Wednesday 31 July 2013

Wordless Wednesday

Untuk bro faizal yang dah terkena santau piring hitam dan pada yang hampir2 di santau macam Berteromber.. heheh..




Tuesday 30 July 2013

Konflik

Aku takda idea nak buat entri sebenarnya.tapi teringatkan pasal bulan Ramadhan tahun ni pada aku agak menyedihkan la.bilamana umat islam seluruh dunia berpuasa Ramadhan,pada masa yang sama dunia islam bergolak.lihat saja Mesir dengan huru hara nya,Syria dengan kekejamannya terhadap rakyat sendiri demi untuk mengekalkan pemerintahan syiah alawi di bumi Syria.

Secara zahirnya umat islam di Syria takkan bangkit untuk menentang kerajaan dan penindasan rejim Al Asad,tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,umat islam di Syria yang di tindas telah bangkit dengan berani untuk menentang rejim Al Asad yang syiah.
Di Mesir,konflik masih lagi berlarutan.pembunuhan kanak2,dan orang dewasa bermaharaja lela.tahukah kita bahawa puak2 laknatullah kat luar sana sedang bertepuk tangan dan ketawa besar dengan konflik yang berlaku sekarang ni?


Moga profil beliau menjadi sumber inspirasi kepada pemimpin kat luar sana atau yang nak baru jadi pemimpin.

#sorry kalau entri aku yang ni merapu sikit.

Monday 29 July 2013

Rock Dulu Dulu Part 2


Masa era 80/90an,zaman emas rock kangkang/kapak ni selalu jugak la keluar cerita2 yang kurang elok tentang pemuzik/peminat muzik rock pada zaman ni.sampaikana orang2 tua kat kampung aku dulu kalau nampak mat2 rock yang berseluar sendat,dengan baju Loudness yang singkat sampai nampak pusat tu mula la diorang ni suma mencemikkan muka.cakap mat rock hisap dadah la,itu la ini la bla bla bla bla..

Masa tu pulak kementerian penerangan ialah Datuk Mohamad Rahmat atau Tok Mat (dah memang orang tua ni tak rock nak buat macam mana kan)telah keluarkan garis panduan,kalau nak lagu keluar radio atau muncul kat tv,kena berambut pendek.so ramai la band2 rock ni yang membantah,ada yang sanggup taknak potong rambut,ada setengah band ni tepaksa ikut cakap record company,kalau tak macam mana record company nak balik modal kan?so banyak la band2 rock yang kena 'gam'(frasa ni popular masa era 80an dulu yang maksudnya lagu2 diorang tak boleh main kat radio dan muncul kat tv)alternatif lain untuk diorang ni promokan band diorang,masuk majalah URTV (majalah ni dulu macam Metal Hammer,Kerrang la.dengan reporter Mama Juwie,dia ni ibarat cam Mick Wall la,reporter legend ni..heheh)mana2 band yang penah jadi cover untuk URTV,memang kompem top la,dengan lagu nya sekali.
Lepas tu golongan2 korporat pulak yang mencemuh pemuzik2 ni semua,yang aku ingat everytime kalau baca paper mesti keluar macam2 cerita pasal rock kangkang ni,ada yang mintak kerajaan haramkan la.ada yang kata muzik rock ni ajaran sesat la,ada yang kata muzik rock ni menyebabkan belia2 (dulu tak sebut remaja)ni semua terjerumus dalam najis dadah la,diorang cuma pandang luaran je,tapi tau tak diorang ni,band2 rock ni ada juga buat lagu yang berunsur ketuhanan,dan kemanusiaan?walaupun namanya muzik 'rock' tak semestinya lagu2nya merosakkan akidah.ni antara lagu2 rock yang berunsurkan nasihat,agama dan kemanusiaan yang pada aku antara yang terbaik..


1.Wings - Alam Barzakh.sapa yang tak penah dengar lagu ni memang korang tak rock la..heheh..walaupun lagu ni heavy(aku suka bunyi riff gitar Joe yang tajam ngan sound drum Black)tapi kalau tengok pada lirik dia memang menginsafkan."ku lihat mereka berbisik sambil berdoa aku di sini sedang hanyut dalam cahaya" dengan jeritan Awie masa ni memang meremang la bulu roma.klip video ni pun Black yang jadi modelnya..cam kelakar pulak..heheh..


