Tuesday, 28 March 2017

Kembara Seniman Jalanan OST (1986)

Lama tak update asek sibuk mengejar dunia je..





Lagi album klasik yang dah 31 tahun.bersama2 dengan filemnya yang boleh di katakan cult classic.ramai yang tak faham dengan tema filem ini,sebab banyak babak yang di potong oleh Finas.dan filem KSJ sebenarnya memperjuangkan masalah cetak rompak,kehidupan masyrakat melayu yang agak terpinggir di Kuala Lumpur yang telah di kastakan sejak dulu lagi.pada sesiapa yang belum pernah tengok filem KSJ,aku cadangkan tengoklah filem ini,antara karya terbaik Nasir Jani bersama2 M.Nasir,Pyanhabib,Ito Blues Gang dan juga Dr.Sam.





Album soundtrack KSJ ini di terbitkan oleh M.Nasir,kesemua lagu dalam album ini semuanya di tulis oleh M.Nasir sendiri kecuali lagu 'Balada Pemuzik Jalanan' dari kumpulan Search.takda lagu yang tak best dalam album ni.kesemua 10 lagu dalam album ni aku dengar tanpa skip pun.sayangnya sewaktu album ni keluar 30 tahun yang lalu takda siapa pun ambil peduli.baru sekarang la ramai yang nak mencari album klasik ni.
Apa yang menarik ialah lirik2 dalam album  ni seperti lirik lagu 'Sesat Di Kuala Lumpur',"Siapa Orang Kita','Cetak Rompak' (kalau dengar lagu ni macam lagu pop china,so fahamla kan M.Nasir sindir siapa pasal cetak rompak ni) 'Balada Osman Tikus' (riff gitar dalam lagu ni agak heavy) dan juga lirik 'Rupa Tanpa Wajah'





Keseluruhan album ni memang best la,walaupun aku tak pernah dengar masa tahun 1986 dulu,bila dengar baru sekali putar cd ni je dah best.sound untuk cd reissue ni pun ok la takda masalah memang aku tahu sumbernya dari piring hitam.beli lah album ni,memang tak rugi.dengar cerita Nasir Jani nak terbitkan filem Kembara Seniman Jalanan part 2 pulak.boleh baca kisah ni kat sini :


p/s: suka solo dalam lagu 'Duit' siapa yang menyolo dalam lagu tu eh?

Friday, 17 March 2017

M.Nasir - Canggung Mendonan (1993)

Yang dah 24 tahun..




Antara album M.Nasir yang paling aku suka,dan juga merupakan killer album pada aku.sebab lagu2nya memang sedap2 belaka.memang tahap masterpiece.seperti kata Berteromber pada waktu ini zaman M.Nasir masih lagi berjiwa rebel.dengan jiwa rebel itu jugalah beliau berjaya menghasilkan lagu2 yang berjiwa.di tambah pula dengan lirik2 berseni dari Allahyarham Loloq menjadikan album ini terlalu istimewa.versi rilisan semula ini juga masih mengekalkan seperti yang pernah terbit di tahun 1993 dulu,tiada yang di ubah atau di buang.logo BMG tu pun masih di gunakan.memang puas hati la packaging macam ni.baru la pendengar tak komplen.





Walaupun pada asasnya album ini bergenrekan pop,tapi muzik M.Nasir tetap beridentitikan melayu.masih lagi mengekalkan konsep nusantara dalam muziknya.dan lirik2nya banyak berunsurkan pengajaran dan menyuruh kita berfikir apa yang ingin M.Nasir cuba sampaikan melalui lagu-lagunya.
Antara lagu yang popular dalam album ini dah tentunya lagu 'Mentera Semerah Padi' di katakan pembikinan muzik video lagu ini merupakan paling mahal pada waktu itu.




