Friday 31 October 2014

Lorong Waktu

31/10/2014

Raff mengeluh panjang..kata-kata dari Aiza,Pro syarikat rakaman tempat beliau bernaung mula terngiang-ngiang di telinga,"mana ada orang nak dengar konsep muzik yang kau bawa ni,kau kena ubah stail konsep muzik kau,budak-budak sekarang suka moden rock dan Kpop,buat lagu yang simple,tak payah la dengan gitar solo semua tu,kau bukannya Joe Satriani!".Ternyata terasa sakitnya hati beliau bila pro syarikat rakaman pun dah belagak macam penerbit.Raff memang tidak mahu mengubah stail konsep muzik beliau.Biarlah beribu jenis genre muzik yang muncul pada zaman sekarang yang menjadi kegilaan remaja masa kini pun,dia tetap tidak akan sekali-kali mengubah stail muzik yang dia minati sejak kecil.Ada juga rakan-rakan pemuzik beliau mengatakan tumbesaran Raff ni tersangkut di tahun 80an,Kerana stail muzik yang beliau perjuangkan.."Apa salahkah kalau aku mempertahankan muzik yang aku minati?semua orang berhak dengan pendirian masing-masing,aku tak pernah pun nak kritik atau hina pemuzik-pemuzik baru yang memainkan irama rock mendayu atau pun Kpop..masing-masing punya citarasa lah".Keluh Raff di dalam hatinya.

Sambil memutarkan rekod lagu "A Dangerous Meeting" dari Mercyful Fate di pemain piring hitamnya,Raff mula merangka semula kerja-kerja di studio beliau yang terbengkalai.kesemua ahli band beliau sedang bercuti setelah setengah tahun melakukan konsert bergerak di seluruh asia.Sementara hendak menunggu ahli band yang lain menghabiskan cuti sebelum kembali ke studio untuk merakamkan album terbaru,band mereka "Sakaratul Death" telah mengeluarkan album 'the best of' yang menghimpunkan lagu-lagu yang pernah mereka rakamkan dari awal penglibatan mereka dalam bidang muzik keras yang bingit ini.



Sedang Raff meneliti lirik-lirik lagu yang telah di hasilkan,tiba-tiba telefon bimbit Raff berbunyi.Paparan di skrin telefonnya ialah panggilan telefon dari Azura,sahabat karib beliau sejak kecil.Azura juga pernah menyumbangkan lirik-lirik sastera gelap yang agak puitis dan menarik di dalam lagu-lagu "Sakaratul Death".Panggilan telefon pantas di jawab oleh Raff."Hello,asalamualaikum Raff,kau free tak?aku nak jumpa nak suruh tengok lirik-lirik yang aku dah buat ni,kau tengok la mana yang ok..kalau rasa tak puas hati nanti aku edit je yang mana kau rasa tak ok"."Walaikumsalam..Haa..cantek jugak tu,kita jumpa kat taman layang-layang kat Kepong boleh?pasal aku pun ada janji dengan member nak jumpa kat situ jugak"."Okey,pukul 5 nanti kita jumpa".Jawab Azura di hujung talian.

Pukul 5 petang,Taman Layang-Layang Kepong.

