka menukarkan nama band mereka menjadi 'The Art Company'.lagu ini juga masih menjadi pilihan pendengar dan juga pernah di jadikan lagu latar untuk beberapa filem.

2.Jamal Abdillah - Azura

Lagu ni?tak payah nak cerita panjang la eh..ramai pun tau,dan sesiapa yang bernama Azura memang bertuah la lagu ni pun menjadi hit sepanjang zaman kat Malaysia ni..apa yang masih aku ingat ketika lagu dan filem ni tengah hangat,ramai remaja2 pada masa tu semua nak jadi 'zack' dengan motor scrambler old skool,jaket kulit,tukar nickname dari nama dollah pun jadi 'zack' jugak..heheh..

3.Europe - Carrie

Sapa yang taktau lagu power ballad ni kan..selain dari lagu 'The Final Countdown' band Europe juga pernah hit dengan lagu 'Carrie' ni..lagu yang pernah hit pada tahun 1987 dan terus menjadi lagu evergreen dalam senarai lagu2 power ballad glam rock sepanjang zaman.

4.Mercyful Fate - Melissa

Memang lagu ni tak berapa popular,tapi di ketahui oleh golongan mat2 metal kental,pakcik KD (kris dayanti King Diamond) ni pun suka buat lagu yang memuja wanita,album solo King Diamond pada tahun 1987 pun menggunakan tajuk wanita bernama Abigail.aku suka intro gitar dan solo gitar Michael Denner pada awal lagu ni (sila abaikan lirik lagu ni)pakcik KD cakap,microphone stand beliau yang berbentuk tulang selalu di gunakan ketika tour tu sebenarnya ialah tulang Melissa?siapa Melissa?

5.Iron Maiden - Charlotte The Harlot

Heheh..pasal lagu ni aku suka,aku letak jugak la dalam entri ni.kalau peminat tegar IM dah tentu tau lagu ni pasal apa kan..fans Maiden menggelarkan lagu ni "The Charlotte Saga" 4 lagu dalam Charlotte saga ni ialah Charlotte The Harlot,22 Acacia Avenue,Hooks In You dan From Here To Eternity.kalau sapa2 pernah main game Ed Hunter masa first level Eddie pegi Acacia Avenue,boleh nampak Charlotte ni kat tepi tingkap dalam game tu.antara lagu Maiden yang best selain Women In Uniform yang memuji wanita..


Ni jelah antara lagu memuji wanita yang terbest sepanjang zaman..(pada aku lah)kalau ada sesiapa tau lagu apa lagi yang best pasal wanita,boleh tinggalkan komen kat bawah tu..


Friday, 25 October 2013

Keberkatan Jumaat



Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

*Salam Jumaat untuk geng2 blog,pembaca dan pengunjung yang rajin jenguk sini..moga kalian semua di Rahmati Allah SWT.

Monday, 21 October 2013

Last Action Hero Soundtrack (1993)


Dulu aku ada versi kaset,di beli dengan duit poket sendiri masa baru tamat sekolah menengah,kira gaji pertama aku kerja kat Uitm Segamat dulu..
Filem Last Action Hero ni walaupun gagal di pawagam dan mendapat kritikan teruk pada masa tu,tapi sountrack untuk filem ni sountrack yang terbaik pada aku..menggabungkan pelbagai band dari pelbagai genre muzik.


Walaupun filem ni gagal di layar perak,tapi menjadi cult classic 9 tahun kemudiannya.filem ni ok sebenarnya,cuma mungkin percubaan Arnold nak gabungkan elemen komedi dan aksi tak berapa nak menjadi.ok,sekarang cerita pasal lagu dalam soundtrack ni..


