Thursday 30 June 2016

Membedah P.Ramlee





Baru je habis baca..buku ini hasil tulisan Daniyal Kadir dan di terbitkan oleh Dubook Press.buku ini bukanlah buku biografi P.Ramlee,tetapi ulasan dan pandangan penulis ini tentang filem2 P.Ramlee yang agak popular ketika zaman kegemilangan Jalan Ampas sehingga ke Merdeka Studio.






Pada mulanya aku ingatkan ini adalah biografi Tan Sri P.Ramlee.tetapi bukan.tapi sebab dah beli aku baca jugak la,,heheh..penulis buku ini mengupas setiap mesej yang di sampaikan dalam filem2 arahan dan lakonan P.Ramlee antaranya seperti filem 'Penarek Becha','Antara Dua Darjat' 'Bujang Lapok' 'Ibu Mertuaku' dan beberapa lagi filem yang lain.ramai yang tahu setiap filem arahan P.Ramlee memang ada maksud yang tersirat dan tersurat.sebagai contoh,babak dalam filem 'Seniman Bujang Lapok' antara Sudin dan pengawal keselamatan singh tu."nama saja orang melayu,tapi adab pun tak tau" itu antara dialog yang di ucapkan oleh pengawal keselamatan tersebut.


interview dengan P.Ramlee

Terus terang,buku ni pada aku takda la menarik sangat,sebabnya sebagai penggemar filem2 P.Ramlee memang dah tau setiap mesej,sindiran halus dalam dialog dan lakonan filem arahan beliau memang kita dah tau.
Harap ada pihak yang boleh menerbitkan biografi biduanita lagenda Saloma pulak.kalau ada memang terbaik la..


Tuesday 28 June 2016

Aplikasi Fizik Dalam Lagu 'We Will Rock You'

Oleh : The Patriots


Queen

Pasti kita semua mengenali atau pernah mendengar lagu 'We will rock you’ bukan? Lagu dari kumpulan Queen ini pasti akan kedengaran setiap kali berlangsungnya temasya sukan suatu ketika dahulu. Lagu ini juga merupakan pasangan kepada lagu ‘We Are The Champion’ hasil ciptaan Freddie Mercury dan sering dimainkan secara berpasangan oleh stesen radio.


Disebalik populariti lagu ini, tersimpan satu fakta menarik untuk dikongsikan, iaitu pembikinan lagu ini turut menggunapakai pengetahuan dalam ilmu fizik. Lagu ini dicipta pada tahun 1977 oleh pemain gitar utama bagi kumpulan Queen, Brian May. Beliau memiliki ijazah dengan kepujian dalam bidang fizik dari Imperial College London, salah sebuah universiti terkemuka di UK. Identiti utama bagi lagu ini sudah tentunya pada rentak ‘stomp-stomp-clap’ yang menggunakan kombinasi hentakan kaki dan tepukan tangan. Menurut Brian May, rentak ini dicipta dengan tujuan untuk mewujudkan kesatuan dan interaksi antara penonton dan kumpulan Queen setiap kali lagu ini dipersembahkan secara live.


Sewaktu sesi rakaman bagi lagu ini, Brian May ingin mewujudkan satu kesan audio dimana bunyi rentak ‘stomp-stomp-clap’ ini seolah-olah dihasilkan oleh seribu orang. Namun pada waktu itu belum ada lagi mesin audio yang boleh menghasilkan kesan sebegitu. Di sinilah Brian May menggunakan pengetahuan fiziknya dalam bab hubungan antara gelombang bunyi dan jarak. Menurut Brian May, kesan audio ini dihasilkan dengan merakamkan bunyi rentak tersebut berulang kali pada jarak yang berbeza dari mikrofon. Jarak antara mikrofon dan sumber bunyi ini pula ditetapkan mengikut nisbah nombor perdana.

Rakaman audio bagi rentak ini kemudiannya dilapiskan satu sama lain dan dijarakkan sedikit bagi menghasilkan kesan seakan sebaran bunyi dari pelbagai arah. Akhirnya kesan audio ini berjaya dihasilkan dengan hanya menggunakan empat orang ahli kumpulan Queen sahaja.

Pada konsert Live Aid tahun 1985, kesan audio yang sama telah berjaya dihasilkan oleh 75,000 orang yang membanjiri stadium Wembley. Objektif penciptaan rentak ini oleh Brian May juga turut berjaya dicapai. Persembahan ini diiktiraf oleh pemuzik profesional dan pengkritik sebagai antara ‘Persembahan live terbaik sepanjang zaman’.


