Monday, 14 May 2012

Black Metal part 2

Selepas cerita tentang buku Black Metal,malam ni aku nak cerita sikit tentang muzik Black Metal.muzik yang sememangnya gelap,dan berkisarkan dunia kegelapan dan hantu syaitan ni dah mula bertapak di persada muzik antarabangsa sejak pada awal tahun 80an lagi.Frasa "Black Metal" ni mendapat namanya dari tajuk album kumpulan Venom  yang di terbitkan pada tahun 1982.sejak itu muzik black metal ni meletus di seluruh dunia terutama nya di negara2 Scandanavia,seperti  Norway,Poland,Sweden dan Denmark.
Band2 Black Metal ni tumbuh  bagai  cendawan di seluruh Eropah.antara band2 black metal yang dah di kira otai ialah Darkthrone,Mayhem,Burzum,Emperor,Celtic Frost,Marduk dan bermacam2 nama lagi.matlamat mereka cuma satu,ingin menjadi yang terbaik dan menghasilkan muzik yang terbaik,lagu2 dari band2 ni tentulah berkisarkan tentang anti christian,pasal pahlawan Viking,(kebanyakkan band2 Scandanavia ni menjadikan pahlawan Viking sebagai sumber inspirasi mereka)hinggalah kepada pemujaan syaitan.mereka menolak secara total agama kristian yang menjadi anutan di negara mereka,sehingga ada antara mereka yang bertindak lebih ekstrim,dengan membakar gereja2 di kawasan mereka.sungguh pun begitu,Kronos (vocalist Venom) mencela perbuatan mereka ni,kerana menurut Kronos,kumpulan Venom hanya sekadar menyanyi dan meluahkan perasaan melalui lagu saja.tidak bertindak keterlaluan hingga menganggu masyrakat sekeliling.

Antara kisah Black Metal yang kontroversi :
Adam Darski atau lebih di kenali sebagai Nergal adalah icon paling terkenal dan  kontroversi di negara nya Poland.beliau adalah pengasas kumpulan black metal yang bernama "Behemoth".beliau menjadi kontroversi kerana pada tahun 2007,sewaktu konsert Behemoth di Poland,beliau telah mengoyakkan bible,iaitu kitab bagi agama kristian di pentas,ni telah menyebabkan beliau telah di dakwa di mahkamah Poland.(Poland adalah negara yang ramai penduduknya yang mengamalkan ajaran kristian katholik).yang menyebabkan kemarahan rakyat Poland.tetapi dakwaan tersebut telah di gugurkan kepadanya.beliau juga menjadi semakin terkenal kerana menjalinkan hubungan dengan penyanyi pop terkenal Poland iaitu Doda.dan beliau juga telah menjadi juri bagi rancangan realiti tv di Poland.yang kebanyakkan peminat rancangan tersebut tak bersetuju dengan beliau menjadi juri dalam rancangan tu kerana beliau adalah anti kristian dan pemuja syaitan.pada tahun 2010,beliau telah mendapat leukemia dan terselamat dari penyakitnya tu.dan selepas tu beliau sekali lagi menjadi kontroversi kerana telah menjadi cover untuk majalah paling terkenal iaitu Newsweek edisi Poland.
Interview dengan Nergal dalam majalah ni Nergal bercerita tentang visi nya dan mengapa beliau begitu meminati Black Metal.

Kisah kedua :
Impiety.aku tak pernah dengar pun nama band ni dan tak pernah ambik tau pun sebelum ni.sebab utama memang aku tak layan muzik Black Metal.tetapi oleh kerana band ni berasal dari Singapura dan pemuzik dan pengasasnya adalah orang melayu,aku tertarik nak mengetahui kisah band ni.band ni berjaya dan terkenal di seluruh Eropah dan Asia Tenggara,sebut saja nama Impiety,semua peminat2 Black Metal mengenalinya.setelah aku baca mengenai band ni di serata website dan interview mereka di majalah metal,terus terang aku jadi menyampah kat band ni.kerana mereka ni tanpa berselindung mengeji agama islam dan meletakkan agama islam ni setaraf dengan agama2 lain.nama pengasas band ni ialah Ariffin Deen atau di kenali dengan nama Syaithan di kalangan peminat Impiety.Ariffin juga mengeji dan memperlekehkan golongan syahid dan dengan lantang mengeji agama islam dan tak hormat pada agama yang beliau anuti.(mungkin beliau dah murtad)salah satu album Impiety yang bertajuk "Formidonis Nex Cultus" memaparkan gambar kuil,tokong,gereja dan masjid di bakar.beliau juga sudah tidak peduli tentang agama,dan hanya mementingkan kejayaan dalam muzik nya.mungkin salah satu sebab juga mengapa ada antara peminat black metal kat malaysia yang dah terpesong,mungkin kerana terpengaruh dengan band Impiety ni juga.Impiety juga sudah beberapa kali melakukan gig2 di seluruh Malaysia dan di Sabah,Sarawak.dan sambutannya amat menggalakkan..!
         Ariffin @syhaitan no.2 dari kanan.nampak tak rantai salib terbalik yg di pakai tu?

 Kesimpulannya,walau kita minat sesuatu muzik tu janganlah terlampau sangat hingga sanggup mengeji agama sendiri.dan aku sendiri memang tak mendengar muzik yang terlalu ekstrim sebegini.cukup lah dengan sekadar mendengar muzik heavy metal yang bagus,yang berharmoni.biarlah band macam Impiety tu nak terkenal keseluruh dunia ke,yang pasti,aku tidak sekali2 menyokong pemuzik yang megeji agamanya sendiri.dan aku juga harap kawan2 aku jelas dengan penerangan aku,muzik heavy metal yang aku dengar selama ni bukan lah memuja syaitan dan mengeji agama islam kita yang tercinta ni..

1 comment:

  1. I am with you bro. Minat extreme metal tp sekadar minat muzik dan x lebih dari itu. Aqidah pasti kita utamakan. Tahniah bro.

    ReplyDelete