Setlist :
1.AC/DC - Big Gun
Sapa yang dah biasa layan ACDC ni memang dah tau la trademark muzik diorang macam mana kan..lagu ni memang layan.suara serak versi pecah anak tekak Brian Johnson memang best.
2.Alice In Chains - What The Hell Have I
Satu2nya band alternative/grunge yang ada dalam ni.memandangkan pada masa ni era grunge tengah memuncak.aku kenal band Alice In Chains pun melalui soundtrack ni jugak.ok lah boleh tahan.penggunaan sitar pada permulaan lagu memang menarik.
3.Megadeth - Angry Again
Abang Mus cakap dia cipta lagu ni dalam masa sehari je dah siap.di sebabkan perasaan beliau pada masa tu memang dalam keadaan marah..marah kat band member,promoter,dan kebetulan pulak beliau baru je keluar dari rehab (pusat pemulihan)sebab masa ni memang abg mus ada masalah ketagihan dadah.
4.Queensryche - Real World
Lagu ni aku pernah cerita sebelum ni.memang terbaik.
5.Def Leppard - Two Steps Behind
Antara lagu klasik Def Leppard yang selalu aku dengar kat radio sampai sekarang.antara lagu paling hit selepas 'Love Bites' berbanding dengan electric version,aku lagi suka versi akustik ni.petikan gitar Vivian Campbell dengan Phil Collen sedap di layan.
6.Anthrax - Poison My Eyes
Anthrax time ni dah ubah stail muzik diorang,aku dah tak berapa nak layan sangat dah sejak diorang dah berubah stail muzik,tapi solo Scott Ian masih lagi sedap di dengar dalam lagu ni.


7.Aerosmith - Dream On
Lagu paling aku suka dalam album ni.versi live dengan orkestra pimpinan Michael Kamen."dream on,dream until your dream come true" part ni yang aku suka dengan jeritan suara Steven Tyler yang power gile tu.rapper Eminem pun pernah guna sample lagu ni.
8.Alice In Chains - A Little Bitter
Sebab tengah demam grunge,dua lagu Alice In Chains ada dalam soundtrack ni,lagu ni vokal nya ada macam ala2 Kurt Cobain sikit.gaya nyanyian tak ikut tune
9.Cypress Hill - Cock The Hammer
Lagu rap/hip hop.tak best.
10.Fishbone - Swim
rap + rock.pun tak best..heheh..
11.Tesla - Last Action Hero
Lagu ok,tapi dari stail muzik hinggalah ke vokalnya hampir menyamai Def Leppard.kenapa eh?padahal band ni pun dah kira otai jugak,sejak 1982 dah wujud
12.Michael Kamen & Buckethead - Jack The Ripper
Yang ni sebenarnya skor muzik untuk filem ni. Buckethead(penah join Guns n Roses)merupakan antara pemain gitar yang kreatif,walaupun nama beliau tak setanding dengan gitar hero yang lain..permainan gitar beliau dalam lagu ni best.

Pada yang tak pernah dengar lagi soundtrack ni,cubalah layan lagu dari pelbagai genre dalam album ni,mungkin suka mungkin tak,macam aku,lagu2 rap/hip hop tu aku skip je..lagu hampeh..heheh..




Friday, 18 October 2013

Tanya Sama Itu Hud Hud


Apakah Maksud Tersirat Lagu M. Nasir "Tanya Sama Itu Hud - Hud"?  Pernah tak korang dengar lagu hasil ciptaan M. Nasir iaitu ‘Tanya Sama Itu Hud - Hud’. Lagu yang senang melekat di halwa telinga ini sebenarnya mempunyai lirik yang tersirat serta bermakna. Mari kita rungkaikan maksud lagu tersebut satu persatu.

"Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan"

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

"Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah." (lihat Sunan Abu Daud no 4429).

Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

"Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh"

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.


"Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu"

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


"Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih"

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

"Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini"

Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,

"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.

"Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai"

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari"

Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.

Pendapat aku : ada benarnya juga.lagi pun setiap lagu dan lirik sifu M.Nasir memang mendalam maknanya,lagi satu lagu "Keroncong Nostradamus" tu..agak2 ada yang faham tak?tak faham jugak?tanya sama itu hud hud lah..heheh..

Sumber : http://www.hairanblog.com/


Tuesday, 15 October 2013

Salam AidilAdha 1434H


Erti Sebuah Pengorbanan..

Kita semua tahu,apa maksudnya pengorbanan.kita sanggup berkorban wang,tenaga dan masa demi untuk yang tersayang,ada yang berkorban tenaga untuk kerja lebih masa untuk kepentingan keluarga masing2,dan pelbagai cara kita melakukan untuk kepentingan orang2 tersayang,tak kira lah apa cara yang kita buat sekali pun,dengan mengorbankan separuh dari waktu kita untuk orang yang tersayang,moga segala apa yang kita buat berbaloi dan mendapat RahmatNya,dan di murahkan rezeki hendaknya..