Kali terakhir lagu ini dipersembahkan di temasya sukan secara besar-besaran adalah sewaktu acara penutup Sukan Olympics London 2012




Sunday 26 June 2016

RM7.00





Tak macam tahun lepas,tahun agak kelewatan sedikit untuk melunaskan bayaran zakat fitrah ini.sebab terlalu sibuk sangat dengan hal duniawi.
Seperti tahun - tahun sudah,zakat fitrah bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih lagi dengan harga rm 7.00.

p/s : harap pusat zakat dapat membersihkan segala tomahan negatif yang di terima melalui media2 sosial yang ada sekarang ni.

Thursday 23 June 2016

Hadiah Paling Bermakna

Ada seorang hamba Allah telah mengirimkan hadiah hari lahir aku  yang agak istimewa.. selamat sampai di rumah aku tenghari semalam.



Senaskah Al Quran yang lengkap dengan terjemahan.terkedu aku menerima hadiah ni.memang dah lama aku tak mengaji dan banyak juga la Surah- Surah Al Quran yang aku lupa.dan beliau cuma berpesan 'moga  bermanfaat' dan 'rajin2 lah mengaji dan baca terjemahannya'.

Tiada yang lebih bermakna dengan mendapat hadiah ini pada usia yang dah jejak 40 ni.kepada anda yang ingin membaca Al Quran yang lengkap dengan terjemahannya sekali (dalam tulisan rumi) boleh dapatkan Al Quran Tajwid Dan Terjemahan ini di kedai2 buku (MPH dan Popular ada jual) yang berhampiran.moga anda semua juga mendapat manfaat.

Tuesday 21 June 2016

Cell (2016)




Filem yang berdasarkan dari buku hasil tulisan Stephen King.sesiapa yang pernah baca buku 'Cell' memang dah boleh agak jalan cerita dalam filem ini.Cell menceritakan tentang Calyton (lakonan John Cusack) dan Thomas (Samuel L.Jackson) dua mangsa yang terselamat apabila berlakunya zombie apocalypse yang berpunca dari penggunaan cellphone.sesiapa saja yang menggunakan cellphone/handset serta merta mereka akan di jangkiti virus zombie,cuma mereka tidak di panggil zombie,tetapi di gelarkan sebagai 'phoners'.

Walaupun teruk di kritik,pada aku filem ini so-so je lah,dengan jalan cerita yang mudah di jangka,screenplay filem ini pun Stephen King yang buat,tetapi gagal mencapai boxoffice.sebab dah terlalu banyak sangat cerita pasal zombie Hollywood buat,sebab itu lah aku rasa ramai yang dah bosan dengan benda yang sama.IMDb pun bagi 4.5 bintang je.filem ni memang keluar tak kena dengan masa.sebab banyak cerita berkenaan zombie kerap keluar di tv,salah satunya ialah The Walking Dead.tapi kalau sesiapa yang pernah baca novel Cell ni,takda masalah kalau nak menontonnya,cuma thrillnya takda. jalan ceritanya pun lebih kurang macam 'The Walking Dead' jugak aku tengok pun sambil tertidur..heheh..


Sunday 19 June 2016

19 June

Syukur Alhamdulilah..masih lagi di beri nafas dan kesihatan tubuh badan oleh Allah SWT.maka pada hari ini aku dah masuk 4 series dah pun.dah boleh join kelab Berteromber dan Deaf ni.heheh..

Terima kasih kepada sahabat handai,kawan2 sekolah rendah dan sekolah menengah saudara mara dan rakan sekampung yang mengucapkan selamat hari lahir pada aku melalui panggilan telefon,Whatsapp,Telegram,Wechat,sms dan juga yang call aku tadi.terima kasih banyak2.semoga kalian semua berada di dalam RahmatNya..amin..



album Rainbow yang sama umur dengan aku.


Friday 17 June 2016

Desire - -+×÷ (1989) Reissue 2016

Antara album yang aku tunggu rilisan semulanya..





Desire ni setiap satu albumnya,sejak dari album pertama 'Sumpitan Senja' kerap bertukar penyanyi.untuk album kedua ini penyanyinya bernama Johan.stail muzik untuk album kedua ini juga semakin matang,dan ada juga pengaruh unsur thrash dalam album ini.












