Wednesday, 30 March 2016

Monday, 28 March 2016

King Diamond - A Dangerous Meeting (1992)



Aku memang tak berapa layan sangat muzik black metal sebenarnya,kalau dengar pun dan jadi peminat dah tentulah album2 pakcik King Diamond dan Mercyful Fate.King Diamond dan Mercyful Fate merupakan generasi pertama atau di panggil 'the first wave of black metal in early 80s'.sebelum bebudak black metal pandai minum darah kambing lagi,pakcik KD ni la yang memperkenalkan stail muzik yang berhantu dan setan menyetan ni..heheh..( jangan ada yang kata aku ni sesat dah ler..)

Album ini menghimpunkan lagu2 terbaik dari album2 King Diamond dan Mercyful Fate sejak di awal pembabitan mereka dalam muzik metal ini.






Bukan sahaja lagu2nya yang best,turut menghimpunkan segala kerja gitar dari Mercyful Fate (Michael Denner/Hank Sherman) dan band King Diamond (Andy LaRocque/Pete Blakk) dan tak lupa juga pemain drum yang kini menjadi tulang belakang Motorhead iaitu Mikkey Dee.






Oleh kerana hanya menghimpunkan lagu2 terbaik dari kedua2 band,kebanyakkan lagu dah selalu dengar.ringtone untuk handset aku pun menggunakan lagu 'Sleepless Nights'.hehe..

Takdalah nak mereview sangat pun,lagi pun album2 King Diamond aku dah penah buat ulasan sebelum ni.tapi kepada sesiapa yang nak mengenali muzik King Diamond dan Mercyful Fate,boleh mulakan dengan album ini dulu.
Untuk review cd2 King Diamond yang lain boleh jenguk kat blog Ijau Di Sini

Saturday, 26 March 2016

Batman v Superman : Dawn Of Justice (2016)



Atas ajakan rakan sekerja semalam,menjadi org pertama yang menonton filem dua superhero yang terkenal ini.

Aku tak mahu lah spoiler sebab aku tau ramai yang belum lagi menonton filem ini,cuma pada mereka yang pernah menonton filem 'Man Of Steel' yang pernah di tayangkan pada tahun 2013 yang lalu,Batman v Superman ini merupakan kesinambungan cerita dari filem 'Man Of Steel'.filem ini merupakan fasa kedua dalam dunia DC Comics.dan selepas ini filem 'Suicide Squad' pula yang akan di tayangkan pada pertengahan tahun ini.

Dalam filem ini juga ada menampilkan 'cameo' team Justice League seperti The Flash,Aquaman dan Cyborg.walaupun ada ramai yang komplen kata permulaan cerita ini agak slow,tapi pada aku kira ok lah,sebab nak seimbangkan watak antara Clark Kent,Bruce Wanye,Wonder Woman dan Lex Luthor.pengarah Zack Snyder agak bijak memainkan jalan cerita yang agak kompleks tapi mudah di fahami.teknik kesan khas memang terlalu banyak la dalam filem ni dan ia menarik juga.

Untuk peminat dua superhero ni boleh la tonton di pawagam,cuma pada aku lagi best kalau Christian Bale yang lakonkan watak Batman tu seperti 3 filem Batman yang sebelum ni.


Monday, 21 March 2016

The Devil's Double (2011)




Berdasarkan kisah benar tentang dan dari buku hasil kisah hidup Latif Yahia di waktu pemerintahan Saddam Hussien di Iraq.filem ni di arahkan oleh Lee Tamahori yang sebelum ni penah mengarahkan filem James Bond "Die Another Day" dan filem XXX "State Of The Union".dvd movie ni dah lama ada dalam simpanan aku kat rumah ni tapi belum kesempatan nak tengok.sehinggalah housemate aku cakap movie ni best.filem ni mengisahkan Latif Yahia,seorang askar Iraq yang telah di paksa menjadi "body double" kepada anak Saddam Hussien iaitu Uday.Uday ni ialah satu2nya anak kesayangan Saddam yang suka berfoya2 dan kaki perempuan.bila Latif menolak untuk menjadi double body kepada Uday ni,beliau telah di siksa selama beberapa hari supaya menurut kehendak pegawai2 Iraq tersebut..sehinggalah beliau di ugut kalau tak nak jadi double untuk Uday ni,seluruh keluarga beliau akan di bunuh.terpaksa lah Latif ni mengikut kehendak Uday ni.tujuan Uday mahukan penyamaran diri dia sebab utama beliau ni banyak musuh dan jugak selalu dapat ugutan bunuh dan cubaan membunuhnya dari perisik US dan jugak rakyat iraq sendiri.kerana sikap dan perangai Uday ni tidak di sukai oleh rakyat Iraq.

