Monday 30 January 2017

Malaysia Pro Wrestling



Malaysia Pro Wrestling (MYPW) merupakan arena gusti profesional pertama di Malaysia dan dikunjungi lebih 400 penonton setiap kali dilangsungkan di Ku-Ash Theater, Taman Tun Dr Ismail.
Selain daripada melakar sejarah baru buat sukan tanahair, atlet-atlet gusti dari seluruh Asia Tenggara seperti Singapura, Vietnam, Filipina dan juga Jepun turut dilatih secara profesional di pusat pembangunan bakat MYPW.





Biarpun jenis perlawanan sama seperti yang ditayangkan rancangan Raw atau Smackdown sebelum ini, peluang melihat rakan senagara mempamerkan aksi sepenuh tenaga dalam gelanggang memberi kepuasan tersendiri apatah lagi kemunculan objek asing seperti kerusi besi, rotan, dan besi pemangggang turut digunakan bagi melemahkan lawan masing-masing.
Acara ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tanahair seperti jaguh bina badan Negara Sazali Samad, Yank Kassim, Julia Ziegler, Fizz Fairuz, Amar Asyraf dan ramai lagi.





Yang paling mencuri perhatian pastinya adegan Raja Repot Malaysia, Ayahanda Abdul Rani Kulop Abdullah yang terlibat dengan insiden perbalahan dengan salah seorang penggusti, Furious Faizal yang berani mencabar dan menolak beliau yang menonton di sisi gelanggang ketika itu.
Natijahnya, satu pergelutan kecil berlaku dan Ayah Lop sempat menghadiahkan beberapa libasan tongkat ke belakang Furious Faizal

Untuk keterangan lanjut MyPW boleh dilayari dilaman Facebook rasmi :
https://www.facebook.com/MyProWrestling/


p/s : aku pun baru tahu pasal kewujudan Malaysia Pro Wrestling ni.boleh la nanti Malaysia hantar wakil pergi WWE.

Sumber : https://www.facebook.com/sengalparanormalteam/?fref=ts

Tuesday 24 January 2017

Gersang s/t (1987) Reissue 2016

Genap 30 tahun album ni..




Ok yang pertama sekali buat aku betul2 kuciwa ialah packaging album ni.memang tangkap muat punya packaging.Rusa Marketing ni aku rasa memang fikir nak untung je.apa ingat yang dengar album Gersang ni budak-budak yang sebaya upin ipin ke?gambar band member Gersang pun takda.yang ada senarai lagu kat belakang,inlay dengan kat cd.tu belum masuk typo lagi.terima kasih la kerana meng'rip off' peminat-peminat dan pengumpul cd tegar ni.lepas ni buat lagi yer..





Tentang album dan lagunya pulak.album pertama Gersang ni memang kuat pengaruh Van Halen dan glam rocknya.walaupun pada masa tu muzik rock masih lagi di pandang serong oleh masyrakat dan ahli politikus Malaysia,lagu 'Masih Aku Terasa' memang kuat betul auranya pada masa itu.dari budak2 sehinggalah ke makcik2 memang suka betul lagu ni.album ini juga menjadi kegilaan awek2 pada zaman tu sebab masa tu Man Bai memang hensem sangat..heheh.selain lagu 'Masih Aku Terasa' ada satu lagi lagu slow dalam album ni yang boleh tahan menarik.lagu yang bertajuk 'Kehancuran'.tapi lagu ni kena banned oleh RTM pasal lirik lagu rangkap pertama dia berbunyi "ku calit warna ungu di dada tanda kasih ku".tapi yang peliknya lagu Def Leppard 'Love Bites' boleh pulak main kat radio..heheh.lain-lain lagu yang agak rancak sedikit seperti 'Jiwa Rock & Roll' kerja gitar Kid agak menarik dalam lagu ni.solo gitarnya pun simple jelas menunjukkan identiti kerja gitar Kid yang tersendiri.'Kaca Kaca Kota' riff yang agak heavy tapi kena dengan mood lagu.solonya yang ala Eddie Van Halen tapi best.'Kaca Dari Permata' memang betul2 berbunyi Van Halen.lagu slownya iaitu 'Sunyi' yang menjadi single kedua selepas 'Masih Aku Terasa' pernah di masuk 'Muzik Muzik' kat TV3 dulu.




