Sunday 31 August 2014

Merdeka 57


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

Selamat hari Merdeka yang ke 57 tahun untuk rakan2 blog,pembaca senyap,peminat setia (kalau ada) dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum tak kira sama ada anda berada di dalam Malaysia atau di luar negara.

Tagline Merdeka pada tahun ini yang betul2 menarik,sebab ianya rangkap pertama dari lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Walaupun dah lama Merdeka,tapi kita sebenarnya masih 'di jajah'

Merdeka kah kita?




Friday 29 August 2014

Iron Maiden - A Matter Of Life And Death (2006)


Sementara nak menunggu rilisan semula vinyl album/single Maiden tahun 80an dulu..layan album2 lama yang aku belum penah tampal kat blog ni..








Takda la nak review sangat pun,aku rasa ramai yang dah tau lagu2 dalam album ni kan..cd ni sebenarnya dah kali ke 3 aku beli.yang di beli kali pertama dan kedua lesap ntah ke mana..(kes pinjam tak reti nak pulang) yang ini aku jumpa di Amcorp dengan harga rm 15 tanpa fikir panjang aku terus beli.bukan seperti cd versi Ijau punya yang ada dapat dvd tu,yang ini cuma versi biasa je..
Dalam banyak2 album IM,aku rasa album ni yang paling special sebab Maiden pernah main kesemua lagu dalam album ni secara live.cuma tour untuk album ni tak panjang,hanya separuh dari negara Asia dan Eropah termasuk dalam senarai,dan live album untuk tour ni pun takda rilisannya..tak macam Flight 666 dan En Vivo!
Lagu2 dalam album ni pun best2 belaka macam 'Different World', 'These Colours Dont Run','Brighter Than A Thousand Suns',dan 'The Reincarnation Of Benjamin Breeg' album bertemakan perang yang terbaik.

Apa pun album ini sebagai pelengkap diskografi Iron Maiden aku yang kebanyakannya peminjam terus buat harta sendiri.so lepas ni memang takda dah aku nak kasi org pinjam.kalau nak beli,kalau kedekut download je lah..heheh..tapi memiliki dan menyimpan cd/lp lagi ada nilai sentimental value pada aku,yang sesetengah orang tidak memahami..

Tuesday 26 August 2014

Boikot Part 2 : Telegram Vs. Whatsapp




Antara aplikasi yang selalu aku guna kan ketika untuk bersembang dengan teman2 lama sejak zaman sekolah rendah dan kawan2 sekampung ialah aplikasi Whatsapp.ada juga aku install Wechat,tapi jarang sekali aku menggunakan perkhidmatan tersebut,walaupun Wechat ada perkhidmatan panggilan percuma dan juga panggilan video percuma (tapi mesti ada talian internet)tetapi teman2 lebih suka menggunakan aplikasi Whatsapp ni.
Sehinggalah pada 2-3 hari sudah,ada dapat mesej dari rakan2 Whatsapp suruh aku cuba aplikasi Telegram ini.katanya lebih pantas berbanding Whatsapp.tiada pending mesej ketika chat dengan teman2 di Telegram.aku pun download aplikasi Telegram ini dan mencubanya..memang betul seperti apa yang di beritahu sebelum aku download lagi..katanya 'superfast'.ok lah boleh guna.

Selepas tu Telegram ini menjadi viral di media sosial,ramai juga rakan2 di Whatsapp yang suruh aku tukar ke Telegram..sebabnya?boikot.Whatsapp yahudi punya katanya.dan Telegram adalah dari Rusia.dan dengar cerita bermula tahun depan,aplikasi Whatsapp akan di kenakan bayaran jika hendak menggunakan perkhidmatan ini.
So apa yang aku nak cakap ialah,kenapa mesti boikot Whatsapp je sedangkan aplikasi lain yang korang semua gunakan seperti Instagram,Facebook,Twitter dan berbagai lagi aplikasi yang aku sendiri tak tau yang sememangnya ada kaitan dengan yahudi.kenapa tak boikot Facebook sekali?sedangkan kita juga tahu Facebook juga dah beli Whatsapp dan Instagram (berapa million aku tak tau lah)aku cakap ni bukan bermakna aku sokong benda ni semua,pada aku kalau takda pun takpa,lagi pun aku lahir pada zaman belum ada internet,tv masih lagi belum ada warna,yang ada cuma telefon rumah,dulu tulis surat kena pos,takda handphone,nak call kena guna public phone jer.cuma macam kata bro Wan Bruas,jangan la jadi lalang,main ikut je apa yang orang buat,orang boikot,kau boikot,tapi bila lepak kat kedai mamak nescafe jugak yang kau order,coca cola jugak yang kau minum.kan?walau pun tak pegi Mcdonalds,(tak pergi sebab lengang dan malu nak masuk pasal boikot kononnya)tapi secara sedar atau tak,apa saja produk yahudi memang ada kaitan dalam kehidupan kita sehari2..dan salah satunya yang aku rasa yang tak akan di boikot ialah..

