Friday 29 April 2016

Hatta - Reaksi (1989) Reissue 2016




Tak tau sangat pasal album solo Hatta ni,oleh kerana abang aku pernah beli kasetnya dulu,aku beli juga versi cd nya sebab tak pernah dengar full album dan cuba nak dengar kembali lagu2 dari album ini.album reaksi ini bergenrekan pop rock,betul2 lain dari genre rock kapak ketika beliau bersama kumpulan Junction.bersama Junction hanya sempat menghasilkan 2 album iaitu 'Arah' dan 'Penentuan'.setiap pagi,sebelum abang aku nak keluar pergi kerja,dia akan memainkan kaset Hatta ni.vokalnya yang kadang kala kendengaran seperti suara perempuan buat aku tergelak sendiri..heheh.




























Hampir separuh lagu2 dalam album ini di hasilkan oleh Hatta sendiri dan di bantu oleh Juwie,Siso dan Sani dari Kopratasa dan juga S.Amin Shahab.dan 2 lagu yang aku pernah dengar dan ok di telinga aku ialah lagu 'Reaksi' dan juga lagu 'Kita Masih Cinta' (duet bersama penyanyi Lyana) .sejujurnya memang susah aku nak terima album bergenrekan pop rock dan ada lagu meleweh ni,sebab dah biasa dengar Hatta dengan Junction.tapi pujian harus di berikan untuk Hatta kerana beliau menghasilkan lagu sendiri tanpa menggunakan lagu2 dari pencipta terkenal pada zaman tersebut seperti M.Nasir dan Rahim Othman.pada peminat Junction dan Hatta boleh lah beli album ni kalau suka.

Banyak lagi cd yang akan di keluarkan semula..sediakan je la ongkosnya.. :p

Tuesday 26 April 2016

Megadeth - Dystopia CD (2016)

Antara album yang telah kembali ke akar umbi thrashnya..





Masa aku belek2 album ni kat kedai auntie Campbell,auntie cakap album ni Megadeth has back to thier roots,sama macam album  Megadeth era 80 dan 90an.aku mula2 macam tak percaya je auntie ni cakap,aku beli jugak la tapi tak sempat nak dengar,selepas aku baca review dari Berteromber yang cakap benda yang sama auntie Campbell cakap kat aku.aku pun dengar satu persatu lagu2 dari album Dystopia ni..






Track pertama 'The Threat Is Real' dengar riff je serta merta aku teringat Megadeth era Marty Friedman dan Nick Menza,kerja gitar Kiko dan Mustaine memang best,mengingatkan aku pada zaman kegemilangan thrash metal 30 tahun yang lalu.tak rugi abg Mus ambik Kiko join Megadeth,secara peribadi,aku lagi suka kerja gitar Kiko berbanding Chris,solo2 Chris terlalu 'maestro' memang susah aku nak hadam lagu2 Megadeth era Chris Broderick,dengar sekali lalu dah jemu.




Ternyata Dystopia tidak mengecewakan,lagu2nya semua best,tapi lagu kegemaran aku ialah 'The Threat Is Real','Dystopia' 'Fatal Illusion','Death From Within' dan juga instrumental dengan kerja gitar menarik dari Kiko iaitu 'Conquer Or Die'.nampaknya abang Mus berjaya mengambil hati peminat2 lama Megadeth dengan album ini.album ini juga berjaya menduduki tempat ke 3 carta Billboard,kira ok lah tu.terubat jugalah kekecewaan aku dengan album super-collider






Kepada peminat Megadeth yang mahukan Megadeth di zaman thrash 80an dan 90an,boleh dengar album Dystopia ini,memang terbaik lagu2nya.

Review menarik Berteromber DI SINI dan juga Ijau Kat Sini


Saturday 23 April 2016

Juara Juara Rock 3 (1987) Reissue 2016

Juara Juara Rock 3 (JJR3) dah pun di keluarkan dalam format cd.




