Tuesday 29 September 2015

Junction - Petualang (1990) Reissue 2015

Ingatkan nak beli album 'Penentuan' sekali,tapi habis stok la pulak..aku beli ni je dulu..




Tahun 1990,pada era ini dah kira penghujung era rock kental yang di ganti kan dengan rock leleh dan pada masa yang sama demam thrash metal mula melanda yang menyebabkan bebudak rock kat kampung aku dah suka pakai tshirt hitam band2 dari luar negara seperti Kreator,Sodom (baju Agent Orange amat terkenal pada ketika itu)Nuclear Assault,Sacred Riech dan Overkill.1990 juga menyaksikan beberapa album rock yang di riliskan dan seterusnya menjadi sejarah dalam industri muzik rock Malaysia.antara album yang di riliskan pada tahun itu ialah 'Wings - Teori Domino', 'May - Rahsia', 'Rockers - Andalusia','Desire - Kata,Kata,Kata','Ella - Puteri Kota','XPDC - Darjah Satu','Crossfire - Erosi','Iklim - Satu Kesan Abadi''Burnmarks - Asmara' dan juga beberapa kumpulan baru yang aku lupa tajuk albumnya seperti 'Hidayu','Babylon' yang line up dia adik beradik kembar Hassan dan Hussin tu,kumpulan Metafora,Kalahari (band dari Singapore tapi tak sepopular Rusty Blade dan Rockers) dan juga Junction dengan album 'Petualang' ini.





Untuk album ketiga Junction ini,menampilkan vokalis baru Acid yang menggantikan Hatta,vokalis asal Junction untuk 2 album terawal Junction (Arah dan Penentuan)album ini juga di terbitkan sendiri oleh Junction dan kesemua lagu dalam album ini semuanya ciptaan Junction sendiri,tiada campur tangan dari pihak lain.mungkin kedua album sebelum ini terpaksa mengikut kehendak syarikat rakaman,album ketiga ini Junction menggunakan seluruh kuasa veto nya dalam produksi dan di rakamkan di Lion Studio Singapura (memang studio legend ni)dengan elemen heavy ala2 thrash metal.mungkin album ini di hasilkan dengan pengaruh elemen thrash yang sedang meningkat popular pada ketika itu.





Kerja gitar dalam 'Petualang' ini  agak menarik juga,menampilkan riff2 heavy yang laju tetapi kemas,solo yang tidak terlalu panjang dan mendayu.track pertama 'Tamar Jalis' mengingatkan aku kepada lagu King Diamond 'Sleepless Nights' sebab lagunya seakan2 sama,dengan suara hantu yang garau ala King Diamond,dan jeritan vokalisnya juga seakan sama macam KD.tapi kira best jugak la lagu ni tribute untuk Tamar Jalis 'Stephen King' versi melayu..heheh.
Track pertama dan kedua memang lagu heavy,masuk track ketiga lagu 'Cebisan Luka' lagu ni mid tempo,bukan slow rock,macam aku cakap tadi Junction memang nak buang imej rock leleh dia agaknya,sebab lagu ini takda la jiwang pun,ala2 'The Unforgiven' Metallica pun ya jugak ni..hehe..







Sound untuk versi reissue ni memang aku puas hati la,mungkin sebab album ini ada master asal dia kot.kali ini Junction memang betul2 menjadi sebuah band,sebab kesemua lagunya ciptaan Junction sendiri.sound yang keluar dari album ini memang enak di dengar. pada aku album ini pengaruh'King Diamond+Dio+Poison+Motley Crue+Skid Row+Malmsteen+Metallica'
Kalau rasa nak dengar rock melayu yang betul2 'rock',boleh layan album 'Petualang' ni.