2.Crossfire - Suatu Isyarat.ni lagu dari album pertama Crossfire 'Fatarmorgana'.lagu slow rock ni.aku suka dengar lagu ni.part chorus dia"kini ramai yang terbiar terlontar ke dalam lurah kehitaman yang dalam kerna tiada keimanan.. yang mengharap kenikmatan dan kemurahan yang diberi tiada kesyukuran"memang kena la dengan suara rock Aim ni.


3.Junction - Dosa.dulu kalau aku dengar lagu ni ingat memang dah rock gila babeng punya la..haha..tapi lagu ni memang best apa.walaupun suara penyanyi Hatta tu halus ala2 cam Sebastian Bach Skid Row la..heheh..tapi lagu dengan riff yang heavy dan lirik yang bagus "jangan biarkan diriku tersesat apa masih bisaku bertaubat ngan "dibahuku kini banyaknya beban tersimpan..bilakah dapat aku mengikisnya..aku mengikisnya..DOSAAAAAA...(tang jerit tu yang tak tahan tu..hehe..)



4.Bumiputra Rockers - Yakjud dan Makjud.okeh,lagu ni pun aku suka jugak,pasal mengingatkan kita tentang akhir zaman.setiap album BPR dari album pertama hingga ke album Kelab Jiwa Luka ni memang ada lagu2 yang berunsur keagamaan ni."yakjud memerintah makjud membinasakannya" kalau dalam agama kristian mereka menggelarkan 'gog and magog'


5.Belantara - Airmata.lagu ni bukan lagu cinta,tapi lagunya mengisahkan tentang kehilangan orang yang kita sayang,yang telah pergi menghadap ilahi.lagu ni dari album ketiga Belantara yang bertajuk Infiniti.lagu slow memang mendayu tapi superb!Belantara kalau buat lagu banyak yang best2 bila dengar lagu sambil tengok lirik dia memang tangkap syahdu "tiada senyum,tiada tawa,tiada lagi segalanya hanya kenangan bersama menemaniku di dunia"airmata mengiringi pemergian tidurlah sayang doa cinta ku iringkan..memang syahdu!..heheh..

Pada yang suka mencemuh dan yang suka buat penilaian membuta tuli tu,kaji dulu lepas tu baru la nak kondem ke apa ke ikut suka lah..


Friday 26 July 2013

Salam Nuzul Al Quran

Nuzul (nazala- kata dasar dalam bahasa arab) yang diambil daripada perkataan bahasa Arab maksudnya sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah , mukjizat yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”

Moga kita semua beroleh rahmat,dimurahkan rezeki dan beroleh keberkatan dalam amal ibadat kita di bulan Ramadhan yang mulia ini,dan pada hari yang sungguh istimewa hari ini..


Monday 22 July 2013

Rock Dulu Dulu

Pasal haritu baca entri ijau pasal rock kangkang,kebetulan adik aku datang dari JB dengan membawa external HD yang aku pesan.salah satunya sebab ada banyak lagu2 rock lama2 yang dah lama aku ripkan ke mp3.kebanyakkan hasil rip kaset tu semua atas jasa kawan2 aku kat Segamat.(semuanya kaset pinjam,aku nak beli pun diorang tanak jual).takda la banyak mana pun koleksi mp3 aku ni,tak semua band 'rok'(sebutan dalam urtv dulu)aku ada,cukup la sekadar dapat mengimbau kenangan lalu..heheh..kalau nak cerita pasal era rock kapak ni aku rasa ramai yang dah tau kan..takyah la nak cerita panjang..

pic 1

pic 2
Sori lah kalau kecik sangat gambo nya..heheh..kena klik kat gambar kalau mau tengok detail.apa pun "Rok jalan terusss"..


#Burnmarks ni orang kampung aku

Saturday 20 July 2013

What Is Punk? 25 Definitions From People Who Should Know

By Paul Hiebert on Jun 21,2010 1:05pm


Trying to define punk rock is a perennial endeavor that leads to endless frustration. Is it about smashing the system? Is it about rebelling against oppression? Or is it nothing more than an efficient way to sell T-shirts? Discerning between the sellouts and the authentic is not easy.

Always willing to take on a sisyphean challenge, we decided to give it a go — except that instead of using our own words, we’re quoting the women and men who once were, and continue to be, the faces of punk. After the jump, check out 25 diverse definitions of punk and let us know who we missed, who should have never been included, and whose take you agree with most.