Album rock paling nostalgik selepas Battle Of The Band.siapa sangka,album rock dulu2 mungkin tak di terbitkan semula,akhirnya segala tanda tanya telah terjawab,banyak syarikat rakaman dalam Malaysia ni mula memasarkan kembali album2 rock yang boleh di katakan bertahap lagenda juga.sampai tak cukup tangan kolektor dan kapitalis nak beli dan jual balik dengan  harga yang agak melampau.heheh..
Dalam banyak2 cover JJR,cover JJR3 ni lah yang paling menarik pada aku.di lukis oleh Boul,orang yang sama melukis untuk cover album Search 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'.siapa Boul ni masih lagi menjadi tanda tanya hingga sekarang,tapi artwork yang beliau buat untuk album2 rock era 80an dulu memang menarik.Boul ni boleh di katakan sama macam Derek Riggs,orang yang bertanggung jawab melukis untuk album2 terawal Iron Maiden.








Sama seperti JJR1 Dan JJR2 untuk album ini masih lagi mengekalkan band yang sama,ada Burnmarks,D'Febians,Scandals,May dan Metalian.setiap band menyanyikan 2 lagu kesemuanya boleh di katakan ciptaan mereka masing2,cuma senarai lagu je ada typo,Gerimis Rindu jadi 'Gerinus Rindu' harap pihak Sony Music Malaysia lepas ni lebih berhati2 sebelum meriliskan sesuatu produk tu.





Lagu yang paling nostalgik pada aku dah tentunya 'Penantian Yang Tak Pasti' dari Scandals,'Snooker' dari Burnmarks,'Kenangan Abadi' dari D'Febians dan juga 'Sketsa Sebuah Cinta' dari May.boleh di katakan tiap2 hari abang aku putarkan kaset JJR3 ni dan mendengar lagu2 yang aku  bagitau tadi.

Dari segi soundnya memang aku suka la..sound yang 'kering' pada zaman analog sebelum era digital.memang telinga aku lebih suka dengar sound analog agakya..heheh..kepada anda yang minat rock dulu2 boleh layan kesemua koleksi Juara Juara Rock ini.kena cepat sebelum stok kehabisan..heheh

Friday 22 April 2016

Earth Day 2016




Memang tak pernah tau pun pasal Earth Day sebelum ni,tapi google boleh pulak nak celebrate Earth Day tahun ni..Earth Day pertama kali di raikan bermula pada tahun 1970 (lama jugak)

Nak cerita panjang pun aku taktau,so boleh tengok kat website ni pasal sejarah Earth Day ni.

http://www.earthday.org/about/the-history-of-earth-day/


Artikel menarik dari Dr.Maza pun best jugak.
http://drmaza.com/home/?p=1785

Wednesday 20 April 2016

Motley Crue - Dr.Feelgood 20th Anniversary Expanded Edition (1989 / 2009)

Antara album glam rock/metal paling laris jualannya dalam sejarah rock dunia..





Secara ringkasnya,terbitnya album Dr.Feelgood ini yang di katakan penghujung era emas glam rock,dan album ini juga menepati piawaian terma 'sex,drug and rock & roll' dengan imej bad boy ahli band Motley Crue,gossip liar dengan artis2 wanita terkenal di Amerika,dan juga perbalahan dengan Guns N' Roses kerana mereka mendakwa GnR meniru imej Motley Crue.dan kerana produksi album ini jugalah menarik minat Lars Ulrich (Metallica) untuk menggunakan khidmat Bob Rock sebagai penerbit untuk album Metallica 'Black'.














Nilai Nostalgik album ini ialah aku di kenalkan oleh rakan sekelas aku.(1989 aku baru tingkatan 1)dengar riff intro lagu Dr.Feelgood yang agak heavy,di tambah pula dengan review dari wartawan hiburan URTV Nas Ahmad dengan pujian tinggi melangit,terus aku beli bila terjumpa cd expand edition ni.




cerita pasal album ni dari editor Rolling Stones.kalau nak baca,save dulu lepas tu zoomkan



Seperti kata David Wild editor majalah Rolling Stones,setiap lagu dalam album ini menepati terma salah satunya terma sex iaitu lagu 'Slice Of Your Pie','Sticky Sweet' dan 'She Goes Down'.terma dadah (drugs) lagu 'Dr.Feelgood' dan 'Kickstart My Heart' dan rock & roll ialah lagu 'Dont Go Away Mad' dan lagu 'Same Ol' Situation' dan tak lupa juga lagu slow rock yang agak popular juga dari album ini iaitu 'Without You'.track tambahan dalam expanded edition ini kesemua lagu2 yang pernah di jadikan single tapi dalam versi live.