Suasana yang agak mendung dan sedikit dingin dengan tiupan angin di taman itu menyebabkan Raff rasa mengantuk.Dia melihat jam di tangannya baru menunjukkan pukul 4.50."Sekejap lagi Zura sampai la kot," Kata beliau di dalam hati.Sambil menyandarkan badan di kerusi pusat riadah tersebut,Raff pun terlelap..
Tiba-tiba Raff terkejut kerana ada satu tangan kasar mengejutnya dari lena."Saudara,kenapa tidur di sini?di sini tempat orang lalu lalang,nanti saudara akan di marahi oleh pengajur tempat ini.Baik saudara beredar segera".Sambil terkejut dan ingin memarahi orang tersebut,telinga Raff terasa bingit dengan bunyi jerit pekik suara yang agak ramai.Sambil menggosok-gosok matanya,dia terkejut kerana berada di suatu tempat yang asing,seolah-olah berada di dalam suasana konsert.Sedang beliau terpinga-pinga,beliau di tegur oleh orang yang mengejutkan dia dari tidur tadi,"Ehh..kenapa saudara berpakaian begini?saudara ni dari mana?bukan dari sini ya?".Lelaki yang mengejutkan Raff tadi melihat Raff agak pelik,sekejap atas sekejap bawah dengan muka kehairanan."Kalau nak datang tengok konsert Pop Yeh-Yeh bukan begini pakaiannya saudara".Pop yeh-yeh?Raff mula kehairanan,sudah agak lama beliau tidak mendengar perkataan itu.Muzik yang menjadi kegilaan muda-mudi pada era 60an dulu.Raff memandang sekelilingnya,orang-orang di sekitarnya kelihatan berpakaian pelik,kesemua yang beliau lihat persis di era 60an dahulu,dari cermin mata,pakaian dan juga kasut.Jauh berbeza dengan pakaian yang di pakai oleh Raff.Ketika masih lagi terpinga-pinga dengan keadaan sekelilingnya,Raff tiba-tiba terpandangkan sesuatu yang membuatkan beliau terkejut besar seperti mahu pengsan.beliau terpandang satu papan tanda yang bertulis : "SELAMAT DATANG KE MALAM PESTA MUDA MUDI 31 OKTOBER 1960"."Agak aku ni ada kat tahun 60an ke?".Kata Raff yang masih lagi terpinga-pinga..

Bersambung.. (kalau aku rajin la eh..heheh..penat jugak jadi penulis novel ni ek?)

Wednesday 29 October 2014

Iron Maiden - Killers Reissue Vinyl (1981)

Memang aku takda pun album "Killers" dan "Iron Maiden" (s/t) dalam bentuk piring hitam ni..Tapi di sebabkan IM rilis balik album 80an mereka dalam versi original 180G Black Vinyl memang aku cari kedua album ni jer..




Packaging dia sama macam rekod Maiden yang di riliskan pada 80an dulu,simple je,inlay lirik pun takda..



Bahagian belakang.semua sama,takda yang special pun.di sebabkan aku mula kenal Maiden semasa era Bruce,kedua album ini dulu aku selalu ignore.sebabnya pada aku untuk kedua album ini muziknya agak terlalu 'lembut' senang cerita macam sound rock kapak melayu tahun 80an dulu lah,cuma stail muziknya agak 'punk' sedikit,mungkin di sebabkan gaya vokal Paul Di'anno.slanga atau 'english accent' beliau yang agak pekat (berbanding english amerika,england punya accent lagi pekat,kadang aku sendiri tak faham)heheh..lagi pun attitude Di'anno pun macam mat punk jugak kan?.
Tapi sejak dah berusia ni baru la telinga ni boleh terima kedua2 album ni..lagi pun banyak lagu best2 dalam album ini dan jugak album pertama Maiden.
Kedua2nya memang best.so lepas ni tunggu singles rekod 7 inci pulak eh?

Dan last sekali..



Kalau macam ni kira lengkapla diskografi album2 Maiden 80an kan? tak payah la nak membazir beli 2-3 versi..apa yang ada ni cukup lah..duit hiburan pun kena berjimat jugak..heheh..

Monday 27 October 2014

The November Man (2014)


Filem yang di tonton pada sabtu lepas kat rumah..(dvd jack sparrow)

Kali terakhir aku menonton filem lakonan Pierce Brosnan ialah filem The Ghost Writer (2010).untuk filem ini,Pierce Brosnan kembali melakonkan watak aksi seperti filem James Bond lakonan beliau yang terdahulu.

