Thursday 31 May 2012

Darjat

Pernah tonton filem lakonan allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang bertajuk "Antara Dua Darjat"?.filem yang mengisahkan percintaan antara golongan kaya dan miskin yang di tentang hebat oleh keluarga si kaya,si miskin di hina terus menerus.filem tu bukan sahaja membuka mata dan minda masyrakat kita tentang 2 golongan ni,tetapi telah wujud satu perbezaan golongan sejak dahulu lagi,atau lebih tepat lagi di panggil "Darjat".manusia bila dah berada di atas seringkali lupa diri,bila dah kaya,duit dah menimbun2 mula la lupa diri dan bongkak(tak semua orang begitu)tetapi senario ni dah sinonim dengan kehidupan kita.biasanya golongan ni akan berkawan dengan kroni2nya yang kaya raya jugak.dan mereka memandang golongan yang kedua ni,iaitu golongan yang kurang berada ni hanya sebelah mata.
Cerita pasal darjat ni,di negara India,di panggil "kasta". ini masih lagi di amalkan oleh penduduk di sana,si kaya atau anak orang2 kaya di sana,di larang sama sekali bergaul,memandang,malah bercakap walau sepatah perkataan pun dengan golongan miskin di sana.mereka menganggap golongan miskin seperti parasit yang meyusahkan mereka.di sana juga,di kasta kan mengikut warna kulit dan pekerjaan.
-Brahmin(berkulit putih) bekerja sebagai guru dan paderi
-Ksatriya(berkulit merah) pendekar dan pemerintah
-Vaisya(berkulit coklat) bekerja sebagai petani,pedagang dan pelukis.
-Sudra(berkulit hitam)berkerja sebagai buruh
-Pariah(juga berkulit hitam gelap)bekerja sebagai buruh kasar
 Selain India, sistem ini wujud di negara-negara lain juga. di Afrika Selatan misalnya sewaktu era Aparteid penduduk berkulit putih dianggap lebih baik  berbanding masyarakat bukan kulit putih. di Jepun pula masyarakatnya yang menetap di Amerika Selatan dipandang rendah dan sukar mendapat kerakyatan di negara sendiri. manakala, sewaktu pemerintahan Adolf Hitler, rakyat Jerman berbangsa Yahudi disisihkan dan dianggap sebagai kelas kedua. kebanyakan sistem kasta pada abad ke-20 ini adalah rekaan manusia semata-mata untuk menunjukkan kebencian terhadap sesuatu bangsa, agama atau keturunan.di Malaysia,pada era sebelum perang dunia ke-2 dulu telah wujud "darjat" ni.golongan kaya pada masa tu di panggil "Bangsawan" dan golongan ni sering mengganggap mereka jauh lebih baik,bijak dan kaya berbanding golongan yang kurang berada.dan biasanya golongan kedua ni mereka gunakan untuk kerja2 di ladang dan kebun mereka yang berekar2 tu,ada yang kerja membersihkan kawasan rumah,membasuh kain baju,tukang kebun malah ada yang kerjanya mengangkut najis setiap masa!(masa tu IndahWater mana ada lagi).mereka hanya di bayar upah(bukan gaji) yang sedikit.mereka langsung tak menghargai titik peluh golongan ni yang bertungkus lumus berkerja demi mencari sesuap nasi.
Seorang teman pernah bercerita kat aku,(member aku ni keja security guard kat kondo mewah)hanya kerana dia ni lewat beberapa saat je nak bukak gate,dia dah kena maki dengan seorang lelaki "mewah" ni..tapi member aku cool je,sebab dia tahu,kalau dia layan orang macam ni atau dia bertekak dengan lelaki tu pun,tetap takkan selesai masalah,kerana dia sendiri tau,dia hanya bekeja sebagai "pak guard" je yang hanya di pandang sebelah mata oleh lelaki tersebut.dan beliau cerita lagi,tak semua golongan kaya macam tu,kadang2 dia dapat jugak makanan sedap2 yang penghuni2 kondo tu kasi kat dia.dan beliau masih lagi bekerja di kondo tersebut sampai lah sekarang.
Kenapa manusia telah wujudkan undang2 darjat sebegini?jawapannya mudah.kerana WANG.duitlah yang  menjadi punca segala2nya.kadang aku terfikir,golongan ni sebenarnya ke yang jadi hamba duit?atau orang yang bertaraf sederhana ni yang jadi hamba duit?sebab tu kadang manusia ni bila dia dah mewah,mereka akan lupa diri.sebabnya,apa saja yang nak boleh dapat.pada aku,tak kira lah kau berdarjat ke,kaya ke,miskin ke,yang pasti bersyukurlah dengan apa yang ada kan..dan buat golongan ni,aku tak heran langsung dengan kekayaan korang,takda apa2 makna bagi aku..lain la kalau korang ni mati boleh bawak harta korang tu masuk kubur sekali kan?
Kesimpulannya,apa ada pada darjat,nama,dan harta kalau dah tak bernyawa?