Walaupun album ini dah berusia lebih 20 tahun dan Motley Crue pun dah di bubarkan pada akhir Disember 2015 yang lalu,sekali sekala kalau nak dengar muzik glam rock 80an,aku akan pasang cd Dr.Feelgood ini.kerja produksi dari Bob Rock memang bagus.soundnya dari gitar hinggalah ke vokal Vince Neil memang best.

RIP Motley Crue
Vince Niel,Mick Mars,Nikki Sixx,Tommy Lee.

Monday 18 April 2016

Borong Sakan



Hari ahad semalam 17/4/2014 kononnya pergi Amcorp ada la event pasal Record Store Day ke,rupanya takda.oleh kerana area sini memang berpuaka,tanpa sedar,aku dah borong kesemua cd yang aku jumpa..heheh

Dah banyak sangat cd nya aku pun dah pening.mulai pada saat ini,aku cuma nak beli cd2 reissue ni  yang ada ,sentimental value.,nak borong semua memang kopak la poket...heheh..

Nanti la kalo rajin nanti aku akan ceritakan satu persatu cd2 tu semua,bulan ni aku memang banyak kerja,tu yang lambat update.

Thursday 14 April 2016

Rock Power (1988) Reissue 2011

Sebenarnya Life Record dah lama keluarkan semula album rock yang lama2,sejak 2011 lagi dan salah satunya album ini..




Jika di Malaysia ada Battle Of The Band, Juara - Juara Rock,Hikayat Rok,War Rock dan macam2 lagi album kompilasi rock dulu2,tempiasnya juga sampai ke Singapura.maka lahirlah album kompilasi Rock Power ini yang kesemuanya kumpulan rock terbaik dari Singapura.memang agak sukar nak jumpa album ni di pasaran lagi,ini pun aku jumpa secara tak sengaja di Rawang.rupa2nya kompilasi ini dah lama di reissuekan sejak 2011 lagi.






Untuk kompilasi ini,antara band rock yang ada ialah :
-TZ
-Trust
-Yezz
-Strangers Eyes
-Trashed

Kumpulan Yezz satu2nya kumpulan yang menampilkan vokalis wanita (tak tau siapa nama dia) vokal dia memang power serak2 basah.memang kena la dengan lagu yang beliau nyanyikan.kumpulan Strangers Eyes juga unik,sebabnya takda band rock yang boleh terfikir dan mencipta lagu tentang nelayan.dan lagu 'Nelayan' memang agak unik pada aku.


kumpulan rock singapura


Lagu yang lain2 pun boleh tahan hebat dan menarik juga,kesemua band yang terlibat memainkan 2 buah lagu seperti kumpulan TZ dengan 'Cinta Palsu' dan 'Keazaman'.Trashed dengan lagu 'Lembah Berduri' dan 'Sheena'.kumpulan Yezz dengan lagu 'Malam Minggu Sepi' dan 'Bicara Rindu'.






Seperti kompilasi Battle Of The Band dan juga JJR,aku juga suka sound dalam album ini,sound raw rock 80an zaman analog yang enak bunyinya..aku tak berapa tahu sangat pasal band2 Singapore ni,mungkin abang Deaf kita boleh ceritakan pasal band2 ni?

Pada yang dah pernah dengar Battle Of The Band dan juga kompilasi JJR,dan suka akan sound rock era 80an,boleh layan album ini.memang rock ooo..heheh..

