Monday, 4 April 2016

May - Hakikat (1989) Reissue 2016

Kita habiskan gaji bulan ini dengan album reissue yang lain pulak..heheh..




Tak sangka aku jumpa kembali album ini dengan cover asal,walau pun pernah di terbitkan Hakikat Special Edition dulu (aku tak pernah beli)aku cuba untuk melengkapkan diskografi album2 dari zaman Mus,Oney,Yantzen sehinggalah Mus masuk May kembali,itu pun kalau boleh laa..






Tak banyak kenangan aku dengan album ini,cuma lagu 'Sendiri' tu memang betul2 meletup pada ketika itu.masa ni jugak la aku dengan kawan2 sibuk nak kecik kan seluar,nak jadi mat rock sejati konon..heheh..dan tak lupa juga masa Juara Lagu tahun 1989,lagu 'Sendiri' berentap dengan lagu 'Taman Rashidah Utama' dari Wings.memang betul2 mengujakan malam Juara Lagu tu.(siapa yang menang aku lupa pulak)

Album Hakikat ni boleh la di katakan album rock terbaik jugak la.kesemua lagu heavy dan slow rock nya best.mana mungkin boleh lupa lagu2 seperti 'Dari Kacamata','Pelayaran', 'Hakikat Perjuangan' (ada lebih kurang lagu apa ni eh?lupa pulak aku)'Penghuni Kota','Grafiti' dan yang lain2 tu pun best juga.solo2 dari Abu yang ala Akira Loudness pun menarik.





Rasanya mesti ramai yang dah beli album ni kan,nak cerita pasal album ni pun aku memang aku tak tau sangat,cuma kalau anda peminat May kena dapatkan album ini.dan lagi satu,siapa yang dah dengar album ni,cuba komen sikit pasal sound nya?(jangan komplen kat Sony Music,luahkan perasaan anda di bahagian komen kat bawah.. :p)

15 comments:

  1. Mmg best album ni.. bg aku ni adalah the best album dari MAY..
    Solo abu plg terbaik dalam album ni.. (eh abu ke yg menyolo semua lagu dlm album ni? haha)

    ReplyDelete
  2. Agak sedikit tak puas hati sebab track 1 ada masalah skipping dlm satu saat. 2nd chorus masuk terawal, and perkataan "setiap manusia" perkataan "se-" tu ulang 2x

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bagitau...tak beli lagi cd ni...

      Delete
  3. Ni jam final Muzik Muzik dah macam konsert Rock pulak gua tengok...

    ReplyDelete
  4. Masa time tu , aku puji May pasal pencalonan mereka untuk Muzik2, setiap artis hantar 2 lagu. WINGS masukkan rashidah dan syakilla. But May submit sendiri dan tak silap aku Dari Kaca Mata. Satu rock satu dangdut. Wings dua2 lagu dangdut.
    get what i want to say? Padahal nabshot mesti terus kalah, dan dorang ada slow rock lain yang ciptaan rakyat malaysia, tu jam kena cek betul2 songwriter mana singapore, mana malaysian. So respek to May

    ReplyDelete
  5. aku pernah beli album hakikat yg special edition dulu, pas tu aku gi jual kat member.. kononnya nak beli yg macam ni balik, original version.. gi cari kat kedai, dah habis stok... aduss.. mana kedai lagi ada jual kat area KL ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Victoria music atau rock corner mmg ada bro

      Delete
  6. klu ada bajet lebih aku beli, sbb aku sudah ada edition punya tu.. syj kompom aku beli hahaha, bagi aku may ni mmg sedap lagu2nya klu ngam timingnya dgr perghh menusuk2 kekalbu..

    ReplyDelete
  7. aku dah stop dulu beli cd2 reissue ni. banyak juga aku dah beli cd2 reissue ni. ada yg ok tapi banyak juga kes sound cacat. katanya rip dari piring hitam, tapi tolonglah buat baik2! kerja yg tak profesional dr label kapitalis! bukankah album ni sudah ada versi cd, kenapa rip dari lp lagi? cd sound cacat bukan cd untuk kita simpan untuk generasi akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia,bila kita complaint, kita kena balik. suruh syukur benda tu ada, etc. I mean, kalau jual produk, hak pengguna utk dpt kualiti terbaik, betul tak?haritu mmg stop beli cd reissue ni, tp teruja sbb May, beli jugakla. kecewa lagi

      Delete
  8. Juara Lagu tu mana boleh lupa kes Joe Burnmark putus tali masa menyolo lagu Sendiri....haha...

    Btw...aku sampai sekarang masih belum dengar lagi cd reissue ni walau dah lama beli...mungkin aku tak akan dengar langsung pun...lagipun aku ada yang special edition untuk dengar....membelinya sekadar untuk kenangan zaman lalu...cover cantik...untung lah sykt rakaman kalau banyak orang macam aku...Tak komplen langsung pasal bunyi...hahaha...

    ReplyDelete
  9. disebabkn kord lagu pelayaran la aku dapat bermain gitar dgn laju...masa tu bdk2 hingusan tahun 96 bru belajar main gitar...hahaha

    ReplyDelete
  10. Gua setujula sgt dgn komen pc kokak n mohd hanif..cd reissue crossfire fatamorgana yg gua pulang kat fauzi dulu x dpt lg sampai skrg..yg ade lagi terskip tu..dia kata nak ganti yg lain konon..

    ReplyDelete