“When punk rock came along, the one thing you were not supposed to be was musical.”
— Nick Lowe (songwriter, producer)

“The popularity of punk rock was, in effect, due to the fact that it made ugliness beautiful.”
— Malcolm McLaren

“Punk is musical freedom. It’s saying, doing and playing what you want. In Webster’s terms, ‘nirvana’ means freedom from pain, suffering and the external world, and that’s pretty close to my definition of Punk Rock.”
— Kurt Cobain

“A guy walks up to me and asks ‘What’s Punk?’ So I kick over a garbage can and say ‘That’s punk!’ So he kicks over a garbage can and says ‘That’s punk?’ and I say ‘No, that’s trendy!’”
— Billie Joe Armstrong

Iggy and Debbie

“Punk rock is a word used by dilettantes and heartless manipulators about music that takes up the energies, and the bodies, and the hearts, and the souls, and the time, and the minds of young men who give what they have to it… I don’t know Johnny Rotten, but I’m sure he puts as much blood and sweat into what he does as Sigmund Freud did. What sounds to you like a big load of trashy old noise is in fact the brilliant music of a genius — myself. And that music is so powerful that it’s quite beyond my control, and when I’m in the grips of it I don’t feel pleasure and I don’t feel pain, either physically or emotionally.”
— Iggy Pop

“[Punk] was something which brought people together, so they realized something was possible”
- Pete Shelley (Buzzcocks)

“Punk was defined by an attitude rather than a musical style.”
- David Byrne

“There are characters in [punk] that do deliberately go as far as they can in certain kind of taboo areas.”
- Richard Hell

“Punk is: the personal expression of uniqueness that comes from the experiences of growing up in touch with our human ability to reason and ask questions; a movement that serves to refute social attitudes that have been perpetuated through willful ignorance of human nature; a process of questioning and commitment to understanding that results in self-progress, and through repetition, flowers into social evolution; a belief that this world is what we make of it, truth comes from our understanding of the way things are, not from the blind adherence to prescriptions about the way things should be; the constant struggle against fear of social repercussions.”
- Greg Graffin (Bad Religion)

“I think punk rock, especially for me, was a big middle finger to this whole talent thing.”
- Mike Watt (Minutemen)

The Clash

“At its best New Wave/punk represents a fundamental and age-old Utopian dream: that if you give people the license to be as outrageous as they want in absolutely any fashion they can dream up, they’ll be creative about it, and do something good besides.”
- Lester Bangs

“Punk rock seems like my childhood, the glorious, very exciting naivete of rock n’ roll. Stenguns and guitars seem very idealistic when you’re twenty.”
- Tony James (Generation X)

“Punk rock, when I was a part of it, was called ‘the underground.’ There was something very attractive in all the hidden places, the hidden histories.”
- Mary Harron (journalist, filmmaker)

“The whole punk ethic was do-it-yourself, and I’ve always been very literal, especially as a kid. When they said that anybody can do this, I was like, ‘OK, that’s me.’”
- Michael Stipe

“I think what we took away from first hearing about the punk stuff in England and then the early American punk stuff was a sense of self-definition and also sort of playing music for music’s sake and being part of a family for family’s sake.”
- Ian MacKaye (Minor Threat, Fugazi)

“I don’t need to advertise my punkness. A real punk doesn’t need to show off…Its like a Karate man… the Karate man bleed on the inside. A real punk is punk on the inside.”
- Mark Hoppus (Blink 182)

Siouxsie
“I don’t like saying, ‘You’re a punk and you’re not.’ There was a record out there called Ca Plane pour Moi by Plastic Bertrand, right? And I guarantee you if I had to play it for you right now you’d go, ‘Right! That is rockin!’ Now, if you were to say to any sort of purist punk, ‘This is a good punk record,’ they’d get completely enraged. But Plastic Bertrand, whoever he was, compressed into that three minutes a bloody good record that will get any comatose person toe-tapping, you know what I mean? By purist rules, it’s not allowed to even mention Plastic Bertrand. Yet, this record was probably a lot better than a lot of so-called punk records.”
- Joe Strummer

“Punk became a circus didn’t it? Everybody got it wrong. The message was supposed to be: Don’t follow us, do what you want!”
- John Lydon

“I come from the home-grown punk ethic, where it doesn’t matter if you can’t play a note, it’s how you communicate.”
- Siobhan Fahey (Bananarama)

“Mozart was a punk, which people seem to forget. He was a naughty, naughty boy.”
- Shirley Manson

“Undermine their pompous authority, reject their moral standards, make anarchy and disorder your trademarks. Cause as much chaos and disruption as possible but don’t let them take you alive.”
- Sid Vicious

“Punk rock is just another word for freedom.”
- Patti Smith

Source : http://flavorwire.com/

Friday 19 July 2013

Isu Semasa

Aku amat tertarik dengan pandangan seorang sahabat karib aku ni,dan pandangan dari cousin aku.ni yang aku tengok kat status FB diorang..