Saturday 26 September 2015

Helloween - Unarmed : The Best Of 25th Anniversary (2010)






Band Heavy/Power Metal dari German ni telah meriliskan album "Unarmed" sempena ulang tahun ke 25 penubuhan band ni.album yang telah di riliskan pada tahun 2010 yang lepas.untuk album ni Helloween telah merakamkan kembali lagu2 mereka yang pernah hit dulu tetapi dengan stail muzik yang berbeza.memang berbeza dengan stail muzik Helloween yang terkenal dengan Power Metal ni.album ni turut menggunakan ramai pemuzik undangan dan juga pemuzik orkestra.mula2 dengar macam tak best je.tapi bila dah dengar banyak2 kali best pulak.




Line up Helloween pun selalu bertukar ganti.dan sekarang ni vocal Andi (penyanyi) dah memang sebati dengan muzik Helloween.line up terbaru Helloween ialah :
Andi Deris - Vokal
Michael Weikath - Gitar (angota Helloween paling lama)
Sascha Gresner - Gitar
Markus Groskofp - Bass (Anggota Helloween paling lama)
Dani Loble - Drum
Lagu2 yang telah di olah semula dan di beri nafas baru.Helloween juga ada mengundang kumpulan pemuzik orkestra dari Prague iaitu Prague Symphony Orchestra.







Ada 11 Trek lagu dalam album ni.ada yang jadi favorite peribadi aku..

1.Dr.Stein (dari album Keeper Of The Seven Keys part 2 1988)
Trek pertama dalam album ni..masa memula dengar je lagu ni,aku macam tak boleh terima je lagu Dr.Stein yang asalnya lagu heavy,tetiba je di ubah jadi macam lagu Jazz pulak..hehe..siap ada trumpet dan saxophone lak dalam lagu ni.

2.Future World (dari album Keeper Of The Seven Keys part 1 1987)
Lagu ni jadi slow sikit dari versi asal.dan penyanyi asal lagu ni ialah Michael Kiske (bekas penyanyi Helloween)tapi boleh tahan la Andi nyanyi pun best jugak.

3.If I Could Fly (dari album The Dark Ride 2000)
yang ni ok.best.antara versi asal dan versi ni,dua2 best.

4.Where The Rain Grows (dari album Masters Of The Rings 1994)

5.The Keepers Trilogy
lagu yang di mainkan secara medley.memang trek paling aku suka.lagu2 yang di medleykan ialah "Halloween" "The Keepers Of The Seven Keys" dan lagu "The King For 1000 Years".di mainkan bersama Prague Symphony Orchestra.memang betul2 best medley ni.






6.Eagle Fly Free (dari album The Keepers Of The Seven Keys part 2 1988)

7.Perfect Gentlemen (dari album Master Of The Ring 1994)

8.Forever And One (Neverland) (dari album The Time Of Oath 1996)
ni lagu favorite awek2 ni.ini pun baik dari versi asal atau pun versi yang baru ni,dua2 versi memang best.terbaik

9.I Want Out (dari album Keeper Of The Seven Keys part 2 1988)
lagu ni slow sikit dari versi asal.dan versi asalnya nyanyian dari Michael Kiske jugak.pun best.

10.Fallen To Pieces (dari album Gambling With The Devil 2007)
aku lagi suka versi yang ni dari versi asal.versi ni memang jiwang2 punya.

11.A Tale That Wasn't Right (dari album Keepers Of The Seven Keys part 1)
versi ni pun best juga.tapi aku paling suka lagu ni versi live dalam dvd "The Keepers Trilogy tu"


Keseluruhan lagu ada yang best ada yang tak best bila di olah semula.tapi Helloween tetap Helloween lagenda Power Metal German.dan ada juga pemuzik2 metal yang baru mengangkat Helloween ni sebagai inspirasi dalam muzik mereka.antara the best album Helloween dengan lagu lama yang di olah semula menjadi lagi menarik.


p/s : entri kitar semula :p

Wednesday 23 September 2015

Wordless Wednesday

hasil dari santau beracun kawan2 kaki game akhirnya aku trade in xbox360 aku dengan ps4 ni.grafik dia memang terbaik!
p/s : kopak bulan ni weyy..haha

