Showing posts with label 80s Retro. Show all posts
Showing posts with label 80s Retro. Show all posts

Sunday, 25 March 2018

Search - Mentari Merah Di Ufuk Timur 1987 Vinyl (2018 Reissue)

Malas nak cerita pasal album ni,nanti kalau silap cakap kipas-susah-mati Search kecam aku..heheh..aku tampal gambar je lah.
















Ceritanya lp ni baru ambik petang semalam dekat Amcorp Mall.sambil-sambil tu melepak bersama rakan blogger incik Berteromber dan Incik Optimus Prime Shafid.terima kasih kerana sudi meluangkan masa 'mengeteh' bersama.InsyaAllah ada rezeki boleh jumpa rakan blog yang lain pulak.

Thursday, 12 October 2017

Lovehunters - Sehari Dalam Hidup ( 1987 )

Juga antara album yang dah berusia 30 tahun pada tahun ini..




Sejujurnya aku memang tak tahu sangat pasal band ni.cuma apa yang aku tau Lovehunters antara 3 piece band yang terbaik dari Singapura.mereka ialah Yazid,pemain bass dan penyanyi juga merupakan tonggak utama Lovehunters bersama-sama dengan Moliano (gitar) dan Saharrudin (drum).dan ini merupakan album pertama mereka kalau tak silap.(betulkan kalau aku silap)

Walau aku taktau dan tak pernah dengar lagu dalam album ini kecuali lagu 'Ku Ukir Namamu' (sampai sekarang lagu ni setiap hari keluar radio kat Best.fm) tetapi lagu2 lain dalam album ini boleh tahan sedap juga.bila dengar semua lagu bermula dari track pertama hingga terakhir apa yang aku boleh cakap muzik Lovehunters ni banyak di pengaruhi rock 70an dan 80an.kerana album ini di rakamkan di Lion Studio Singapura (studio legend ni,macam Morrisound Studio kat Floria tu antara studio impian mat-mat rock nak rakam album)dengan sound rock 80an telinga aku memang takda masalah nak terima muzik mereka sebab aku membesar pada era itu.






Antara lagu rancak dalam album ini yang aku suka ialah 'Sengketa Dunia' bila dengar riff intro dia aku terus teringat kat Judas Priest.sound dia macam Judas Priest.part jeritan Yazid dalam lagu ni memang power.lagu hard rock 'Balada Orang Bersalah' pun boleh tahan menarik. part akustik dan gitar solo harmoni tu sedap dengar.
Lagu-lagu yang lain seperti lagu 'Mimpi Di Siang Hari' yang berentak mid tempo dengan solo yang simple pun boleh tahan.sama juga dengan lagu 'Derita Ku Tanggung Sendiri' vokal Yazid memang agak unik,lagu slow dan heavy pun kena dengan suara dia.dan akhir sekali dan tentunya lagu 'Ku Ukir Namamu' lagu ni bukanlah jiwang leleh macam lagu sekarang,di sebabkan sound era 80an menjadikan lagu ni agak unik sedikit memang berbunyi rock 70an dengan solo yang mendayu syahdu tu mencantikkan lagi lagu ni (sanggup berenang kat lautan api?..heheh)




Ok,kesimpulannya album ni best,kalau jumpa kau orang beli lah.tak rugi.Lovehunters pun dah boleh di katakan legend juga dalam arena rock Malaysia dan Singapura.

