Friday, 30 September 2016

Brader,Kita Mesti Terus Hidup! - Nasir Jani

Baru je habis baca..





Sesiapa yang membesar sezaman dengan aku pasti kenal siapa Nasir Jani ini.beliau merupakan aktivis seni/pengarah filem dan drama pada tahun 80an dan 90an.filem arahan beliau 'Kembara Seniman Jalanan' yang telah di terbitkan pada tahun 1986 (genap 30 tahun dah filem ni) telah menjadi 'masterpiece'.walaupun pada tahun itu ramai peminat filem yang tak faham akan maksud yang tersirat dalam filem itu,ia antara hasil kerja terbaik Nasir Jani yang masih di ingati sehingga kini.seperti kata Usman Awang dalam buku ini 'satu bangsa tidak akan menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar'.begitu lah hebatnya insan yang bernama Nasir Jani ini.pada era 90an,Nasir Jani telah di labelkan oleh wartawan hiburan dan rakan artis yang lain sebagai kurang ajar,cakap lepas,mulut celupar dan keras kepala.tetapi pada sudut yang lain,ada antara rakan artis yang menganggap beliau sebagai hero kerana kesungguhan beliau memerangi gejala cetak rompak sejak di awal tahun 80an lagi dan juga membela nasib rakan2 artis yang teraniaya.







Buku ini sebenarnya merupakan catatan peribadi beliau pada tahun 1998,dalam buku catatan beliau yang di gelar 'buku rekod cikgu sekolah'segala peristiwa pahit manis beliau sejak di awal 80an beliau ceritakan sikit dengan bukti bergambar seperti keratan akhbar Utusan Malaysia,salinan repot polis dan gambar beliau bersama Ito (Blues Gang) dan Pyanhabib.Ito merupakan sahabat karib beliau.asal dari kampung yang sama di Melaka.perkataan 'Brader' tu memang amat popular pada era 80an dan 90an ayat yang selalu di gunakan oleh mat2 rock pada zaman itu.






Antara yang menarik dalam buku ini :

-Konfrontasi beliau dengan RTM,Finas dan kementerian penerangan.menyebabkan RTM mula 'gam' karya beliau untuk di siarkan di RTM mahu pun TV3 kerana kelantangan beliau menyuarakan hak untuk pengkarya seni tempatan yang di anak tirikan oleh RTM dan kementerian penerangan.

-Cerita sebenar pergaduhan yang berlaku di bangunan Finas antara beliau dan Baharudin Hj.Omar atau di kenali sebagai 'Anjang Aki'

-Baru aku tahu untuk siapa lagu 'Satelit Puaka','Bazooka Penaka' 'Kiblat Laser' (nyanyian kumpulan Wings) dan 'Syurga Jambul Terbakar' (nyanyian kumpulan Kris) Nasir Jani tuju kan.

-Keakraban beliau bersama kumpulan rock Kris dan pernah mengarah muzik video kumpulan Kris yang bertajuk 'Cenderawasih' dan peristiwa sebenar yang berlaku di sebalik penangkapan ahli kumpulan Kris di Sungkai Perak.

-Cerita tentang pembikinan filem 'Kembara Seniman Jalanan' tapi sayangnya hanya sedikit sahaja yang di ceritakan.

-Kisah beliau di fitnah dan di buruk kan oleh rakan sendiri

-Isu rambut panjang dan penentangan beliau terhadap cetak rompak yang akhirnya mula membuka mata orang2 politik bagi menyelamatkan industri seni yang hampir terkubur pada awal 90an.


Banyak lagi kisah2 menarik dari beliau dalam buku indie ni.buku ini sememangnya menampilkan karya jujur dari Nasir Jani yang belum pernah lagi di buat oleh aktivis seni di Malaysia ni.walaupun ramai orang melabelkan beliau sebagai mulut celupar dan kurang ajar,pada aku Nasir Jani memang 'art'.
Rugi kalau sesiapa tak beli dan baca buku ni.memang terbaik.

Monday, 26 September 2016

Sully ( 2016 )

Yang di tonton semasa cuti hari raya haji tempoh hari..




Filem berdasarkan dari kisah benar tentang pemandu kapal terbang US Airways Captain Chesley 'Sully' Sullenberger yang telah melakukan pendaratan kecemasan di sungai Hudson New York hanya beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang LaGuardia akibat terlanggar sekumpulan burung.
Pihak berkuasa mula menyalahkan Sully atas apa yang berlaku dan kemungkinan lesen penerbangan beliau akan di gantung walaupun pendaratan kecemasan tersebut tidak ada seorang penumpang yang maut.