Tuesday 22 September 2015

Opera Klasik Kafe & Bakeri



Sahabat dari Rawang ajak aku makan kat sini,kedai ni baru di buka di pusat bandar Rawang.Opera Klasik Cafe ni kepunyaan pengarah drama/filem yang terkenal iaitu Rashid Sibir.pernah menerbitkan drama bersiri 'Mat Despatch' yang pernah popular pada era 90an dulu dan yang terbaru ialah produksi drama 'Tanah Kubur'.
Menu makanan kat sini memang menarik,dari hidangan moden sehinggalah hidangan ala kampung (lempeng kelapa dia memang terbaik!) sahabat aku makan Nasi Ayam Basmathi,dan aku pula kerana dah ternampak di menu ada roti jala dan lempeng kelapa aku pun pesan kedua2nya sekali..heheh..





Sorry lah aku tak ambik banyak gambar makanan pasal ramai orang dalam kedai,segan pulak nak snap gambar..hehe..takpa,lain kali kalau aku datang lagi aku ambik gambar.tu gambar lempeng kelapa dengan sambal sardin..sedap!

Sesiapa yang tersesat kat Rawang boleh pergi Opera Klasik Kafe ni,memang terbaik.harga pun berpatutan,sedap,staff kafe pun semua peramah.

Alamat restoran :

Kafe Opera Klasik,
51, Jalan Bandar Rawang 8,
Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor,

Waktu operasi :
Isnin – Ahad ( 10.00 pagi – 10.00 malam)
Kecuali Khamis (tutup)

Berhampiran dengan Mydin Rawang dan kedai pakaian Hari-Hari

Sunday 20 September 2015

Siapa Untung?



Sehari selepas himpunan merah, ironinya aku tak rasa pun lebih bermaruah. Biasa saja. Aku masih bekerja untuk Boss, seorang perempuan Cina. Aku rasa puluhan ribu juga kawan Melayu yang bersama dalam himpunan semalam, hari ini terpaksa juga menghadap muka bos seorang Cina.
Mat-mat rempit yang tinggalkan 'kuda' mereka - pun hari ini terpaksa menghadap bos mereka orang Cina.
Semalam bukan main menjerit Cina bangsat dan balik 'Tongsan'; hari ini mereka telan semuanya balik. Hujung bulan ni, gaji pun dibayar towkay Cina bro. Jangan macam-macam.
Melayu yang atas pentas semalam semuanya tidak berkait dengan usahawan dan bos Cina? Tanya mereka balik. Kemewahan mereka selama ini, asal dari mana? Kalau bukan dipayung oleh dua tiga kontraktor Cina yang mereka bawa untuk tiriskan projek kerajaan? Mereka hanya pandai mencari 'minit' dan mencengkam komisen daripadanya. Mereka usahawan? Jangan bergurau.

Pemimpin politik basi.

Apa yang dibuktikan semalam, Umno masih lagi bergantung harap kepada tukang karut politik zaman lampau. Nama seperti Ali Rustam, Annuar Musa, Alwi Che Ahmad, Noh Omar, Ibrahim Ali - bukanlah mereka yang boleh diharap membawa fikrah dan pemikiran baru.
Mereka hanya membawa isu politik basi. Tak ada pembaharuan. Masih lagi seronok dengan politik bodek dan angau.
Ditambah dengan Tajuddin Rahman dan Jamal Yunos, rasanya tak ada apa pencapaian yang mampu dibanggakan dengan apa yang berlaku semalam.
Apa pembuktian yang berjaya dibuat?

Melayu pandai berhimpun? Cuba buang segala macam duit tambang, duit makan, duit top up, t shirt free, air free dan lain-lain - agak agak berapa orang datang? Berapa banyak FGV belanja untuk turunkan warga Felda yang tak ada pilihan lain kecuali untuk datang dan kononnya bersolidariti?
Berapa ramai yang turun kalau mereka terpaksa bayar sendiri tambang dan tidak disogok dengan bantuan lain?