Latif jugak terpaksa meniru perangai Uday yang suka berfoya2 dan kaki prempuan tu,walau pun Latif sebenarnya sudah berkahwin dan enggan  berbuat demikian.Kisah cerita ni sewaktu berlaku ketengangan antara Iraq dan Kuwait yang mana akhirnya berlaku perang teluk pada tahun 1991 dulu.akhirnya,teman wanita Uday jatuh cinta kat Latif dan mereka melarikan diri dari Iraq yang mana menimbulkan kemarahan Uday.pada anda yang suka movie berdasarkan dari kisah benar,boleh layan movie ni..memang best.


Antara yang best dalam movie ni ialah :

-Selain Uday Hussien,Saddam Hussien juga mempunyai body double yang pegawai2 tertinggi Iraq pun susah untuk mengetahui yang mana satu betul,yang mana satu palsu.ada satu babak di tunjukkan Saddam sedang bermain tennis dengan body double nya.

-Bini Saddam jugak ada body double,sewaktu babak Uday melihat Latif (yang menyamar menjadi Uday)bagi kata2 semangat kat tentera iraq sebelum berperang dengan askar Kuwait,Uday menyaksikannya di kaca televisyen sambil di temani perempuan yang dia panggil ibu nya,tapi sebenarnya ialah body double ibu nya.

-Ada satu babak Uday berpusing2 di pusat bandar Iraq dengan kereta mewah nya,mencari perempuan cantik,sesiapa yang ingkar yang tak mau ikut dia,akan di bunuh serta merta.mana2 perempuan yang dia nak akan segera di bawa oleh balachi2 beliau,termasuk la budak2 sekolah.ini tidak di sukai oleh Latif.

-Uday di tembak oleh Latif di bahagian sulitnya yang menyebabkan Uday lumpuh seumur hidup dan beliau di bunuh oleh tentera Amerika pada tahun 2003 ketika Amerika menyerang Iraq.

-Hanya seorang sahaja pegawai tertinggi Iraq yang mengetahui yang mana satu Uday dan mana satu Latif,dan beliau amat menyayangi Latif dan sangat mengambil berat kat Latif walau dia sebenarnya memang tidak menyukai Uday dan sistem pemerintahan di Iraq pada waktu tu.

-Latif juga di berikan kebebasan untuk menggunakan barang2 mewah kepunyaan Uday,dari pakaian hinggalah ke kereta mewah nya.

Filem ni boleh la aku bagi 2 bintang.seperti yang kita tau kalau filem berdasarkan kisah benar yang di buat oleh barat tak semestinya seratus peratus betul kan?anda boleh tengok dan nilaikan sendiri..


Friday, 18 March 2016

Deep Purple - Machine Head Vinyl (1972)

Antara album Deep Purple yang dah pun berusia 44 tahun..




'Machine Head' merupakan antara album terbaik Deep Purple yang telah di riliskan pada 25 mac 1972.menduduki tempat pertama di carta UK selama 20 minggu dan juga merupakan album yang paling laris jualannya di Amerika.album ini juga menjadi sumber inspirasi pelbagai band rock dan heavy metal termasuk lah band2 rock di Malaysia pada era 80an.ini kerana lagu 'wajib' dari album ini yang harus di mainkan ketika jamming ialah lagu 'Smoke On The Water' dan juga lagu 'Highway Star'.



gatefold.condition rekod ni memang nampak buruk,maklum la dah lama tahun 1972,aku belum lahir lagi rekod ni dah ada..heheh...



ada di beritahu rakaman di lakukan kat mana.



