Friday 30 May 2014

The Frayed Ends Of Sanity

Untuk Bro Deaf dan juga Bro MBA..
Pasal Deaf sebelum ni pernah cerita pasal tour Maiden England untuk 2014 yang baru mula 2 hari lepas.aku jugak excited nak tunggu berita2 terkini pasal dua heavy metal legend ni.salah satu sebabnya apa lagu yang IM bawak untuk tour kali ini,dan juga request lagu untuk Metallica By Request tour.

Metallica juga menyambung kembali tour mereka kali ini di Sonisphere Festival kat Helsinki Finland,antara lagu yang aku teringin sangat nak dengar diorang bawak live ialah lagu thrash dari album mereka pada penghujung tahun 80an iaitu ..And Justice For All.lagu yang bertajuk "The Frayed Ends Of Sanity"

Apa yang best,solo Kirk Hammett tak terkucil pun,sama je macam versi album..

Pada yang belum pernah dengar lagu ni dalam versi live,ini dia aku ada jumpa kat youtube..






Untuk versi asal boleh dengar kat bawah ini :

 

Versi yang ada bunyi bass Jason,full album AJFA..layannn..


Thursday 29 May 2014

Al Fatihah



Salam Takziah untuk semua warga negeri Perak Darul Ridzuan.DariNya kita datang,kepadaNya juga kita kembali..Al Fatihah.

Al Fatihah juga buat Allahyarham Dato Aziz Satar,Allahyarham Pak Jamal mini parlimen dan Allahyarham Sidek Hussain..

Tuesday 27 May 2014

Babi Yang Halal


Sebelum ni heboh tentang tentang kopi kluang yang di katakan ada gelatin khinzir di dalamnya.dan yang terbaru ialah coklat Cadbury yang di katakan ada ada 2 jenis Dna babi  dalam dua produk coklat keluaran Cadbury.(tapi aku tak fikir 2 produk ni je..semua produk cadbury ni mesti ada punya)

So apa yang aku nak cakap ialah :
-Kerajaan perlu buat kajian semula kesemua produk terutamanya yang berasaskan tenusu seperti coklat,aiskrim,yogurt dan segala makanan ringan yang ada dalam Malaysia ni.

-Kena beri penerangan pada yang bukan islam tentang haram ini.untuk pengetahuan korang yang bukan islam yang tak tau,bukan setakat daging babi je orang islam tak boleh makan,segala hasil dari binatang tersebut dari bulu sehinggalah ke organ dalaman haiwan tersebut haram di makan.please noted.

-Pada bangsa yang lagi satu tu,tolong hormat sikit sentiviti orang lain,dari pegalaman aku yang berjumpa dengan pelbagai karenah bangsa yang lagi satu ni,diorang memang tak peka langsung dengan sensitiviti dan hak orang lain,konon korang pejuangkan human right,tapi sensitiviti orang ada korang fikir?use your fuckin brain ok?

-Patut lah anak2 generasi Y sekarang ni keras kepala,hati batu,sampai ada yang berani pukul cikgu la,umur baru nak masuk 18 tahun dah pandai pegi club la,puncanya?pemakanan  yang haram jadi 'halal'

-Benda haram yang jadi halal ni aku rasa bukan baru..memang dah lama jadi darah daging seluruh umat melayu islam kat Malaysia ni,cuma baru sekarang ramai yang sedar

-Jakim sila la buat kerja dengan telus..jangan cuma punch card 9 to 5 jer..sekarang ni ramai pihak tunding jari pada Jakim.harap Jakim dapat perbetulkan keadaan.jangan mudah nak hukum kata itu sesat ini sesat.

-Babi haram di makan tapi tak haram di sebut

-Lepas ni apa saja produk seperti aiskrim,yogurt,coklat etc.berhati2 lah bila nak makan,kalau rasa was2 tak payah la beli.

-Sekarang ni pun logo yang bertanda 'Halal' pun di ragui status halalnya..macam mana tu?

-Beruang panda dalam air cond,babi dalam coklat.seorang teman aku pernah cakap,"kalau nak di ikutkan makanan haram yang masuk dalam badan aku ni,mau sekandang anak babi ada"...hahah..

-Siput Cadbury?

-Babi sekarang dah ada nama cute bernama Cadbury


"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi” [Al-Baqarah : 168]


Matlamat tak menghalalkan cara atau cara yang tidak menghalalkan matlamat?