Friday, 21 July 2017

Guns N Roses - Appetite For Destruction LP (1987)

Album pertama dari Guns N Roses yang dah 30 tahun pada hari ini 21 julai



Tahun 1987 kalau kat Malaysia pada ketika itu memang tengah demam rock.banyak album2 rock melayu terbaik pernah di hasilkan seperti album kompilasi Juara Juara Rock,album pertama kumpulan Belantara,album Search Mentari Merah Di Ufuk Timur dan juga beberapa album lain yang aku sendiri lupa.
Album pertama GNR ini juga di terbitkan pada tahun 1987 dengan bajet 370 ribu dolar Amerika.(menurut kata Duff Mckagan dalam buku beliau) walaupun ini album pertama,tetapi lagu2 yang ada dalam album ni semuanya ciptaan anggota GNR sendiri.menurut Duff Mckagan juga,ketika sessi rakaman mereka semua pada ketika menghadapi kesempitan wang.mereka banyak di bantu oleh rakan2 dan teman wanita masing2.


line up klasik GNR




sepatutnya gambar ni yang jadi cover depan tapi kena banned 



Aku kenal album ni pun agak lambat,hanya pada tahun 1991 ketika zaman kegemilangan album Use Your Illusion 1 dan 2.pada mulanya memang susah nak hadam album ni hanya lagu 'Sweet Child o Mine' yang boleh masuk.heheh..tapi bila dah lama2 dengar baru best.boleh di katakan kesemua lagunya pun layan seperti lagu 'Welcome To The Jungle' 'Nightrain' 'Paradise City' (lagu wajib ketika GNR menamatkan persembahan konsert mereka) dan juga 'My Michelle' (lagu ni katanya untuk awek pertama Axl Rose)selain dari lagunya,album ni juga menaikkan nama gitaris mereka iaitu Slash.cara permainan gitar beliau dengan sound yang pelbagai telah menaikkan nama GNR ini sebaris dengan band glam rock yang sezaman dengannya seperti Motley Crue dan Poison.dan Slash juga telah di angkat menjadi gitar hero sehingga ke hari ini.


yang ni sebenarnya versi 180G back in black tapi tak pasti reissuenya tahun bila



lirik.puas hati la kertasnya pun guna kertas yang agak tebal takda la mudah koyak





Walau dah 30 tahun,lagu2nya masih lagi di minati sehingga ke hari ini.kalau anda minat petikan gitar Slash dan Guns N Roses,album ini memang wajar di miliki,antara album yang mengubah sejarah muzik rock dunia.dan album Appetite For Destruction ini tersenarai antara album rock album terbaik sepanjang zaman.

Monday, 17 July 2017

White Lion - Pride 30 Tahun




Di sebabkan Berteromber dah cerita pasal album ni haritu Kat Sini aku tampal balik la gambar versi piring hitam aku pulak.heheh..album yang di terbitkan pada tahun 1987,pada zaman glam rock dan rock kangkang berada di puncak.boleh di kategorikan sebagai klasik rock dan album patut di miliki oleh peminat rock dan peminat White Lion khasnya.












Dalam album ini jugalah ada lagu ballad yang menjadi kegemaran sepanjang zaman iaitu lagu 'When The Children Cry'.lagu yang telah menaikkan nama White Lion dan menjadikan mereka sama taraf dengan band glam rock yang lain seperti Motley Crue dan Poison.

Dan yang paling best dah tentunya kerja gitar Vito Bratta.selain dari menulis lagu bersama Mike Tramp,Vito juga merupakan tonggak utama White Lion dengan teknik permainan gitar beliau yang agak menarik.tapi sayangnya Vito ni dah gantung gitar dia,member White Lion ajak reunion pun dia  tak mahu.harap lepas ni Vito berubah fikiran la hidupkan semula White Lion.

Nak cerita panjang2 pun dah pernah cerita pasal album ni 2 tahun yang lalu  Kat Sini kalau pernah dengar lagu 'When The Children Cry' boleh layan album ni.lagu2 yang lain pun best.

Monday, 29 May 2017

Battle Of The Bands - Round 2 (1986)

Dah 31 tahun album ni.aku lupa aku ada beli rupanya.heheh..ok sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa Ramadan Al Mubarak pada semua..



Oleh kerana demam rock 80an belum reda lagi pada ketika itu,di terbitkan pula bahagian kedua album Battle Of The Band ini.ALi Bakar adalah salah seorang yang bertanggungjawab menaikkan scene rock 80an pada ketika itu.dan pada yang taktau,album kedua2 album BOTB ini di terbitkan oleh Allahyarham M.Sharif ( The Zurah II) yang juga merupakan salah sorang pemain gitar hebat pada zaman pop yeh yeh dahulu.