Tuesday 12 April 2016

Skin Head

Oleh : Che Lea (cerita dan gaya bahasa beliau memang begitu,so maafkan la beliau)





hello!
hujan tak?
hari nak cerita benda yang lain dari kebiasaan.
semalam tengah hujan.sambil layan minum Ovaltine. sambil santai weekend ,dengar lagu dalam
playlist Winamp . lagu Led Zeppelin, The Killers, Placebo. bla bla a little bit lagu Klasik Nasional
Sanisah Huri, R Azmi , ND Lala
then after lagu ND Lala - Mat Tahir Mata Air.
now playing - A.C.A.B SkinHead For Life
ok... let's sit back.
and hear my story about SKIN HEAD.

haha

early 50's & 60's , zaman remaja tak layan Instagram.
di UK. ada group di panggil Working Class (buruh)  iaitu MOD. berimej rambut pendek yang suka menjalani hidup dengan keseronokkan
late 60's
they called themself Skinhead!
rambut botak dan pakai boot steel toe ( safety reason masa bekerja ) ,semestinya boot Doctor Marten.
siapa ingat West Ham pernah di taja Doc Mart zaman Di Canio! hehe

SkinHead dilabel kurang pandai.suka ke pub
layan music Ska
dua benda SkinHead love most! - football and beer!


seperti jenis jenis Pasta.haha
SkinHead juga ada bahagian atau fahaman masing2
antaranya


MOD- remaja 50's . kerja sebagai buruh arang batu / sekolah
IDEPENDENT -terdiri dari Traditional Skinhead. ( kira original SkinHead )
SHARP - paling famous di Malaysia. tak payah ulasan. panjang. haha
BONEHEADS- SkinHead berfahaman Nazi
WHITE POWER- di Malaysia mereka tukar jadi Malay Power ( MP )

Di Malaysia
SkinHead mula datang dari group dari Singapura dari tahun 1990.Masa tu group nya kecil
1992. zaman kegemilangan SkinHead di Malaysia
SkinHead di Malaysia selalu ulang alik dari Malaysia ke Singapore naik vespa.

Sejarahnya panjang. tapi ini di ringkaskan
salah satu Band yang bertanggung jawab buat scene SkinHead ni berkembang maju
adalah ACAB. the godfathers of SkinHead

sekarang ni pun vokalis utama kumpulan itu dah berubah arah.dah jadi baik.
Megat oh Megat

zaman 90an ke atas scene SkinHead memang kuat betul di Malaysia

Di Perak. kita ada Ipoh Rioters
Di Johor - apa lagi JB Rioters
DI Negeri Sembilan , Seremban Rompers

ala2 firm Hooligan.
teringat masa game Perak vs Terengganu Final Piala Malaysia 1998
hampir 200 SkinHead dari Perak naik Vespa ok dari Perak ke KL.
cool kan? kepala Botak pakai boot masuk highway
hahaha

dan saya
tak la terpengaruh
tapi suka tengok dorang dari jauh
dulu2 nak dapatkan knowledge pun susah
sekarang ni guna Goggle semua keluar

zaman SkinHead dah slow dan mungkin kurang zaman sekarang..
bagi yang tak pernah tengok SkinHead di Malaysia
pergi Goggle. haha
dan kalau peegi shooping complex nampak ramai bergaya KPOP
zaman dahulu macam tu la SkinHead di Malaysia

mereka ini bukan nya barah masyarakat
tapi nak ekpressikan diri .
hehe

dan saya pernah tengok movie yang berunsurkan Skin Head.
antaranya
Romper Stomper ( Russel Crowe berlakon woooo) Pariah , This Is England
America History X ( scene letak mulut dekat pavement!) , Made In Britain dan Adam Apple

ok la.
cukup setakat ini
dari tadi tulis . jadila serba ringkas
ye tak? haha

jadi
ada sesiapa yang pernah ada cerita pasal ini?

blogger bekas2 skinhead? come on lads! bring back the boots on the road! hahaha

saya? dengar sahaja lagu
tak pernah jadi skin head.

sayang rambut.hehehe



Sunday 10 April 2016

Dio - Rainbow In The Dark Single Vinyl (1983)

Merupakan single kedua yang di keluarkan selepas single 'Holy Diver'.



















