Tuesday, 22 September 2015

Opera Klasik Kafe & Bakeri



Sahabat dari Rawang ajak aku makan kat sini,kedai ni baru di buka di pusat bandar Rawang.Opera Klasik Cafe ni kepunyaan pengarah drama/filem yang terkenal iaitu Rashid Sibir.pernah menerbitkan drama bersiri 'Mat Despatch' yang pernah popular pada era 90an dulu dan yang terbaru ialah produksi drama 'Tanah Kubur'.
Menu makanan kat sini memang menarik,dari hidangan moden sehinggalah hidangan ala kampung (lempeng kelapa dia memang terbaik!) sahabat aku makan Nasi Ayam Basmathi,dan aku pula kerana dah ternampak di menu ada roti jala dan lempeng kelapa aku pun pesan kedua2nya sekali..heheh..





Sorry lah aku tak ambik banyak gambar makanan pasal ramai orang dalam kedai,segan pulak nak snap gambar..hehe..takpa,lain kali kalau aku datang lagi aku ambik gambar.tu gambar lempeng kelapa dengan sambal sardin..sedap!

Sesiapa yang tersesat kat Rawang boleh pergi Opera Klasik Kafe ni,memang terbaik.harga pun berpatutan,sedap,staff kafe pun semua peramah.

Alamat restoran :

Kafe Opera Klasik,
51, Jalan Bandar Rawang 8,
Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor,

Waktu operasi :
Isnin – Ahad ( 10.00 pagi – 10.00 malam)
Kecuali Khamis (tutup)

Berhampiran dengan Mydin Rawang dan kedai pakaian Hari-Hari

6 comments:

  1. Cantek!...nanti kalau aku gi Rawang aku singgah...(Abang aku duk Sg Buaya...tak jauh tu...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la nanti.mmg puas hati.kedai pun lawa.mcm2 poster movie dia hias kt dinding kedai

      Delete
  2. Petik je gambo... lantak la orang lain cakap apa.. ahah

    ReplyDelete
  3. Waoh...jarang nk boleh nampak kisah makanan nih....
    Uhummm...,,foodporn sangatssss! Hihihi ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa,,ila kan suka explore tempat makan kan?try sini ajak geng2 tu..memang puas hati mkn kat sini ;)

      Delete