Wednesday 30 May 2012

Safe House & Safe

Malam semalam dan petang tadi 2 movie aku layan dengan tajuk yang hampir sama tapi dengan jalan cerita yang berbeza.Safe House dan Safe.movie yang mula2 aku layan ialah Safe House.
Filem aksi thriller lakonan Ryan Reynolds(Green Lantern,Blade Trinity) dan pelakon versatile yang pernah memenangi oskar iaitu Denzel Washington.filem ni mengisahkan Tobin Frost(Denzel Washington)adalah bekas agent CIA yang kononnya berpaling tadah dan menjadi buruan pihak keselamatan Amerika.ketika beliau berada di Afrika untuk mengadakan urusan jual beli dokumen rahsia CIA,dia telah di serang oleh askar upahan yang ingin mendapatkan dokumen rahsia dari beliau.ni menyebabkan beliau terpaksa menyerah diri di kedutaan US dan di tangkap.sebelum beliau di bawa pulang ke Amerika,beliau telah di hantar ke "Safe House" (kira macam tempat tahanan sementara bagi penjenayah yang paling di kehendaki di US).dan safe house tersebut di jaga oleh Matt Weston(Ryan Reynolds)Matt ni cuma agen CIA yang bertaraf "rookie"..ketika Tobin Frost sampai di safe house dan di soal siasat,safe house telah di serang oleh askar upahan yang ingin menangkap Tobin.Tobin dan Matt berjaya melarikan diri dari safe house tersebut.dan pada masa yang sama pada mula nya Matt yang menganggap Tobin ni penjenayah,mula mmpercayai Tobin ni..rupa2nya dokumen rahsia yang pihak atasan CIA mahukan dan ingin membunuh Tobin ni sebenarnya ialah senarai antara badan2 perisikan di US dan UK yang corrupt,nama2 pegawai atasan yang meyalah guna kuasa untuk kepentingan diri.filem yang penuh aksi dan cemas ni memang best,tak boring dan plot nya tersusun yang menyebabkan kita ingin tahu hingga ke akhir cerita ni..4 bintang untuk movie ni..

Ok,lagi satu pulak movie Safe,lakonan pelakon aksi terkenal masa kini yang juga aktor kegemaran aku Jason Statham.
Filem ni ok2 je la,kalau setakat nak tengok aksi lawan,tembak menembak macam dalam movie "Transporter" sebelum ni boleh di katakan lebih kurang sama je lah..mengisahkan Luke Wright,seorang bekas polis yang menjadi fighter untuk suatu perlawanan ultimate fighting yang sepatutnya beliau perlu kalah dalam pertarungan tersebut yang sebelum ni beliau telah di sogokkan dengan wang oleh mafia russia dan rakan polisnya yang korup.yang mana akhirnya isteri beliau telah di bunuh oleh mafia russia,dan beliau telah hidup melarat tanpa tempat tinggal.dan nasib beliau berubah apabila terjumpa dengan seorang budak perempuan yang genius.budak perempuan tersebut mempunyai ingatan yang kuat,dan berupaya menyimpan nombor2 dan kod rahsia kepunyaan mafia china.apabila pihak mafia russia tahu pasal budak perempuan yang di jaga oleh kumpulan mafia china tersebut,pihak mafia russia ingin menangkap budak perempuan tu dan mendapatkan kod rahsia tu.Luke telah berjaya meyelamatkan budak perempuan tu dan sekaligus terlibat dalam konfrontasi antara mafia china,mafia russia dan pihak polis yang korup.
jalan cerita dia agak mudah dan simple.tapi bagi peminat filem aksi dan pernah tengok cerita "Transporter" dulu,boleh la layan movie ni.. 2 bintang.

p/s : movie yang terbaik pada aku dah tentu lah "Safe House"

Tuesday 29 May 2012

Iron Maiden - En Vivo! Dvd

Ok,versi dvd pulak.tapi yang ni Thailand pressing.aku nak yang steelcase tu,tapi tak sampai lagi untuk pasaran Malaysia.tapi yang ni pun kira ok jugak lah.konsert ni di rakam dengan menggunakan 22 HD kamera.bunyi audio dia pun best.kalau dah HD dah tentula gambar dia cantik kan.
 Ada 2 cd,cd yang pertama adalah konsert live Maiden dengan kualiti gambar HD.merakamkan setiap pegerakkan anggota Maiden sendiri.yang paling agresif malam tu ialah Bruce(vokal) dan Janick(gitar).melompat,berlari2 keliling pentas,Janick pusing2kan gitar dia,buat lawak kat penonton,Andrian(gitar)dan Dave(gitar) hanya berdiri sambil memainkan riff2 dan solo klasik lagu Maiden,Nicko pulak sibuk dengan hentakkan dramnya..masa nak sampaikan lagu "Blood Brothers",Bruce meluahkan rasa simpati kat mangsa2 tsunami kat jepun yang menyebabkan 2 konsert Maiden terpaksa di batalkan kat sana.lepas tu Bruce cakap lagi "it doesnt matter if u are male,female,muslim,christian,hindu,and jewish,as long as u are Maiden fan,we are family in the whole world" statement yang sangat bermakna..
Yang ni pulak pamplet yang ada dalam dvd ni.gambar2 konsert dengan senarai lagu dalam dvd ni je.sama macam dalam cd/lp jugak.
Jadual/tarikh konsert Maiden pada tahun lepas pun ada jugak kat dalam ni.ok,cerita yang disc ke 2 pulak."Behind The Beast".cerita di sebalik tabir sewaktu pembikinan konsert ni,dari Rusia sampai la ke Amerika selatan.
-Masa kat Singapore,ada jugak la nampak bebudak melayu keja untuk konsert tu,diorang ni setting pentas,pasang tu,pasang ni,ok la jugak kan mungkin bebudak ni buat part time,dapat la jugak side income.masa konsert,penonton dari Sabah/Sarawak siap dengan banner "North Borneo Trooper" pun ada dalam dokumentari ni.untung la dapat masuk dalam video dokumentari ni.mesti bangga gile bebudak tu..haha..
-Kat Indonesia,maiden menghadapi masalah dengan sistem elektrik di tempat konsert,semua peralatan dan sistem letrik kat situ nampak usang.tapi nasib baik dapat di selesaikan dengan baik.masa sebelum konsert,krew maiden siap ambik gambar peminat2 maiden ni tengah menunaikan solat dengan imam nya pun peminat maiden jugak..! lagi satu ada tunjuk jugak gambar cewek2 indon yang bertudung dengan tshirt Iron Maiden.dasattt..haha.di Bali pulak,konsert Maiden kat sana macam tak happening je.penonton pun macam tak ramai je.
-Australia,Maiden melakukan 4 konsert kan sini sempena "Soundwave Festival" festival ni memang ada kat Australia setiap tahun pada bulan febuari.lebih kurang macam festival Woodstock dengan Rock In Rio lah.masa ni jugak Andrian Smith sambut hari jadi beliau yang ke 55 tahun.
Selain dari tu cerita bagaimana krew2 iron maiden ni kerja yang tak tentu masa,ada yang kurang tido,ada yg jetlag,pasal kerap berubah zon masa.betapa semangat kerja dan bertungkus lumus krew2 diorang ni.dan yang paling menarik,rupa2 nya gitar technician untuk Iron Maiden ni rupa nya 3 orang..aku ingat sorang je.Dave,Janick dan Andrian mempunyai technician gitar masing2,patut la bunyi pun lain2.selain dari tu cerita pasal kapal terbang boieng 747 yang dah di ubahsuai untuk mengisi peralatan konsert dan jugak untuk bawak krew2 konsert.dan kapal terbang ni di pandu sendiri oleh Bruce Dickinson(vokal)sama macam mereka melakukan "Somewhere Back In Time World Tour" pada tahun 2008 dulu..
                                 scream for me santiagoooo..!!

