Thursday, 31 May 2012

Darjat

Pernah tonton filem lakonan allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang bertajuk "Antara Dua Darjat"?.filem yang mengisahkan percintaan antara golongan kaya dan miskin yang di tentang hebat oleh keluarga si kaya,si miskin di hina terus menerus.filem tu bukan sahaja membuka mata dan minda masyrakat kita tentang 2 golongan ni,tetapi telah wujud satu perbezaan golongan sejak dahulu lagi,atau lebih tepat lagi di panggil "Darjat".manusia bila dah berada di atas seringkali lupa diri,bila dah kaya,duit dah menimbun2 mula la lupa diri dan bongkak(tak semua orang begitu)tetapi senario ni dah sinonim dengan kehidupan kita.biasanya golongan ni akan berkawan dengan kroni2nya yang kaya raya jugak.dan mereka memandang golongan yang kedua ni,iaitu golongan yang kurang berada ni hanya sebelah mata.
Cerita pasal darjat ni,di negara India,di panggil "kasta". ini masih lagi di amalkan oleh penduduk di sana,si kaya atau anak orang2 kaya di sana,di larang sama sekali bergaul,memandang,malah bercakap walau sepatah perkataan pun dengan golongan miskin di sana.mereka menganggap golongan miskin seperti parasit yang meyusahkan mereka.di sana juga,di kasta kan mengikut warna kulit dan pekerjaan.
-Brahmin(berkulit putih) bekerja sebagai guru dan paderi
-Ksatriya(berkulit merah) pendekar dan pemerintah
-Vaisya(berkulit coklat) bekerja sebagai petani,pedagang dan pelukis.
-Sudra(berkulit hitam)berkerja sebagai buruh
-Pariah(juga berkulit hitam gelap)bekerja sebagai buruh kasar
 Selain India, sistem ini wujud di negara-negara lain juga. di Afrika Selatan misalnya sewaktu era Aparteid penduduk berkulit putih dianggap lebih baik  berbanding masyarakat bukan kulit putih. di Jepun pula masyarakatnya yang menetap di Amerika Selatan dipandang rendah dan sukar mendapat kerakyatan di negara sendiri. manakala, sewaktu pemerintahan Adolf Hitler, rakyat Jerman berbangsa Yahudi disisihkan dan dianggap sebagai kelas kedua. kebanyakan sistem kasta pada abad ke-20 ini adalah rekaan manusia semata-mata untuk menunjukkan kebencian terhadap sesuatu bangsa, agama atau keturunan.di Malaysia,pada era sebelum perang dunia ke-2 dulu telah wujud "darjat" ni.golongan kaya pada masa tu di panggil "Bangsawan" dan golongan ni sering mengganggap mereka jauh lebih baik,bijak dan kaya berbanding golongan yang kurang berada.dan biasanya golongan kedua ni mereka gunakan untuk kerja2 di ladang dan kebun mereka yang berekar2 tu,ada yang kerja membersihkan kawasan rumah,membasuh kain baju,tukang kebun malah ada yang kerjanya mengangkut najis setiap masa!(masa tu IndahWater mana ada lagi).mereka hanya di bayar upah(bukan gaji) yang sedikit.mereka langsung tak menghargai titik peluh golongan ni yang bertungkus lumus berkerja demi mencari sesuap nasi.
Seorang teman pernah bercerita kat aku,(member aku ni keja security guard kat kondo mewah)hanya kerana dia ni lewat beberapa saat je nak bukak gate,dia dah kena maki dengan seorang lelaki "mewah" ni..tapi member aku cool je,sebab dia tahu,kalau dia layan orang macam ni atau dia bertekak dengan lelaki tu pun,tetap takkan selesai masalah,kerana dia sendiri tau,dia hanya bekeja sebagai "pak guard" je yang hanya di pandang sebelah mata oleh lelaki tersebut.dan beliau cerita lagi,tak semua golongan kaya macam tu,kadang2 dia dapat jugak makanan sedap2 yang penghuni2 kondo tu kasi kat dia.dan beliau masih lagi bekerja di kondo tersebut sampai lah sekarang.
Kenapa manusia telah wujudkan undang2 darjat sebegini?jawapannya mudah.kerana WANG.duitlah yang  menjadi punca segala2nya.kadang aku terfikir,golongan ni sebenarnya ke yang jadi hamba duit?atau orang yang bertaraf sederhana ni yang jadi hamba duit?sebab tu kadang manusia ni bila dia dah mewah,mereka akan lupa diri.sebabnya,apa saja yang nak boleh dapat.pada aku,tak kira lah kau berdarjat ke,kaya ke,miskin ke,yang pasti bersyukurlah dengan apa yang ada kan..dan buat golongan ni,aku tak heran langsung dengan kekayaan korang,takda apa2 makna bagi aku..lain la kalau korang ni mati boleh bawak harta korang tu masuk kubur sekali kan?
Kesimpulannya,apa ada pada darjat,nama,dan harta kalau dah tak bernyawa?

No comments:

Post a Comment