Monday 26 May 2014

Poison - Native Tongue (1993)


Testing guna kamera cikai aku yang dah lama tak di gunakan :p
Sama macam album Def Leppard 'Retro Active', ini adalah album terakhir dari Poison yang aku beli dan dengar,tahun 1993 merupakan tahun 'sedih' bagi penggemar irama glam/hard/heavy metal kerana kebanyakkan band2 yang jadi pujaan pada waktu itu semuanya telah merubah stail dan arah tuju muzik mereka,ada yang terpengaruh dengan grunge dan alternatif muzik,ada yang jadi juga yang berubah kepada rock lebih 'moden'.salah satunya ialah Poison ni..



senarai lagu dalam album ini

Poison adalah antara 'bad boys band' yang aku suka selain Motley Crue,Guns n Roses dan Skid Row.masing2 mempunyai keistimewaan sendiri,baik dari segi muzik,vokal dan perangai rockstar diorang..heheh..terma 'sex,drugs and rock n roll' tu memang kena la dengan keempat empat band ini.untuk album terbitan tahun 1993 ini,Poison telah mengubah hala tuju muzik mereka dari glam rock kepada 'rock alaf baru' penuh dengan elemen blues dan southern rock.dengan gitaris baru mereka Richie Kotzen yang banyak mengubah stail muzik Poison yang menjadikan mereka lebih matang.imej mereka dalam album ni pun dah berubah,tiada lagi imej bad boys.(kira ok la dari imej Metallica Load tu)heheh..



Bret Michaels - vocal


Bobby Dall - Bass

Rikki Rockett - drums

Richie Kotzen - guitar

Walaupun lagu2 dalam album ini  dah berubah dari segi stail dan soundnya,ada juga lagu2 yang sedap.seperti lagu 'Stand' 'Theater Of The Soul' 'The Scream' (1st time dengar lagu ni tekejut aku,macam tak caya Poison punya lagu) dan lagu ballad blues rock yang paling aku suka 'Until You Suffer Some (fire and ice)'vokal Bret memang kena la dengan stail muzik Poison yang baru ni.slang english ala koboi dia tu memang kena dengan semua lagu.tak rugi mereka ambik Richie ni join Poison.Richie juga banyak cipta lagu untuk album ini,cuma setelah berakhirnya tour untuk album ini,Richie telah di tendang keluar dari Poison pasal ada skandal dengan tunang Rikki Rockett.(yang mana Rikki juga telah putus dengan tunang beliau tu)selepas keluar dari Poison beliau juga pernah join Mr.Big,tapi tak kekal lama.
Walaupun hanya menduduki tangga ke 16 dalam carta Billboard pada tahun 93(mungkin peminat Poison tak boleh terima stail muzik baru Poison)tapi album ni sebenarnya best.

Kalau anda hanya pernah dengar lagu 'Every Rose Has Its Thorn' cuba dengar lagu2 dari album Native Tongue ini.juga untuk peminat blues dan southern rock.
Lagi cerita pasal Native Tongue boleh jenguk kat blog abang Berteromber kita di sini :
http://berteromber.blogspot.com/2013/08/native-tongue.html

Saturday 24 May 2014

3 Days To Kill (2014)

Antara filem yang di tonton minggu ini..



Filem crime thriller dan ada unsur komedi sikit lakonan Kevin Costner (Academy Award Winner) selepas The Bodyguard (1993).filem ini  mendapat negatif review dari Rotten Tomatoes.tapi pada aku filem ni so-so je lah..takda la teruk sangat pun.jalan cerita pun tak pening,senang di hadam.
Berbanding dengan filem Jack Ryan :Shadow Recruit (filem tersebut beliau hanya pelakon pembantu di samping Chris Pine)pada aku 3 Days To Kill ni agak logik sikit la jalan ceritanya berbanding Jack Ryan.

Ceritannya mengisahkan tentang ejen CIA Ethan Renner yang menderita barah otak,pada mulanya ingin bersara dan ingin memulihkan hubungan antara isteri dan anak beliau,terpaksa menerima tugasan terakhir dari bekas rakan ejennya,bekas rakan ejen ni ada ubat bagi mengubati penyakit barah tersebut yang menyebabkan Ethan berada dalam dilema,antara anak,isteri,penawar kanser beliau atau tugasan terakhir yang perlu di laksana kan?
Tak boleh nak cerita panjang,kalau nak tau sila tengok sendiri..heheh..