Yang ni dari sahabat karib aku :

Saya bukan nak melebihi pandangan ulamak. Sedangkan produk Yahudi pun saya guna pakai, inikan pula produk orang Islam. Setiap kali membeli barang, yang saya utamakan ialah Halalan Toiyiba. Saya tak pernah fikir Syiah punya ke, Wahabi punya ke, Ahli Sunnah Wal Jamaah keee... Nabi ajar makan kurma utk kesihatan, jadi makan sajalah kurma. Apa masalah?


Yang ni dari cousin aku :

Antara komen2 online yang menarik baru2 ini berikutan isu kontroversi..

1. Sibuk pertahankan kalimah Allah, tapi bila hukum Allah diperlekehkan membisu seribu bahasa. Bila penganut agama lain hina agama Islam, berkobar-kobar kita kecam (saya setuju) tapi bila umat Islam sendiri tak menghormati ajaran agama Islam, apa tindakan kita?

2. kita hormat orang,orang lain hormat kita..as simple as that..tapi x lah sesimple ayam harga naik solution nye jgn mkn ayam..


So,camne geng2 semua?any comment?tapi kedua2 komen/pandangan di atas memang aku setuju lah..pasal mentalilti orang2 Malaysia memang begini kan?

Thursday 18 July 2013

Sound City

Haritu Lea Lipstikmerah rekomen aku dokumentari ni..dia kata best.


Dokumentari yang di arahkan oleh Dave Grohl (Foo Fighters) ni mengisahkan recording studio yang pernah menaikkan nama Nirvana suatu ketika dulu.kalau kat US,studio ni dah kira tahap legend la.ramai artis2 dari era 60's,70's 80's dan 90's bercerita tentang studio ni..apa yang menarik,studio ni macam takda law,studionya nampak bersepah,penuh sampah,sampaikan cawan,gelas,botol beer pun besepah kat analog controller studio.pekerja kat studio ni,percaya atau tidak,dari juruteknik,jurutera bunyi hinggalah kepada tukang masteringnya semua takda degree dalam muzik.mereka pada awalnya hanya jadi budak sapu sampah kat studio,penghantar surat,dan tukang buat air je.tapi kerana minat,diorang ni belajar sendiri cara2 bekerja di studio tu sampailah diorang ni jadi professional..

Ramai artis bertaraf legend pernah buat rakaman album kat sini,antaranya Rio Speedwagon,The Beatles,Fleetwood Mac,Rick Springfield,Kyuss,Tom Petty,Slipknot,malah album klasik Dio Holy Diver yang dah legend tu pun rakam kat sini jugak.walaupun pada era 90an banyak studio canggih beroperasi di US,tetapi studio Sound City tetap mengekalkan rakaman cara lama menggunakan analog.sehinggalah pada suatu ketika studio ni hampir muflis,Nirvana telah menyelamatkannya dengan kemunculan album 'Nevermind' yang melonjak jualan berjuta2 unit di seluruh dunia.

Sound City ni mula beroperasi pada tahun 1969 dan di tutup juga akhirnya pada tahun 2011.untuk mengenang nostalgia studio tersebut,Dave Grohl membeli custom analog konsol studio Sound City tu lalu di letakkan di studio beliau sendiri yang di namakan Studio 606.Dave Grohl juga mengundang penyanyi/pemuzik yang penah merakamkan album kat Sound City untuk merakamkan lagu di studio beliau bagi mengimbau kenangan lama.soundtrack yang bernama Sound City : Real To Reel ni memuatkan pelbagai kategori muzik dari klasik rock sampailah ke era modern rock.artis yang terlibat dalam filem ni seperti Trent Reznor,Rick Rubin,Lars Ulrich,Vinny Appice (Dio),Krist Novoselic(Nirvana),Tom Petty,Butch Vig(yang pernah terbitkan album nevermind Nirvana)Brad Wilk (RATM,kini jadi drummer Black Sabbath)Corey Taylor dan ramai lagi.