Dengan line up klasik Mark 2,Ritchie Blackmore,Ian Paice,Roger Glover,Ian Gillan dan Jon Lord. juga merupakan album yang memperkenalkan pada aku apa itu hard rock,klasik rock,heavy dan berbagai lagi genre yang berakar umbikan rock.dan istimewanya album ini ialah,arwah ayah aku kerap memutarkan rekod ini setiap kali beliau pulang dari kerja,atau pun ketika bercuti.


senarai lagu






piring je tak purple tetap warna hitam



Rasanya yang tak minat Deep Purple pun mesti tau lagu 'Smoke On The Water' dan 'Highway Star' tu.selain dari dua lagu tu aku lagi suka lagu 'Never Before' 'Lazy'(intro dari Jon Lord memang best) dan 'Space Truckin'.kerja gitar Ritchie dalam album ini memang terbaik lah,tak hairan la album ini juga tercalon antara 100 album terbaik sepanjang zaman oleh majalah Rolling Stones.
Nak cerita panjang pasal album ni pun mesti ramai yang dah tau.yang mana taktau tu boleh tengok kat wikipedia.dan pada sesiapa yang nak layan Deep Purple,boleh mulakan dengan album ini atau pun album "Perfect Strangers"

Monday, 14 March 2016

Belantara - Srikandi Di Sisi (1988) Reissue 2016

Antara album yang di nanti untuk rilisan semula dalam format cd setelah 28 tahun..





Macam aku cakap sebelum ni,era emas scene rock Malaysia bermula pada tahun 1986 sehingga tahun 1988.dalam banyak2 band rock yang muncul bagai cendawan pada waktu itu,ada satu band yang betul2 melawan arus perdana pada ketika itu.mereka tidak menggunakan khidmat M.Nasir sebagai penerbit atau pun lagu.(kita semua tahu yang band rock yang ingin merakamkan album mesti nak lagu M.Nasir atau pun mahu M.Nasir jadi penerbit)kesemua lagu2 dalam album ni adalah hasil ciptaan mereka sendiri,stail muzik mereka juga lain dari yang lain pada ketika itu,lebih kepada progresif rock ala Queensryche.dan mereka adalah Belantara.




Album kedua mereka juga lebih matang stail muziknya.aku mengenali Belantara juga melalui album Srikandi Di Sisi ini,bukanlah dari album pertama mereka.oleh kerana ini adalah album kegemaran aku pada tahun 1988,(bersama2 dengan album Queensryche 'Operation Mindcrime')aku cuba cerita satu persatu,tapi aku ni bukanlah pandai mereview sangat,kalau salah maafkan la..terus putar cd ke lagu pertama :

1.Amaran!!! (instrumental)
Tengok pada tajuk pun dah tau kan.intro pertama memang betul2 Belantara memberi amaran tentang muzik yang bakal persembahkan,siap dengan sound effect bagai memang terbaik la.aura panik tentang amaran yang bakal terjadi menjadikan lagu ini unik.

2.Perintah Berkurung
Dari instrumental tadi terus bersambung pada lagu fast ala Queensryche.lagu yang mengisahkan tentang pengganas komunis yang bermaharajalela di Perak.(ironinya komunis menyerah dan menandatangani memorandum pada tahun 1989)bila layan lagu ni terasa juga aura 'perintah berkurung' tu,suasana yang huru hara,takut,marah,benci semua ada.jeritan Zaid 'di mana panglimaku,aku perlukan pertolongan mu,tak sanggup diri ini menjadi mangsamu' membuatkan pendengarnya terasa seperti berada di tempat kejadian.lagu ni memang best.

3.Srikandi Di Sisi
Lagu slow rock yang memuji 'chenta hati' heheh..tapi slownya bukan lah meleweh jiwang2 macam kebanyakkan lagu2 sekarang ni.lagu yang mengisahkan cinta hati kesayangan yang di anggap seperti srikandi.

4.Panglima Angkasa
Lagu berentak moderate,lagu yang berunsurkan patriotik di tujukan kepada tentera udara di raja malaysia.gitar solo nya menarik,simple je.