Filem yang bergenrekan action thriller/spy/cat and mouse agak menarik juga untuk di tonton.'November Man' merupakan kod nama bagi perisik veteran CIA Peter Devereaux (Brosnan) yang telah bersara kerana kesilapan protege nya yang telah melanggar arahan ketika operasi untuk melindungi duta Amerika.Peter yang telah bersara dari dunia risikan dan telah menjalankan perniagaan kedai kopi di Switzerland telah bertemu kembali dengan boss lama beliau dan meminta beliau kembali ke dunia risikan dengan satu tugas yang rumit,tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila beliau terpaksa berhadapan dengan protege beliau yang dah berpaling tadah..(tak mau spoiler banyak la,kena tengok sendiri)

Apa pun,filem ni memang ok dan boleh tahan best jugak.di katakan akan ada sekuelnya nanti pada tahun hadapan.so,pada peminat filem bergenrekan risikan,memang kena tonton filem ini,stail penceritaan nya seperti filem2 Jason Bourne dan filem James Bond.memang tak membosan kan.watak Pierce Brosnan dalam filem ini pun aku rasa sama macam lakonan beliau dalam filem James Bond.(cuma kali ini beliau tak jadi pemikat perempuan seperti Bond)
Sila download atau pinjam dvd nya dari jiran sebelah rumah anda..heheh..

*3/5


Saturday 25 October 2014

1 Muharram 1436H

Selamat menyambut Maal Hijrah 1436 untuk semua pengunjung blog ini yang beragama islam dan rakan blogger,serta teman2 rapat.

Semoga impian dan harapan di tahun baru ini beroleh nikmat,rahmat dan di buka kan pintu rezeki seluas luasnya untuk kalian semua..


Thursday 23 October 2014

Nativity In Black - A Tribute To Black Sabbath (1994)



Sebenarnya ada 3 bahagian untuk album 'Nativity In Black' tribute ni,aku cuma ada yang bahagian pertama je.antara tribute album untuk Black Sabbath yang best la pada aku..








Walaupun ia nya album tribute,tapi barisan band2 yang memainkan kembali lagu2 Black Sabbath sebagai tribute memang hebat2 belaka.ada juga lagu2 yang di cover lebih sedap dari versi asal seperti lagu 'Symptom Of The Universe' dari Sepultura.bunyi drums Igor Cavalera memang sedap dalam lagu ni.bunyi bass drumnya menyentap jantung..heheh..

sama yang macam Max cerita dalam buku 'My Bloody Roots' tu

Ketika membeli album ni dalam versi kaset pada tahun 94 dulu,melalui album ini la baru aku kenal band2 metal yang berlainan genre atau mahzab nya,ada Industrial Metal,Hardcore/Rapmetal,Doom dan pelbagai lagi genre yang aku sendiri taktau nak labelkan apa..heheh..
Dalam album ini la aku kenal White Zombie,Therapy?,Biohazard,Type O Negative dan Corrosion Of Conformity.(penah juga nak try layan band2 ni tapi tak boleh masuk ngan stail muzik diorang)

setlist

Antara lagu yang best dalam ni,.Ozzy Osbourbe & Therapy? -'Iron Man'.walaupun di nyanyikan oleh Ozzy,tapi olahan muzik oleh Therapy? memang sedap.temponya pun rancak sikit dari versi asal.Megadeth -'Paranoid' lagu ni pun lagi heavy dari versi asal..sampaikan abg Mus jerit kat Nick Menza (drummer Megadeth pada ketika itu) "Nick..Nick..Nick!!" pasal dia tak reti nak stop..heheh..



Lagu 'Sabbath Bloody Sabbath' dendangan Bruce Dickinson bersama Godspeed pun best.memang kena la diorang berdua ni beduet.'NIB' dari Ugly Kid Joe,bunyi bass intro dari Cordell Crockett meletup2 (kalau outkan volume speaker kompem speaker pecah)heheh..dan yang lain2 tu aku dengar sekali lalu je..pasal ada yang di gubah muziknya yang tak berapa nak masuk kat telinga aku contohnya lagu 'Supernaut'.
Overall album ni tetap best.sesiapa yang suka Black Sabbath era Ozzy,memang patut kena dengar album ni.