Seperti album pertama,antara kumpulan yang terlibat dalam album ini yang dah jadi lagenda sekarang ialah Lefthanded,SYJ,Bloodshed,Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel.kerana album ini jugalah lahirnya pemain gitar yang hebat seperti Man Kidal dan Lord.walaupun begitu,stail muzik bagi setiap kumpulan dalam album ini ada identiti sendiri memang pengaruhnya banyak di ceduk dari band2 barat tetapi mereka berjaya membentuk muzik bagi identiti kumpulan masing2.seperti Ella & The Boys banyak di pengaruhi band2 era 70an seperti Uriah Heep,Rainbow dan Deep Purple,SYJ lebih kepada glam rock ala Motley Crue,Bloodshed kuat pengaruh heavy metal ala Loudness dan Lefthanded dengan pengaruh Iron Maiden nya.





Dalam album ini juga tak banyak lagu jiwang cuma dari Lefthanded 'Kenangan Bersamamu' dan Ella & The Boys 'Hanya Secebis Jawapan'.lain2 lagu dalam album ini semua berunsurkan nasihat dan juga lagu mengecam lanun cetak rompak seperti 'Mata Sepet' dari SYJ (lagu yang paling rebel,terang2 dia sindir..heheh)dan 'Hapuskan Lanun Cetak Rompak'.secara peribadi lagu yang aku paling suka dalam ni ialah 'Manusia Dan Janji' dari Bloodshed dan lagu 'Mata Sepet' dari SYJ dan lagu paling tak best ialah 'Hanya Dalam Mimpi'..heheh.selain telah menjadi lipatan sejarah dalam rock Malaysia,kerana album ini juga muzik rock pada ketika itu tok jibby kata gejala yang merosakkan moral dan akhlak anak muda pada ketika itu.






Pasal soundnya aku malas la nak cakap,asyik2 cakap benda yang sama je nanti orang marah pulak kan?heheh..apa pun bagi sesiapa yang terlepas beli kaset cetak rompak album ni dulu boleh beli cd album ini dengan harga biasa atau harga kapitalis.boleh tukar lagu jadi 'Hapuskan Kapitalis Penghisap Darah'.hahah!

Monday, 17 April 2017

Wings - Belenggu Irama LP ( Reissue 2017)

Selepas piring hitam 'Hukum Karma' di riliskan,kali ini piring hitam 'Belenggu Irama' pula di riliskan dalam format piring hitam..





Dengar khabarnya sebelum ini dah di jual versi warna biru tapi di jual semasa konsert Wings and Superfriends di istana budaya tempoh hari.dan sempena Record Store Day nanti,pihak Dream Studio akan jual edisi khas piring warna hijau pulak dengan free bandana dan tshirt.


dulu bila tengok gambar ni aku ingat black tu penyanyi utama.heheh


Ok pasal piring berwarna hitam aku pulak.album ini di cetak di German.yang aku punya ni dapat free gold cd 'Belenggu Irama' (cd je takda cover) dengan bandana warna biru.kalau dari soundnya pulak mengikut pada telinga aku yang takda sijil sound menyaound ni bila main kat sistem cap ayam aku memang sedap la bunyi nya.menepati piawaian telinga aku.taktau la kalau kat telinga orang lain.heheh..


free gold cd dengan bandana


Tapi yang paling best dalam album ni dah tentunya kerja gitar Syam.semua lagu dengan kerja gitar dia memang aku suka terutama solo dalam lagu 'Intanku Kesepian' memang syahdu solo dia.kalau Wings panggil dia join balik pun ok jugak kan.dia pun boleh tahan hebat macam Jo Branko.


piring kehitaman

Dan yang lain2 aku takda nak komplen la.packaging pun puas hati,terperinci.tak main tangkap muat je.kalau rasa nak beli album ni boleh contact Dream Studio atau pun pergi Victoria Music kat Amcorp Mall.

