Dah habis tengok pun..
Dalam banyak2 cerita pasal zombie/mayat hidup,siri The Walking Dead ni la yang paling lama aku layan.sekarang ni dah macam trend pulak,banyak sangat produksi filem/drama kat Amerika buat cerita pasal zombie,termasuk la filem2 melayu pun sibuk nak buat cerita zombie yang ntah apa2.pada aku siri The Walking Dead ni agak unik sedikit stail penceritaannya sebab drama ini asalnya dari siri komik yang di terbitkan pada tahun 2003.sehingga ke hari ini komiknya pun masih di terbitkan lagi dengan jalan cerita yang semakin menarik dan agak rumit.
Mungkin ada yang tak berapa suka drama ni sebab jalan ceritanya agak slow,tapi kalau pernah tengok sejak dari musim pertama lagi,mesti akan follow siri ni.(aku tengok dari season pertama lagi pada tahun 2010)anak Rick yang bernama Carl tu pun dah remaja dalam musim ke 6 ni.
Ok,macam biasa ulasan ringkas season 6 ni.
- Morgan (yang pernah tolong Rick masa kat season pertama lepas Rick sedar dari coma tu) join geng Rick kat Alexandria.Rick dan gengnya cuba menghalau zombie berpuluh2 ribu zombie dari Alexandria.tetapi di sebabkan kesilapan teknikal,ada juga berpuluh zombie yang berkampung dekat Alexandria.
-Michonne dah bercouple dengan Rick pulak..heheh..sebab perempuan yang Rick suka tu dah kena makan dengan zombie.tak kena langsung la Rick ngan Michonne ni..heheh..
-Carol buat hal lagi,tinggalkan Alexandria sorang2,Morgan keluar pergi cari dan selamatkan dia yang hampir kena bunuh.
-Rick dengan geng Alexandria pergi menolong komuniti The Hilltop yang di peras ugut oleh geng jahat yang bernama The Saviors,kesemuanya berjaya di bunuh oleh geng Rick.
-Dan akhirnya karakter yang paling brutal dalam komik TWD ini yang bernama Negan muncul pada siri terakhir season 6 ni.watak ini di lakonkan oleh Jeffrey Dean Morgan,bukan Henry Rollins.siri ini berakhir dengan Negan memukul salah seorang dari geng2 ni dengan kayu baseball tapi masih menjadi tanda tanya siapa yang mati..kena tunggu season 7 pulak.(tapi kalau ikut pada komik Glen yang mati)
Kena tunggu season 7 nanti yang akan di tayangkan pada bulan oktober kalau nak tahu jawapannya.potong stim betul laa..
Untuk review TWD dari season 1 sampai 5 boleh tengok Kat Sini
Aku tak pernah follow pun Siri TWD ni.. Tapi bila baca review kau, rasa mcm best jugak.. Timbul semangat nk Tengok pulak.. Hehe
ReplyDeleteApa apa pun ulasan yg Bagus dari Rafi.. TQ bro for sharing
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaku tak tgk ni, klu ceta zombie kampung pisang mmg best..hahaha
ReplyDeleteAku tak sempat tgk episod awek Rick sblom Michone kena mkn zombi. Sekali tgk Rick dah tido dgn Michone. Rasa awkward gila.. Haha
ReplyDeleteAku ketinggalan dari season 3 lg.. aduh kena cari balik nie..
ReplyDeleteKo try cari Fear The Walking Dead pulak...ni pun best...kira prequel kepada The Walking Dead...tapi watak tak sama la..
ReplyDeleteseason 7 ni agknye final season ye? mmg klu cter slow ni ble dh smpai season 4 tu dh mls nk folow hehe
ReplyDeleteAku dah give up series ni pasal takde time nak follow up,
ReplyDeletetapi aku ada ikut sequence walking dead nye prequel dalam flight tu. Bapak ngeri dan kanchong