Penceritaan dalam movie ni pun simple,takla complicated sangat. memang layan la.di rekomen untuk peminat muzik dan juga pemuzik amatur macam ijau dan Adi Herman






Sunday 14 July 2013

Sleep Paralysis/Kena Tindih Semasa Tidur

gambar sekadar hiasan..heheh

Aku dan mungkin antara korang penah kena situasi begini.kena tindih masa tengah atau baru nak nyenyak tidur.pada masa yang sama mata kita nampak macam bayangan hitam gelap di atas badan kita.antara tanda yang selalu kita kena time tu sesak nafas,leher rasa di cekik,dada rasa kena himpit dengan sesuatu yang berat.biasanya kalau di kalangan kita terutama orang2 melayu,benda2 macam ni di kaitkan dengan kuasa mistik,hantu setan yang ganggu tidur kita.sebab tu kita di galakkan membaca ayat2 suci Al Quran sebelum tidur untuk mengelakkan gangguan iblis dan syaitan ni.
Fenomena ni sebenarnya telah di buat kajian secara saintifik,mengikut kata pakar,fenomena ni di panggil 'sleep paralysis' atau lumpuh di waktu tidur.so aku tadi takda apa nak buat,aku saja la search kat intenet pasal 'hantu tindih' ni.baru aku tau,kita kadang tak boleh percaya dan kaitkan kejadian ni dengan alam mistik je,tapi dari segi saintifik,dan penerangannya,baru la aku tau serba sedikit pasal fenomena 'hantu tindih' ni..

Dari sudut saintifik :
Semasa tidur, aktiviti dan otot-otot tubuh menjadi tidak bergerak, sehingga menyebabkan lumpuh sementara. Bahkan kadang-kadang lumpuh tetap ada setelah orang terbangun. Biasanya, lumpuh tidur diikuti dengan halusinasi. Orang yang mengalami lumpuh tidur merasa seperti dicekik, dada sesak, badan sukar bergerak dan sukar berteriak.
Ketika seseorang tidur, aktiviti otak mengalami dua hal berbeza, yang disebut tidur aktif atau REM (rapid eye movement) dan tidur non-REM. Non-REM selama tidur akan menghasilkan gerakkan selagi anda tidur, seperti bercakap dalam tidur atau berjalan ketika tidur. Sedangkan REM akan mempengaruhi denyutan jantung, laju respirasi dan tekanan darah ketika tidur.
Secara psikologi, sleep paralysis berkaitan dengan tidur di tahap REM, dimana setelah mengalami tidur REM, mata terbuka namun paralysis tetap bertahan. Biasanya hal ini mengakibatkan halusinasi. Sleep paralysis berlaku kira-kira 2-3 minit. Setelah otak dan badan yang berkaitan kembali, pesakit dapat menggerakkan tubuhnya kembali. Namun, memori dari sensasi yang mengerikan atau mimpi buruk biasanya dapat bertahan lama
Secara fisiologi, penyebab sleep paralysis belum diketahui secara pasti. Setakat ini, para psikologi memberikan gambaran umum mengenai penyebab terjadinya sleep paralysis, seperti kebiasaan tidur menghadap ke atas, pola tidur tak tentu, stress, dan perubahan mendadak pada lingkungan atau lifestyle.

Mitos tentang sleep paralysis di seluruh dunia :
Di budaya Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut 'the devil riding your back' atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

Di budaya China, disebut 'gui ya shen alias' gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.

Di budaya Mexico, disebut 'se me subió el muerto' dan dipercayai sebagai kejadian adanya roh orang meninggal yang melekat pada seseorang.

Di budaya Kemboja, Laos dan Thailand, disebut 'pee umm' merujuk kepada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegangi atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.

Di budaya Iceland, disebut 'mara'. ini adalah kata kuno bahasa Iceland. bermaksud hantu yang menduduki dada seseorang di malam hari, berusaha membuat orang itu sesak nafas dan mati lemas.

Di budaya Turki, disebut 'karabasan', dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang di waktu tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.

Di budaya Jepun, disebut 'kanashibari;, yang secara literatur bermakna seseorang diikat oleh makhluk halus.

Di budaya Vietnam, disebut 'ma de' yang artinya dikuasai syaitan. banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.

