Saturday, 16 August 2014

Aku Dan Tiket Bas



Dah lama sebenarnya aku tak menggunakan pengangkutan awam yang bernama bas dalam KL ni.aku sangka kan perkhidmatan bas berkonduktor (yang kejanya kutip duit kat penumpang dan kemudian baru bagi tiket) dah memang takda lagi untuk pengangkutan awam dalam pusat bandar kl,rupa2nya ada lagi.tiket bas yang kat atas tu aku naik dari Wangsa Maju ke Jalan TAR.(saja pasal dah lama tak naik bas).
Kalau dulu masa era 80an dan 90an memang biasa la naik bas yang ada konduktor bas ni,kat kampung aku dan kat JB dulu2,dan juga masa zaman Bas Mini kat kl tengah hot masa tu.driver diorang mengalahkan mat rempit woo..memang dasyat laa..

Tapi tu semua kenangan lama masa zaman muda belia dulu..ish..tua dah ke aku ni..heheh.. seperti kata member aku yang asalnya memang dari kl,katanya "sapa yang dah penah naik bas mini memang confirm dari Generasi X yang dah tua"..heheh..hampeh.

4 comments:

  1. aku sempat merasa naik BMW pink tahun 94 dulu... maknanya aku generasi-X

    ReplyDelete
  2. Zaman aku kecil dulu basikal pun dorang kasi naik bas ooo...

    ReplyDelete
  3. Secara peribadi aku penyokong kuat pengangkutan awam. Malangnye, sistem bas awam susah nak buat duit. Tu la kalau dalam dan luar bnadar ada je news syarikat bas semua tutup.
    Tapi kalau ada tempat, bas awam is so modern nowadays. Orang berkerusi roda semua naik, takde hal. Sistem tiket pun semua ticketless pakai scan je.

    ReplyDelete
  4. Tahun 94...datang KL cari kerja...Bas Mini Wilayah dengan tambang 50 sen ni la pengangkutan rasmi aku untuk ke sana ke sini...sayang dah takder...benda ni dah jadi identiti KL suatu masa dulu...

    ReplyDelete