Monday 28 May 2012

Majalah Sinema Malaysia

Majalah ni aku dapat free masa aku singgah di booth Finas semasa pesta buku antarabangsa di Pwtc tempoh hari.dengan cover depannya ialah tajuk "Rising Sun Over Malaya" dokumentari terbitan Finas sendiri.banyak buku2 menarik masa aku jenguk kat booth Finas tu,tetapi masa tak mengizinkan aku nak jenguk lama pasal banyak agenda lain masa tu.terima kasih kepada pihak Finas kerana beri majalah ni.walaupun nipis,hanya setebal 60 mukasurat,tapi info di dalamnya amat menarik,ringkas dan padat.
Bukak je bahagian dalam,terdapat juga promo senarai buku terbitan Finas seperti biografi pelakon Dato Jins Shamsudin,buku2 filem klasik zaman hitam putih dulu,dan juga buku Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.di sertakan juga borang order untuk membeli buku2 ni secara pos.
Info tentang American Film Market 2011 yang lalu,yang berlangsung kat US tempoh hari.penyertaan dari 70 buah negara termasuk Malaysia.aktivitinya ialah urusan jual beli lesen filem cereka,tayangan filem pendek,seminar,dan rangkaian perniagaan berkaitan filem.4 syarikat produksi tempatan ada juga menyertai seminar ni..dan lagi satu ialah Festival Global Kwn Hollywood 2011 atau dengan nama penuh nya Kid Witness News.iaitu pertandingan menghasilkan filem pendek untuk pelajar2 sekolah.lebih 200 sekolah yang terpilih dari seluruh dunia berhimpun kat sini..dan salah seorang juri professional bagi pertandingan ni ialah Othman Hafsham seorang pengarah filem dan orang kuat Cinematic Sdn.Bhd (yang pernah hit dengan komedi "pi mai pi mai tang tu" yang pernah di tayangkan kat TV3 dulu)
Yang ni pulak artikel inggeris tentang nasib filem Malaysia yang tenggelam timbul.aku suka baca artikel ni,artikel yang paling menarik tentang nasib industri filem di Malaysia.artikel yang sangat jujur.
Ni pulak fenomena filem yang di angkat dari novel ke filem.tajuk perkahwinan popular tu maksud nya gabungan sastera dalam penulisan novel dengan filem..baru aku tau rupanya jualan tiket bagi movie Ombak Rindu mengatasi filem Kl Gangster yang mencapai kutipan Rm 12.5 juta..! walau macam mana pun filem ni tetap tak menarik perhatian aku..haha.(mat metal mana layan movie jiwang macam ni weh..tak sesuai!..haha)
Gambar2 sekitar Festival Filem Malaysia(FFM) yang ke 24 dan juga Festival Dokumentari Finas.klik gambar kalau nak tengok imej lagi besar.
Festival Filem Fajr Di Tehran.filem2 yang berunsur islamik dan dakwah yang di anjurkan oleh negara Tehran.apa yang menarik dalam info yang aku baca ni,ia tidak di penuhi dengan glamour,pelakon dan pengarah kat sini tak berlagak,takda pakaian glamour yang menjolok mata,pelakon kelas A di sana tetap bergaul dengan khalayak ramai seperti biasa,tak berlagak macam superstar lah.satu contoh yang baik.
Shorts Film Festival atau pun Festival Filem Pendek dari bakat2 muda yang terpendam.korang boleh tengok filem2 pendek buatan anak Malaysia ni kat Youtube.
Artikel tentang filem bergenre seram.berfaedah ke tak?pada aku kalau dah terlampau banyak sangat di sogokkan dengan citer seram je,tak berkembang la industri filem kat Malaysia ni.dah la drama kat tv pun skang ni selalu main drama seram je.elok jadi seram,terus jadi menyampah..haha..
Preview dokumentari Rising Sun Over Malaya.kisah dokumentari tentang penaklukan Jepun ketika perang dunia ke 2 dulu.aku cari jugak dvd dia ni tapi tak jumpa pun.
Last sekali,artikel tentang B.S Rajhans seorang pengarah yang di segani ketika zaman kegemilangan filem melayu di Singapura dulu.aku suka baca artikel ni.baru la aku tau dia ni la yang jumpa bakat P.ramlee semasa beliau melihat persembahan P.ramlee kat penang dulu,offer P.ramlee berlakon,and the rest is history..beliau berasal dari India,dan sebelum menjejakkan kaki di Singapura,beliau memang dah jadi pengarah yang berjaya di negaranya India dan pengarah yang termuda sekali di dalam industri filem India pada masa tu.
Masa kat India je dah berpuluh filem beliau jadi director.dan filem melayu pertama di bawah arahan beliau adalah "Leila Majnun".dan selain dari tu berpuluh2 filem melayu yang menjadi hit di bawah arahan beliau seperti "Rachun Dunia""Mutiara" "Singapura Di Waktu Malam" "Dewi Murni" "Berdosa" "Pisau Berachun" dan juga "Seruan Merdeka".filem2 beliau juga telah mengangkat nama pelakon2 hebat pada masa tu seperti Kasma Booty,Siput Srawak,M.Amin dan juga Salleh Ghani.
Aku percaya,kalau Finas tak keluarkan artikel ni mesti pelakon2 zaman sekarang ni tak tau sapa kah pengarah hebat ni yang pernah mengangkat filem melayu yang hebat pada masa lalu.no wonderlah filem2 melayu dulu mesti ada part nyanyi2 kan,rupanya stail arahan B.S Rajhans ni memang dah lama beliau buat sewaktu mengarah filem di India dulu.kan filem2 india mesti ada nyanyi2 dan joget2kan?sebab tu la filem melayu dulu macam tu..hehe.terima kasih BS Rajhans..beliau memang layak di gelar lagenda dalam seni filem melayu..
Napa Finas tanak terbitkan majalah ni setiap bulan macam majalah yang lain tu kan?aku mesti beli punya..

No comments:

Post a Comment