Akhirnya dah complete dah En Vivo! aku.ada cd,piring hitam dan dvd.hehe..
                                En Vivo! cd.lp.dvd


 

Monday 28 May 2012

Majalah Sinema Malaysia

Majalah ni aku dapat free masa aku singgah di booth Finas semasa pesta buku antarabangsa di Pwtc tempoh hari.dengan cover depannya ialah tajuk "Rising Sun Over Malaya" dokumentari terbitan Finas sendiri.banyak buku2 menarik masa aku jenguk kat booth Finas tu,tetapi masa tak mengizinkan aku nak jenguk lama pasal banyak agenda lain masa tu.terima kasih kepada pihak Finas kerana beri majalah ni.walaupun nipis,hanya setebal 60 mukasurat,tapi info di dalamnya amat menarik,ringkas dan padat.
Bukak je bahagian dalam,terdapat juga promo senarai buku terbitan Finas seperti biografi pelakon Dato Jins Shamsudin,buku2 filem klasik zaman hitam putih dulu,dan juga buku Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.di sertakan juga borang order untuk membeli buku2 ni secara pos.
Info tentang American Film Market 2011 yang lalu,yang berlangsung kat US tempoh hari.penyertaan dari 70 buah negara termasuk Malaysia.aktivitinya ialah urusan jual beli lesen filem cereka,tayangan filem pendek,seminar,dan rangkaian perniagaan berkaitan filem.4 syarikat produksi tempatan ada juga menyertai seminar ni..dan lagi satu ialah Festival Global Kwn Hollywood 2011 atau dengan nama penuh nya Kid Witness News.iaitu pertandingan menghasilkan filem pendek untuk pelajar2 sekolah.lebih 200 sekolah yang terpilih dari seluruh dunia berhimpun kat sini..dan salah seorang juri professional bagi pertandingan ni ialah Othman Hafsham seorang pengarah filem dan orang kuat Cinematic Sdn.Bhd (yang pernah hit dengan komedi "pi mai pi mai tang tu" yang pernah di tayangkan kat TV3 dulu)
Yang ni pulak artikel inggeris tentang nasib filem Malaysia yang tenggelam timbul.aku suka baca artikel ni,artikel yang paling menarik tentang nasib industri filem di Malaysia.artikel yang sangat jujur.
Ni pulak fenomena filem yang di angkat dari novel ke filem.tajuk perkahwinan popular tu maksud nya gabungan sastera dalam penulisan novel dengan filem..baru aku tau rupanya jualan tiket bagi movie Ombak Rindu mengatasi filem Kl Gangster yang mencapai kutipan Rm 12.5 juta..! walau macam mana pun filem ni tetap tak menarik perhatian aku..haha.(mat metal mana layan movie jiwang macam ni weh..tak sesuai!..haha)
Gambar2 sekitar Festival Filem Malaysia(FFM) yang ke 24 dan juga Festival Dokumentari Finas.klik gambar kalau nak tengok imej lagi besar.
Festival Filem Fajr Di Tehran.filem2 yang berunsur islamik dan dakwah yang di anjurkan oleh negara Tehran.apa yang menarik dalam info yang aku baca ni,ia tidak di penuhi dengan glamour,pelakon dan pengarah kat sini tak berlagak,takda pakaian glamour yang menjolok mata,pelakon kelas A di sana tetap bergaul dengan khalayak ramai seperti biasa,tak berlagak macam superstar lah.satu contoh yang baik.
Shorts Film Festival atau pun Festival Filem Pendek dari bakat2 muda yang terpendam.korang boleh tengok filem2 pendek buatan anak Malaysia ni kat Youtube.
Artikel tentang filem bergenre seram.berfaedah ke tak?pada aku kalau dah terlampau banyak sangat di sogokkan dengan citer seram je,tak berkembang la industri filem kat Malaysia ni.dah la drama kat tv pun skang ni selalu main drama seram je.elok jadi seram,terus jadi menyampah..haha..
Preview dokumentari Rising Sun Over Malaya.kisah dokumentari tentang penaklukan Jepun ketika perang dunia ke 2 dulu.aku cari jugak dvd dia ni tapi tak jumpa pun.
Last sekali,artikel tentang B.S Rajhans seorang pengarah yang di segani ketika zaman kegemilangan filem melayu di Singapura dulu.aku suka baca artikel ni.baru la aku tau dia ni la yang jumpa bakat P.ramlee semasa beliau melihat persembahan P.ramlee kat penang dulu,offer P.ramlee berlakon,and the rest is history..beliau berasal dari India,dan sebelum menjejakkan kaki di Singapura,beliau memang dah jadi pengarah yang berjaya di negaranya India dan pengarah yang termuda sekali di dalam industri filem India pada masa tu.
Masa kat India je dah berpuluh filem beliau jadi director.dan filem melayu pertama di bawah arahan beliau adalah "Leila Majnun".dan selain dari tu berpuluh2 filem melayu yang menjadi hit di bawah arahan beliau seperti "Rachun Dunia""Mutiara" "Singapura Di Waktu Malam" "Dewi Murni" "Berdosa" "Pisau Berachun" dan juga "Seruan Merdeka".filem2 beliau juga telah mengangkat nama pelakon2 hebat pada masa tu seperti Kasma Booty,Siput Srawak,M.Amin dan juga Salleh Ghani.
Aku percaya,kalau Finas tak keluarkan artikel ni mesti pelakon2 zaman sekarang ni tak tau sapa kah pengarah hebat ni yang pernah mengangkat filem melayu yang hebat pada masa lalu.no wonderlah filem2 melayu dulu mesti ada part nyanyi2 kan,rupanya stail arahan B.S Rajhans ni memang dah lama beliau buat sewaktu mengarah filem di India dulu.kan filem2 india mesti ada nyanyi2 dan joget2kan?sebab tu la filem melayu dulu macam tu..hehe.terima kasih BS Rajhans..beliau memang layak di gelar lagenda dalam seni filem melayu..
Napa Finas tanak terbitkan majalah ni setiap bulan macam majalah yang lain tu kan?aku mesti beli punya..