Macam aku,untuk tahun ni hajat aku untuk buatkan upah haji untuk arwah mak aku dengan menggunakan sepenuhnya dari hasil titik peluh aku akhirnya tercapai..(sebelum ni memang berkongsi dengan adik beradik,tapi ni memang aku dah lama berniat untuk guna duit sendiri)Alhamdulilah..segalanya berjalan lancar,sehingga artikel ni di tulis,takda sorang pun adik beradik,even kawan2 aku tau pasal hal ni,memang aku tanak war2kan pun,takut tak menjadi,so,segalanya telah selesai,dengan cara ni saja lah aku dapat membalas balik untuk arwah mak aku yang telah melahirkan aku,membesarkan aku dengan segala kepayahan.sewaktu arwah mak aku masih ada dulu.dah berapa kali dia berniat nak menunaikan haji,tapi tak kesampaian.
Aku rasa tak salah kita berkorban demi yang tersayang..asalkan jalan dan niatnya betul dan melakukannya dengan ikhlas,InsyaAllah besar manfaatnya yang kita dapat.
Aku ni nak cerita pasal agama dan hukumnya bukanlah pandai sangat,masih lagi naif,tapi aku percaya pada kekuatan Doa.walaupun ada antara anda semua mungkin ada yang berhajat untuk melakukan sesuatu pada AidilAdha pada kali ni tapi tak kesampaian,berdoalah kepada Allah,kerana doa itu salah satu kelebihan kita sebagai orang islam.
.
.
Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua rakan blog,pengunjung yang rajin jenguk sini,pembaca senyap dan seluruh muslim di seluruh dunia,tak kira anda di mana sekali pun.hayatilah erti sebuah pengorbanan yang sebenarnya..

Monday, 14 October 2013

Demon Knight Soundtrack (1995)


Filem seram Demon Knight terbitan tahun 1995 ni sebenarnya adaptasi daripada komik seram popular US yang telah di terbitkan sejak dari tahun 50an lagi iaitu Tales From The Crypt.sebenarnya filem ni takda la seram sangat pun,ada juga di selitkan unsur2 komedi.


Album ni di edarkan untuk pasaran Malaysia oleh Sempoerna Music (dulu aku ingatkan cuma ada rokok sempoerna je)tapi Sempoerna Music ni tak silap aku dah takda lagi mengedarkan album2 soundtrack dan album2 band metal,sama seperti Rock Records yang dah takda lagi.dulu Sempoerna Music ni antara pengedar aktif album2 rock dan metal di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Lagu2 dalam album ni semua bergenrekan rock,metal dan sedikit alternatif,cuma ada satu kumpulan hip hop je yang terselit dalam album ni.


Lagu2 yang ada dalam album ni :
1.Pantera - Cemetary Gates (demon knight edit) lagu versi pendek,takda jeritan Anselmo di penghujung lagu.lagu ni memang best la,antara hasil kerja gitar yang terbaik dari Dimebag Darrel
2.Ministry - Tonight We Murder.band industrial metal,lagu ada ala2 rap sikit,dengan vokal yang meleweh,member aku cakap ni lagu mintak penyanyi dia mintak penampar..heheh..
3.Machine Head - My Misery.masa ni kalau tak silap aku band Machine Head ni baru je nak naik dengan first album 'Burn My Eyes' pada tahun 1994.stail lagu ni pun ada ala2 Pantera sikit.
4.Megadeth - Diadems.ok la best.sapa yang selalu dengar Megadeth memang tau la stail muzik abg Mus ni macam mana.masa ni pun Megadeth masih lagi dengan line up klasik mereka bersama Marty Friedman.lagu ciptaan abang Mus.
5.Melvins - Instant Larry.ni band experimental rock/metal,agak huru hara jugak muzik dengan vokal dia

ok la bukan jenis inlay sekeping,ada juga la di selitkan screenshot dari movie demon knight ni.

