Thursday, 14 April 2016

Rock Power (1988) Reissue 2011

Sebenarnya Life Record dah lama keluarkan semula album rock yang lama2,sejak 2011 lagi dan salah satunya album ini..




Jika di Malaysia ada Battle Of The Band, Juara - Juara Rock,Hikayat Rok,War Rock dan macam2 lagi album kompilasi rock dulu2,tempiasnya juga sampai ke Singapura.maka lahirlah album kompilasi Rock Power ini yang kesemuanya kumpulan rock terbaik dari Singapura.memang agak sukar nak jumpa album ni di pasaran lagi,ini pun aku jumpa secara tak sengaja di Rawang.rupa2nya kompilasi ini dah lama di reissuekan sejak 2011 lagi.






Untuk kompilasi ini,antara band rock yang ada ialah :
-TZ
-Trust
-Yezz
-Strangers Eyes
-Trashed

Kumpulan Yezz satu2nya kumpulan yang menampilkan vokalis wanita (tak tau siapa nama dia) vokal dia memang power serak2 basah.memang kena la dengan lagu yang beliau nyanyikan.kumpulan Strangers Eyes juga unik,sebabnya takda band rock yang boleh terfikir dan mencipta lagu tentang nelayan.dan lagu 'Nelayan' memang agak unik pada aku.


kumpulan rock singapura


Lagu yang lain2 pun boleh tahan hebat dan menarik juga,kesemua band yang terlibat memainkan 2 buah lagu seperti kumpulan TZ dengan 'Cinta Palsu' dan 'Keazaman'.Trashed dengan lagu 'Lembah Berduri' dan 'Sheena'.kumpulan Yezz dengan lagu 'Malam Minggu Sepi' dan 'Bicara Rindu'.






Seperti kompilasi Battle Of The Band dan juga JJR,aku juga suka sound dalam album ini,sound raw rock 80an zaman analog yang enak bunyinya..aku tak berapa tahu sangat pasal band2 Singapore ni,mungkin abang Deaf kita boleh ceritakan pasal band2 ni?

Pada yang dah pernah dengar Battle Of The Band dan juga kompilasi JJR,dan suka akan sound rock era 80an,boleh layan album ini.memang rock ooo..heheh..

8 comments:

  1. Tu hari ada show hari ibu or something, combination Yezz singer dengan Last Minute nye singer tak silap aku.
    i think also dah lama jugak ada eksiden kat pelabuhan, then kawan aku cakap its one of the drummer tapi aku tak mahu speculate pasal aku tak simpan artikel tu.
    TZ was the top feberet due to Cinta Palsu. Together with Trust hati ku kau lukai. Ni semua a bit later la kan, life rekods another generation after battle of the band nye series.

    ReplyDelete
  2. aku mcm dah hilang minat dgn tsunami CD re-issue ni, paling2 pun teringin nak beli may-hakikat je setakat ni...

    ReplyDelete
  3. dulu pun aku pernah terjumpa gak cd ni kat kedai 'classical music' area selayang mall.. tapi aku tak tergerak hati nak beli.. murah pulak tu RM9.90.. kemudian aku pergi kedai tu balik... tapi dah abis stok daa.. eeeei, menyesalnya...

    ReplyDelete
  4. Aku tak pernah dengar ni..

    TZ - Cinta Palsu tu lagu sama ker dengan Cinta Palsu kat Clash Of The Bands?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ek ko ckp baru aku perasan.ya la kot sama

      Delete
  5. eh aku tk pernah tau pasal ni.. mujurlah kau share.. nanti aku nk rembat sebijik.. nk dgr lagu band2 lame2 ni.. lg2 band yg tk pernah dgr namanya

    ReplyDelete
  6. pernah terbaca pasal cd nie dulu, tapi tak jumpa kat kedai2 aku biasa pergi, kalau tak pasti dah rembat sbb murah...

    ReplyDelete