Untuk ulasan panjang lebar pasal album ini boleh jenguk kat abang Berteromber kita KAT SINI

Tuesday 21 October 2014

Hidayah

Aku jua sekerdip Nur Muhammad seperti kau dan dia.aibmu adalah aib ku.rahsiamu adalah rahsia ku.
Terjadi,hanya bila kau ma'rifat akan diri mu.

Dan jangan lah aku di hina atau di cerca di atas kesilapanku atas kehendakNya.dan janganlah aku di takuti atau di sisih kerana aku hanya manusia biasa,dan jika kau tahu siapa aku,aku lah manusia yang naif..



Monday 20 October 2014

Saxon - Crusader LP (1984)

Tahun 1984,antara tahun 'emas' dalam dunia muzik heavy metal.antara album2 heavy metal/rock hebat yang pernah di riliskan pada tahun 1984 ialah Iron Maiden - Powerslave,Deep Purple - Perfect Strangers,Mercyful Fate - Dont Break The Oath,Anthrax - Fistful Of Metal,Scorpions - Love At The First Sting,Savatage - The Dungeons Are Calling,Judas Priest - Defenders Of The Faith,Ratt - Out Of The Cellar,Kiss - Animalize,Dokken - Tooth And Nail,dan tak ketinggalan album ini...



Juga merupakan album klasik heavy metal tapi tidak di beri perhatian oleh peminat muzik metal pada ketika itu,mungkin sebab muziknya seperti kata Berteromber yang agak komersial.tidak berjaya mencapai populariti sehebat 'Powerslave'.walaupun tak mendapat perhatian,sebenarnya muzik dalam album ini pun best.






Sound dalam album ni pun sedap sebenarnya..kalau biasa dengar Maiden dan Judas Priest album2 80an mereka,lebih kurang juga la dengan album Crusader ni..paling aku suka bunyi ketukan drum Nigel Glockler dalam album ni..lain dari yang lain (teruk lagi bunyi  drum Lars dalam album St.Anger..heheh)







Lagu2 seperti 'Sailing To America' 'Set Me Free' 'Just Let Me Rock' 'Bad Boys' dan 'Do It All For You' pun layan juga,dan yang paling best sudah tentunya 'Crusader' seperti kata bro Deaf,lagu yang mengisahkan tentang perang salib dari pandangan seorang tentera salib (crusader).aku cuma suka lagu nya je ok,bukan mengagung2kan tentera salib pulak..jangan salah anggap.bukan apa,takut jadi viral kat facebook dengan tajuk 'bloger melayu islam sokong tentera salib..maklum la ramai keyboard warrior yang 'telebih pandai' sekarangkan..heheh..

So pada siapa yang biasa dengar album2 heavy metal 80an seperti Judas Priest,Iron Maiden,Quiet Riot atau seangkatan dengannya,cuba2 la dengar Saxon.

Untuk ulasan terbaik pasal album Crusader ni boleh jenguk kat entri Berteromber KAT SINI dan jugak cerita pasal album Saxon unplugged kat blog Deaf Angel DI SINI


Friday 17 October 2014

Terrorizer's Secret History Of Thrash Metal

Dah lama sebenarnya beli majalah ni,baru berkesempatan nak belek page by page..



Cover depannya ialah James Hetfield (Metallica)masa beliau muda belia lagi.masa mula2 nak beli dulu aku ingatkan Eddie Van Halen..heheh..tagline dia pun ada bagitau "the definitive guide" memang majalah ni keluaran khas istimewa menceritakan segala macam tok nenek moyang genre yang paling aku minat dan juga geng2 blog semua iaitu Thrash Metal.
Sebut pasal thrash metal,tak sah kalau takda 'The Big Four' ni..



cerita pasal Metallica,Slayer




Anthrax,cite Exodus pun ada

Walaupun majalah ni nampak nipis,tapi dia punya cerita memang padat dengan pelbagai cerita band thrash lama yang ada antaranya aku tak tau.ada juga di terangkan secara detail pelbagai genre thrash metal ini..