6.Rollins Band - Fall Guy.band post punk/hardcore ni yang aku kenal cuma penyanyi and pengasas band dia je,sapa lagi kalau bukan Henry Rollins.Henry Rollins selain dari menyanyi,beliau juga terlibat dengan kerja2 amal,aktif dalam politik dan juga berlakon.
7.Biohazard - Beaten.sama macam Limp Bizkit,band ni memang dari dulu aku ignore.band yang berkonsepkan metalcore/post punk/hardcore.sama macam Fred Durst yang suka buat kontroversi,penyanyi dan founder band ni Evan Seinfeld pun rajin cipta kontroversi jugak,pernah berkahwin dengan pornstar Tera Patrick (yang pernah berlakon dalam filem seram indonesia 'rintihan kuntilanak')dan ada syarikat produksi menerbitkan filem2 lucah.tak hairan la kalau Fred Durst pun jadikan Biohazard dan Evan Seinfeld ni idola diorang.
8.Sepultura - Policia.lagu ni pernah mencetuskan kontorversi jugak sampai masuk harian metro dulu..sebabnya?kena dengar sendiri,pada pertengahan lagu ni dengan menggunakan earphone.aku malas nak cerita kat sini..
9.Filter - Hey Man Nice Shot.band ni aku pernah dengar,rajin mengubah konsep muzik diorang,sekejap industrial,sekejap alternative.tapi yang sebenarnya band ni berteraskan industrial metal.pernah popular dengan lagu mellow ballad "Take a Picture".
10.Gravediggaz - 1-800-Suicide.lagu paling hampeh!


Overall,lagu2 soundtrack ni kira kena la dengan mood filem ni,kecuali lagu rap/hip hop tu yang aku rasa tak kena dengan mood cerita ni..heheh..apa pun lagu Pantera dengan abg Mus and the gang memang paling best.






Sunday, 13 October 2013

Rock Kapak/Kangkang Part 3

Cerita pasal rock kangkang 80/90an kali ni,nak cerita pasal lagu2 rock yang bertemakan seram dan misteri..kebanyakkan band rock kangkang 80an dulu banyak menghasilkan lagu2 rock bertemakan seram/misteri yang bagus2.antaranya..


Crossfire - Kuasa Mistik
Selain pernah popular dengan lagu Realiti dan Fantasi,Crossfire pun ada buat lagu berunsurkan heavy macam lagu Kuasa Mistik ni.lagu ni mengisahkan tentang santau/pemujaan syaitan.ok la lagu ni,stail muzik dengan nyanyian tu memang terasa unsur2 seramnya..


Febians - Di Sebalik Langsir Biru
Kaset pertama band rock kangkang yang aku beli hasil kumpul duit belanja sekolah dulu..heheh..dulu bila layan kaset ni,lagu yang selalu aku aku fast forward ialah lagu Di Sebalik Langsir Biru ni..yelah pasal lagu ni tak berapa nak heavy sangat,lebih nak melayan lagu cintan jek masa tu..heheh..tapi bila dengar balik..ok lah..boleh tahan..suara Bandi Amuk (dulu nasha nama dia kalau tak silap)dulu2 time jerit agak 'chicky' sikit berbanding ngan zaman Amuk lebih kepada vokal ala2 growl gitu.


Wings - Bujang Senang
Lagu ni memang ramai yang taukan,pasal icon/lagenda buaya jadian yang bernama bujang senang.buaya lagenda yang paling terkenal di Sarawak.(mungkin Ijau atau Adi Herman boleh buat entri pasal lagenda buaya ni?pasal aku pun tak tau detail kisah buaya legend ni)lagu ni memang best.intro dia je boleh dengar bunyi air dan dengusan buaya.terus dengan jeritan Awie dan riff gitar Joe heavy tu.lagu heavy era 90an yang terbaik..


Rusty Blade - Langsuir Liar
Kalau lagu ni memang tak payah nak cerita la,pasal ni antara lagu paling heavy dan paling terbaik Rusty Blade.efek seram dalam lagu ni memang terbaiklah,suara salakan anjing,suara perempuan menjerit,kena pulak dengan riff gitar Khalid Mobin yang menyeramkan tu,kalau dengar lagu ni tengah malam time sorang2 terasa jugak la aura seramnya..heheh..


