Saturday, 12 May 2012

Devil's Double Movie

                                     klik gambar untuk imej lebih besar

Berdasarkan kisah benar tentang dan dari buku hasil kisah hidup Latif Yahia di waktu pemerintahan Saddam Hussien di Iraq.filem ni di arahkan oleh Lee Tamahori yang sebelum ni penah mengarahkan filem James Bond "Die Another Day" dan filem XXX "state of the Union".dvd movie ni dah lama ada dalam simpanan aku kat rumah ni tapi belum kesempatan nak tengok.sehinggalah housemate aku cakap movie ni best.filem ni mengisahkan Latif Yahia,seorang askar Iraq yang telah di paksa menjadi "body double" kepada anak Saddam Hussien iaitu Uday.Uday ni ialah satu2nya anak kesayangan Saddam yang suka berfoya2 dan kaki perempuan.bila Latif menolak untuk menjadi double body kepada Uday ni,beliau telah di siksa selama beberapa hari supaya menurut kehendak pegawai2 Iraq tersebut..sehinggalah beliau di ugut kalau tak nak jadi double untuk Uday ni,seluruh keluarga beliau akan di bunuh.terpaksa lah Latif ni mengikut kehendak Uday ni.tujuan Uday mahukan penyamaran diri dia sebab utama beliau ni banyak musuh dan jugak selalu dapat ugutan bunuh dan cubaan membunuhnya dari perisik US dan jugak rakyat iraq sendiri.kerana sikap dan perangai Uday ni tidak di sukai oleh rakyat Iraq.
Latif jugak terpaksa meniru perangai Uday yang suka berfoya2 dan kaki prempuan tu,walau pun Latif sebenarnya sudah berkahwin dan enggan  berbuat demikian.Kisah cerita ni sewaktu berlaku ketengangan antara Iraq dan Kuwait yang mana akhirnya berlaku perang teluk pada tahun 1991 dulu.akhirnya,teman wanita Uday jatuh cinta kat Latif dan mereka melarikan diri dari Iraq yang mana menimbulkan kemarahan Uday.pada anda yang suka movie berdasarkan dari kisah benar,boleh layan movie ni..memang best.

Antara yang best dalam movie ni ialah :
-Selain Uday Hussien,Saddam Hussien juga mempunyai body double yang pegawai2 tertinggi Iraq pun susah untuk mengetahui yang mana satu betul,yang mana satu palsu.ada satu babak di tunjukkan Saddam sedang bermain tennis dengan body double nya.
-Bini Saddam jugak ada body double,sewaktu babak Uday melihat Latif (yang menyamar menjadi Uday)bagi kata2 semangat kat tentera iraq sebelum berperang dengan askar Kuwait,Uday menyaksikannya di kaca televisyen sambil di temani perempuan yang dia panggil ibu nya,tapi sebenarnya ialah body double ibu nya.
-Ada satu babak Uday berpusing2 di pusat bandar Iraq dengan kereta mewah nya,mencari perempuan cantik,sesiapa yang ingkar yang tak mau ikut dia,akan di bunuh serta merta.mana2 perempuan yang dia nak akan segera di bawa oleh balachi2 beliau,termasuk la budak2 sekolah.ini tidak di sukai oleh Latif.
-Uday di tembak oleh Latif di bahagian sulitnya yang menyebabkan Uday lumpuh seumur hidup dan beliau di bunuh oleh tentera Amerika pada tahun 2003 ketika Amerika menyerang Iraq.
-Hanya seorang sahaja pegawai tertinggi Iraq yang mengetahui yang mana satu Uday dan mana satu Latif,dan beliau amat menyayangi Latif dan sangat mengambil berat kat Latif walau dia sebenarnya memang tidak menyukai Uday dan sistem pemerintahan di Iraq pada waktu tu.
-Latif juga di berikan kebebasan untuk menggunakan barang2 mewah kepunyaan Uday,dari pakaian hinggalah ke kereta mewah nya.

Filem ni boleh la aku bagi 2 bintang.seperti yang kita tau kalau filem berdasarkan kisah benar yang di buat oleh barat tak semestinya seratus peratus betul kan?anda boleh tengok dan nilaikan sendiri..
                                             Devils Double Trailer

No comments:

Post a Comment