Saturday 17 June 2017

Microsleep




Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."

Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.

Jadi, apa yang harus dilakukan?

BERHENTI.
LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
TIDUR.

Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.

Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Ramadan Kareem.

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

p/s : Raya pun dah nak dekat,berhati-hati di jalan raya pada sesiapa yang memandu jarak jauh tu.

Saturday 10 June 2017

Zakat Fitrah 2017




Sama macam tahun lepas,bayaran zakat pada tahun ini tetap sama iaitu RM7.00.resit dia pun sama warna macam tahun lepas jugak.

p/s : telefon pintar aku yang tak berapa pintar masuk icu.minta maaf kepada sesiapa yang ada sms atau whatsapp aku.dalam dua tiga hari ni memang aku tak bermedia sosial la.

Saturday 3 June 2017

Kartina Dahari - Jefri Zain ( Lagu Tema Filem Gerak Kilat 1966)

Flashback Saturday minggu ini..



Sebenarnya tadi aku layan filem ni sikit2 kat Youtube.aku pasti semua peminat filem melayu era 60an dulu tahu pasal filem ni.merupakan filem melayu bertemakan perisik ala James Bond.dan heronya ialah Allahyarham Dato Jins Shamsudin.walaupun filem ini copycat dari James Bond dan teknologi perfileman melayu pada ketika itu agak terhad tetapi jalan cerita dan corak aksinya dah hampir menyamai filem Hollywood pada ketika itu.

Apa yang aku nak ceritakan ialah pasal lagu temanya.yang di nyanyikan oleh Allahyarhamah Kartina Dahari.seperti lagu tema filem James Bond,lagu dari Kartina Dahari juga agak menarik.dengan susunan muzik yang simple dan catchy,kerja gitar dan solo yang menarik,bila dengar lagu tema je dah boleh bayangkan ceritanya macam mana.memang terasa la adrenalin dia.heheh..

Tahun filem ni di tayangkan pun aku tak lahir lagi.tapi dengar ceritanya filem Gerak Kilat ni memang box office la.mesti remaja zaman tu semua berangan nak jadi atau dressing macam Jefri Zain.heheh..walau orang kata filem ni copycat pun,tapi dah jadi salah satu sejarah penting dalam lagenda filem melayu suatu ketika dulu.

Ok ni lagu tema Gerak Kilat.