Rasanya, kita tak berjaya membuktikan apa-apa pun. Kita balik, dan kembali kepada realiti kita hanya kuat pada suara, sedang ekonomi kita disamun hampir setiap saat oleh mereka yang berada di atas pentas.

Yang menjahanamkan imej dan darjat Melayu adalah ahli politik yang tidak ada tulang belakang. Ahli politik yang terpaksa meminta sokongan dan dokongan towkay Cina untuk menjaga kepentingan dan pengaruh politik mereka. Ahli politik mereka yang beria-ia menjerit tentang 'Maruah Melayu' sedangkan mereka senak bila digenggam towkay Cina.
Kalau kita girang gembira dengan himpunan semalam, maka itulah level kita dipermainkan mereka yang berkepentingan.
Mungkin lebih molek kalau kita minta 'Raja Bomoh' memulihkan kembali semangat sebenar perjuangan politik Melayu - dengan dimulakan dengan usaha bersungguh meminggirkan kalangan kepimpinan yang korup, tidak amanah dan mendahulukan diri dan isteri sendiri.
Apa gunanya kita beria-ia menyuruh Cina balik 'Tongsan' sedang hutang kita dengan kedai Ah Seng masih membukit setiap hari dan bulan.

Cina tak mahu balik 'Tongsan' kerana - 'Tongsan' mereka sudah ada di dalam poket pemimpin Melayu. Reti?

Tarconi Malazi,
The Malaysian Insider. 17 September 2015


Friday 18 September 2015

May - Keras (1997)

Ni bukan rilisan semula,tapi rampasan semula.(member aku pinjam buat harta daa..)



Pertengahan tahun 90an sehingga ke penghujungnya,banyak band2 rock suka buat lagu atau album cover version.lagu2 dari era 50an dan 60an yang di olah semula dengan muzik rock atau metal.(di katakan kumpulan XPDC yang memulakan cover version lagu pop yeh yeh 'Hidup Bersama')bermula pada ketika itu banyak kumpulan2 rock mula memainkan lagu lama yang di berikan 'nafas baru' termasuklah kumpulan May dengan album 'Keras' ni.







Memandangkan aku pun dah jemu dengan lagu 'Jemu',album ini adalah jawapannya kalau nak dengar lagu cover version acuan May.walaupun bukan Mus yang nyanyi dalam album ini,kesemua lagu2nya memang kena dengan nyanyian Oney (bekas penyanyi kumpulan Lipan Bara) ni.sesuai dengan tajuk album 'Keras' memang lagu2 cover dalam album ni keras dan heavy.






Lagu2 yang pernah popular suatu ketika dahulu seperti 'Hoi Hoi Ya Hoi/Lagu Penyamun' dari filem 'Ali Baba Bujang Lapok' 'Pontianak' 'Joget Gembira' (cover The Mercy's) Bunyi Gitar (dari filem 3 Abdul) dan juga lagu baru dalam album ini ciptaan Man May iaitu 'Bergegar Segunung Rindu' (kalau dalam album Otai Jamm 2,Man sendiri yang nyanyi)

Walaupun hanya album cover,tapi susunan muzik dan kerja gitar dalam album ni memang best.sebab tajuk albumnya pun Keras,terpaksa la aku rendahkan bunyi kat earphone aku sebab sound gitar Abu dalam ni memang nyaring.
Sesiapa yang belum pernah dengar album ni cuba la dengar,best jugak dengar lagu2 lama yang di heavykan.paling aku suka 'Lagu Penyamun' tu.


Thursday 17 September 2015

Throwback Thursday : Hapuskan Lanun Cetak Rompak




p/s : Lagu ciptaan Lord (Ella & The Boys) Ella comel time ni..heheh..suara Rosedan Bloodshed memang best la.