Dan sound untuk cd rilisan semula ini ok lah.nasib baik soundnya tak sebu atau pun tenggelam timbul.main dekat cd player pun puas hati la,keluar juga la bunyinya.mungkin ada sesetengah orang tak kisah,tapi pada aku dengan packaging yang sedikit hampeh ni memang mengecewakan la.mungkin si Rusa tu boleh cakap,kalau nak beli,beli lah tanak beli sudah.tapi patut di fikirkan yang beli ni memang peminat/pengumpul cd.mereka ni sanggup beli walaupun mahal.apa salahnya kalau guna cover asal.mahal sikit pun takpa mesti ada orang beli punya.

Tu je lah aku nak cerita.berbanding dengan album 'Takdir' album pertama Gersang ini yang lagi menarik.selepas 30 tahun bila dengar balik album ini (tolak lagu2 jiwang tu..heheh) kira boleh layan jugak laa..dan macam biasa,jika anda 'gersang' boleh dengar album pertama Gersang ni..heheh.

Saturday 21 January 2017

It's So Easy (And other Lies) Duff Mckagan

Buku yang ni pun aku baca tak habis2 lagi..heheh..




Buku biografi Duff Mckagan,pemain bass Guns n' Roses ni agak menarik juga.aku baru baca bab Duff nak keluar merantau meninggalkan kampung halaman dia dari Seattle pergi ke Los Angeles.Duff ni asalnya cita-cita dia nak tubuhkan band punk.dia ni memang minat muzik punk sebenarnya.dia pergi merantau ke L.A dengan kereta buruk dia,makan tidur hanya dalam kereta je sebab tak mampu nak sewa bilik atau apartment.dengan bantuan abang dia,yang berkerja restoren di L.A.,Duff dapat la juga buat gig dengan band punk dia.itu pun tak lama.ramai juga la pemuzik punk yang menjadi kenalan Duff ni,dia amat meminati kumpulan punk Black Flag.kebanyakkan lagu2 awal ciptaan Duff semuanya dari pengaruh Black Flag ni.

Selain dari minat beliau terhadap muzik punk,Duff juga terlibat dengan gejala dadah.sehinggalah beliau kena serangan 'panic attack' gara-gara terlalu banyak penggunaan heroin.walaupun begitu Duff tak patah semangat,tetap meneruskan cita-cita dia nak jadi pemuzik.setelah beberapa band yang sekejap dia masuk dan keluar,segala2nya berubah apabila dia bertemu dengan Izzy Stradlin..

Nanti aku sambung lagi.baru baca sampai situ je.heheh..takda masa nak baca buku sekarang ni.

Saturday 14 January 2017

Gloomy Sunday

Lama tak buat entri 'flashback saturday'.kali ini kisah pasal lagu misteri/seram pulak..



Lagu Gloomy Sunday ni terkenal sebagai lagu bunuh diri. Setelah mendengar lagu tersebut, sesiapa pun yang mendengarnya akan merasa ingin mengakhiri hidupnya. Ada apa sebenarnya disebalik lagu ini..

Lagu Gloomy Sunday yang tajuk asalnya Szomorú Vasárnap atau dalam bahasa Malaysia, 'Ahad Yang Muram'. Tercipta pada tahun 1933 dan merupakan karya dari seorang komposer dan pemain piano autodidak dari Budapest, Hungaria, bernama Rezső Seress. Lagu ini terkenal sebagai lagu pengiring kematian pada era itu, banyak yang telah menjadi korban bunuh diri kerana seolah-olah terpukau setelah mendengar lagu tersebut. Rezső Seress sang penciptanya juga meninggal akibat bunuh diri pada tahun 1968.