Di budaya Hungary, disebut 'lidercnyomas' dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang di saat tidur.

Di budaya Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh 'Haddiela' (istri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut.dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus menaruh benda dari perak atau sebuah pisau di bawah bantal semasa tidur.

Di budaya New Guinea, fenomena ini disebut 'Suk Ninmyo'. ini adalah pokok keramat yang hidup dari roh manusia. pohon keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.

#Lebih afdal sebelum tidur tu ingat pesan orang tua2,basuh kaki sebelum tidur,baca ayat2 suci Al Quran sebelum tidur.iblis dan syaitan bukan setakat main tindih2 je,dalam mimpi kita pun di ganggu jugak.

sumber : http://madinatulasrar.wordpress.com

Friday 12 July 2013

Megadeth - Super Collider CD

Metallica tolak tepi dulu..



Dah 2 minggu jugak aku beli cd ni yang sebenarnya.cuma nak kena dengar dulu boleh ke tak masyuk album Super Collider ni.sebabnya album mereka yang sebelum ni memang dah lain sikit pasal dah ada Chris Broderick yang jadi tukang solo dalam Megadeth yang terlalu 'maestro' bak kata doc Ben.mungkin tak mau di 'overshadow' oleh Chris,abg Mus pun ada juga menghasilkan solo berbisa dalam album ni..


Untuk album kali ni,bertemakan sains fiksyen.Super Collider ni lebih kurang macam teori 'big bang' tu la..tapi dalam versi Megadeth.boleh tengok kt inlay cd ni.


4 orang 'saintis' yang telah di reject oleh Dr.Vic Rattlehead (sapa lagi kalau bukan Megadeth punya mascot) dari IGWT Laboratories.


Setlist :
1.Kingmaker
2.Super Collider
3.Burn!
4.Built For War
5.Off The Edge
6.Dance In The Rain
7.Beginning Of Sorrow
8.The Blackest Crow
9.Forget To Remember
10.Don't Turn Your Back
11.Cold Sweat

Aku ni tak pandai sangat nak review lagu2 dalam ni,tapi trek pertama Kingmaker tu memang menarik.trek kedua Super Collider lagu dia lebih kurang macam 'Breadline' (dalam album Risk) yang paling best dah tentunya Cold Sweat,lagu cover dari band Thin Lizzy.

lirik semua full.tak macam metallica kedekut nak letak lirik kat inlay
Susunan muzik,kerja gitar abg Mus untuk album ni tak mengecewakan la,walaupun kadang dengar solo Chris tu dah macam aku dengar album Dragonforce pulak.tapi di sebabkan memang abg Mus yang punya kuasa veto dalam Megadeth,sound gitar dan trademark Megadeth memang tak lari lah,untuk peminat abg mus,jangan risau..album ni tak mengecewakan.
Lagu yang jadi feveret aku : Kingmaker,Dance In The Rain,Dont Turn Your Back,Burn!,Begining Of Sorrow dan Cold Sweat.



Wednesday 10 July 2013

1 Ramadhan 1434


Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa untuk geng2 blogers,rakan2 dan juga pengunjung yang rajin singgah kat sini.semoga sepanjang bulan ni segala amal ibadah yang kita lakukan mendapat keberkatan dariNya.aku juga memohon maaf atas segala khilaf dan silap andai ada sesapa yang pernah aku sakitkan hatinya..

#Selamat bersahur dan selamat berbuka puasa

Sunday 7 July 2013

Hollywood vs Bollywood


So..aku tak pelik la kenapa film star Bollywood ni kalau datang sini dia punya demand dan lagak dia mengalahkan film star Hollywood.taraf produksi diorang pun dah hampir sama.filem melayu macam mana?heheh..

#dusyum! dusyum! (efek time gaduh dalam movie tamil/hindi dulu2.belum kena dah bunyi)

Saturday 6 July 2013

Metallica Datang Beraya 21 Ogos 2013



Masa berita hangat ni tersebar,sms kat phone dan inbox kat fb aku tak berhenti2 masuk.yang buat aku tekejut pasal ada antara kawan2 yang dah lama lost contact,yang dah 10 -15 tahun tak jumpa dan tak berhubung,semua cari aku pasal Metallica ni..heheh..ternyata gergasi pop metal dunia ni memberi impak yang sangat besar dalam persahabatan aku dan mungkin juga antara korang semua.ok la memang tak di nafikan memang Metallica antara fav band aku sebelum zaman Load dan Reload,yang menyebabkan aku mula tawar hati nak layan.St.Anger?lagi laa..