Sunday 27 May 2012

Pelakon Liam Nesson Peluk Islam

Beliau adalah salah seorang aktor kegemaran aku,Liam Nesson adalah aktor kelas "A" di Hollywood.banyak filem beliau yang menjadi kegemaran aku dan yang paling best dan terbaik adalah filem aksi "Taken".selain dari tu antara filem2 lakonan beliau ialah Kingdom Of Heaven.Batman,Clash Of The Titans,Wrath Of The Titans,dan yang terbaharu ialah The Grey dan Battleship.
Beberapa hari yang lepas aku ada baca dalam suratkhabar dan semalam aku baca di intenet amat mengejutkan aku,rupa2nya beliau telah memeluk islam pada januari lalu.cerita beliau di Dailymail (suratkahabar di UK),sewaktu melakukan shooting untuk sequel filem "Taken" di Istanbul,Turki,beliau selalu dengar azan di sana lima kali sehari..dan jelas beliau,apabila tiba waktu azan je,beliau rasakan jiwa beliau tenang dan damai,sedangkan selama ni beliau cakap jiwanya tak pernah rasa tenteram sebelum ni.dan beliau juga sedang mendalami agama islam pada waktu ni.beliau berkata lagi "aku di besarkan dalam suasana katholik,tetapi aku selalu bertanya pada diri aku sendiri,untuk apa kita hidup,apa yang perlu di buat di dunia ni?"dan akhirnya pada usia 59 tahun, beliau telah menemui hidayah Allah SWT dengan memeluk islam..alhamdulilah..bertambah lagi saudara muslim di dunia ni..

Info Liam Nesson :
-Beliau ialah satu2 aktor dari Ireland yang menjadi pelakon kelas A di Hollywood
-Pernah tercalon untuk anugerah Oscar dan Golden Globe Awards untuk filem kontroversi Shindler's List
-Berkahwin dengan pelakon Natasha Richardson dan isteri beliau meninggal pada mac 2009 akibat kemalangan ketika bermain luncur ais.
-Beliau juga peminat pasukan bola Liverpool (sama macam aku..hehe)
-pada bulan mac 2011 beliau telah menjadi duta bagi pertubuhan UNICEF
-Antara filem2 beliau yang menjadi box office adalah Taken,Star Wars,Clash Of The Titans,Schindler's List,Narnia,dan The A-Team.
-Beliau juga pernah tercalon untuk watak James Bond selepas Pierce Brosnan.
Lepas ni nak tunggu sequel filem "Taken 2" pulak.mesti best.filem pertama dia pun terbaik,yang sequel dia mesti lagi best punya..
                                               Taken Trailer

Saturday 26 May 2012

Maiden Heaven : A Tribute To Iron Maiden

Album ni sebenarnya di datangkan secara percuma dalam majalah "Kerrang!" yang berada di pasaran pada 16 julai 2008 dulu.memang banyak tribute album untuk Iron Maiden yang sebenarnya,tapi album ni yang paling aku suka.apa yang menarik,kebanyakkan band2 ternama dan terkenal dalam dunia muzik heavy metal yang cover lagu Iron Maiden yang dah memang berstatus lagenda ni.antara band yang terlibat seperti Metallica,Dream Theater,Machine Head dan Trivium.sebelum majalah "Kerrang!" melancarkan album ni,mereka telah mengumumkan pertandingan melukis cover album ni dan sesapa yang menang,lukisan pemenang tu akan di jadikan sebagai cover album ni dan mendapat langganan majalah Kerrang! ni selama setahun.dan pemenangnya seorang pelukis dari Bogota,Colombia.seperti gambar di atas yang menunjukkan "angel Eddie" yang dah terbakar.tracklist dalam album ni :