Ni je lah pada aku antara lagu2 rock kangkang dulu2 yang ok dan best..mungkin ada antara lagu yang aku terlepas pandang..kalau ada sesapa yang tau ada lagi lagu2 yang macam ni boleh bagi tau..


Thursday, 10 October 2013

Queensryche - Real World


Antara lagu Queensryche yang paling aku suka dalam soundtrack Last Action Hero ialah lagu Real World ni.sebenarnya ada 3 album terbaik Queensryche yang masih aku belum dapat lagi..antaranya album Operation : Mindcrime (1988) Operation : Livecrime (1991) dan Operation : Mindcrime II (2006).3 album ni memang best oo..kalau nak tau full detail album Operation : Mindcrime boleh tengok kat blog Deaf Angel Kat Sini.(btw,nice review bro deaf.tq very much)

Apa yang buat aku suka kat band ni pasal keunikkan sound dan style muzik diorang,tak hairan la kalau Dream Theater pun jadikan Queensryche ni sebagai sumber inspirasi dalam muzik diorang,pasal Queensryche boleh di katakan antara band terawal yang memainkan muzik progresif rock/metal ni.

Orait,cekidaut ini lagu memang best..


Cekidaut duet dengan Dream Theater..suara Geoff Tate dengan James Laberie memang mantop!


Monday, 7 October 2013

G N'R Lies (1988)


Album kedua Guns N Roses setelah mereka sukses dengan album 'Appetite For Destruction' pada tahun 1987 dengan lagu hit 'Sweet Child O' Mine'.
Nak cerita panjang pun aku rasa ramai yang dah tau pasal album ni,anda bukanlah mat rock sejati kalau tak pernah dengar atau tanak ambik tau pasal album2 GnR semasa era glam rock sedang berada di kemuncak.pada aku Guns N Roses ni antara 'big four and bad boys in glam rock era' selain Motley Crue,Poison dan Skid Row..



Apa yang membezakan Guns N Roses dengan band2 glam rock yang lain ialah vokal Axl Rose,beliau boleh menyanyi dalam nada rendah dan yang paling tinggi.beberapa majalah seperti Rolling Stones telah menamakan beliau antara penyanyi rock terbaik sepanjang zaman.


Setlist untuk album ni,4 lagu pertama ialah versi rakaman live pertama mereka pada tahun 1986.ada lagu Reckless Life,Nice Boys (lagu cover dari Rose Tattoo)aku suka lagu ni walaupun cover version.GnR bawak lagu ni dalam versi live memang terbaik.Move To The City pun best.kalau pernah tengok live diorang kat Tokyo tahun 92 tu memang best,yang diorang jamming di pertengahan lagu tu sampai habis.lagu Mama Kin pun boleh tahan walaupun lagu cover dari Aerosmith.

yang ni aku tak boleh nak snap semua,pasal ada gamba menjolok mata..heheh

Dan 4 lagu kedua ialah rakaman terbaru pada tahun 1988.lagu ballad Patience memang best.(penah bagi kat awek lagu ni masa sekolah menengah dulu..heheh)Used To Love Her pun best,Slash cakap lagu ni ramai peminat GnR sangka lagu untuk bekas kekasih,tapi sebenarnya lagu ni mengisahkan tentang anjing kesayangan Axl Rose rupanya..heheh..lagu You're Crazy versi akustik dari album Appetite For Destruction.aku suka vokal Axl dalam lagu ni,walaupun Axl penah cakap kat Rolling Stones,beliau tak suka kesemua vokal beliau untuk 4 lagu rakaman 1988 ni sebabnya kata beliau suara beliau jadi begitu kerana mereka baru selesai melakukan tour untuk album Appetite tu,beliau cadangkan pada Mike Clink (producer album ni)untuk merakamkan semula vokal bagi setiap lagu,tapi Mike menolak dan suka pada suara Axl yang husky dalam album ni..