Rezső Seress diceritakan bunuh diri pada tahun 1968 di hari minggu(Ahad) dengan terjun keluar tingkap apartment tempat tinggalnya. Dikatakan, Rezső Seress bunuh diri kerana menyedari bahawa setelah 'Gloomy Sunday' meletup menjadi hit di pelbagai negara, dia berfikir bahwa dia tidak akan pernah lagi mampu untuk mencipta musik hit seperti itu untuk yang kedua kalinya. Makanya, dia berniat untuk mengakhiri hidupnya. Apakah ada alasan lain dibalik kematiannya?. Tak siapa tahu?
Lagu ini telah diterjemahkan kedalam beberapa bahasa seperti Bahasa English, Perancis, Finland, dan Sepanyol, dan telah di release dalam 7 versi oleh 56 penyanyi yang berbeza termasuk diantaranya versi Heather Nova, Bjork, Ray Charles, Sarah Brightman dan Sinead O’Connor, versi Billie Holliday-lah yang membuat lagu ini sangat terkenal dan pada akhirnya menjadi versi standard interpretasi Gloomy Sunday,

Di tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday di tahun 1982 juga mati bunuh diri dekat rumah ayahnya.
Bahkan, katanya apabila lagu Gloomy Sunday ini dimainkan tanpa lirik (suara penyanyi) atau hanya berupa instrumental saja maka pendengarnya akan tertidur nyenyak dan mengalami mimpi buruk yang kelihatan nyata sekali.
Di negara asalnya sendiri, Hungaria, lagu ini dilarang keras untuk dimainkan kerana terlalu ramai yang telah membunuh diri selepas mendengar lagu tersebut di negara itu.
Lagu Gloomy Sunday sendiri hilang dari peredaran masa dan telah dilupakan, semenjak adanya perang dunia kedua di tahun 1930-an, lagu ini dimusnahkan, dan versi aslinya sudah tidak ada lagi, disebabkan banyak yang telah menjadi korban dari lagu ini. Dalam siaran Radio BBC lagu tersebut dilarang keras untuk diudarakan.

p/s : lagu paling 'black metal' dari black metal.heheh..

Sumber : cilok kat google

Wednesday 11 January 2017

Monday 9 January 2017

Wings - Hukum Karma Vinyl (1988) Reissue 2016

Album yang dah berusia 29 tahun pada 2017 ni.





Tengok kat entri Hukum Karma Berteromber di tambah pulak dengan komen berachun dari beliau,aku pun nak tambah rachun dengan riak Hukum Karmawi..heheh..

Album Hukum Karma ni memang muncul tepat pada masanya la..zaman glam rock tengah berada di kemuncak iaitu pada tahun 1988.dah banyak kali aku cakapkan tahun 88 memang zaman rock dan zaman heavy metal bertembung.persaingan yang sihat ni la yang menjadikan tahun 1988 tahun emas bagi pemuzik dan peminat rock seantero dunia.sayangnya kat Malaysia masa tu cetak rompak pun berleluasa macam cendawan tumbuh selepas hujan.













Piring hitam Hukum Karma versi 2016 ni memang terbaik punya packaging.berbanding versi cdnya yang main tangkap muat je.cover lp nya kulit keras yang bermutu,ada gate fold,sampul piring hitamnya pun menggunakan kertas kalis habuk,bukan sampul kertas biasa dan di sertakan sekali poster yang sama pernah di keluarkan pada tahun 1988 dulu.(aku pernah nampak poster ni kat mudah.my ada yang nak jual sampai rm300!..padahal poster reprint balik je.)dengan harga rm 150,memang aku puas hati la.dengar ceritanya piring hitam ini di cetak di German.





Dari segi soundnya memang tip top la.pressing Germankan.mesti la sedap bunyinya.siapa yang takkan lupa lagu-lagu dalam album ini seperti 'Opera Hidup','Misteri Mimpi Syakila',(lagu wajib bebudak rock dulu kalau jamming)lagu jiwang sepanjang zaman 'Taman Rashidah Utama' lagu yang menjadi tajuk album 'Hukum Karma' dan dua lagu yang berunsur ketuhanan dan nasihat iaitu lagu 'Sembunyi' dan juga 'Anugerah'.





Ini adalah khazanah rock melayu.aku cadangkan kat kau orang semua beli la sorang satu buat kenangan,tampal kat dinding pun ok bak kata Berteromber.heheh..atau pun lepas 10 tahun nanti boleh jual balik dengan harga lagi kejam dari kapitalis yang ada sekarang ni.heheh..terima kasih kepada mereka2 dan pihak NSR yang menerbitkan kembali piring hitam Hukum Karma ini.