Tuesday 15 September 2015

Jerebu Kembali





Sudah beberapa hari jerebu telah melanda Kuala Lumpur dan kawasan2  yang lain,bacaan IPU 10 jam yang lalu menunjukkan tahap pencemaran sudah di tandakan kuning bermakna tahap tidak sihat.kepada anda yang dapat tanda2 seperti ini :
-Mata berair
-Batuk/tekak rasa kering atau loya
-Kepala pening dan berdenyut
-Dada rasa berat dan sukar hendak bernafas
-Sakit dada

Jangan tunggu lama,cepat2 lah pergi ke klinik yang berhampiran,kerana aku tadi dah mengalaminya.jangan tunggu lama sebab jerebu kali ini agak merbahaya berbanding dengan tahun sebelumnya.aku dapat cuti satu hari.doktor pun suruh rehat dan jangan melakukan sebarang aktiviti di luar rumah.memang teruk dah,kalau dulu aku merokok yang kadang kala asapnya merimaskan orang di sekeliling aku,tapi kali ini aku merasainya bagaimana seksanya bila kena asap jerebu ini selepas aku berhenti merokok.

Terima kasih lah kat kerajaan Indonesia yang 'prihatin' dengan tahap kesihatan rakyat Malaysia,kau dah mintak maaf lepas tu kau buat lagi.tak tau malu betul.bila jadi lagi kau mintak maaf lagi lepas tu kau lepas tangan.diam buat bodoh je.apa salahnya kau ambik hati rakyat Malaysia ni buat macam mana nak mengatasi masalah ni,sebab kau sendiri yang cipta masalah ini..

Bila aku cakap 'brengsek' tau pulak kau nak marah.

Sorry,aku bukan marah rakyat Indonesia,aku marah pihak berkuasa indon yang tak prihatin langsung.

Ok,nak tidur,dah mamai makan ubat.malas nak bebel panjang2..

Sunday 13 September 2015

Junction - Arah (1988) Reissue 2015

Hari sabtu (semalam) dengan bersemangatnya aku bangun pagi nak keluar pergi cari cd Junction dan Iron Maiden..heheh..





Macam aku pernah cerita sebelum ni,tahun 1988 memang merupakan 'tahun emas' bagi era rock melayu dan inggeris.rilisan tahun 1988 semuanya hebat2 belaka macam 'Metallica - And Justice For All,' 'Queensryche - Operation Mindcrime' 'Medicine - Titian' 'Wings- Hukum Karma' 'Search - Di Pintu Sepi' dan tak ketinggalan album pertama dari kumpulan Junction ini.





Band Junction ni asalnya satu daerah dengan aku,Segamat Johor kecuali penyanyi nya iaitu Hatta yang berasal dari Pahang.Junction ni dulu memang menjadi kegilaan awek2 80an la sebab muka Hatta yang jambu tu..heheh..apa yang aku ingat dulu,album pertama Junction ni memang meletup la,aku tau pasal band ni dulu pun dari abang aku,dia yang beli kaset Junction ni.pada ketika itu juga Junction mendapat tajaan dari syarikat rokok berjenama Kingsway untuk melakukan tour seluruh Malaysia (abang aku pernah dapat mafla 'Junction on tour' sebab menang peraduan tajaan Kingsway dalam majalah URTV) siri konsert mereka ketika di Segamat di katakan paling happening pada ketika itu (kira macam Iron Maiden main kat Donington la..heheh)



lirik






Apa yang menarik tentang album pertama Junction ini ialah kebanyakkan lagu2 dalam album ni hasil ciptaan Junction sendiri,dari lagu slow rock mendayu seperti lagu 'Demi Cinta Setia' hinggalah kepada lagu rock yang heavy berunsurkan kehidupan dan ketuhanan  berjudul 'Dosa'.(memang power lagu ni,memang originality 80s punya rock nak mampos bak kata Deaf..heheh)
Dari segi soundnya walau pun pihak Universal dah bagitau yang soundnya dari sumber piring hitam,pada aku ok lah,walau pun bukan dari master tape asal.dah di riliskan balik dalam format cd ni pun dah kira bagus.khazanah rock yang tak ternilai ni.pada peminat2 rock dulu yang ingin mengenang kembali nostalgia lalu,boleh beli album ini.

