Tuesday, 26 August 2014

Boikot Part 2 : Telegram Vs. Whatsapp




Antara aplikasi yang selalu aku guna kan ketika untuk bersembang dengan teman2 lama sejak zaman sekolah rendah dan kawan2 sekampung ialah aplikasi Whatsapp.ada juga aku install Wechat,tapi jarang sekali aku menggunakan perkhidmatan tersebut,walaupun Wechat ada perkhidmatan panggilan percuma dan juga panggilan video percuma (tapi mesti ada talian internet)tetapi teman2 lebih suka menggunakan aplikasi Whatsapp ni.
Sehinggalah pada 2-3 hari sudah,ada dapat mesej dari rakan2 Whatsapp suruh aku cuba aplikasi Telegram ini.katanya lebih pantas berbanding Whatsapp.tiada pending mesej ketika chat dengan teman2 di Telegram.aku pun download aplikasi Telegram ini dan mencubanya..memang betul seperti apa yang di beritahu sebelum aku download lagi..katanya 'superfast'.ok lah boleh guna.

Selepas tu Telegram ini menjadi viral di media sosial,ramai juga rakan2 di Whatsapp yang suruh aku tukar ke Telegram..sebabnya?boikot.Whatsapp yahudi punya katanya.dan Telegram adalah dari Rusia.dan dengar cerita bermula tahun depan,aplikasi Whatsapp akan di kenakan bayaran jika hendak menggunakan perkhidmatan ini.
So apa yang aku nak cakap ialah,kenapa mesti boikot Whatsapp je sedangkan aplikasi lain yang korang semua gunakan seperti Instagram,Facebook,Twitter dan berbagai lagi aplikasi yang aku sendiri tak tau yang sememangnya ada kaitan dengan yahudi.kenapa tak boikot Facebook sekali?sedangkan kita juga tahu Facebook juga dah beli Whatsapp dan Instagram (berapa million aku tak tau lah)aku cakap ni bukan bermakna aku sokong benda ni semua,pada aku kalau takda pun takpa,lagi pun aku lahir pada zaman belum ada internet,tv masih lagi belum ada warna,yang ada cuma telefon rumah,dulu tulis surat kena pos,takda handphone,nak call kena guna public phone jer.cuma macam kata bro Wan Bruas,jangan la jadi lalang,main ikut je apa yang orang buat,orang boikot,kau boikot,tapi bila lepak kat kedai mamak nescafe jugak yang kau order,coca cola jugak yang kau minum.kan?walau pun tak pegi Mcdonalds,(tak pergi sebab lengang dan malu nak masuk pasal boikot kononnya)tapi secara sedar atau tak,apa saja produk yahudi memang ada kaitan dalam kehidupan kita sehari2..dan salah satunya yang aku rasa yang tak akan di boikot ialah..

RIBA!

kan?

More info
Telegram : http://en.wikipedia.org/wiki/Telegram_(software)
Whatsapp :http://en.wikipedia.org/wiki/WhatsApp

7 comments:

  1. waktu2 mcm ni pi mcd sama ada kat kaunter atau drive-thru mmg heaven~

    ReplyDelete
  2. tak pernah try telegram ni...whatsapp pun setakat ada...pakainya pun bila bini mesej "bila nak balik?"...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mesej "bila nak balik?" tu tak kira la guna sms, whatsapp, dll... mmg pedas tersindir rasanya kan? hahahaha!~

      Delete
  3. wassap sangat bermakna untuk aku, pasal boleh hantar mesej dan foto secara percuma la kira diantara Singapore dan Malaysia.
    Ia sangat menjimatkan, dan make things closer.

    ReplyDelete
  4. nak tak nak kita semua memang dah fucked up dgn dunia moden ni. ingat at least debu-debu dia pun lekat jugak. si dalang tua ni bab kencing memang dia paling power, kita nampak semua jadi heaven lah, semua bagus, baik, pantas, canggih.. tapi hell yg dia nak sodom kita, dia sorok tak semua org nampak.

    ReplyDelete
  5. Semuanya menyusahkan hidup aku....huhuhuu...asik nak memblokkk je kerja aku...FB dah deactived...telegram kena verify code tak pasal2...wechat menakutkan...whatapps dah bloking...IG dah private view...peerrgghhhhh.... namun hidup tetap bermakna tanpa kecanggihan teknologi.

    ReplyDelete