"Prowler" (Black Tide) - 3:53
"Remember Tomorrow" (Metallica) - 5:46
"Flash of the Blade" (Avenged Sevenfold) - 4:00
"2 Minutes to Midnight" (Glamour of the Kill) - 5:38
"The Trooper" (Coheed and Cambria) - 4:22
"Wasted Years" (DevilDriver) - 5:00
"Run to the Hills" (Sign) - 5:07
"To Tame a Land" (Dream Theater) - 7:16
"Caught Somewhere in Time" (Madina Lake) - 4:02
"Wrathchild" (Gallows) - 2:40
"Fear of the Dark" (Fightstar) - 7:13
"Hallowed Be Thy Name" (Machine Head) - 7:26
"Iron Maiden" (Trivium) - 3:42
"Running Free" (Year Long Disaster) - 3:14
"Brave New World" (Ghostlines) - 4:35

Lagu favourite aku,"Remember Tomorrow" dari Metallica,dan lagu "To Tame a Land" dari Dream Theater.ada cerita di sebalik lagu "To Tame a Land" ni..lagu ni sebenarnya berdasarkan dari novel sains fiksyen pada tahun 60 dulu yang bertajuk "Dune".apabila Steve Harris(bassist iron maiden) meminta kebenaran daripada penulis novel ni untuk di jadikan tajuk lagu dan sekaligus untuk mempromosi kan novel "Dune" hasil tulisan Frank Herbert ni,ia di tolak mentah oleh pihak Frank dengan jawapan dari agennya dengan mengatakan Frank Herbert tak suka muzik rock,band rock dan tidak suka band heavy metal Iron Maiden.oleh kerana tak mau melibatkan sebarang karya hakcipta,akhirnya Iron Maiden menukarkan tajuk lagu ni kepada "To Tame a Land".
                                            novel Dune Frank Herbert
Dalam lagu ni jugak terdapat frasa yang berbunyik arab seperti "gom jabbar" "caladan" dan "muad'dib".Dream Theater juga membawakan lagu ni dengan baik sekali.best jugak versi dari Dream Theater ni.
Lagu2 cover yang lain pun best jugak.kalau rasa teringin nak dengar,boleh search lagu2 cover ni kat Youtube.

Monday 21 May 2012

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?" Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?"

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?"
Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.


Rasulullah s. a. w. Bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

Sunday 20 May 2012

Iron Maiden - En Vivo! LP Limited Edition

Last time the cd version,so tonite this LP version.thanks to Warner Music because this limited edition LP is exclusively sale for Malaysian market.with good price,and its a good buy for me.and this package comes with gatefold LP,with 2 picture disc.
The tracklist of this LP has 4 side.2 side for 1st disc,and 2 side for second disc.also features the famous mascot "eddie" on this lp and on the inner sleeves and along shots of the band member.
Lyrics on inner sleeves is very small font.cant read if you're "rabun"..hehe.same as cd and for me lyrics are not important.just sing along with the song when play it on my turntable.haha..
Picture disc.the first one is the picture from Maiden's cd single "The Final Frontier"
The other side picture disc was from "El Dorado" single.its a very nice artwork eddie comes with gigantic alien/predator look alike.
Second disc.the crowd of Santiago stadium at that night and Eddie with jellyfish look alike.why his teeth looks long eh?
Other side of second disc.Bruce Dickinson in action.with high jump and nice lightning on stage.
And finally the gatefold.its the schedule of The Final Frontier world tour for 2010 and 2011 that i missed Maiden konsert at Singapore last year..with picture of alien/predator Eddie hold the globe.
See that date?tuesday 15 february 2012.i've missed that day and crying all night because cant attend Maiden konsert last year..haha..even i already have the ticket and im still keep the ticket for " bikin harta pusaka"..hehe..so,already have the cd and this limited edition LP,and next,waiting for En Vivo! dvd.

Friday 18 May 2012

Iron Maiden - En Vivo! Cd

Baru je beli beberapa hari yang lepas..aku beli dalam 2 versi,satu cd dan lagi satu versi piring hitam.so,hari ni aku nak citer yang cd punya dulu.cd live konsert ni di rakamkan di Chile sewaktu Maiden buat siri jelajah konsert mereka di seluruh dunia pada tahun 2011 yang lalu yang di gelarkan "The Final Frontier World Tour".mereka melakukan tour keliling dunia dalam masa 60 hari.salah satu sebab kenapa Maiden terbitkan cd live kat Santiago,Chile ni,kerana kat sini la konsert mereka yang paling ramai penonton dan jualan tiket sold out pada hari tersebut.
Dalam cd ni,lagu2 semuanya ada yang dari album paling hit mereka pada tahun 2010 yang lalu bertajuk "The Final Frontier" dulu.dan selain tu ada jugak lagu2 dari album mereka yang lepas2,macam lagu "Fear Of The Dark" "Running Free" "2 Minutes To Midnight" dan lagu wajib mereka "The Trooper".
Album ni ada 2 cd.takda yang menarik sangat kat inlay album ni,cuma lirik lagu2 dalam album ni,dan gambar2 anggota2 Maiden beraksi di pentas.
Lagu2 mereka dalam ni kebanyakkan nya aku dah selalu dengar yang versi live,cuma aku lebih teruja dengan lagu2 dari album "Frontier" mereka.antara lagu yang menjadi favourite aku "The Final Frontier" "The Talisman" "Coming Home"dan "When The Wild Wind Blows" (lagu paling panjang dalam album ni).
                             Mr.Andrian Smith a.k.a H my fav guitar hero