Thursday 5 January 2017

Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia (1987) Reissue 2016

Tahun 2017 album ni genap 30 tahun.




Antara album rock terbaik dari kota singa.siapa yang tak kenal Rusty Blade,antara 'big four' dari Singapura seangkatan dengan Lovehunters,Rockers dan Helter Skelter.(ini dari pandangan aku lah,aku tau ramai kecam Helter Skelter pasal lagu Helloween tu kan?heheh...)Rusty Blade juga di beri gelaran sebagai 'Iron Maiden Singapura' kerana lagu2nya memang kuat pengaruh dari Iron Maiden.so sesiapa yang minat IM mesti minat Rusty Blade punya.

Ok,pertama sekali aku nak cakap pasal cd reissue ni ialah senarai lagunya.ada sedikit kesilapan teknikal.lagu 'Kehilangan' versi instrumental tu sebenarnya lagu instrumental 'Mahkota Sukma' dari album 'Awas' dan ada penambahan trek lagu terakhir yang bertajuk 'Gadis Lincah' dari album 'Ikrar Perwira',dan juga tajuk lagu 'Tarian Duka' jadi 'Tarian Luka'.(berjangkit dengan Sony Music ke ni?heheh..)tak tau la sama ada kesilapan teknikal atau pun pihak Life Record memang nak bagi lagu bonus kot.tapi sepatutnya kalau versi cd ni ikut sama macam kaset pun ok,kat inlay pun takda gambar band member Rusty Blade,cuma ada lirik je.yang ni memang aku sedikit kecewa la..harap pihak Life Record peka pasal ni.sebab reissue keluaran mereka sebelum ni ok je takda masalah.





Dan yang keduanya untuk lagu2 dalam versi cd ni soundnya memang puas hati.memang dari master tape asal kot.sound analog 80an dengan bunyi yang lagi sedap.senang cakap macam album2 Judas Priest dan Iron Maiden era 80an yang di remasterdkan.memang berlemak bunyinya kan?.yang paling best di dengar ialah kerja gitar Khalid Mobin tu.

Akhir sekali lagu2 yang ada dalam album ni yang menjadi lagu kegemaran aku sejak dulu sehingga sekarang:

-'Langsuir Liar'- Lagu seram ala King Diamond.memang lagu seram terbaik sepanjang zaman la,band heavy metal melayu cerita pasal langsuir,antara kisah seram yang menjadi mitos dalam lagenda seram melayu zaman berzaman.tahun 1987 aku baru darjah 5,bila abang aku pasang lagu ni memang aku takut betul,part intro bunyi gitar dengan bunyi anjing menyalak tu sampai aku nak tidur malam pun teringat2 je..heheh..dan kalau nak tau,sampai sekarang lagu ni kalau malam memang aku skip (sehingga la ketika entri ini di tulis)..heheh..sampai sekarang pun terasa aura seram dia woo..

-'Taming Sari' - Walaupun di gelar 'Iron Maiden Singapura' Rusty Blade tetap tak lupa sejarah.antara lagu sejarah kegemilangan Melaka,Hang Tuah lima bersaudara dan juga keris Taming Sari.selain dari lagu 'Taming Sari' ni,Rusty Blade juga pernah buat lagu 'Jasa Tok Janggut' pendekar terkenal dari Kelantan.susunan muzik untuk lagu 'Taming Sari' ni pun best,lagu yang menaikkan semangat dan aura Hang Tuah tu pun terasa bersama dengan jeritan Yantzen tu.

-'Ketagihan'- intro drum dan riff lagu ni best.lagu berunsur nasihat.dulu kalau kata dengar dan minat muzik rock je kan mesti di kaitkan dengan dadah.walaupun rockers tu tak main dadah tetap di labelkan sebagai 'mat pet'.lagu ni memang kuat pengaruh Maidennya.tapi best.






