Album ini merupakan album kedua dari Joe Satriani selepas album Not Of This Earth terbitan 1986.di katakan album ini lah Joe Satriani mula mempopularkan teknik 'two handed tapping' dan juga teknik 'shred' yang menjadi ikutan gitaris pada zaman itu.secara peribadi aku hanya suka album2 JS yang di terbitkan pada tahun 80an dan 90an kerana sound gitar beliau pada era ini memang aku suka.album2 beliau pada era millenium aku dah tak berapa follow sangat.
Album ini juga mencetuskan kontroversi kerana Joe Satriani telah menggunakan cover 'Silver Surfer' watak superhero dari Marvel Comics tanpa kebenaran pelukisnya dan juga Marvel.walau bagaimana pun versi reissue album ini ada di kreditkan nama Marvel Comics.
Berbanding dengan album The Extremist yang agak catchy,(mungkin sebab album tersebut mula menunjukkan kematangan hala tuju muzik JS)album ini agak melodic.susunan muziknya yang menarik.dengan kerja gitar JS yang tidak terlalu maestro.solo2 beliau tidak lah terlalu bingit.kesemua lagu2 dalam album ini sedap di dengar dan mudah di hadam.JS bijak bereksperimentasi dengan gitar beliau,solo gitar mengikut mood lagu.
Lagu kegemaran aku dalam album ini ialah 'Surfing With The Alien', 'Ice 9','Crushing Day','Satch Boogie' (bunyi gitarnya seakan 'bercakap')'Lords Of Karma' dan juga 'Always With Me,Always With You'.
Antara album JS yang aku rekomen untuk di dengar : Not Of This Earth,Surfing With The Alien,Flying In The Blue Dream dan The Extremist.kalau ada duit lebih beli gitar Ibanez JS signature model.heheh.. :p
album kegemaran si korawk
ReplyDeletedulu2 masa hujung 80an...ni antara album wajib ada la pada geng2 kaki shredder...
ReplyDeletedh zaman ni pun bnyk guitar bersustain dijual...
ReplyDeleteaku nye feberet Vinnie Moore Time Odyssey kalau album2 gini
ReplyDeletehehee
menarik
ReplyDelete