Filem ini  di arahkan oleh Clint Eastwood.walaupun memecahkan rekod Box Office,tapi pada aku   jalan ceritanya agak mendatar dan boleh agak apa yang berlaku.Lakonan Tom Hanks macam biasa memang terbaik dan memang beliau la penyelamat bagi setiap scene dan plot dalam cerita ni.takda la aku bosan sangat nak mengikut  setiap babak yang di tunjuk kan.

Apa pun filem ini masih lagi boleh di tonton jika anda peminat filem yang berdasarkan dari kisah benar dan juga peminat Tom Hanks.dan lagi satu filem Tom Hanks yang patut di tonton ialah filem "Hologram For The King".

*3/5

Friday, 23 September 2016

Joe Satriani - Surfing With The Alien ( 1987 )

Album yang dah berusia 29 tahun.sebelum ni pernah buat entri pasal album The Extremist





Album ini merupakan album kedua dari Joe Satriani selepas album Not Of This Earth terbitan 1986.di katakan album ini lah Joe Satriani mula mempopularkan teknik 'two handed tapping' dan juga teknik 'shred' yang menjadi ikutan gitaris pada zaman itu.secara peribadi aku hanya suka album2 JS yang di terbitkan pada  tahun 80an dan 90an kerana sound gitar beliau pada era ini memang aku suka.album2 beliau pada era millenium aku dah tak berapa follow sangat.






Album ini juga mencetuskan kontroversi kerana Joe Satriani telah menggunakan cover 'Silver Surfer' watak superhero dari Marvel Comics tanpa kebenaran pelukisnya dan juga Marvel.walau bagaimana pun versi reissue album ini ada di kreditkan nama Marvel Comics.


Berbanding dengan album The Extremist yang agak catchy,(mungkin sebab album tersebut mula menunjukkan kematangan hala tuju muzik JS)album ini agak melodic.susunan muziknya yang menarik.dengan kerja gitar JS yang tidak terlalu maestro.solo2 beliau tidak lah terlalu bingit.kesemua lagu2 dalam album ini sedap di dengar dan mudah di hadam.JS bijak bereksperimentasi dengan gitar beliau,solo gitar mengikut mood lagu.






Lagu kegemaran aku dalam album ini ialah 'Surfing With The Alien', 'Ice 9','Crushing Day','Satch Boogie' (bunyi gitarnya seakan 'bercakap')'Lords Of Karma' dan juga 'Always With Me,Always With You'.

Antara album JS yang aku rekomen untuk di dengar : Not Of This Earth,Surfing With The Alien,Flying In The Blue Dream dan The Extremist.kalau ada duit lebih beli gitar Ibanez JS signature model.heheh.. :p



Monday, 19 September 2016

CD Lagi





Nasib baik la bulan ni tak banyak cd reissue yang keluar.ada tu memang ada tapi banyak band meleweh,semua aku skip.cuma 4 album ni je yang memang aku nak.album Kembara pun dah di reissue.harap lepas ni album2 Kembara yang lain pun di riliskan semula.Sweet Charity kalau tak silap aku tinggal lagi satu album.cuma yang agak pelik bulan ni Sony Music langsung takda riliskan apa2 album.merajuk ke?heheh..

Kesemua 4 album ni aku belum dengar lagi masih berbalut plastik.taktau lah sound dia macam mana.lagi pun baru je habis bercuti jadinya mood malas tu memang ada lagi.hehe..

Nanti lah cerita pasal album ni lain kali.

Friday, 16 September 2016

Cuti Cuti Malaysia

Sejak dari sabtu lepas memang agak sibuk.sibuk bercuti dan berjalan..heheh..takda la menarik sangat pasal dah lama tak bercuti dan kebetulan ada family day,tu yang semuanya rehat termasuk la blog ni sekali.

Pergi bercuti pun bukan la jauh sangat cuma di Melaka je.cadangan adik beradik semua kita berkumpul di sini..