Tuesday, 11 April 2017

Search - Fenomena (CD 2017 + Filem Fenomena 1990)

Walaupun takda sijil sound engineer,aku tetap beli jugak.sold out kat Malaysia aku pergi beli kat US. :p




Cakap pasal album Fenomena ni,sejak belum di terbitkan lagi memang banyak la kontroversinya.setelah melalui pelbagai masalah.album ini akhirnya di riliskan pada tahun 1989.pada ketika itu aku baru je tingkatan satu.kaset Fenomena abang aku yang beli.sebelum pergi sekolah,(aku sekolah sessi petang pada ketika itu)memang aku akan mainkan kaset Fenomena ni.tapi bila part lagu 'Isabella' memang aku fast forward kan terus ke lagu 'Derap Komando'.aku memang tak suka lagu 'Isabella' tu sejak dulu lagi.heheh..tapi dalam tak suka lagu ni menjuarai carta radio Pujaan 10 Nescafe 8 minggu berturut2.(kalau salah tolong betulkan)memang aura lagu 'Isabella' berhantu habis.dari awek,budak kecik sampai la makcik2 pun suka lagu ni.





Selain dari itu filemnya juga pun terkena tempias.sebelum menggunakan tajuk 'Fenomena' pengarah Aziz M.Osman terpaksa berebut dengan penerbit filem Indonesia untuk menggunakan tajuk yang sama,yang mana akhirnya filem arahan Aziz M.Osman  menggunakan tajuk 'Fenomena'.filem Isabella terbitan Indonesia juga di kritik peminat.kenapa Nia Zulakrnain yang membawa watak Isabella,sedangkan Julia Rais (pelakon kacukan melayu-inggeris) hanya pelakon pembantu? sepatutnya Julia Rais tu la yang bawa watak Isabella.tapi di sebabkan 90 peratus produksinya memang kepunyaan Indonesia,peminat terpaksa la akur.








Selepas 28 tahun,Fenomena akhirnya di riliskan kembali dengan edisi terhad made in USA.(sebelum ni pernah di keluarkan kembali pada tahun 2003)tapi nampaknya 'sumpahan' Fenomena tu macam dah 'melekat' pulak.ada juga beberapa kontroversi yang melanda tentang album buatan dari Amerika ini.bab ni aku tanak ulas la pasal benda ni dah banyak orang ulas kat facebook dan juga kat laman sosial yang lain.lagi pun macam aku cakap kat atas tadi,aku takda degree sound engineer.

Akhir sekali aku nak cakap,pada otai2 rockers kat luar sana tu,jangan la hati tisu sangat..terimalah teguran/komen peminat dengan hati yang terbuka baru la boleh di panggil lagenda..tak gitu?


Cerita menarik pasal Fenomena dari Berteromber boleh tengok kat sini :
http://berteromber.blogspot.my/2017/03/fenomena-made-in-usa.html

Wednesday, 5 April 2017

Spitfire MK1

Petang tadi balik kerja aku singgah kat satu kedai runcit kat rumah aku ni,terpandangkan benda ni..



Aku pun beli la satu sebab harganya pun baru Rm1.00.sebelum ni aku pernah nampak ada kapitalis jual kat Amcorp dengan harga rm10 - 15.cekik darah kan?





Aku beli pun sebab teringat masa zaman aku budak2 dulu.masa aku kecik2 memang suka kumpul benda ni.harganya pun pada masa tu lebih kurang 30sen atau 50sen la..

Ok,kita unboxing benda ni..heheh..

Bila bukak ni la yang ada..



Bila da siap pasang jadi la macam ni..




Spitfire tapi nampak macam kapal terbang jepun era perang dunia kedua.