Line up klasik Guns n Roses
Lagu terakhir,One In A Million,lagu yang jadi kontroversi pasal lirik dalam lagu ni.. word 'police and niggers,get out of my way,immigrants,faggots yang ramai mula kata Axl Rose ni racist.tapi Axl menafikan nya.
Pada aku G N'R Lies ni antara album rock terbaik dalam sejarah era glam rock era 80an.pada mereka yang nak kenal era glam rock 80an (bukan Rock oo mamat khalid eh)boleh la mula dengan album ni dulu,cuma untuk album ni permainan gitar Slash tak berapa nak menonjol sangat berbanding dengan album 'Use Your Illusion 1 &2' tapi kerja gitar akustik Slash dan Izzy memang best (Izzy pun salah seorang pemain gitar yang hebat juga)

'Nice boys dont play rock and Roll'



Friday, 4 October 2013

Alanis Morissette - Jagged Little Pill (1995)


Antara cd yang paling lama di beli yang masih berada dalam simpanan aku ialah cd Alanis Morissette ni,sebabnya terpengaruh (sedikit) dengan aura muzik alternatif,grunge pada era 90an..heheh..memandangkan review yang positif dalam majalah dan surat khabar pada ketika tu membuatkan aku beli album ni..


Sebenarnya album ni ialah album ketiga Alanis dan juga merupakan album pertama beliau untuk pasaran US dan juga antarabangsa.album ni menjadi sukses dengan berada di tempat pertama di carta Billboard,dengan jualan sebanyak 18.7 juta salinan di seluruh dunia.Maverick Records (tempat syarikat rakaman  Alanis) merupakan kepunyaan penyanyi sensasi Madonna,dan beliau turut berbangga dengan kejayaan Alanis ni.album ni diterbitkan oleh Glen Ballard yang sebelum ni pernah produced album untuk Aerosmith,Van Halen,No Doubt,Michael Jackson dan Shakira.juga pernah tercalon untuk 9 kategori anugerah Grammy dan telah memenangi 5 kategori pada tahun 1996.



Yang aku masih ingat,ketika album ni tengah hangat,ramai artis2 solo wanita Malaysia yang baru nak keluar album semua berkonsepkan ala Alanis ni,dari stail muzik hinggalah ke stail vokal Alanis yang gedik dan 'chicky' tu,semua album berkonsep 'alternatif'..tapi biasalah,kalau scene muzik Malaysia ni semuanya bermusim,ramai dah tak dengar alternatif,sekarang ramai artis ala Kpop pulak..heheh..


Lagu2 dalam album ni boleh di katakan semuanya pernah menjadi hit dan menguasai carta muzik pada masa tu.antara lagu2nya seperti All I Really Want,You Oughta Know,lagu ni aku suka,pasal pemuzik undangan yang main dalam lagu ni ialah Dave Navaro (Jane's Addiction) dan Flea (Red Hot Chili Peppers)pemainan bass Flea dalam ni memang meletup2 bunyinya,sebenarnya Flea dan Dave Navaro kebetulan berada di studio ketika Glen dan Alanis memainkan demo lagu tersebut,tertarik dengan melodi lagu You Oughta Know,Flea dan Dave menawarkan diri untuk bermain dalam lagu tu..lagu ni juga pernah jadi kontroversi pasal ada F word yang mengakibatkan konsert Alanis kat kl masa tu hampir di batalkan semata2 kerana F word tu..lawak kan?heheh..kalau artis hindi bukak baju kat stadium negara dulu takda pulak jadi kontroversi..
Yang lain2 lagu seperti Hand In My Pocket,You Learn,Head Over Feet dan Ironic (lagu ni berada di carta RIM Hitz.fm di tempat pertama selama beberapa minggu,kalau sesiapa yang masih ingat lagi)majalah Rolling Stones telah meletakkan album ni antara 100 album terbaik dekad 90an.album ni juga telah di riliskan kembali pada tahun 2005 sempena ulangtahun ke 10 album ni tapi dalam versi akustik.
Stail muzik yang catchy dan simple,mudah di hadam walau anda bukan peminat alternatif muzik.pada aku Alanis Morissette ni antara wanita terbaik dalam dunia rock era 90an,selepas Joan Jett dan Lita Ford.pada mereka yang belum pernah dengar album ni,cuba2 lah layan,mungkin anda akan suka atau sebaliknya..