Oh ya,lupa nak bagitau,misi aku berjaya hari ini..yang tengah tunggu posmen tak sampai2 tu boleh tengok gambar kat bawah ni.. :p





Friday 11 September 2015

Bukit Kepong High Definition

Sebelum ni selalu cerita pasal rilisan semula album rock dulu2,filem melayu juga ada membuat rilisan semula..




Sempena bulan kemerdekaan,KRU Studios telah meriliskan kembali filem klasik arahan Datuk Jins Shamsudin ini yang pernah di tayangkan pada tahun 1981,iaitu 34 tahun yang lalu.filem ini juga mendapat kutipan tertinggi 1.7 juta ringgit pada waktu di tayangkan pada waktu itu,apa yang menarik,filem ini di riliskan semula dalam format 'high definition' atau HD dengan kualiti gambar yang superb dan bunyian audio yang telah di upgrade dari mono ke stereo.




Pada yang taktau,(budak2 zaman sekarang mesti ramai yang tak tau)filem Bukit Kepong adalah berdasarkan dari kisah benar pada tahun 1950an tentang kisah balai polis Bukit Kepong yang terletak di Muar Johor telah di serang oleh kominis.seramai 18 anggota polis yang bertugas pada malam itu semuanya terkorban di serang oleh sekumpulan kominis yang di anggarkan lebih dari 150 orang.pelakon2 hebat yang dah bertaraf lagenda semua ada berlakon dalam filem ini seperti Hussien Abu Hassan,A.Rahim,Datuk Yusof Haslam dan juga Datuk Jins Shamsudin.

Apa pun tabik kepada KRU Studio kerana meriliskan dan upgrade filem klasik ini kepada format HD harap lepas ni pihak KRU Studios upgradekan kembali filem2 P.Ramlee dalam format HD.mesti best
punya.



  

Wednesday 9 September 2015

Wordless Wednesday








p/s : Tabik spring pada encik Mohd Fauzi Omar yang bertungkus lumus merialisasikan impian peminat2 rock dulu2.

Tuesday 8 September 2015

Scorpions - World Wide Live Vinyl (1985) Japan Pressings

Dah lama tak tampal LP,album live Scorpions yang ini pun dah masuk 30 tahun..




Secara peribadi.hanya 2 album live Scorpions yang aku suka,album 'World Wide Live' ini dan juga 'Tokyo Tapes' (yang Tokyo Tapes belum dapat yang versi vinyl) kerana pada aku kedua2 album ini soundnya memang betul2 sound live dan antara rakaman live yang terbaik sebelum era digital.album live ini di terbitkan sempena tour album 'Love At First Sting'


belakang.trademark diorang masa zaman muda2 dulu.


Yang aku punya ni versi cetakan jepun,memang agak menarik jugalah packagingnya.walaupun rekod yang aku dapat ini hanya piring hitam terpakai,tapi kondisi rekodnya masih lagi cantik dan tiada cacat cela..layan gambar je lah eh.


line up 'Love At First Sting' tour



gatefold



Lagu2 dalam album ini juga antara lagu2 kegemaran yang selalu aku dengar masa zaman bebudak dulu antaranya 'Holiday' 'Bad Boys Running Wild' 'Coming Home' 'Blackout' dan juga 'Still Loving You' (kalau lagu jiwang ni Scorpions ni pun taktau pegi lah dengar cd Feminin) heheh..Album ini juga ada di keluarkan dalam format VHS tape tapi cuma ada 11 lagu je.sebab zaman tu teknologi dvd dan blu ray pun belum wujud lagi macam sekarang.