Cerita pasal thrash,band Venom di katakan memperkenalkan genre 'Black Metal' malah frasa Black Metal itu sebenarnya wujud dalam album Venom yang bertajuk 'Black Metal'.Venom juga di angkat sebagai 'Godfather of Black Metal'. muzik dan album2 mereka juga menjadi inspirasi dan rujukan bagi band2 setan menyetan dari Eropah.



Ok,yang ni aku rasa ramai jugak yang minatkan?Sepultura era Max Cavalera,logonya pun masih menggunakan logo era 'Morbid Vision'


Death Angel,yang seangkatan dengan geng2 Bay Area.penah datang perform kat kl tahun 2011 dulu.





Cerita pasal Black Thrash..yang ganas imejnya dengan lirik lebih ke arah puaka dan segala macam jembalang..heheh..yang pegang kapak tu band Abigail dari Jepun..ganassss..

Selebihnya ni layan gambar je lah..








Ada lagi...





Ed Repka,antara pelukis yang selalu menjadi pilihan band2 Thrash Metal untuk cover album2 mereka..artwork dia memang cantik.



Album2 yang paling terkenal..yang mengubah sejarah Thrash dunia..



Thrash moment









Art of Thrash..




Dan yang last sekali



garis panduan dan etika pakaian untuk peminat kpop thrash metal


Banyak lagi sebenarnya cerita yang menarik,cuma aku malas nak snap gambar banyak2..heheh..tapi majalah ni memang best la,memang banyak benda yang tak tau pasal muzik bising dan bingit ni memang di ceritakan secara terperinci dalam ni..memang best.


Wednesday 15 October 2014

Tuesday 14 October 2014

Duran Duran - The Wedding Album (1993)

Sesekali layan new wave pulak..Ini untuk abang Berteromber kita..


Pada waktu peminat muzik dunia mula menggilai muzik grunge dan alternative music,Duran Duran muncul dengan album ke 7 nya dan menakluk kembali persada muzik antarabangsa dengan stail muzik 'new wave' seperti di era 80an dengan album ini.aku mula mengenali Duran Duran ni melalui abang2 aku dan juga jiran sebelah rumah sewaktu tinggal di kuarters JKR di segamat pada 80an dahulu.
Lagu2nya yang popular di era 80an yang masih aku ingat ialah 'Hungry Like A Wolf','The Reflex' 'Union Of The Snake' dan 'A View To A Kill' (lagu tema filem James Bond lakonan Roger Moore)boleh di katakan setiap hari lagu ini di mainkan oleh abang2 aku atau pun jiran sebelah rumah aku tu.(masa ni pun album solo Dato'Shake pun tengah hot jugak.lagu 'Umi' dan 'Lina' selalu main kat radio)




setlist


Album terbitan tahun 1993 ini juga mempengaruhi peminat2 baru Duran Duran untuk meminati muzik new wave/pop/synthpop.maka selepas itu banyak juga band2 alternatif memasukkan elemen muzik ala Duran Duran ni.antara lagu yang paling hit yang menjadi no.1 di pelbagai negara pada ketika itu ialah lagu 'Come Undone'



Selain 'Come Undone' lagu 'Ordinary World' juga menjadi single paling hit di Canada music Charts,US Music Charts,Alternative Rock Charts, dan British Charts.line up untuk Wedding Album ini ialah Simon Le Bon - vokal,Nick Rhodes - keyboards,John Taylor - bass,dan Warren Cuccurullo - gitar.sayangnya takda Andy Taylor dalam album ni,kalau dia ada sekali mesti lagi best.
Selain kedua lagu hit tersebut,lagu2 lain juga ada yang menarik seperti 'None Of The Above','Femme Fatale','Shelter' dan 'To Whom It May Concern' (lagu ni sound dia aku suka,sama macam era Duran Duran 80an)

Walaupun ada yang mengatakan album ini terlalu komersial untuk Duran Duran dan agak lari sedikit dari imej Duran Duran pada era 80an,pada aku yang pernah membesar dengan lagu Duran Duran ni rasanya imej dan stail Duran Duran takda la berubah,cuma untuk album ini mereka lebih 'art'.tengok saja pada inlay album ni,macam2 lukisan abstrak ada dalam tu.