RIBA!

kan?

More info
Telegram : http://en.wikipedia.org/wiki/Telegram_(software)
Whatsapp :http://en.wikipedia.org/wiki/WhatsApp

Monday 25 August 2014

King Diamond - Abigail (1987) LP Reissue



Piring KD reissue kedua..




p&c 1987 & 2014


stay heavy! \m/


lirik


piring biru transparen


side A


side B.ada missing satu lagu.kalau kat remastered version punya cd ada lagu 'Shrine' untuk trek terakhir

Nak cerita panjang2 pun dah malas,cuma nak tampal gambar je..heheh..untuk cerita pasal album ni aku penah buat dulu.kalau nak tengok boleh jenguk kat sini : http://xyruszone.blogspot.com/2014/01/king-diamond-abigail-remaster-1987.html




Friday 22 August 2014

Hari Berkabung Malaysia

Bermula pada hari ini 22/8/2014 telah di umumkan secara rasmi ialah hari berkabung untuk Malaysia sempena memperingati tragedi kemalangan kapal terbang MH17






Pada pagi ini juga akan tiba 20 jenazah yang terkorban dalam nahas MH17 yang di tembak pada 17/7/2014 tempoh hari.di jangka akan tiba di KLIA pagi nanti.
Al Fatihah kepada mangsa yang beragama islam.moga roh kalian di cucuri Rahmat Allah SWT.
RIP to non muslim victim.


Tuesday 19 August 2014

The Family (2013)


Melayan filem ni sebab ada Robert De  Niro dan arahan dari pengarah filem terkenal dari Perancis yang selalu terbitkan filem berunsur thriller dan aksi iaitu Luc Besson.

Filem yang bergenrekan crime comedy ini mengisahkan tentang tentang satu keluarga mafia yang di lindungi oleh FBI protection program.keluarga ni terpaksa berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebab mereka ni menjadi buruan sekumpulan mafia yang ingin membunuh mereka sekeluarga.mereka memilih Perancis sebagai tempat perlindungan terbaru.di sebabkan ingin menyesuaikan diri dengan tempat baru ini,pelbagai kerenah dan kejadian yang agak melucukan berlaku sesama mereka.dari bapak sampai ke anaknya memang beperangai mafia..heheh..

Overall filem ni memang best la..tak bosan,penuh dengan komedi yang bersahaja dan sedikit aksi,lakonan komedi Robert De Niro dan Michelle Pfeiffer memang best la,walau sebelum ni filem lakonan diorang kebanyakkan nya serious je,tapi watak yang diorang bawa dalam filem ni memang lucu dan terbaik.sesapa yang belum pernah tengok movie ni kena layan.memang best.

3/5


Monday 18 August 2014

Maiden Lego

Sekarang memang demam lego eh?Sampaikan Iron Maiden pun kena tempiasnya jugak..sesekali layan versi Lego best pulak..heheh..showmanship yang versi Lego memang terbaik la..Bruce berlari2 anak keliling pentas,Steve Harris melompat2,dan aksi Janick pun sama je macam video Rock In Rio tu.

Layannn..






Ni lagi satu Lego of the beast..pun layan gak..heheh




Saturday 16 August 2014

Aku Dan Tiket Bas



Dah lama sebenarnya aku tak menggunakan pengangkutan awam yang bernama bas dalam KL ni.aku sangka kan perkhidmatan bas berkonduktor (yang kejanya kutip duit kat penumpang dan kemudian baru bagi tiket) dah memang takda lagi untuk pengangkutan awam dalam pusat bandar kl,rupa2nya ada lagi.tiket bas yang kat atas tu aku naik dari Wangsa Maju ke Jalan TAR.(saja pasal dah lama tak naik bas).
Kalau dulu masa era 80an dan 90an memang biasa la naik bas yang ada konduktor bas ni,kat kampung aku dan kat JB dulu2,dan juga masa zaman Bas Mini kat kl tengah hot masa tu.driver diorang mengalahkan mat rempit woo..memang dasyat laa..

Tapi tu semua kenangan lama masa zaman muda belia dulu..ish..tua dah ke aku ni..heheh.. seperti kata member aku yang asalnya memang dari kl,katanya "sapa yang dah penah naik bas mini memang confirm dari Generasi X yang dah tua"..heheh..hampeh.