Apa yang menjadikan album ini nostalgik ialah rakan sekelas aku yang perkenalkan album ni,sama2 dengar kaset kepunyaan beliau di rumahnya.yang masih aku ingat dan suka sampai sekarang ialah lagu 'Otak Ular' tu,intro gitar solo ala Malmsteen tu yang buat aku tak boleh lupa.lagu 'Tolak,Campur,Kali, Bahagi' yang ala Poison dengan sedikit pengaruh 'southern rock' tu pun menarik.dengan bunyi acoustic yang jelas walaupun sumbernya dari piring hitam.lagu slow rock 'Bias Cinta' pun best sebab pernah kasi lirik lagu ni kat awek kelas sebelah..(belum jadi awek pun,baru nak usya) heheh..lirik dia memang leleh la 'biar berjuta tangan menghalang ,namun cintaku,tetap padamu'  heheh..puas usya orang lain yang dapat,aku melepas..haha..lagu 'Sentuhan' pun boleh tahan juga popular dulu,tapi aku lagi suka 'Bias Cinta'.
Lagu 'Angkara Manusia' pun menarik,ala Black Sabbath kerja gitarnya.vokal Johan memang kena dengan setiap lagu.dia boleh nyanyi lagu slow rock dan heavy.






Berbanding dengan album 'Sumpitan Senja' dan album 'Kata,Kata,Kata' aku lebih suka album ini.antara album rock yang best di penghujung tahun 80an.itu je lah cerita aku pasal album ni,nak cerita lebih aku taktau sangat infonya.kalau ada sesiapa yang tahu boleh cerita kat komen bawah tu..




Wednesday 15 June 2016

Wordless Wednesday

nak tengok Euro rumah aku takda estrok.so kita main game je lah.

Monday 13 June 2016

CD Lagi...




Ini je yang aku borong..banyak album aku skip.album Shima vol.3,album pertama Spring,(Lefthanded pun aku cuma nak yang original Nash nyanyi je) dan album Unwanted.memandangkan dah nak raya,kena la berjimat cermat.heheh..

Layan dulu..kalau rajin aku tampal gambar satu persatu.ada juga cd2 yang beli sebelum ni masih lagi berbalut plastik.belum bukak lagi.


Friday 10 June 2016

The Walking Dead Season 6

Dah habis tengok pun..





Dalam banyak2 cerita pasal zombie/mayat hidup,siri The Walking Dead ni la yang paling lama aku layan.sekarang ni dah macam trend pulak,banyak sangat produksi filem/drama kat Amerika buat cerita pasal zombie,termasuk la filem2 melayu pun sibuk nak buat cerita zombie yang ntah apa2.pada aku siri The Walking Dead ni agak unik sedikit stail penceritaannya sebab drama ini asalnya dari siri komik yang di terbitkan pada tahun 2003.sehingga ke hari ini komiknya pun masih di terbitkan lagi dengan jalan cerita yang semakin menarik dan agak rumit.
Mungkin ada yang tak berapa suka drama ni sebab jalan ceritanya agak slow,tapi kalau pernah tengok sejak dari musim pertama lagi,mesti akan follow siri ni.(aku tengok dari season pertama lagi pada tahun 2010)anak Rick yang bernama Carl tu pun dah remaja dalam musim ke 6 ni.

Ok,macam biasa ulasan ringkas season 6 ni.
- Morgan (yang pernah tolong Rick masa kat season pertama lepas Rick sedar dari coma tu) join geng Rick  kat Alexandria.Rick dan gengnya cuba menghalau zombie berpuluh2 ribu zombie dari Alexandria.tetapi di sebabkan kesilapan teknikal,ada juga berpuluh zombie yang berkampung dekat Alexandria.

-Michonne dah bercouple dengan Rick pulak..heheh..sebab perempuan yang Rick suka tu dah kena makan dengan zombie.tak kena langsung la Rick ngan Michonne ni..heheh..

-Carol buat hal lagi,tinggalkan Alexandria sorang2,Morgan keluar pergi cari dan selamatkan dia yang hampir kena bunuh.

-Rick dengan geng Alexandria pergi menolong komuniti The Hilltop yang di peras ugut oleh geng jahat yang bernama The Saviors,kesemuanya berjaya di bunuh oleh geng Rick.