Album ini juga menjadi halwa telinga bila ada masanya aku dah bosan dengar lagu rock/metal..heheh..

p/s ; Pernah beli versi kaset kat muzika Kotaraya JB dulu,sambil menjeling boxset Metallica Live Shit kat kedai tu..ingat tak Berteromber?

Monday 13 October 2014

Bercakap Dengan Jin The Series

Bagi peminat Tamar Jalis dan juga peminat siri novel seram Bercakap Dengan Jin,akan bersiaran di kaca tv anda..


Novel seram Bercakap Dengan Jin yang pernah popular pada era 80an dahulu kini di jadi kan drama bersiri untuk siaran Astro Prima.tapi tak tahu lagi bila akan di tayangkan.drama ini berdasarkan kisah dari jilid pertama buku hasil tulisan penulis seram tersohor Tamar Jalis.

Pada yang tak tau,siri novel Bercakap Dengan Jin adalah mengisahkan pengalaman Tamar Jalis bersama datuknya yang juga seorang pengamal perubatan tradisional.kisah di dalam novel tersebut belaku di era selepas perang dunia kedua.pengalaman seram,misteri,mistik,suka dan duka ketika beliau mengikuti datuknya di serata daerah di negeri Perak dan sekitar semenanjung Malaysia.

screenshot drama 'Bercakap Dengan Jin' Datuk bersama harimau belaannya (lakonan Datuk Rahim Razali)

Drama ini di terbitkan oleh Skop Production dengan kerjasama Nafiela Books yang memasarkan kembali siri novel Bercakap Dengan Jin dari jilid 1 hingga 4.harapnya dramanya juga sama seperti di dalam novel seram itu.
Untuk info lebih pasal drama ini dan juga pasal buku 'Bercakap Dengan Jin' ini boleh jenguk kat fb page Nafiela Books KAT SINI


Friday 10 October 2014

Metallica : The First Four LP



Lengkap sudah koleksi rekod yang aku teringin sangat nak kumpul dalam bentuk piring hitam iaitu 4 album terawal Metallica ini..

Kalau di tanya pada peminat lama Metallica,pasti mereka juga menyukai 4 album terawal ini.salah satunya ialah soundnya.ada yang menggelarkan empat album terawal ini Speed Metal,Extreme Old School Metal,dan yang paling popular sudah tentunya frasa "Thrash Metal".di katakan  juga album "Kill 'Em All" lah yang bertanggungjawab mencetuskan fenomena Thrash Metal di Amerika.
Juga tak lupa salah satu tunggak utama yang menjadi ikon Metallica siapa lagi tak lain dan tak bukan Lars Ulrich Cliff Burton.gaya dan skill permainan bass beliau sehingga kini menjadi idola dan sumber inspirasi kebanyakkan band2 metal masa kini.

Cliff yang merupakan tunggak utama di sebalik kejayaan empat album terawal ini.dengarkan saja petikan bass solo beliau dalam 'Anesthesia-pulling teeth',bunyi ngauman bass seperti harimau dalam instrumental "Call Of Ktulu" dan bass solo yang di sangkakan bunyi  gitar Kirk Hammett dalam 'Orion' salah satu sebab kenapa empat album ini betul2 menjadi pujaan dan rujukan peminat Metallica dan pemuzik metal yang lain.