Filem yang di bintangi oleh Kevin Costner,Connie Neilsen,Hailee Steinfeld dan Amber Heard (Berteromber sila cekidot ini awek..pencabar Jennifer Lawrence ni..heheh)kalau anda meminati filem bergenrekan crime thriller yang ala2 James Bond dan ada unsur komedi,filem ini memang harus di tonton walaupun temanya sama "good guy wins bad guys lose.untuk peminat Kevin Costner pun kena wajib tonton..

2/5*


Friday 23 May 2014

Speechless Friday

Untuk rakan2 blog dan juga peringatan untuk diri sendiri...


Tuesday 20 May 2014

Jason Statham : Taking Stock

Buku yang punya la lama baru abis baca..heheh..


Buku biografi pelakon terkenal yang menjadi pujaan awek2 masa kini iaitu Jason Statham.beliau juga di katakan 'the next Johnny Depp and Tom Cruise',kerana suaranya yang serak macho tu,dan imej beliau sebagai pelakon aksi yang cool.juga di gelarkan 'the stath' oleh peminat,Jason sebenarnya tak berapa suka di labelkan sebagai pelakon aksi,beliau mahu di kenali sebagai pelakon versatile,ini kerana beliau memang berbakat dalam melakonkan apa jua watak.contohnya seperti filem 'Cellular',antara watak jahat lakonan beliau yang paling di ingati,filem aksi dark comedy 'Crank 1 & 2' di mana watak beliau yang kadang kala komedi dan desperate,filem pertama beliau bersama Brad Pitt 'Snatch' yang membuatkan beliau terkenal di Amerika.

scene dalam filem 'Snatch' bersama Brad Pitt

scene dalam filem 'The Transporter 1'

Sebelum menjadi pelakon terkenal,Jason hanyalah seorang peniaga 'thieve market' di England,dan kemudiannya menjadi atlit renang sukan olimpik dan pernah mewakili olimpik pada tahun 1992,menjadi model untuk Tommy Hilfinger,sehinggalah beliau berkenalan dengan Guy Ritchie (director filem Snatch,Sherlock Holmes)orang yang bertanggungjawab memperkenalkan beliau di layar perak.semenjak itu beliau dan Guy Ritchie menjadi kawan karib.
Jason juga seorang yang utamakan kesihatan,beliau tidak merokok dan minum alkohol,kecuali ketika berlakon dalam filem.kalau takda shooting filem,beliau sanggup menghabiskan masa berjam2 lamanya di gym kediaman beliau.

bersama pelakon2 filem 'The Expandables'


pernah dapat anugerah dari GQ men of the year 

Dalam buku ni di ceritakan juga tentang kisah cinta beliau dengan pelakon Kelly Brook,hubungan cinta beliau dengan Kelly ni dah bermula ketika mereka berdua ni belum lagi di kenali sebagai pelakon,apabila mereka pindah di Hollywood,Kelly ni meninggalkan Jason demi merebut cinta pelakon Billy Zane (pelakon filem Titanic,Demon Knight)sedih punya pasal,Jason mula ketagih minum arak dan merokok,sesuatu yang beliau tak suka sebelum ini.kalau tak kerana Guy Ritchie,(yang jadi penyelamat)dah tentunya karier Jason hancur di Hollywood.
Kerjaya Jason berada di kemuncak dan mendapat perhatian utama di Hollywood ialah filem 'The Transporter' di ikuti dengan sekuelnya part 2 dan 3,ketika bintang aksi seakan telah tiada di Hollywood,Jason lah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kembali filem aksi terbitan Hollywood.impian beliau untuk berlakon bersama2 idola hero ketika zaman remaja beliau seperti Stallone,Arnold,Bruce Willis dan Jet Li akhirnya tercapai juga apabila beliau dapat berlakon bersama dalam filem 'The Expandables'
Antara filem lakonan Jason Statham pada aku yang best ialah :
-Filem arahan Guy Ritchie 'Lock,Stock And Two Smoking Barrels' 'Revolver' dan 'Snatch' antara crime film yang terbaik.
-Chaos
-The Italian Job
-Killer Elite
-Cellular
-London
-The Bank Job
-13
-Homefront & Transporter 3

Buku ni memang menarik untuk di baca kalau anda memang peminat Jason Statham.Jason juga akan kembali melakonkan watak jahat dalam filem Fast & Furious 7 di jangka akan di tayangkan pada tahun hadapan.apa pun buku ni memang best..