Tu je gambar yang ada.ini la hobi aku 30 tahun yang dulu.jangan ingat cd dengan piring hitam je ada reissue.benda ni pun ada..kapitalis dah tak boleh nak ber'kapitalis' dah..heheh

Tuesday, 28 March 2017

Kembara Seniman Jalanan OST (1986)

Lama tak update asek sibuk mengejar dunia je..





Lagi album klasik yang dah 31 tahun.bersama2 dengan filemnya yang boleh di katakan cult classic.ramai yang tak faham dengan tema filem ini,sebab banyak babak yang di potong oleh Finas.dan filem KSJ sebenarnya memperjuangkan masalah cetak rompak,kehidupan masyrakat melayu yang agak terpinggir di Kuala Lumpur yang telah di kastakan sejak dulu lagi.pada sesiapa yang belum pernah tengok filem KSJ,aku cadangkan tengoklah filem ini,antara karya terbaik Nasir Jani bersama2 M.Nasir,Pyanhabib,Ito Blues Gang dan juga Dr.Sam.





Album soundtrack KSJ ini di terbitkan oleh M.Nasir,kesemua lagu dalam album ini semuanya di tulis oleh M.Nasir sendiri kecuali lagu 'Balada Pemuzik Jalanan' dari kumpulan Search.takda lagu yang tak best dalam album ni.kesemua 10 lagu dalam album ni aku dengar tanpa skip pun.sayangnya sewaktu album ni keluar 30 tahun yang lalu takda siapa pun ambil peduli.baru sekarang la ramai yang nak mencari album klasik ni.
Apa yang menarik ialah lirik2 dalam album  ni seperti lirik lagu 'Sesat Di Kuala Lumpur',"Siapa Orang Kita','Cetak Rompak' (kalau dengar lagu ni macam lagu pop china,so fahamla kan M.Nasir sindir siapa pasal cetak rompak ni) 'Balada Osman Tikus' (riff gitar dalam lagu ni agak heavy) dan juga lirik 'Rupa Tanpa Wajah'





Keseluruhan album ni memang best la,walaupun aku tak pernah dengar masa tahun 1986 dulu,bila dengar baru sekali putar cd ni je dah best.sound untuk cd reissue ni pun ok la takda masalah memang aku tahu sumbernya dari piring hitam.beli lah album ni,memang tak rugi.dengar cerita Nasir Jani nak terbitkan filem Kembara Seniman Jalanan part 2 pulak.boleh baca kisah ni kat sini :


p/s: suka solo dalam lagu 'Duit' siapa yang menyolo dalam lagu tu eh?

Friday, 24 February 2017

Mega s/t (1989) Reissue 2016

Dah terlanjur demam Megadeth kan.album yang dah berusia 28 tahun.





Aku kenal album pertama Mega ni juga dari abang aku.tiap kali aku nak pergi sekolah,masa tu aku form 1 sekolah petang,hari2 aku mainkan kaset Mega ni.secara peribadi,album pertama ni je yang aku suka,sebab Mega pada awal kemunculannya ada tempias glam rock sikit.selepas Zarith keluar dan di gantikan oleh Rahmad (bukan Rahmat Ekamatra) memang aku tak dengar dah sebab dah jadi band meleweh.vokal Rahmad pun memang sesuai dengan lagu2 slow je.

Dan antara lainnya sebab album ni best kerana soundnya.sound analog rock 80an.walaupun pada ketika itu demam rock dah suam2 kuku.kerja gitar Adie dan Sam agak menarik.riff dan solo2 dari kedua2nya cantik dan kemas.ada pengaruh Poison dan Motley Crue sikit.tapi beridentitikan rock melayu la kan.