5.Pelangi Dan Nafiri
Lagu yang mulanya slow rock dan agak rancak pada pertengahannya.lagu ini pun best dan liriknya pun menarik,lagu yang berunsur ketuhanan dan kerohanian.penggunaan keyboard juga menjadikannya makin menarik di dengar.

6.Hadiah HariJadi
Lagu berentak mid tempo,tetapi tidak meleweh.lagu ni memang lagu sedih,mengisahkan seorang jejaka yang telah di tinggalkan kekasihnya betul2 pada hari lahir beliau.walaupun mid tempo dan nyanyian tidak mengikut tune,lagu ni best.jeritan vokal dengan nada kecewa menjadikan semakin best lagu ni.

7.Menari DI Dalam Hujan
Lagu kegemaran aku.kira ni lagu gumbira la.kalau waktu hujan dengar lagu ni memang kena sangat.lagu ini juga pernah muncul dalam rancangan Muzik Muzik tv3 dulu

8.Bunga Matahari
Lagu pasal bunga matahari.heheh..lagu ni lirik dia simple je tapi menarik.kalau nak tau kena dengar sendiri..heheh

9.Biar Rindu
Yang ni best.berentak fast,tapi lagu dan lirik nya agak jiwang2..hehe.lagu kira pujuk awek la pasal nak kena berjauhan dalam masa yang agak lama.solo lagu ni pun best.syok di dengar.

10.Cobaan Bukan Satu
Lagu ni memang slow,pasal lagu memujukkan,aku skip lagu ni,tak berapa nak layan sangat..heheh






11.Mutiara
Juga lagu kegemaran,intronya slow dan kemudiannya fast.stail lagu nya juga seperti Dream Theater.memang menarik walau pun bunyinya hanya dari rakaman analog.memanng best lagu ni.

12.Cempaka (instrumental)
Lagu berentak slow yang hanya di main kan dengan gitar akustik.kira ini penutup lagu dalam album ni lah.




Overall,album ini antara album rock terbaik dari Belantara yang di terbitkan pada tahun 1988 dulu.kalau rasa nak layan progresif rock versi Belantara,boleh di mulakan dengan album ini dulu.

Terbaikkk


Monday, 7 March 2016

May - Wira Cyborg CD (1994)

Cetakan semula album 'Wira Cyborg' yang pernah di terbitkan pada tahun 1994 dahulu..



Tahun 1994 merupakan tahun bagi muzik grunge/alternative menguasai pasaran muzik dunia,tapi di Malaysia pada ketika itu scene rock nya seakan2 dah mati,yang ada pun cuma rock jiwang2,tak boleh di panggil rock jiwang sebenarnya tapi 'pop leleh'..heheh..kejayaan kumpulan Ukays dengan 'black album' album jiwang lelehnya sedikit sebanyak terkena tempiasnya kepada band lain termasuk la kumpulan May ini.

Berbanding dengan album May yang sebelum ini iaitu Ziet Geist,album 'Wira Cyborg' ini walaupun di terbitkan oleh penerbit yang sama iaitu Allahyarham Samad Lefthanded,tapi tak se-heavy album yang pertama,album ini walaupun ada juga lagu2 keras,tetapi keseluruhannya tak macam album mereka yang sebelum ini.






Seperti kata Berteromber,Yantzen cuba membawa pengaruh Rusty Blade dan Iron Maiden dalam album ini.ada juga lagu2 yang menarik walau pun tak sehebat album pertama.cuma yang tak bestnya lagu 'Suci' tu terlalu meleweh sangat (ya lah sebab ciptaan Saari Amri) cuma apa yang aku perasan lagu2 ciptaan May dalam album ini kebanyakkan nya berentak mid tempo kecuali 'Steel Warriors' dan 'Exorcism' yang memang heavy.vokal Yantzen untuk kedua2 lagu ni pun best,ala2 Rob Halford Judas Priest.