Bila Metallica cakap nak datang beraya kat kl ni,aku pun kira tekejut jugak la.aku ingatkan cuma dia singgah Singapore je,rupanya Malaysia lagi awal.harini pulak Metallica mengumumkan kat website diorang akan main kat Jakarta,Indonesia sehari selepas main kat Singapore di Bung Karno Stadium,tempat yang sama di mana semasa konsert mereka pada tahun 93,terjadi rusuhan besar2an pada malam tu..tak mustahil lepas ni diorang akan singgah di Filipina dan Thailand.

Ok ni harga tiket,dan tempat duduk/view kat Stadium Merdeka nanti.

imej cilok kat galaxy.com.my
Seperti kata bro Berteromber,peminat Metallica ni terdiri dari pelbagai orang,dari mat rempit hinggalah ke pekerja kontrak dan mamat nepal,dan tak mustahil jugak tiket paling murah tu akan cepat sold out.tapi jangan cepat panik la macam kes kat China tu,aku yakin tiket mesti ada punya boleh la menabung sikit2 dari sekarang..heheh..macam aku pun tengah berkira2 jugak la ni berapa duit raya tiket yang aku nak bagi kat Metallica ni..heheh..apa pun untuk geng2 blogers semua,kalau jadi kita gathering kat sana reramai nanti..

#Untuk yang dah ada tiket Metallica Singapore tu untung la dapat tengok 2 kali,atau panas hati?heheh..



Tuesday 2 July 2013

Salam Dari Bangladesh

Semalam dunia Internet Malaysia agak gempar dengan kemunculan sekumpulan hacker atau penggodam dari Bangladesh yang telah menggodam beberapa laman web terbesar di Malaysia ni.penggodam tersebut yang bernama TIGER-M@TE telah berjaya menggodam beberapa laman web terbesar di Malaysia.antaranya microsoft.com.my,dell.com.my,skype.com.my,kaspersky.com.my,msn.com.my dan bing.com.my.mereka telah menyampaikan 'salam' dengan meminta rakyat Malaysia semua menghormati pekerja yang bekerja di negara ini,bukan menghina mereka.


Pendapat aku :

- Kalau 10 tahun yang lepas,memang pekerja dari Bangladesh ni memang agak kurang ajar bebanding sekarang.lagi pun aku rasa pekerja Bangladesh yang bekerja di negara ni dah berkurangan.sekarang ni pekerja asing lebih di monopoli oleh pekerja dari Myanmar dan Nepal

-Memang tak di nafikan ada segelintir rakyat Malaysia ni memandang pekerja Bangla ni sebelah mata,ada antara majikan yang mengambil pekeja bangla ni suka2 je nak marah nak maki hamun mamat bangla ni depan orang ramai (ni pernah terjadi depan mata aku)

-Ramai antara pekerja dari Bangla ni yang beragama islam,so kita sebagai orang islam juga kena saling hormat menghormati,walaupun diorang ni hanya pendatang yang bekerja kat sini.mereka juga menjana ekonomi negara.

-Walaupun dengan menggodam laman web dan hanya meninggalkan pesanan ringkas,cara penggodam ni tetap salah.kalau mereka tak puas hati mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul..boleh buat aduan kat kedutaan Malaysia kat Bangladesh.

-Cuba fikirkan kalau kita berada di negara orang,dan orang di negara tersebut buat seperti apa yang segelintir rakyat Malaysia ni buat,tentu kita pun marah jugak kan?

-Kejadian ni membuka mata kita semua,walaupun teknologi diorang tak secanggih kita,tapi diorang boleh menceroboh laman web besar kat Malaysia ni.

Last sekali,aku bukanlah menyokong penggodam ni,aku bercakap atas dasar kemanusiaan,supaya semua rakyat Malaysia ni hormat menghormati antara satu sama lain.orang takkan hormat kat kita kalau kita tak hormat kat orang.sedangkan kita dah di ajar dari kecik supaya hormat terutama mak ayah kita,kawan2,orang yang lebih tua dan orang2 di sekeliling kita.ingat tu ;)

"Tingkah laku yang sopan dan hormat terhadap orang lain adalah dua sifat utama seorang yang bijaksana"