Thursday 14 August 2014

Max Cavalera - My Bloody Roots



Buku yang sedang di baca..makin lama makin best pulak kisah Max ni..

Ok,Max ni masa zaman bebudak lagi dah memang kamceng dengan Igor yang merupakan antara paling ngam dengan beliau sehinggalah tertubuhnya Sepultura.keluarga Max pada mulanya memang dalam kategori orang berada la.ayah beliau orang Italy yang bekeja di kedutaan Italy di Brazil,mak Max pula ialah seorang model yang boleh di katakan terkenal jugak la di Brazil pada era 60an dan 70an dulu.sehingga lah pada suatu ketika,bapak Max ni meninggal dunia,yang menyebabkan keluarga Max ni jadi kucar kacir,selepas kematian bapaknya,keluarga Max mula jatuh muflis yang menyebabkan mereka terpaksa berpindah di pinggir bandar Rio di Brazil dan tinggal bersama nenek Max,yang menyebabkan Max dan Igor menjadi kanak2 yang degil dan liar.sehinggakan 5 kali Max dan Igor pindah sekolah dan 5 kali jugak la diorang berdua ni kena buang sekolah.sehingga mak diorang cakap "ok kalau korang taknak sekolah,buat benda yang berfaedah jangan buat benda yang tak elok" mak Max sendiri pun dah fed up dengan perangai mereka berdua..heheh..
Max dan Igor kemudiannya bekerja di kilang fabrik kepunyaan nenek beliau.sehinggalah mereka berkenalan dengan seorang mat rock yang tinggal berdekatan mereka.mamat ni la yang ajar Max dengar muzik heavy metal iaitu Black Sabbath,ironinya,bila Max selongkar balik koleksi piring hitam kepunyaan ayahnya terjumpa lp Black Sabbath,tapi Max pelik kenapa tak pernah dengar ayahnya pasang lp tu?yang dia tau ayahnya memang peminat muzik classical.

Sepultura di tubuhkan selepas Max dah mula suka dengar album2 heavy metal seperti Motorhead,Iron Maiden,AcDc,dan yang menyebabkan beliau nak sangat ada band sendiri lepas dia dengar album Metallica 'Ride The Lightning',Sepultura pada awal penubuhannya Max hanya jadi pemain gitar je,bukan menyanyi.tapi bila penyanyi untuk Sepultura tu tarik diri,Igor yang cadangkan kat Max supaya Max je yang jadi penyanyi dan main gitar sekali.demo pertama Sepultura di rakamkan ketika Max belum lagi fasih berbahasa inggeris.dia hanya belajar bahasa inggeris melalui lirik dari album2 Iron Maiden dan Motorhead.cerita beliau bersama di awal penubuhan Sepultura dan cerita pasal bullet belt tiruan yang menggunakan bateri AA tu aku rasa ramai yang dah tau.ketika Max berkenalan dengan Gloria dan akhirnya berkahwin dan Gloria jadi manager Sepultura,sewaktu nama Sepultura berada di puncak,episod malang dalam hidup Max terjadi sekali lagi...
Bersambung... :p

p/s : Paulo Jr (pemain bass Sepultura)sebenarnya tak pernah sekali pun merakamkan track bass untuk album2 Sepultura sehingga ke album Chaos A.D. Max cakap Paulo ni malas belajar dan tak mau meningkatkan teknik pemainan bass beliau.

Monday 11 August 2014

Vinnie Moore - Mind's Eye LP (1986)

Lagi album gitar hero yang di terbitkan pada tahun yang sama dengan Trilogy pada tahun 1986..











terbitan Roadrunner records


Nama beliau mungkin agak kurang di kenali di rantau sini berbanding Malmsteen,aku pun lambat jugak mengetahui yang Vinnie Moore ni antara pemain shred terkenal juga pada era 80an dahulu.di sebabkan solo beliau dalam lagu UFO 'Profession Of Violence' yang mendayu2 sehingga menusuk kalbu tu,membuatkan aku nak tau apa yang best pasal dia ni sehinggalah aku terjumpa lp ni tempoh hari..

Apa yang aku dapat tau info kat internet pasal album ni,Mind's Eye merupakan album pertama Vinnie Moore yang di riliskan pada usia beliau ketika itu baru 21 tahun,kesemua lagu2 dalam album ni adalah ciptaan beliau sendiri yang di rakamkan hanya selama 11 hari jer.album ini juga menjadi top ten shred album of all time oleh majalah Guitar World pada tahun 2009.
Semua lagu dalam album ini instrumental,tanpa vokal.pemainan gitar beliau takyah cerita la,memang dah sama taraf dengan Malmsteen pun.walaupun ada juga komen negatif yang aku tengok kat Youtube pasal beliau,ada yang mengatakan beliau adalah 'the most forgotten guitarist',pada aku beliau juga telah mencatat sejarah antara gitar hero/gitar shredder terbaik sepanjang zaman walaupun kurang di kenali.untuk peminat gitar kena dengar ini album..memang bestest!.