Monday 19 May 2014

Megadeth - So Far,So Good...So What! LP (1988)

Album studio ke 3 dari MegaMus..

depan


belakang


Megadeth 88' : Chuck Behler (drums) David Ellefson (bass) Dave Mustaine (vocal/gitar) Jeff Young (gitar)


lirik


In My Darkest Hour lagu yang di tujukan untuk mendiang Cliff Burton Metallica

credit



piring kehitaman


side 1


side 2


Antara album terawal Megadeth yang best,penuh dengan elemen speed/thrash metal.kerja gitar Jeff Young dalam album ni pun memang best,tapi sayangnya Jeff dan Chuck (drum) tak kekal lama,mereka berdua telah di pecat ketika berakhirnya tour untuk album ni.yelah,Megadeth kan abg Mus punya,so kuasa semua terletak pada beliau.
Antara lagu yang boleh di katakan popular dalam album ni ialah lagu 'In My Darkest Hour' dan lagu cover dari Sex Pistols 'Anarchy In The UK'.Steve Jones dari Sex Pistols juga di jemput untuk solo gitar dalam lagu ini.
Walaupun line up Megadeth untuk album ke 3 ni kurang di ingati,tapi Megadeth tetap Megadeth,takkan berubah stail muziknya selagi abg Mus yang punya.heheh..
Pada sesiapa yang belum pernah dengar album ini dan bagaimana muzik Megadeth berevolusi,boleh dengar album2 terawal Megadeth termasuklah album So Far,So Good..So What! ini..

Friday 16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014



Selamat hari guru kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku dari sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan sekolah agama.maaf,banyak nama2 cikgu yang mengajar aku dulu yang dah tak ingat lagi namanya.terima kasih kerana menjadikan aku insan yang berguna pada hari ini..

Tak lupa ucapan ini di tujukan pada cikgu rocker kita iaitu cikgu Arip http://bukurekod2u.blogspot.com/
Lagu2 kat bawah ni aku tujukan untuk semua warga pendidik di luar sana yang tak pernah rasa jemu untuk mengajar dan mendidik anak bangsa demi untuk masa depan mereka.Salute!


Nirvana - School



Van Halen - Hot For Teacher


Alice Cooper - School's Out


Motley Crue - Smokin' In The Boys Room


Korn - Another Brick In The Wall (Pink Floyd cover)


Terima Kasih Chekgu!..

Wednesday 14 May 2014

Indiana Jones Boxset

Sebelum ni abang Berteromber kita penah bernostalgia pasal filem Indiana Jones kat sini :
http://berteromber.blogspot.com/2014/05/throwback-thursday-indiana-jones-and.html







Dvd ni dapat dengan harga paling murah rm 9.90 je.kebetulan masa tu kedai Speedy di KL Festival City memang ada buat jualan murah kesemua dvd pelbagai genre,movie chinese,india,hindi,english dan dvd konsert (ada la dapat beberapa dvd konsert,tu nanti aku tampal kemudian).macam Berteromber jugak,mula mengenali filem Indiana Joned Jones sewaktu di zaman bebudak dulu melalui filem Raiders Of The Lost Ark.
Secara ringkasnya filem2 Indiana Jones ini bergenrekan action adventure.Dr.Henry Walton 'Indiana' Jones Jr.adalah hero ciptaan George Lucas,orang yang sama mencipta francais Star Wars.

juga di sertakan dengan dvd bonus material.the making of kesemua filem indiana jones


Kronologi filem filem Indiana Jones :
Raiders Of The Lost Ark (1981)
Indiana Jones And The Temple Of Doom (1984)
Indiana Jones And The Last Crusade (1989)
Indiana Jones And The Kingdom Of The Crystal Skull (2008)



Filem ni adalah antara filem aksi pengembaraan yang tak jemu di tonton.kerana filem ini jugalah wujudnya pelbagai filem yang sama seperti Indiana Jones macam Lara Croft,The Mummy,The Librarian dan pelbagai lagi filem yang sama genrenya.
Filem yang pernah di keluarkan dalam pelbagai format seperti Vhs tape,vcd,laser disc,dvd dan juga terdapat dalam versi blu ray.