Yang tak best nya ialah cover depan album ni,tak cun langsung.taring eddie tu panjang sangat.berbeza dengan album cover Maiden yang lepas2.tapi bunyi audio dalam cd ni memang yang terbaik lah.solo gitar dari Andrian,Janick ngan Dave memang jelas,padat dan penuh.sama jugak dengan bunyi dram Nicko Mcbrain.ketukan dan bunyi double pedal dia best.
                                      Nicko Mcbrain
Semua lagu dalam album ni biasa je,yang menarik pada aku lagu2 baru mereka.cd ngan piring hitam dah dapat,tunggu yang versi DVD pulak.kat sini belum lagi sampai yang versi dvd nya.nanti aku citer yang versi piring hitam pulak eh.

Monday 14 May 2012

Black Metal part 2

Selepas cerita tentang buku Black Metal,malam ni aku nak cerita sikit tentang muzik Black Metal.muzik yang sememangnya gelap,dan berkisarkan dunia kegelapan dan hantu syaitan ni dah mula bertapak di persada muzik antarabangsa sejak pada awal tahun 80an lagi.Frasa "Black Metal" ni mendapat namanya dari tajuk album kumpulan Venom  yang di terbitkan pada tahun 1982.sejak itu muzik black metal ni meletus di seluruh dunia terutama nya di negara2 Scandanavia,seperti  Norway,Poland,Sweden dan Denmark.
Band2 Black Metal ni tumbuh  bagai  cendawan di seluruh Eropah.antara band2 black metal yang dah di kira otai ialah Darkthrone,Mayhem,Burzum,Emperor,Celtic Frost,Marduk dan bermacam2 nama lagi.matlamat mereka cuma satu,ingin menjadi yang terbaik dan menghasilkan muzik yang terbaik,lagu2 dari band2 ni tentulah berkisarkan tentang anti christian,pasal pahlawan Viking,(kebanyakkan band2 Scandanavia ni menjadikan pahlawan Viking sebagai sumber inspirasi mereka)hinggalah kepada pemujaan syaitan.mereka menolak secara total agama kristian yang menjadi anutan di negara mereka,sehingga ada antara mereka yang bertindak lebih ekstrim,dengan membakar gereja2 di kawasan mereka.sungguh pun begitu,Kronos (vocalist Venom) mencela perbuatan mereka ni,kerana menurut Kronos,kumpulan Venom hanya sekadar menyanyi dan meluahkan perasaan melalui lagu saja.tidak bertindak keterlaluan hingga menganggu masyrakat sekeliling.

Antara kisah Black Metal yang kontroversi :
Adam Darski atau lebih di kenali sebagai Nergal adalah icon paling terkenal dan  kontroversi di negara nya Poland.beliau adalah pengasas kumpulan black metal yang bernama "Behemoth".beliau menjadi kontroversi kerana pada tahun 2007,sewaktu konsert Behemoth di Poland,beliau telah mengoyakkan bible,iaitu kitab bagi agama kristian di pentas,ni telah menyebabkan beliau telah di dakwa di mahkamah Poland.(Poland adalah negara yang ramai penduduknya yang mengamalkan ajaran kristian katholik).yang menyebabkan kemarahan rakyat Poland.tetapi dakwaan tersebut telah di gugurkan kepadanya.beliau juga menjadi semakin terkenal kerana menjalinkan hubungan dengan penyanyi pop terkenal Poland iaitu Doda.dan beliau juga telah menjadi juri bagi rancangan realiti tv di Poland.yang kebanyakkan peminat rancangan tersebut tak bersetuju dengan beliau menjadi juri dalam rancangan tu kerana beliau adalah anti kristian dan pemuja syaitan.pada tahun 2010,beliau telah mendapat leukemia dan terselamat dari penyakitnya tu.dan selepas tu beliau sekali lagi menjadi kontroversi kerana telah menjadi cover untuk majalah paling terkenal iaitu Newsweek edisi Poland.
Interview dengan Nergal dalam majalah ni Nergal bercerita tentang visi nya dan mengapa beliau begitu meminati Black Metal.

Kisah kedua :
Impiety.aku tak pernah dengar pun nama band ni dan tak pernah ambik tau pun sebelum ni.sebab utama memang aku tak layan muzik Black Metal.tetapi oleh kerana band ni berasal dari Singapura dan pemuzik dan pengasasnya adalah orang melayu,aku tertarik nak mengetahui kisah band ni.band ni berjaya dan terkenal di seluruh Eropah dan Asia Tenggara,sebut saja nama Impiety,semua peminat2 Black Metal mengenalinya.setelah aku baca mengenai band ni di serata website dan interview mereka di majalah metal,terus terang aku jadi menyampah kat band ni.kerana mereka ni tanpa berselindung mengeji agama islam dan meletakkan agama islam ni setaraf dengan agama2 lain.nama pengasas band ni ialah Ariffin Deen atau di kenali dengan nama Syaithan di kalangan peminat Impiety.Ariffin juga mengeji dan memperlekehkan golongan syahid dan dengan lantang mengeji agama islam dan tak hormat pada agama yang beliau anuti.(mungkin beliau dah murtad)salah satu album Impiety yang bertajuk "Formidonis Nex Cultus" memaparkan gambar kuil,tokong,gereja dan masjid di bakar.beliau juga sudah tidak peduli tentang agama,dan hanya mementingkan kejayaan dalam muzik nya.mungkin salah satu sebab juga mengapa ada antara peminat black metal kat malaysia yang dah terpesong,mungkin kerana terpengaruh dengan band Impiety ni juga.Impiety juga sudah beberapa kali melakukan gig2 di seluruh Malaysia dan di Sabah,Sarawak.dan sambutannya amat menggalakkan..!
         Ariffin @syhaitan no.2 dari kanan.nampak tak rantai salib terbalik yg di pakai tu?