Saturday 9 August 2014

Boikot?



Ni aku nak cakap sikit,pada manusia2 yang pendek akal dungu rasa dirinya sempurna sangat.kalau nak boikot tu,boikot je lah,tapi tak payah la sampai nak mengancam pekerja2 restoren makanan segera tu,diorang tu cuma bekerja untuk mencari rezeki,lagi pun sesama islam pulak.kalau diorang tu tak berkerja korang yang dok maki2 diorang tu nak tanggung makan minum diorang ke?ada lagi satu kes yang aku dengar,pekerja Starbucks (pekerja melayu beragama islam) siap kena ludah kat muka lagi.Islam tak ajar tu semua beb.maki atau meludah sesama muslim di khalayak ramai pulak tu.nak boikot,boikot company atau sesuatu produk tu,bukan sampai nak memaki hamun pekerja tu pulak,pekerja tu semua tak bersalah.

Konon nak boikot produk yahudi,tapi ada sesetengahnya perangai mengalahkan yahudi apa cerita?

Sendiri mau ingat la beb..

Wednesday 6 August 2014

Monday 4 August 2014

Yngwie Malmsteen - Trilogy LP (1986)

Album gitar hero yang paling terkenal dari awal 80an sehingga sekarang yang menjadi idola pelbagai gitaris di seluruh dunia..



Aku bukan lah peminat tegar Malmsteen,sebelum ni hanya pernah memiliki kaset Rising Force,dan kebetulan ramai gitaris era rock kapak dulu menjadikan Malmsteen ni sebagai idola.aku pun teringin jugak nak tau apa yang best sangat pasal Malmsteen ni..
Album ini pun secara kebetulan pernah di rekomen oleh member yang memang peminat tegar Malmsteen,terjumpa secara tak sengaja di Amcorp,tanpa berlengah aku pun terus beli.

belakang.tema ala2 Lord Of The Ring

songlist


Album ini juga Malmsteen tujukan khas buat bekas perdana menteri Sweden (beliau memang kelahiran Sweden) yang mati di bunuh pada tahun 86 jugak.pertama kali bila aku putarkan kat turntable player aku,aku memang suka dengan soundnya.sound rock era 80an memang sedap.walaupun pada ketika itu masih lagi berteknologikan analog,sound gitar Malmsteen tetap menusuk kalbu.di tambah pulak dengan vokal Mark Boals (aku pun baru cekidot kat wikipedia pasal dia ni) yang serupa dengan vokal Michael Vescera,part jerit nada tinggi tu memang power!

lirik


piring


Trek pertama 'You Don't Remember,I'll Never Forget' memang menarik.siapa yang follow Malmsteen mesti tau yang beliau ni memang peminat muzik classical.stail neo classical muzik beliau memang di gabungkan dengan elemen classical dan rock.'gorengan' gitar beliau takyah cerita la,solo gitar beliau pun ada mood.kalau lagu sedih solo pun ikut sedih,kalau lagu heavy solo dia betambah laju dan menggila.tak hairan la kalau Herman Li dan Sam Totman (Dragonforce) pun banyak terpengaruh dengan solo2 dari Malmsteen ni..
Lain2 lagu yang best seperti 'Queen In Love' 'Crying' 'Fury' 'Fire' 'Dark Ages' dan 'Trilogy Suite Op: 5' memang terbaik..
Nak ulas panjang2 pun aku bukannya pandai sangat,mungkin lepas ni aku try dengar album2 Malmsteen yang lain pulak.apa pun ini album memang best..


p/s : jangan keliru antara Malmsteen dan M'steen (artis rap awek seksi dulu2 tu)heheh..

Saturday 2 August 2014

The Walking Dead Season 5 Trailer

Trailer TWD season 5 dah pun diorang tunjuk kat festival Comic Con tempoh hari..tengok pada trailernya nampak macam makin best..dapat ke diorang pergi ke Washington nak hantar Dr.Eugene tu?puak kanibal kat Terminus tu boleh join dengan geng Rick pulak?Beth nampaknya selamat lepas insiden dia kena culik masa last episod season 4 tu..

Yang jadi tanya tanya sekarang ni adalah..adakah watak yang paling ganas dalam komik TWD iaitu Negan akan ada dalam season 5 ni?apa pun kena tunggu bulan october nanti..tak sabar pulak nak tengok.

Sementara tu layan je la trailer season 5 ni dulu eh..