Packaging album ini masih sama seperti tahun 1994 dulu,cuma jewel case nya agak berkualiti,(ada logo SRC pada jewel case) memang aku puas hati la (komplen hanya parodi tak perlu hubungi Suria Records.. :p)

Terima kasih SRC sebab menerbitkan kembali album ini,secara keseluruhannya album ini masih boleh di dengar,cuma kalau dah biasa dengar May zaman Mus,memang susah sikit la nak terima stail muzik baru May ni.pada aku May ubah sedikit stail muziknya kerana tidak mahu muziknya statik.cuma merubah sedikit tetapi 'roots' nya masih beridentitikan May.

Ulasan menarik dari Berteromber juga boleh jenguk di sini :
http://berteromber.blogspot.my/2014/02/wira-cyborg.html#comment-form

Thursday, 3 March 2016

FTG - After The Promise (1992) Grey Vinyl

Versi cd nya telah di riliskan semula pada bulan ogos 2015 yang lepas oleh NSR records..




Oleh kerana rilisan ini terhad,piring berwarna ini hanya di cetak sebanyak 300 unit.100 berwarna hitam,100 berwarna hijau dan 100 berwarna grey.dengar khabarnya piring berwarna hijau dah sold out.dan aku bernasib baik dapat warna grey atau kelabu.





Lp ini di terbitkan oleh Mamat Records dan Nebiula Production.dan LP ini juga telah di cetak di German.




Bahagian dalam.ada dapat poskad.menampilkan gambar2 klasik FTG.juga terdapat lirik lagu kat gatefold.


gambar2 band member masa muda belia.





grey vinyl.



FTG merupakan band thrash metal Malaysia yang boleh tahan hebat.ini merupakan album penuh sulung mereka yang terbit pada tahun 1992 selepas kejayaan EP pertama mereka,apa yang masih aku ingat lagu 'Behind This Wall' pernah di calonkan untuk juara lagu.(pada ketika itu Melissa Saila yang menjadi pengacara untuk muzik - muzik terbitan tv3 dulu.)untuk album sulung ini,lagu2 mereka juga boleh tahan,susunan muzik dan remasterd untuk piring berwarna ini pun menarik.memang puas hati.Tahniah dan terima kasih Mamat records kerana bersusah payah menerbitkan vinyl FTG ini.

Kepada anda yang ingin mendengar sound klassik thrash metal.boleh dengar album 'After The Promise ini.sound nya memang aku suka..memang best la.

Tuesday, 1 March 2016

Rusty Blade - Awas (1989)

Format cd ini di keluarkan oleh Life Records pada tahun 2003 yang lalu..


Antara album paling best Rusty Blade dan album terakhir dari band ini yang kemudian nya mereka berpecah membawa haluan masing-masing.format cd ini di keluarkan pada tahun 2003,tapi yang tak bestnya Life Records meriliskan kembali album ini tanpa cover/inlay yang asal,kalau pada kaset dahulu ada gambar2 band member Rusty Blade,untuk versi reissue ni,pihak Life Records seperti melepaskan batuk di tangga je dengan packaging yang agak cincai.







Tapi itu tak kisah lah,asalkan aku dapat album 'Awas' ni pun dah ok.sesiapa yang biasa  dengar Rusty Blade pastinya bersetuju dengan aku yang album ini memang kuat pengaruh iron maiden.kebanyakkan lagu2 heavy dalam album ini pun best2.antara lagu yang aku suka seperti "Antara Nikmat dan Syurga' 'PLO' 'Lima Perwira' 'Mimpi' 'Bisikan' dan 'Siluman' antara lagu paling heavy yang aku suka.
Album ini di barisi legend Rusty Blade iaitu Khalid Mobin,Mohd Nor Hendrix, (gitar)Zan (drum) Leman Karen (bass) dan penyanyi  nya iaitu J. Yantzen.




Sayangnya selepas album ini Rusty Blade telah berpecah,dan ini la satu2nya album rock melayu paling heavy yang aku pernah dengar.kerja gitar Khalid Mobin dan Mohd Nor pun best.macam H dengan Dave Murray.heheh..

Ini album rock Awas,rugi kalau tak dengar.antara produk anak melayu Singapore yang  paling best dan hangat di perkatakan suatu ketika dulu.