Ok,kita tolak tepi lagu 'Pasti' dan 'Sekuntum Bunga Sakura' tu (lagu geng lipat kain bak kata Deaf..heheh) dua lagu tu je sebenarnya yang tak best dalam album ni.vokal Zarith sebenarnya memang kena dengan lagu hard rock je.kalau nak dengar kerja gitar Sam dan Adie,dengar lagu2 rancak mereka.antara yang best pada aku ialah 'Badai' (ada pengaruh Iron Maiden sikit) lagu 'Dunia Zaman Sekarang','Di Galeri Ini',lagu mid tempo 'Mega Cinta' lagu ni ok tapi kurang popular berbanding Sakura dengan Pasti.lagu 'Di Tahun 2000' pun best.lagu berunsur sindiran dan nasihat.lirik2 dalam lagu ni masih lagi sinonim sampai sekarang yang dah masuk tahun 2017.'Hanya Dalam Gagasan' aku suka kerja gitar dalam lagu ni.dan yang akhir sekali lagu 'Muzik Bergema'.semua lagu yang aku cakap tadi tu memang best di dengar.





Sound untuk reissue album Mega ni memang 'clean and clear' tiada cacat cela.Universal Music dah dengar keluhan peminat cd agaknya.ok la puas hati.pada anda yang tak dapat pergi tengok Megadeth,jangan susah hati dengarlah album pertama Mega ni untuk mengubat kesedihan..heheh..

Saturday, 18 February 2017

Juara Juara Rock 30 Tahun

Album kompilasi rock melayu yang dah 30 tahun.




Antara album kompilasi terbaik selepas Battle Of The Bands terbitan tahun 1986.ketiga2 album ini di terbitkan pada 1987.memang demam rock melayu/glam rock pada waktu itu.dari album kompilasi inilah terhasilnya band2 rock klasik legend seperti May,Burnmarks,D'Febians,Scandals (band pertama Joe Wings) dan juga Metalian.yang cuma bertahan sehingga ke hari ini cuma May je.
Yang paling aku suka ialah sound album ini.sebab telinga aku dah biasa dengar muzik rock sound analog 80an,jadi takda masalah untuk layan kesemua lagu.dulu pun hanya dengar versi kaset apache yang di beli oleh abang2 aku.sedikit sebanyak ada nostalgia jugak la album ni pada aku.





Antara lagu yang tak jemu dengar seperti 'Peperangan' dari D'Febians,'Kabus' dari Metalian,'Makan Hati Ulam Jantung' dari Burnmarks,'Kuasa' dari Scandals,dan juga lagu2 pada album JJR2 dan JJR3 kesemuanya best belaka.dengan kerja gitar yang kreatif oleh setiap band,menjadikan setiap band dalam kompilasi JJR ni agak unik.

Salah satu album kompilasi rock yang terbaik yang boleh di katakan sebagai khazanah rock melayu.tak rugi kalau ada album ni.

Pernah cerita pasal JJR Kat Sini

Tuesday, 14 February 2017

Belantara 30 Tahun

Antara album rock melayu terbaik yang dah masuk 30 tahun pada tahun ini..




Antara album yang agak unik.lain dari yang lain.kerana stail muziknya agak berbeza dengan kumpulan2 rock lain pada ketika itu.memang agak sukar peminat rock nak terima stail muzik Belantara pada ketika itu kerana genre progresif rock agak sukar di terima pada ketika itu.tapi kalau dah biasa dengar rock inggeris seperti Queensryche memang takda masalah kalau nak layan album ni.








Nak cerita pun aku dah pernah buat entri pasal album ni 2 tahun lalu Kat Sini harap lepas ni ada la keluar versi piring hitamnya pulak.kalau ketiga2 album tu di keluarkan semula piring hitamnya pun ok jugak kena dengan harga kasih sayang la..heheh..
Happy anniversary Belantara!

p/s : jangan ada komen yang panjang berjela macam dulu kat blog Ijau dah la.luka lama berdarah kembali nanti..heheh

Thursday, 2 February 2017

Ella & The Boys - Anak Merdeka (1987) Reissue 2016

Genap 30 tahun album ini yang di terbitkan pada tahun 1987





Tak berapa tahu sangat info pasal album ni.tapi menurut Berteromber album ini di riliskan sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke 30 tahun pada ketika itu tapi sayangnya album ini kurang mendapat sambutan.mungkin kerana stail muziknya yang banyak penggunaan keyboard dan muziknya yang agak moderate sedikit sebab banyak pengaruh rock 70an ala Queen,Rainbow dan Deep Purple.mungkin itu yang Lord ( gitar) mahukan,sebab beliau merupakan tonggak utama band ini segala hala tuju muzik dalam album ni memang dia yang ada kuasa veto.