 Kesimpulannya,walau kita minat sesuatu muzik tu janganlah terlampau sangat hingga sanggup mengeji agama sendiri.dan aku sendiri memang tak mendengar muzik yang terlalu ekstrim sebegini.cukup lah dengan sekadar mendengar muzik heavy metal yang bagus,yang berharmoni.biarlah band macam Impiety tu nak terkenal keseluruh dunia ke,yang pasti,aku tidak sekali2 menyokong pemuzik yang megeji agamanya sendiri.dan aku juga harap kawan2 aku jelas dengan penerangan aku,muzik heavy metal yang aku dengar selama ni bukan lah memuja syaitan dan mengeji agama islam kita yang tercinta ni..

Sunday 13 May 2012

Buku Membongkar Kesesatan Black Metal

Buku ni aku beli masa pesta buku kat PWTC tempoh hari.tertarik dengan tajuknya,aku pun beli.banyak kisah2 menarik dalam ni yang telah di tulis oleh Ann Wan Seng (seorang cina muslim).daripada asal usul pemujaan syaitan,hinggalah masuk ke bab muzik black metal dan kisah bagaimana black metal yang pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dulu.setelah aku baca sampai habis,ternyata ada sesetengah fakta dalam buku ni tak berapa tepat.bukanlah niat aku nak mengatakan penulis buku ni tak betul,tapi ada antaranya bercanggah,sepatutnya penulis ni patut melakukan kajian tentang muzik metal ni lebih dalam lagi,dan aku tau bukan senang nak menghasilkan buku sebegini,tetapi penulis sepatutnya lebih peka dengan maklumat terperinci dalam setiap isi buku ni.
Selain dari tu di ceritakan juga kisah2 remaja yang terjebak dalam gejala sosial Black Metal ni.kisah yang pernah berlaku di negeri Kedah dulu.ada di ceritakan juga secara terperinci bagaimana pengikut2 Black Metal ni melakukan ritual dengan membakar Al Quran,melafazkan sumpah janji taat setia kepada ketua nya,dan juga meminum darah kambing hitam?.Selain dari tu ada di terangkan juga kisah band2 Black Metal yang pernah menjadi pujaan remaja2 atau peminat2 black metal ni.bagaimana dan kat mana mereka ni melakukan ritual,melakukan seks bebas,dan juga meminum arak.semua ni di katakan pernah juga berlaku di satu tempat di negeri Kedah.
Antara fakta yang kurang tepat :
-Metallica,Iron Maiden,Judas Priest bukan lah band Black Metal.band ni memainkan muzik heavy metal.senang cakap,muzik heavy yang berharmoni,tak sama dengan muzik black metal yang menggunakan vocal yang keras dan garau (growl)yang sukar di fahami sebutannya(kena tengok lirik kat cover album baru paham).dan lirik lagu bagi band2 heavy metal selalunya mengisahkan tentang peperangan,penyakit,pasal kemanusiaan dan juga tentang isu semasa.jika di lihat pada lagu nya memang tidak ada yang berunsurkan memuja setan.cuba dengar lagu dari Metallica seperti "One" (kisah seorang askar yang telah kehilangan anggota badan nya)"Master Of Puppets" (lagu tentang bahayanya dadah) dan juga lagu "Fuel" (lagu tentang minyak petrol).dan muzik mereka lebih berharmoni bukan macam black metal yang muziknya lebih keras dan bingit.
-Majalah Metal Hammer bukan lah majalah memuja syaitan,majalah tersebut ialah majalah muzik khas untuk peminat2 heavy metal seluruh dunia..ni boleh tengok kat review majalah Metal Hammer yang aku penah buat yang lepas2.

Aku sendiri pun tak dengar muzik yang berunsurkan Black Metal ni,dengan muzik yang bising,dengan suara yang macam tersekat kat kerongkong,lirik2 lagu nya memang mengisahkan tentang setan dan pemujaan syaitan.jikalau anda peminat black metal sekali pun.dengar saja,jangan terpengaruh dah la.situasi nya sama je dengan kita mendengar muzik pop.(muzik pop ada juga lirik nya yg berbaur seks).
Kesimpulannya,kalau nak dengar muzik,dengarkan muzik yang bagus.kalau nak layan heavy metal pun,dengar heavy metal yang bagus.banyak band2 yang memainkan lagu heavy yang takda kena mengena dengan memuja syaitan ni.tu pada pandangan aku lah.tapi terpulang pada halwa telinga masing2 la kan.

Pada sesiapa yang nak tau apa itu Black Metal,boleh la baca buku ni,cuma ada setengah fakta yang kurang tepat (maaf sekali lagi aku tak bermaksud nak mengondemkan penulis ni)selain banyak salah ejaan dalam buku ni,anda juga boleh mengetahui kisah2 asal usul bagaimana syaitan di telah di puja oleh orang zaman dahulu dan jadi tradisi turun temurun sampai la sekarang..

