Isu kali ni sempena ulang tahun Metallica yang ke 30,dan jugak ulang tahun album Metallica yang paling terbaik yang juga membawa muzik heavy metal ke arena mainstream,iaitu album "Black". album yang dah berusia 20 tahun ni akan menyambut ulang tahun nya jugak di festival Download nanti.Metallica akan " memainkan kesemua lagu dalam list album "Black" ni.memang best la.ada jugak lagu2 dari Black album yang tak pernah Metallica mainkan secara live.lagi best kalo Metallica record dan keluarkan dalam bentuk cd/dvd macam "The Big Four" dulu..
Metallica menceritakan kisah suka duka penubuhan mereka sepanjang 30 tahun,tentang album Black yang dah jadi klasik album,dan jugak sambutan ulang tahun konsert mereka di San Francisco baru2 ni.
gambar2 nostalgia Metallica di tahun 90an,aku suka Metallica pada waktu ni,masa ni suara Hetfield pun tengah power,time dia jerit tu yang best.gambar2 ni masa zaman Metallica buat tour seluruh dunia pada tahun 90an dulu.
Cerita konsert kat San Francisco,ramai artis undangan yang Metallica jemput masa ni.ada Jason Newsted (bekas pemain bass metallica),Ozzy Osbourne (Black Sabbath)Rob Halford (Judas Priest)Dave Mustaine (Megadeth) King Diamond dan ramai lagi..
Ada jugak citer dari Rick Rubin,penerbit metal yang menerbitkan album Metallica "Death Magnetic" tahun 2008 dulu.
5 album yang di terbitkan oleh rick rubin yg dah jadi klasik
Selain dari tu,isu ni juga lebih tertumpu kepada band2 otai yang dah lama menyepikan diri macam Over Kill dan Killing Joke
Killing Joke adalah band heavy "otai" yang menjadi inspirasi banyak band2 metal,antara nya Metallica.dan Metallica pernah jugak cover lagu dari band Killing Joke ni.dan Killing Joke juga baru meriliskan album terbaru nya.
Thrash veteran Over Kill
Over Kill juga akan mengeluarkan album terbaru nya tak lama lagi..memang otai band ni,masa aku sekolah menengah dulu,senior2 aku ada lekatkan sticker Over Kill ni kat beg sekolah la,kat buku teks la dengan siap ada badge Over Kill lagi..hehe
Band Metal epic ni jugak kembali.iaitu Manowar.Manowar bercerita tentang album terbaru nya,dan juga bagai mana pelakon Slyvester Stallone (Rambo,The Expandables)meminati band ni dan menjadi kawan rapat dengan anggota2 Manowar ni.
Selain dari tu,bulan ni ada inteview dengan Angela Gossow (Arch Enemy baru je buat konsert kat sini penghujung april lepas) tentang album2 kegemaran beliau.
album2 kegemarannya ialah Anthrax,Slayer,Obituary,Testament dan Michael Jackson? Lulu?(album kolabrasi Metallica dan Lou Reed,album paling hampeh).Selain dari tu,ada cerita icon lagenda dalam dunia muzik heavy metal.siapa lagi kalau tak bukan Ronnie James Dio.
Sejak kematian beliau.berbagai majalah,artis,wartawan bagi perhormatan kat beliau ni.anda bukan lah mat metal kalau tak kenal sapa mamat ni.lagu "Holy Diver" yang menjadi kegilaan mat2 rock kapak pada zaman 80an dulu.
Di senaraikan jugak antara album2 tebaik RJD yang harus di miliki.Metal Hammer isu may ni boleh tahan best jugak la..berbaloi jugak beli isu ni.takda la boring sangat pasal banyak cerita band2 otai yang dah jadi lagenda.
P/s : ada yang cakap majalah Metal Hammer ni majalah setan dan memuja setan?cuba tengok gambar dan artikel kat dalam ni,ada ke yang memuja setan?majalah ni adalah majalah muzik,jangan suka menilai aku dari luaran ya.aku bukan syirik.lain kali tengok dulu sebelum menilainya..ada pahammm??
No comments:
Post a Comment