Walaupun album ini kurang mendapat sambutan.pada aku album ni kira ok la.aku suka vokal Ella zaman dia dengan The Boys ni berbanding dengan album2 solo beliau.vokal serak basah dia yang macam Axl Rose tu memang kena dengan muzik bawaan Lord ini.Lord selain sebagai pemain gitar dengan kerja gitar yang menarik dalam album ini,beliau juga berbakat dalam penciptaan lagu.90 peratus lagu dalam album ini merupakan ciptaan beliau.dan beliau juga ada juga menyanyikan beberapa lagu seperti lagu 'Muslihat' duet beliau bersama Ella.

Antara lagu yang menarik dalam album ini ialah 'Anak Merdeka','Meniti Liku Sepi',lagu slow rock 'Takdir' pernah masuk Muzik-Muzik 87 dulu.lagu 'Ibu' yang di nyanyikan oleh Lord pun agak touching juga.heheh..vokal Lord pun kena juga la dengan lagu slow.dan satu lagi lagu yang selalu keluar di radio dulu kalau tak silap aku lagu 'Menanti Musim Berbunga'.cuma yang agak kurang pada aku ialah kerja gitar Lord di tenggelami oleh bunyi keyboard.tapi masih boleh dengar la riff-riff kreatif dari Lord.




Kalau anda minat Ella zaman bersama The Boys,album ini patut di miliki walau tak berapa menarik,ia dah menjadi salah satu album rock klasik dalam sejarah rock Malaysia.nasib la Sony Music Malaysia ni keluarkan balik album2 lama Ella ni,kalau tak mesti tak ramai yang tahu.


Lagi cerita pasal album ni dari Berteromber boleh tengok DI SINI

Tuesday, 24 January 2017

Gersang s/t (1987) Reissue 2016

Genap 30 tahun album ni..




Ok yang pertama sekali buat aku betul2 kuciwa ialah packaging album ni.memang tangkap muat punya packaging.Rusa Marketing ni aku rasa memang fikir nak untung je.apa ingat yang dengar album Gersang ni budak-budak yang sebaya upin ipin ke?gambar band member Gersang pun takda.yang ada senarai lagu kat belakang,inlay dengan kat cd.tu belum masuk typo lagi.terima kasih la kerana meng'rip off' peminat-peminat dan pengumpul cd tegar ni.lepas ni buat lagi yer..





Tentang album dan lagunya pulak.album pertama Gersang ni memang kuat pengaruh Van Halen dan glam rocknya.walaupun pada masa tu muzik rock masih lagi di pandang serong oleh masyrakat dan ahli politikus Malaysia,lagu 'Masih Aku Terasa' memang kuat betul auranya pada masa itu.dari budak2 sehinggalah ke makcik2 memang suka betul lagu ni.album ini juga menjadi kegilaan awek2 pada zaman tu sebab masa tu Man Bai memang hensem sangat..heheh.selain lagu 'Masih Aku Terasa' ada satu lagi lagu slow dalam album ni yang boleh tahan menarik.lagu yang bertajuk 'Kehancuran'.tapi lagu ni kena banned oleh RTM pasal lirik lagu rangkap pertama dia berbunyi "ku calit warna ungu di dada tanda kasih ku".tapi yang peliknya lagu Def Leppard 'Love Bites' boleh pulak main kat radio..heheh.lain-lain lagu yang agak rancak sedikit seperti 'Jiwa Rock & Roll' kerja gitar Kid agak menarik dalam lagu ni.solo gitarnya pun simple jelas menunjukkan identiti kerja gitar Kid yang tersendiri.'Kaca Kaca Kota' riff yang agak heavy tapi kena dengan mood lagu.solonya yang ala Eddie Van Halen tapi best.'Kaca Dari Permata' memang betul2 berbunyi Van Halen.lagu slownya iaitu 'Sunyi' yang menjadi single kedua selepas 'Masih Aku Terasa' pernah di masuk 'Muzik Muzik' kat TV3 dulu.




