Saturday, 5 September 2015

Fenomena September



Apa yang akan berlaku bulan September 2015 ini dari langit Malaysia nanti?

Jom rujuk : http://falakonline.net/semesta/aa2015/september-2015/

Secara ringkasnya,
Pada awal bulan September ini, kita berpeluang mengintai planet Utarid sekali lagi... di langit timur selepas Subuh.
Fasa Bulan pula akan kembali mengecil, dan akan bergerak hampir dengan planet Zuhrah dan Musytari di kala Subuh.
Secara amnya, kebanyakan planet (Zuhrah, Musytari, Utarid dan Marikh) semua dok kumpul waktu pagi untuk sepanjang bulan Sep ini.
Hanya tinggal Zuhal je kelihatan selepas Maghrib dan Isya'

sian kat dia...

Matahari pula akan kembali melintasi garisan khatulistiwa (fenomena yang kita panggil ekuinoks), dan mula bergerak ke kawasan selatan pula.

Dan jangan lupa 28 Sep nanti, Bulan Penuh Perigee yang sebenar-benarnya... yang haritu 'main-main' je..dok usik kita.. kali ni memang hampir tepat waktu fasa bulan purnama, dia akan berada dalam posisi perigee...
Kalau sesiapa ada terbaca yang mengatakan ada gerhana bulan penuh masa 28 sep nanti.. yes memang betul ia berlaku... TETAPI ia tak nampak di Malaysia...


Selamat mencerap!

Sumber : Falakonline.


Shahrin Ahmad  merupakan peminat & penggiat Astronomi sejak lebih 30 tahun dan telah membangunkan portal FalakOnline sejak tahun 1999. 

2 comments:

  1. last 4 days Antelope 60,000 ekor kot mati tanpa sebab.
    kat Artic , polar bear semua tengah kelilingi 3 saintis yang kat sana buat kajian. Saintis takde weapon. Tembak flare Polar semua relaks je haha.
    Pelarian Syria semua kat Europe..

    takde kena mengena kot ngan planets alignment ni.
    Tapi mungkin yang Polar Bears tu kot? hehe

    ReplyDelete
  2. sebut pasal ekuinoks...teringat zaman sekolah dulu rasa macam best jer kalau letak nama band ekuinoks...hahaha...

    ReplyDelete