Lagu yang aku suka dalam album ini ialah 'Aduhai Kasih Aduhai','Wadi','Perang Yang Lagi Satu','Bonda','Ada' dan lagu paling touching dalam album ni dah tentunya 'Sentuhan Listrikmu'.memang betul feeling abis lagu ni.sesuai kalau nak kasi kat awek ke,wife ke atau skandal..heheh..aku suka kerja gitar dalam lagu ni.soundnya yang soft sebab tu la sesiapa yang dengar memang terkesan dengan lagu ni.lagu yang lain2 tu pun best juga,tapi dah selalu dengar kat radio dan album kompilasi M.Nasirkan.

Pada anda yang nak dengar album M.Nasir,aku cadangkan dengar album ni dulu.album ni la yang paling best.

Juga boleh jenguk kat blog Berteromber pasal album ni Di Sini

Friday, 10 March 2017

John Wick Chapter 2 (2017)

Yang baru di tonton..



Dalam tahun 2017 ni,aku masuk panggung wayang cuma dapat tengok John Wick 2 ni je.itu pun sebab rakan sekerja yang ajak.kalau aku sorang memang tak pegi la.tak best kalau tengok wayang sorang2..heheh..

John Wick bahagian kedua ni mengisahkan kisah yang berlaku selepas bahagian pertama.empat hari selepas John Wick berjaya membunuh ex boss dia yang merupakan mafia terbesar di New York.pembukaan cerita je dah sarat dengan aksi.kerana John Wick nak ambil balik kereta Ford Mustang dia yang di curi oleh anak ex boss dia.Dia sebenarnya nak bersara dari jadi pembunuh upahan,tetapi bekas rakan kongsinya memaksa dia untuk kembali ke dunia jenayah.jalan cerita yang selanjutnya aku taknak la cerita panjang.tapi kalau untuk peminat filem aksi boleh tengok la filem ni.jalan ceritanya simple je,babak aksi dan permainan senjata dari Keanu Reeves memang kena la dengan watak dia mengingatkan aku pada filem 'The Matrix'.Keanu Revees walaupun dah masuk 50an masih lagi maintain macho dengan watak John Wick ni.

Pada sesiapa yang rindukan aksi Keanu Reeves lagi pun dia dah lama tak belakon filem aksi,boleh la layan filem ni.mungkin ada sambungan lagi filem ni.

*3/5

Tuesday, 7 March 2017

Abigail 30 Tahun

Dah 30 tahun pada febuari lalu.Abigail hampir nak jadi andartu dah..heheh..

versi cd



versi piring biru





Kalau dulu masa aku budak2,tengok muka King Diamond dengan muka dia yang ada corpse paint tu pun aku dah takut.bila dah besar sikit dan dah tau dengar lagu2 rock ni,aku masih lagi takut nak dengar salah satunya takut terpesong akidah.heheh..sebab dulu aku ingatkan lagu2nya pasal setan.tapi ternyata aku silap,album ini sebenarnya album paling best.cerita pasal hantu pada kurun ke 18.kiranya memang cerita hantu klasik lah.

Nak cerita pasal album ni memang dah pernah cerita 3 tahun lalu Kat Sini kalau rasa nak dengar cerita seram yang memang meremang bulu roma boleh layan album berkonsep dari pakcik King ni.'Them','Abigail' dan 'Conspiracy'.layan ketiga2 cerita dalam album ni dengar dalam gelap waktu malam kalau nak rasa aura keseramannya.heheh..

Berteromber pun ada cerita jugak Kat Sini

Thursday, 2 March 2017

Al Fatihah

Semalam dan hari ini dunia hiburan di Malaysia di kejutkan dengan pemergian dua pelakon dari 2 zaman yang berbeza,pelakon dan pengacara Ary Malik dan juga seniman lagenda Tan Sri Jins Shamsuddin yang telah kembali ke Rahmahtullah.

pelakon dan pengacara Ary Malik.juga kakak kepada penyanyi Min Malik


Tan Sri Jins Shamsuddin


Semoga roh mereka di cucuri Rahmat Allah SWT dan di tempatkan bersama dengan golongan  yang soleh..Al Fatihah.

Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/02/28/ary-malik-meninggal/