Dan sound untuk cd rilisan semula ini ok lah.nasib baik soundnya tak sebu atau pun tenggelam timbul.main dekat cd player pun puas hati la,keluar juga la bunyinya.mungkin ada sesetengah orang tak kisah,tapi pada aku dengan packaging yang sedikit hampeh ni memang mengecewakan la.mungkin si Rusa tu boleh cakap,kalau nak beli,beli lah tanak beli sudah.tapi patut di fikirkan yang beli ni memang peminat/pengumpul cd.mereka ni sanggup beli walaupun mahal.apa salahnya kalau guna cover asal.mahal sikit pun takpa mesti ada orang beli punya.

Tu je lah aku nak cerita.berbanding dengan album 'Takdir' album pertama Gersang ini yang lagi menarik.selepas 30 tahun bila dengar balik album ini (tolak lagu2 jiwang tu..heheh) kira boleh layan jugak laa..dan macam biasa,jika anda 'gersang' boleh dengar album pertama Gersang ni..heheh.

Monday, 9 January 2017

Wings - Hukum Karma Vinyl (1988) Reissue 2016

Album yang dah berusia 29 tahun pada 2017 ni.





Tengok kat entri Hukum Karma Berteromber di tambah pulak dengan komen berachun dari beliau,aku pun nak tambah rachun dengan riak Hukum Karmawi..heheh..

Album Hukum Karma ni memang muncul tepat pada masanya la..zaman glam rock tengah berada di kemuncak iaitu pada tahun 1988.dah banyak kali aku cakapkan tahun 88 memang zaman rock dan zaman heavy metal bertembung.persaingan yang sihat ni la yang menjadikan tahun 1988 tahun emas bagi pemuzik dan peminat rock seantero dunia.sayangnya kat Malaysia masa tu cetak rompak pun berleluasa macam cendawan tumbuh selepas hujan.













Piring hitam Hukum Karma versi 2016 ni memang terbaik punya packaging.berbanding versi cdnya yang main tangkap muat je.cover lp nya kulit keras yang bermutu,ada gate fold,sampul piring hitamnya pun menggunakan kertas kalis habuk,bukan sampul kertas biasa dan di sertakan sekali poster yang sama pernah di keluarkan pada tahun 1988 dulu.(aku pernah nampak poster ni kat mudah.my ada yang nak jual sampai rm300!..padahal poster reprint balik je.)dengan harga rm 150,memang aku puas hati la.dengar ceritanya piring hitam ini di cetak di German.





Dari segi soundnya memang tip top la.pressing Germankan.mesti la sedap bunyinya.siapa yang takkan lupa lagu-lagu dalam album ini seperti 'Opera Hidup','Misteri Mimpi Syakila',(lagu wajib bebudak rock dulu kalau jamming)lagu jiwang sepanjang zaman 'Taman Rashidah Utama' lagu yang menjadi tajuk album 'Hukum Karma' dan dua lagu yang berunsur ketuhanan dan nasihat iaitu lagu 'Sembunyi' dan juga 'Anugerah'.





Ini adalah khazanah rock melayu.aku cadangkan kat kau orang semua beli la sorang satu buat kenangan,tampal kat dinding pun ok bak kata Berteromber.heheh..atau pun lepas 10 tahun nanti boleh jual balik dengan harga lagi kejam dari kapitalis yang ada sekarang ni.heheh..terima kasih kepada mereka2 dan pihak NSR yang menerbitkan kembali piring hitam Hukum Karma ini.