Filem yang menarik dan terbaik,pada sesiapa yang penah membesar sezaman dengan aku mesti tau betapa best nya filem ni.pada mereka yang belum pernah tengok dan ingin tahu apa itu filem action adventure,boleh mulakan dengan francais Indiana Jones ni dulu..

Monday 12 May 2014

Megadeth - Countdown To Extinction Live Dvd (2013)






















Antara album live Megadeth yang aku tunggu,sebenarnya nak ambik dengan versi cd sekali,tapi yang ada cuma dvd nya je.sempena ulang tahun yang ke 20 album 'Countdown To Extinction' yang di riliskan pada tahun 1992.konsert live ni di rakamkan di Fox Theater Los Angeles sempena 'Countdown To Extinction 20th Anniversary Tour'.
Dengan format DTS dan Dolby 5.1 stereo surround & stereo audio,memang sedap la bunyinya.penuh,padat dan padu.dari bunyi gitar abg Mus,hinggalah ke bunyi bass junior memang menepati piawaian (kalau menggunakan set home theater :p)
Antara lagu yang betul2 aku teringin sangat nak dengar live yang Megadeth tak penah mainkan sebelum ni ialah 'Psychotron'.memang syok lagu ni bila dengar live.

Overall,kalau nak di bandingkan dengan Metallica Through The Never movie tu,pada aku best lagi live Countdown dari abg Mus and the gang ni..heheh..
Versi boxset Countdown To Extinction aku penah tampal sebelum ni Di Sini.untuk peminat tegar Megadeth kena dapatkan dvd ini.Countdown To Extinction juga adalah antara all time fav.album Megadeth yang aku suka dari dulu sampai sekarang..


Saturday 10 May 2014

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga



Ibu,
Aku mencintai mu
Atas semua yang telah kau lakukan untuk ku
Aku akan selalu mengingati mu dan munajatkan doa untuk mu
Kerana semasa kau masih ada,kau selalu ada di sisi ku dan menyayangiku....
Al Fatihah.semoga roh mu di cucuri Rahmat Allah Swt.

Xyruszone 10/5/2014
1.54 AM

Selamat Hari Ibu kepada anda yang bergelar ibu,emak,umi,mama,mummy dan bonda.kasih ibu memang membawa ke syurga..


Friday 9 May 2014

Metallica - Through The Never Movie (2013)


Err..di sebabkan dvd nya takda masuk kat pasaran sini,versi sedut adalah jawapannya..

Terus terang cakap,storyline movie ni memang hampeh..kalau anda mengharapkan seperti filem2 Hollywood yang lain dengan elemen saspen,seram apa semua tu memang takda dalam ini filem.oleh kerana kos pengambaran menggunakan teknik 3D yang bajetnya berjuta, terpaksalah di jadikan filem.ia nya sama seperti menonton dvd live Metallica yang lepas2,cuma kali ini di selang selikan dengan jalan cerita.

Ceritanya mengisahkan tentang Trip, seorang roadie yang bekerja dengan Metallica (lakonan Dane DeHaan,Chronicles,The Amazing Spiderman 2)yang kena ambil satu barang kat van krew Metallica yang rosak di dalam perjalanan nak ke tapak konsert.barang tersebut (sebuah bag yang tak di ketahui apa isi nya sehingga akhir movie ni)yang kononnya terlalu penting untuk Metallica.dalam perjalanan tu lah beliau berhadapan dengan pelbagai masalah,berhadapan dengan rusuhan,kena kejar dengan 'The Horsemen' dan kena belasah ramai2 dengan perusuh.

Walaupun lagu2 live dalam filem ni dah jemu dengar,tapi apa yang menarik adalah setting pentas 3D Metallica kali ini unik.ada gimik pada setiap lagu.antara lagu yang paling aku suka tengok sekali dengan gimiknya ialah :
-Ride The Lightning - Ketika lagu ni di mainkan,kerusi elektrik besar (hukuman bagi pesalah berat kat Amerika)di turunkan dari bumbung stage,dengan paparan video pesalah menerima hukuman mati

-And Justice For All - Gimik lagu ni pun best..sambil lagu di mainkan,kelihatan pekerja2 kontrak sedang sibuk memasang patung 'Lady Justice'.patung ini runtuh dengan sendirinya pada akhir lagu

-Cyanide - Keranda 3D di turunkan (sama seperti dalam cover album Death Magnetic) dan kelihatan ada orang dalam setiap keranda tersebut meronta2 nak keluar dari keranda tu.