LP 'Master Of Puppets' dan 'Kill 'Em All' adalah rilisan semula dari Blackend Records (record company kepunyaan Metallica sendiri)'And Justice For All' dan 'Ride The Lightning' adalah rilisan dan Universal Music (yang soundnya agak tenggelam sedikit)tapi takpalah,asalkan dah cukup aku dapat kumpulkan empat album terawal ni kira ok lah..

Apa pun,pada sapa yang nak belajar2 dengar Metallica,kena dengar empat album terawal ni,jangan start dengar dari album 'Black' atau 'Load' dan 'Reload',kompem anda akan jadi peminat KPOP juga..heheh..

..Kalau rajin nanti aku tampal satu persatu kesemua empat rekod tu..




p/s : Lagu 'Orion' juga di mainkan di hari pengebumian Cliff Burton yang meninggal dunia pada 27 september 1986

Tuesday 7 October 2014

Ben Affleck & Islam



Semuanya bermula dengan jemputan keatas pelakon Hollywood Ben Affleck untuk mempromosikan filem terbarunya Gone Girl yang bertukar menjadi perbahasan hangat mengenai Islam.

Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan Homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.

Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan itu.

"(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman,

“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.

Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan 'nasi tambah' pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.

Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.

“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”

Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.

Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya. Sila tonton Video di bawah ini untuk gambaran lebih jelas Ben Affleck pertahankan Islam.

Sumber :
oomedianetwork



Monday 6 October 2014

A Walk Among The Tombstones (2014)



Filem yang di layan semasa cuti hari raya aidiladha(layan kat rumah jer..)

Berdasarkan dari novel dengan tajuk yang sama karya Lawrence Block penulis novel popular di Amerika yang bergenrekan crime thriller.A Walk Among The Tombstones adalah sebahagian daripada novel bersiri tentang seorang lelaki bernama Matthew Scudder.sebanyak 18 siri novel kisah Matthew Scudder yang pernah di terbitkan,yang merupakan antara novel paling popular dan best selling di Amerika.

Filem ini mengisahkan Matthew Scudder seorang bekas polis dan juga akoholic yang telah bersara kerana kesilapan yang beliau lakukan.beliau yang telah meletakkan jawatan sebagai anggota polis dan menjadi penyiasat persendirian.untuk filem ini beliau telah menyiasat suatu kes pembunuh bersiri yang hanya suka membunuh perempuan,terutama isteri2 pengedar dadah sekitar New York.cara pembunuhan kejam antara perempuan yang di culik dan di bunuh dengan di potong2 seluruh badan.(nak tau cerita selanjutnya kena tengok la..heheh)

Overall,dalam banyak2 filem bergenrekan crime thriller,pada aku filem ini memang best.watak Liam Nesson sebagai alkoholic seperti tiada perasaan memang terbaik la.(Liam Nesson antara aktor fav aku)kalau di buat sekuel seperti dalam novel nya pun memang best la,sebab watak Matthew Scudder ni memang 'dark'.watak yang paling popular di kalangan peminat novel crime thriller.

So pada peminat filem yang bergenrekan crime thriller atau pun follower novel Lawrence Block kena tonton movie ni.best!

*4/5

Friday 3 October 2014

20 Sen Lagi..



Sejak semalam dan hari ini,hanya la cerita tentang 20 sen kerana harga minyak naik lagi..pelbagai reaksi  yang dapat kita tengok seperti luahan,keluh kesah dan tak kurang juga yang marah2 dan memaki hamun..

Cuma aku nak cakap,yang dok bising2 kat facebook dan media sosial lain,sudah2 la tu,kalau bising harga minyak tu turun balik takpa jugak,memang kalau tengok pada kesannya memang terasa lah pada mereka yang bekerja dengan pendapatan rendah ini,tapi apa yang boleh di buat ialah kena semakin bejimat cermat lah.

So lepas ni siap sedia lah,kalau dah minyak naik 20 sen,barang2 keperluan yang lain pun mesti naik jugak.bersyukurlah dengan apa yang ada..

p/s : tak boleh nak cakap lebih,takut kena dakwa di bawah akta hasutan.