Ada lagi..


yang ni semua tulis jepun,aku pun tak paham apa yang di ceritakan




gambar kocek dalam.aksi2 semasa konsert







double lp



setlist


Dah taktau nak cerita apa pasal album ni..hehe..rasanya ramai peminat Scorpions yang tau pasal album ni kan?.cuma lagu2 nya yang betul2 meninggalkan kenangan masa aku budak2 dulu.untuk versi cd jenguk kat blog Berteromber kat sini :
http://berteromber.blogspot.my/2015/08/world-wide-live.html

Monday 7 September 2015

Bean 25




Pada 4 september yang lalu selain pelancaran album Iron Maiden 'The Book Of Souls',pelawak Mr,Bean juga menyambut ulang tahun ke 25 siri sitkom Mr.Bean.sempena 25 tahun siri sitkom ini,Mr.Bean telah menyambutnya di Buckingham Palace dan juga melancarkan koleksi boxset Mr.Bean.pertama kali di siarkan pada 1990,siri ini mendapat rating yang tinggi di England dan juga di seluruh dunia.lawak bersahaja Mr.Bean dengan pelbagai aksi lucu,terutama ekspresi muka beliau memang mencuit hati,kadang kala ada juga lawak beliau yang agak over.terutama institusi di raja England dan Queen Elizabeth selalu di jadikan bahan lawak.

Apa pun beliau juga antara penghibur yang di minati sehingga ke hari ini,lawak beliau dan muka yang memang kelakar tu lah yang tak boleh di lupakan.
Thank you Mr.Bean!


Saturday 5 September 2015

Fenomena September



Apa yang akan berlaku bulan September 2015 ini dari langit Malaysia nanti?

Jom rujuk : http://falakonline.net/semesta/aa2015/september-2015/

Secara ringkasnya,
Pada awal bulan September ini, kita berpeluang mengintai planet Utarid sekali lagi... di langit timur selepas Subuh.
Fasa Bulan pula akan kembali mengecil, dan akan bergerak hampir dengan planet Zuhrah dan Musytari di kala Subuh.
Secara amnya, kebanyakan planet (Zuhrah, Musytari, Utarid dan Marikh) semua dok kumpul waktu pagi untuk sepanjang bulan Sep ini.
Hanya tinggal Zuhal je kelihatan selepas Maghrib dan Isya'

sian kat dia...

Matahari pula akan kembali melintasi garisan khatulistiwa (fenomena yang kita panggil ekuinoks), dan mula bergerak ke kawasan selatan pula.

Dan jangan lupa 28 Sep nanti, Bulan Penuh Perigee yang sebenar-benarnya... yang haritu 'main-main' je..dok usik kita.. kali ni memang hampir tepat waktu fasa bulan purnama, dia akan berada dalam posisi perigee...
Kalau sesiapa ada terbaca yang mengatakan ada gerhana bulan penuh masa 28 sep nanti.. yes memang betul ia berlaku... TETAPI ia tak nampak di Malaysia...


Selamat mencerap!

Sumber : Falakonline.


Shahrin Ahmad  merupakan peminat & penggiat Astronomi sejak lebih 30 tahun dan telah membangunkan portal FalakOnline sejak tahun 1999. 

Thursday 3 September 2015

Throwback Thursday : Ber'foolin'





Search - Berpaling

ku pejamkan mataku demi menahan sakit
dalam kehancuran berkecai dilambung cinta 
kiranya ku tersalah mengukur kesetiaanmu
ku mengharap sinar mentari oh rupanya hujan malang 

jurang di hatimu 
juga di bibirmu
menenggelamkan daku 
ke dalam wajah

oh 
kehancuran 
berbalut merah
berdiri derita 
memanah dada
oh berpaling
oh oh berpaling
oh berpaling
oh oh berpaling

hatimu berubah warna oh
tertawalah sekuat hati 
ku menangis dalam sepi
tiba masanya mengerti 
usahamu akan membakar diri

jurang di hatimu 
juga di bibirmu
menenggelamkan daku 
ke dalam wajah

oh 
kehancuran 
berbalut merah
berdiri derita 
memanah dada
oh berpaling
oh oh berpaling
oh berpaling
oh oh berpaling

oh 
kehancuran 
berbalut merah
berdiri derita 
memanah dada
oh berpaling
oh oh berpaling
oh berpaling
oh kau kau berpaling

kau berpaling tadah
kau berpaling tadah
kau berpaling tadah

kau berpaling tadah










Def Leppard - Foolin'