Masuk part lagu 'Enter Sandman' setting pentas mereka seakan 'hancur'sama macam dalam dvd 'Cunning Stuns'.dan diorang main dalam mood garage pulak.

Lakonan Dane DeHaan walaupun tanpa dialog,hanya memainkan ekspresi muka sebenarnya bagus,tapi jalan ceritanya je yang agak mengecewakan.tapi kalau nak tengok stage 3D live Metallica yang pada aku agak unik kena la layan movie ni.khas untuk peminat2 tegar kpop Metallica juga.



Wednesday 7 May 2014

Belasungkawa : Al Fatihah Buat Allahyarham Dato Aziz Satar



"Walaupun rupamu tidak ku kenal,tetapi lobang hidung mu tetap menjadi pojaan hatiku"..antara dialog dalam filem komedi lagenda iaitu Seniman Bujang Lapok yang masih di ingati sehingga hari ini..

Semoga roh Allahyarham Dato Aziz Satar di cucuri Rahmat Allah SWT dan di tempatkan bersama roh orang beriman..


Thank you for the years of laughter and memories..Al Fatihah.

Tuesday 6 May 2014

RJD - This Is Your Life Tribute To Ronnie James Dio (2014)

Akhirnya setelah 2 - 3 kali masuk Rock Corner,Pertama Complex,last2 jumpa kat Victoria Amcorp Mall..


Sambil tampal gambar,sambil dengar lagu2 dari album ni..heheh..



Aku suka artwork kat album ni,lawa..Klaus Miene pakai tshirt Dio.makcik Doro dengan 'kacip fatimah'nya..heheh..


Album ni dalam bentuk digipack,packaging yang aku tak berapa suka pasal bila dah lama sikit setiap bucu cover mesti berkedut/rosak.



Medley dari Metallica memang the bestest! (Tarot Woman/Stargazer/Light In The Black/Kill The King)antara medley paling best selepas medley Mercyful Fate.(nak kena cari jugak la album Rainbow Rising tu nanti)



Antara isi kandungan  inlay..




Layan gambar je la yek..



Tracklist :
1.Neon Knights - Anthrax
2.The Last In Line - Tenacious D
3.The Mob Rules - Adrenaline Mob
4.Rainbow In The Dark - Corey Taylor, Roy Mayorga, Satchel, Christian Martucci, Jason Christopher
5.Straight Through The Heart - Halestorm
6.Starstruck - Motörhead with Biff Byford
7.The Temple Of The King - Scorpions
8.Egypt (The Chains Are On) - Doro
9.Holy Diver - Killswitch Engage
10.Catch The Rainbow - Glenn Hughes, Simon Wright, Craig Goldy, Rudy Sarzo, Scott Warren
11.I - Oni Logan, Jimmy Bain, Rowan Robertson, Brian Tichy
12.Man On The Silver Mountain - Rob Halford, Vinny Appice, Doug Aldrich, Jeff Pilson, Scott Warren
13.Ronnie Rising Medley (Featuring A Light In The Black, Tarot Woman, Stargazer, Kill The King) - Metallica
14.This Is Your Life - Dio


Apa lagi yang nak di ceritakan..semua lagu memang best2 belaka,(kecuali Corey Taylor) the best Dio tribute album,lagu2 yang di bawa oleh semua band dan artis solo dalam album ni memang best la.Dio sememangnya icon rock/heavy metal yang hebat dalam sejarah muzik dunia.dari zaman 'Holy Diver' lagi dah kuat pengaruhnya sampai ke sini.so,untuk rockers,thrashers,atau untuk mereka yang rock suam2 kuku yang cuma tau 'Holy Diver' je,kena dengar album ni.untuk ulasan panjang lebar dan detail boleh jenguk kat blog abang Deaf kita kat sini http://deaf-angel.blogspot.com/2014/04/this-is-your-life-japanese-version.html