-'Rintangan Hidup Dunia' - Lagu nasihat dan juga lagu untuk mengajar kita jadi sendiri,mencapai impian yang di impikan dan jangan putus asa.antara liriknya yang berbunyi "capailah kemenangan dengan sikap bistari.musibah melewati tiada lagi merugi".siapa kata muzik rock tu melalaikan?banyak lagu2 rock melayu yang berunsur nasihat sebenarnya.

-'Tiada Lagi Aku' - Lagu kecewa, mid tempo yang kena dengan mood lagu.stail vokal Yantzen pun dengan nada kecewa.memang kena la dengan lagu,lagi pulak dengan solo yang mendayu2 tu melengkapkan emosi kecewa keseluruhan lagu  ni.

-'Penantian' - Ini pun sama lagu kecewa jugak.lagu di tinggalkan kekasih hati.suara Yantzen pun bunyi sedih je.memang terbaik la di tunekan suara dia sesuai dengan mood lagu sedih ni.

Itu la antara 6 lagu yang paling aku suka dalam album ni.tetapi album ini masih boleh di kategorikan antara album rock terbaik sepanjang zaman dari Rusty Blade.kalau anda peminat Rusty Blade mesti kena dengar album ni.dengar cerita versi piring hitamnya akan di keluarkan dalam tahun ni jugak.memang pecah tabung la jawabnya..heheh..

Monday 2 January 2017

Dua Kosong Satu Tujuh

Pejam celik dah pun masuk 2017.cepat betul masa berlalu.tiada apa yang nak di ceritakan selain daripada umur kita yang semakin meningkat.ada yang dah jadi kanak2,remaja,dewasa,makin tua dan aku sendiri dah pun hampir senja..heheh..kena mengakula kan takkan nak perasan muda ye tak? tak kisah la walau dah senja tapi jiwa tetap muda dan rock n roll..heheh..

Takda apa nak cakap pun cuma..

-Syukur Alhamdulilah masih di berikan kesempatan untuk menjalani kehidupan di tahun 2017 ni.aku cuba untuk menjadi yang lebih baik hari demi hari walaupun kadang kala selalu juga 'leka' dengan duniawi.

-Tentang kerja harian,masih lagi kena bekerja,cuma dengan umur begini tak boleh nak 'push'sangat badan ni.memang dah terasa sangat kita ni dah berumur.cuma jangan stress je la kan.kalau selalu je layan stress pasal kerja,kita pulak jadi tak sihat nanti.

-Makanan.Bab makanan ni memang aku dah start kawal makan dah.sejak aku berhenti merokok (Alhamdulilah tahun ini genap 2 tahun aku berhenti)memang asik nak makan je.badan pun makin berisi.nak kena mula diet.heheh..kau orang pun jaga la pemakanan yer.

-Penulisan.macam aku cakap dalam entri 3 hari lepas,kalau takda apa2 aral,dalam tahun 2017 ini jugak la akan terbit antalogi cerpen aku bersama sifu aku tu.dah 80 peratus siap.sedang di edit dan sedang mencari penerbit indie yang boleh terbitkan buku ini.InsyaAllah (promo dulu awal2..heheh)

-Hiburan.mungkin tahun ni nak slow down sikit kot bab beli cd ngan piring hitam ni.tapi tak boleh nak cakap jugak godaan,hasutan dan santauan dari rakan2 blog dalam ni pun boleh tahan la jugak..heheh..

-Jodoh.ramai tanya pasal ni.aku sendiri pun tak boleh nak jawab pasal ini semua tentuan dari Ilahi.kalau ada jodoh dan calon.kawin la aku..

Dan akhir sekali,antara album yang dah berusia 20 tahun dan 30 tahun pada tahun ini,ada juga yang menjadi 'soundtrack of my life'





Salam 2017 untuk semua rakan2 blog lama dan baru,pengunjung dan pembaca senyap blog ini.semoga kalian semua sukses dan dapat mencapai apa yang di hajati pada tahun 2017 ini.jaga pemakanan,jaga kesihatan,buat baik dengan semua orang walaupun orang benci kita.terima kasih juga kepada rakan2 blog yang menjadi sumber inspirasi aku untuk terus menulis sehingga ke hari ini..'Keep on Rockin!'