P/S : Walaupun buku ni membongkar kesesatan Black Metal,sepatutnya cover depan dia tu tak boleh la letak gambar bintang bebucu 3 tu.bukan ke lambang pentagram memuja syaitan tu?terpulang pada anda,tepuk dada tanya selera

Saturday 12 May 2012

Devil's Double Movie

                                     klik gambar untuk imej lebih besar

Berdasarkan kisah benar tentang dan dari buku hasil kisah hidup Latif Yahia di waktu pemerintahan Saddam Hussien di Iraq.filem ni di arahkan oleh Lee Tamahori yang sebelum ni penah mengarahkan filem James Bond "Die Another Day" dan filem XXX "state of the Union".dvd movie ni dah lama ada dalam simpanan aku kat rumah ni tapi belum kesempatan nak tengok.sehinggalah housemate aku cakap movie ni best.filem ni mengisahkan Latif Yahia,seorang askar Iraq yang telah di paksa menjadi "body double" kepada anak Saddam Hussien iaitu Uday.Uday ni ialah satu2nya anak kesayangan Saddam yang suka berfoya2 dan kaki perempuan.bila Latif menolak untuk menjadi double body kepada Uday ni,beliau telah di siksa selama beberapa hari supaya menurut kehendak pegawai2 Iraq tersebut..sehinggalah beliau di ugut kalau tak nak jadi double untuk Uday ni,seluruh keluarga beliau akan di bunuh.terpaksa lah Latif ni mengikut kehendak Uday ni.tujuan Uday mahukan penyamaran diri dia sebab utama beliau ni banyak musuh dan jugak selalu dapat ugutan bunuh dan cubaan membunuhnya dari perisik US dan jugak rakyat iraq sendiri.kerana sikap dan perangai Uday ni tidak di sukai oleh rakyat Iraq.
Latif jugak terpaksa meniru perangai Uday yang suka berfoya2 dan kaki prempuan tu,walau pun Latif sebenarnya sudah berkahwin dan enggan  berbuat demikian.Kisah cerita ni sewaktu berlaku ketengangan antara Iraq dan Kuwait yang mana akhirnya berlaku perang teluk pada tahun 1991 dulu.akhirnya,teman wanita Uday jatuh cinta kat Latif dan mereka melarikan diri dari Iraq yang mana menimbulkan kemarahan Uday.pada anda yang suka movie berdasarkan dari kisah benar,boleh layan movie ni..memang best.

Antara yang best dalam movie ni ialah :
-Selain Uday Hussien,Saddam Hussien juga mempunyai body double yang pegawai2 tertinggi Iraq pun susah untuk mengetahui yang mana satu betul,yang mana satu palsu.ada satu babak di tunjukkan Saddam sedang bermain tennis dengan body double nya.
-Bini Saddam jugak ada body double,sewaktu babak Uday melihat Latif (yang menyamar menjadi Uday)bagi kata2 semangat kat tentera iraq sebelum berperang dengan askar Kuwait,Uday menyaksikannya di kaca televisyen sambil di temani perempuan yang dia panggil ibu nya,tapi sebenarnya ialah body double ibu nya.
-Ada satu babak Uday berpusing2 di pusat bandar Iraq dengan kereta mewah nya,mencari perempuan cantik,sesiapa yang ingkar yang tak mau ikut dia,akan di bunuh serta merta.mana2 perempuan yang dia nak akan segera di bawa oleh balachi2 beliau,termasuk la budak2 sekolah.ini tidak di sukai oleh Latif.
-Uday di tembak oleh Latif di bahagian sulitnya yang menyebabkan Uday lumpuh seumur hidup dan beliau di bunuh oleh tentera Amerika pada tahun 2003 ketika Amerika menyerang Iraq.
-Hanya seorang sahaja pegawai tertinggi Iraq yang mengetahui yang mana satu Uday dan mana satu Latif,dan beliau amat menyayangi Latif dan sangat mengambil berat kat Latif walau dia sebenarnya memang tidak menyukai Uday dan sistem pemerintahan di Iraq pada waktu tu.
-Latif juga di berikan kebebasan untuk menggunakan barang2 mewah kepunyaan Uday,dari pakaian hinggalah ke kereta mewah nya.

Filem ni boleh la aku bagi 2 bintang.seperti yang kita tau kalau filem berdasarkan kisah benar yang di buat oleh barat tak semestinya seratus peratus betul kan?anda boleh tengok dan nilaikan sendiri..
                                             Devils Double Trailer

Wednesday 9 May 2012

Bruce Air (Bruce Dickinson Of Iron Maiden)

Bruce Dickinson has launched an aircraft maintenance business, Cardiff Aviation Ltd, which will be based at the Twin Peaks Hangar at St Athan, Vale of Glamorgan in Wales, United Kingdom. Dickinson , a qualified commercial pilot, and his company is leasing the 132,000 square-foot hangar from the Welsh government.

Cardiff Aviation will maintain airliners and other large aircraft for major and independent airlines. It will also have facilities to complete the full range of ancillary aircraft maintenance and training activities and has the expertise and approvals to certify aircraft from many jurisdictions, including the USA.Commented Dickinson: "We're coming into this enterprise with the knowledge that we'll also be bringing business to south Wales.South Wales has long had an association with the aircraft industry and I am delighted that I am able to have a small part in the continuation of that tradition."

Bruce Dickinson is a multi talent artist.he was the lead singer of Iron Maiden,director,script writer,and a pilot for boeing 747 a.k.a "Ed Force One"
                                     captain Bruce Dickinson