Nak cerita panjang pasal lagu ni aku rasa semua dah biasa dengar dan tahu sejarah latar belakang album 'Holy Diver' RJD ni,antara lagu yang agak popular juga dalam album 'Holy Diver'.dan 'Holy Diver' juga merupakan album paling sukses dalam sejarah heavy metal dunia.

Pernah cerita pasal album 'Holy Diver'  ni 2 tahun yang lalu Kat Sini.rekod single ni pun dapat dengan harga yang berbaloi kat Amcorp Mall.

"The man with the golden voice" - Metal Hammer


Friday 8 April 2016

Heavier Than Heaven : A Biography Of Kurt Cobain

Buku yang di beli pada tahun 2013 tapi tamat bacaan pada 2016.heheh..




Aku bukan lah peminat tegar Nirvana,tapi ada jugalah memiliki 2 album Nirvana.dan baru2 ini beberapa page di facebook meraikan ulang tahun kematian ikon grunge ini pada 5 april yang lalu.Kurt Cobain mati pada usia muda iaitu 27 tahun.walaupun aku bukan peminat,sedikit sebanyak aku tahu juga perihal kisah perjalanan hidup beliau sehingga beliau mencetuskan kegilaan irama grunge di Amerika dan seluruh dunia.

Cuma yang tak bestnya buku ini tiada Dave Grohl dan Krist Novoselic.sepatutnya kena jemput dua band member Nirvana tu untuk  mengetahui cerita lebih terperinci pasal Kurt ni,(ni semua Courtney Love janda Cobain ni punya hal la.sebab tu dia tak kawin,nak kan royalti Kurt yang berjuta dollar tu)cerita perjalanan hidup Kurt agak menarik juga dari beliau kanak2,menjadi terkenal bersama Nirvana sehinggalah pada kematiannya.ada juga di sertakan gambar2 Kurt dan Nirvana.

Buku ini ok,best dan menarik,pada peminat Nirvana boleh beli dan baca buku ini.melalui buku ini lah baru aku tau Kurt ni rupanya seorang yang 'cool',jiwang dan berseni.filem dokumentari beliau pun tak silap aku dah keluar dvd kot.

"I'd rather be hated for who i am,than loved for who i am not"
-Kurt Cobain

Monday 4 April 2016

May - Hakikat (1989) Reissue 2016

Kita habiskan gaji bulan ini dengan album reissue yang lain pulak..heheh..




Tak sangka aku jumpa kembali album ini dengan cover asal,walau pun pernah di terbitkan Hakikat Special Edition dulu (aku tak pernah beli)aku cuba untuk melengkapkan diskografi album2 dari zaman Mus,Oney,Yantzen sehinggalah Mus masuk May kembali,itu pun kalau boleh laa..






Tak banyak kenangan aku dengan album ini,cuma lagu 'Sendiri' tu memang betul2 meletup pada ketika itu.masa ni jugak la aku dengan kawan2 sibuk nak kecik kan seluar,nak jadi mat rock sejati konon..heheh..dan tak lupa juga masa Juara Lagu tahun 1989,lagu 'Sendiri' berentap dengan lagu 'Taman Rashidah Utama' dari Wings.memang betul2 mengujakan malam Juara Lagu tu.(siapa yang menang aku lupa pulak)

Album Hakikat ni boleh la di katakan album rock terbaik jugak la.kesemua lagu heavy dan slow rock nya best.mana mungkin boleh lupa lagu2 seperti 'Dari Kacamata','Pelayaran', 'Hakikat Perjuangan' (ada lebih kurang lagu apa ni eh?lupa pulak aku)'Penghuni Kota','Grafiti' dan yang lain2 tu pun best juga.solo2 dari Abu yang ala Akira Loudness pun menarik.





Rasanya mesti ramai yang dah beli album ni kan,nak cerita pasal album ni pun aku memang aku tak tau sangat,cuma kalau anda peminat May kena dapatkan album ini.dan lagi satu,siapa yang dah dengar album ni,cuba komen sikit pasal sound nya?(jangan komplen kat Sony Music,luahkan perasaan anda di bahagian komen kat bawah.. :p)