-Dan akhirnya karakter yang paling brutal dalam komik TWD ini yang bernama Negan muncul pada siri terakhir season 6 ni.watak ini di lakonkan oleh Jeffrey Dean Morgan,bukan Henry Rollins.siri ini berakhir dengan Negan memukul salah seorang dari geng2 ni dengan kayu baseball tapi masih menjadi tanda tanya siapa yang mati..kena tunggu season 7 pulak.(tapi kalau ikut pada komik Glen yang mati)

Kena tunggu season 7 nanti yang akan di tayangkan pada bulan oktober kalau nak tahu jawapannya.potong stim betul laa..

Untuk review TWD dari season 1 sampai 5 boleh tengok Kat Sini


Tuesday 7 June 2016

11.22.63

Antara bahan bacaan yang menarik..








Aku bukanlah peminat tegar Stephen King ni,memang agak sukar nak hadam novel2 beliau yang terlalu complicated jalan ceritanya.siapa yang biasa baca buku hasil tulisan beliau mesti tau.nama beliau memang terkenal di seluruh dunia kerana novel yang beliau hasilkan selalunya berunsur seram,fantasi dan thriller.tapi novel 11.22.63 ini memang agak unik sedikit bukan bergenrekan seram,tetapi bergenrekan fantasi thriller.novel ini juga telah di adaptasi ke drama bersiri yang baru di tayangkan pada febuari lalu.lakonan James Franco memang terbaik untuk watak Jake Epping tu.







11.22.63 ialah tarikh di mana presiden Amerika John F. Kennedy di bunuh oleh Lee Harvey Oswald.dan buku ini mengisahkan tentang Jake Epping,seorang guru bahasa inggeris yang telah terjumpa satu portal di cafe milik kawan karibnya.portal tersebut boleh pergi ke masa silam.dan Jake telah pergi bulan  november 1963 cuba untuk menghalang pembunuhan presiden Amerika itu.beliau cuba menjejaki Lee Harvey Oswald dan mula mengawasi setiap gerak geri si Lee Harvey ni.sehingga Jake ni boleh pulak jatuh cinta dengan awek pada tahun 1963.

Berjaya atau tidak dia menghalang pembunuhan tu?kalau nak tau lebih lanjut sila baca buku ini atau pun tonton dramanya..heheh..

p/s: versi buku lagi best dari versi drama bersiri.

Monday 6 June 2016

1 Ramadan 1437H

Selama 335 hari,Maghrib yang selalu tunggu kita,mulai hari ini,kita yang akan tunggu Maghrib pulak dengan tepat tanpa lewat seminit pun.
Macam aku pada hari pertama puasa ni memang aku cuti,so duduk rumah kemas rumah dan basuh baju je lah.heheh..dah petang baru keluar pergi bazaar ramadan beli makanan untuk berbuka puasa.

Ok,sambil2 tu boleh jugak layan lagu kan? ini antara yang aku borong semalam..





Termasuk la piring hitam Bobby tu,memang nasib aku agak baik dapat harga yang sangat2 murah,sebelum ni aku nampak ada yang letak harga sampai RM 300 lebih,memang agak melampau.tapi takpa lah,yang penting album Gersang dengan Desire tu aku dah dapat.heheh..

Selamat berpuasa Ramadan Al Mubarak kepada rakan2 blog,pengunjung dan pembaca senyap blog ini.moga kalian beroleh RahmatNya.Amin..


Saturday 4 June 2016

Virus ( 1996 )

Flashback Saturday minggu ini,baru teringat single ni yang dah 20 tahun..

UK promo poster.cilok kat google

Sama macam single 'Woman In Uniform',single 'Virus' ini tak pernah ada dalam official album Iron Maiden,hanya ada dalam album kompilasi 'Best Of The Beast' juga di terbitkan pada tahun 1996.lagu ini memang tak pernah di mainkan live,hanya Blaze Bayley yang nyanyikan lagu ini ketika melakukan tour bersama bandnya.
Ketika single ini di riliskan pertama kali mendengarnya memang aku tak berapa suka,sebabnya bukan Bruce Dickinson,dan keduanya pada tahun itu,(1996) muzik metal seakan dah mati,Metallica dengan 'Load' nya,Sepultura  dengan 'Roots' nya yang dah berubah stail muziknya.membuatkan aku cepat bosan dengan lagu2 rock yang baru pada ketika itu.

Tapi setelah 20 tahun,ternyata lagu ini best sebenarnya,sebab dulu kononnya nak jadi 'true' sangat..heheh..maklumla masa tu darah muda lagi.banyak lagu yang tak kena ngan jiwa..hehe..apa pun terima kasih Blaze Bayley.antara lagu ciptaan beliau yang best