Lady luck never smiles 
So lend your love to me, awhile 
Do with me what you will 
Break the spell take your fill 

On and on we rode the storm 
The flame has died, the fire has gone 
Oh, this empty bed is a night alone 
I realized that long ago 

Is anybody out there? Anybody there? 
Does anybody wonder? Anybody care? 

Oh, I just gotta know 
If you're really there and you really care 
'Cause baby I'm not 

F-F-F-Foolin', Ah F-F-Foolin' 
Not F-F-F-Foolin', Ah F-F-Foolin' 

Won't you stay with me awhile 

close your eyes don't run and hide 
Easy love is no easy ride 
Just wakin' up from what we had 

Could stop good love from going bad

Tuesday 1 September 2015

Search - Berpaling (1988) Reissue 2015

Jalan2 cuci mata dengan misi utama untuk mendapatkan cd ini..



Persetankan baju kuning dan baju merah tu,yang penting aku dah dapat cd ini..heheh..antara yang rare dulu2(rare tu sebenarnya perkataan dari kapitalis cekik darah je) tapi di riliskan kembali dalam format cd.terima kasih Universal Music Malaysia sebab meriliskan kembali album ini dan melahirkan kapitalis2 generasi baru.(ramai yang beli dari sekeping sebab boleh jual balik 3 kali ganda punya harga)
Album ini di riliskan pada tahun yang sama dengan album 'Di Pintu Sepi'.oleh kerana album ini pernah menjadi kontroversi 27 tahun yang lalu,ia nya menjadi buruan peminat kaset kerana pernah di jual selama 2 minggu je.






Dengar khabarnya album ini hanya 'limited edition' tapi tak sepatutnya pihak Universal buat limited edition,cetak je lah lebih.aku percaya ramai peminat2 Search yang lama dan baru akan beli album ini.semasa album ini keluar dulu pada tahun 1988,Search dan pun sign kontrak dengan BMG (dahulu di kenali sebagai PMC) untuk rilis album 'Fenomena'.
Sound untuk album ini sama seperti album 'Di Pintu Sepi'ok la tak mengecewakan halwa telinga aku ni, memang enak di dengar,(yang penting bunyi bass dia tu memang tip top) bila dengar kembali lagu2 dalam album ini teringat masa zaman bebudak dulu.masa tu zaman seluar kecik,zaman tu orang panggil seluar fit,aku pun terjebak jugak nak kecik kan seluar sekolah aku,jahanam mesin jahit arwah mak aku dulu..heheh..





Ada 3 lagu baru dalam album ini iaitu 'Berpaling' lagu saduran dari Def Leppard 'Foolin' dari album 'Pyromania', lagu 'Mungkinkah Tertawa' (track yang paling di sukai,lama tak dengar lagu ni) dan lagu 'Kau Akan Tahu'. lagu yang lain2nya dari album 'Langit Dan Bumi' serta album 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'.
Seperti kata abang Deaf kita,pembelian terbaik untuk tahun 2015 untuk album ini dan album 'Di Pintu Sepi' memang aku setuju sangat la.packaging dari Universal pun menarik dan tak kedekut lirik.amat berbaloi dengan harga RM12.90.untuk peminat2 Search,cepat2 la beli sebelum habis stok.heheh..

Versi kaset boleh jenguk kat blog MataKucing kat sini :
http://mata-kucing.blogspot.com/2008/12/koleksi-search-berpaling.html