Homestay ni memang terbaik,kalau sesiapa berkeluarga besar macam aku,boleh ambik homestay ni,kawasannya pun memang dekat kawasan segitiga emas Melaka.nak cari tempat ni pun tak susah,dah ada orang buat entri pasal homestay ni.boleh tengok Kat Sini


Lepas tu saja jalan2 kat pantai Klebang pasal nak tengok bustel (hotel dalam bas)





Tapi tak dapat nak check in sebab full house malam tu..heheh,,tapi yang sedihnya brader yang kerja kat sini cerita kat aku selepas 25/9 ni Bustel ni dah takda lagi,kerajaan negeri Melaka nak ambik semula tempat ni.so kalau nak merasa tidur dalam bas boleh la sebelum 25/9/2016.


Ok,bab makan pulak,kat Melaka aku tak pergi tempat makan yang best2 pun,sebab sibuk buat bbq kat homestay je.cuma selepas tu balik JB kejap makan kat sini..












Yang ni kat kedai makan SR8 kat Larkin,kepunyaan pemain bola JDT iaitu Syafiq Rahim.ok la best,harga pun takda la mahal sangat.tak macam kat Senibong cekik darah.

Lepas tu gi sini.ni pertama kali aku jejak kan kaki kat sini..



kilang bateri jb


Bila dah masuk sini,terjumpa pulak kedai buku indie yang agak menarik.(nama kedainya Projek Buku) terborong jugak la 3 buah buku..





Tidak Ada New York Hari Ini,Mein Kampf (versi bahasa melayu) dan buku lagenda dari Chairil Anwar Aku Ini Binatang Jalang.kat kl puas aku cari tak jumpa,akhirnya jumpa kat jb.

Dah tu je nak cerita..heheh..kalau aku dah habis baca buku ni boleh la aku cerita sikit.

Monday, 5 September 2016

Vagrant s/t ( 1990 ) Reissue 2016

Antara album rock terbaik era 90an..





Dulu dengar album ini versi kaset yang di beli oleh abang aku.oleh kerana dulu memang taktau apa2 pasal kumpulan Vagrant ni,hanya tahu lagu slow rock mereka 'Kerana Takdir' yang kerap berkumandang di radio dan juga pernah menjadi senarai 'top 10' pujaan sepuluh Nescafe.(sesiapa yang pernah membesar di era 90an mesti tau) tapi tak pernah dapat nombor 1 kalau tak silap aku.Vagrant merupakan satu2nya band rock dari Sarawak pada ketika itu yang boleh di katakan popular juga,Vagrant di anggotai oleh Baha (vokal) Kiya (gitar) Yen (bass) dab Dol (drum)






Sebab apa aku kata album ini antara album rock terbaik 90an? kerana kerja gitarnya.walaupun ada pengaruh Malmsteen dalam setiap lagu,tapi kerja gitar dari Kiya memang terbaik.dengan susunan muziknya dan beliau juga menjadi penolong penerbit,maka tak hairan la kerja gitar beliau yang kreatif walaupun ada pengaruh Malmsteen, bila tengok pada tajuk lagu seperti 'Hatiku' yang pada mulanya aku fikirkan lagu slow meleweh,tapi sangkaan aku silap,lagu 'Hatiku' merupakan antara lagu yang aku suka..heheh..solo gitar yang menarik dan susunan muziknya yang mid tempo dengan vokal Baha yang tidak meleweh makin bertambah best.







Lain lain lagu dalam album ini yang menarik kerja gitar dari Kiya ialah 'Percikan Cinta Di Dataran Merdeka' (bergulung2 solo pada awal lagu) 'Kau Dan Aku' lagu ciptaan Kiya juga pernah popular pada era 90an dan pernah masuk rancangan Muzik Muzik TV3.lagu yang agak heavy 'Vagrant' pun best,kerja gitar dalam lagu ni memang all out.Kiya betul2 menonjolkan skil permainan gitar beliau.solo dalam lagu ni memang dashyat.
Sayangnya album ini tak ramai yang tahu akan kehebatannya.kalau AIM (Anugerah Industri Muzik) tu dah wujud sejak dulu lagi,pastinya album ini akan memenangi kategori album rock terbaik.sound rilisan semula ini pun memang puas hati.tiada tenggelam timbul,setakat ni NSR tak pernah mengecewakan.

Kalau nak tahu best atau tidak album ini kena dengar sendiri.kalau tak percaya boleh tanya Berteromber,pujian beliau tentang album ini boleh tengok di sini :
http://berteromber.blogspot.my/2016/02/vagrant.html

Friday, 2 September 2016