Ada 2 cd,cd yang pertama adalah konsert live Maiden dengan kualiti gambar HD.merakamkan setiap pegerakkan anggota Maiden sendiri.yang paling agresif malam tu ialah Bruce(vokal) dan Janick(gitar).melompat,berlari2 keliling pentas,Janick pusing2kan gitar dia,buat lawak kat penonton,Andrian(gitar)dan Dave(gitar) hanya berdiri sambil memainkan riff2 dan solo klasik lagu Maiden,Nicko pulak sibuk dengan hentakkan dramnya..masa nak sampaikan lagu "Blood Brothers",Bruce meluahkan rasa simpati kat mangsa2 tsunami kat jepun yang menyebabkan 2 konsert Maiden terpaksa di batalkan kat sana.lepas tu Bruce cakap lagi "it doesnt matter if u are male,female,muslim,christian,hindu,and jewish,as long as u are Maiden fan,we are family in the whole world" statement yang sangat bermakna..
Yang ni pulak pamplet yang ada dalam dvd ni.gambar2 konsert dengan senarai lagu dalam dvd ni je.sama macam dalam cd/lp jugak.
Jadual/tarikh konsert Maiden pada tahun lepas pun ada jugak kat dalam ni.ok,cerita yang disc ke 2 pulak."Behind The Beast".cerita di sebalik tabir sewaktu pembikinan konsert ni,dari Rusia sampai la ke Amerika selatan.
-Masa kat Singapore,ada jugak la nampak bebudak melayu keja untuk konsert tu,diorang ni setting pentas,pasang tu,pasang ni,ok la jugak kan mungkin bebudak ni buat part time,dapat la jugak side income.masa konsert,penonton dari Sabah/Sarawak siap dengan banner "North Borneo Trooper" pun ada dalam dokumentari ni.untung la dapat masuk dalam video dokumentari ni.mesti bangga gile bebudak tu..haha..
-Kat Indonesia,maiden menghadapi masalah dengan sistem elektrik di tempat konsert,semua peralatan dan sistem letrik kat situ nampak usang.tapi nasib baik dapat di selesaikan dengan baik.masa sebelum konsert,krew maiden siap ambik gambar peminat2 maiden ni tengah menunaikan solat dengan imam nya pun peminat maiden jugak..! lagi satu ada tunjuk jugak gambar cewek2 indon yang bertudung dengan tshirt Iron Maiden.dasattt..haha.di Bali pulak,konsert Maiden kat sana macam tak happening je.penonton pun macam tak ramai je.
-Australia,Maiden melakukan 4 konsert kan sini sempena "Soundwave Festival" festival ni memang ada kat Australia setiap tahun pada bulan febuari.lebih kurang macam festival Woodstock dengan Rock In Rio lah.masa ni jugak Andrian Smith sambut hari jadi beliau yang ke 55 tahun.
Selain dari tu cerita bagaimana krew2 iron maiden ni kerja yang tak tentu masa,ada yang kurang tido,ada yg jetlag,pasal kerap berubah zon masa.betapa semangat kerja dan bertungkus lumus krew2 diorang ni.dan yang paling menarik,rupa2 nya gitar technician untuk Iron Maiden ni rupa nya 3 orang..aku ingat sorang je.Dave,Janick dan Andrian mempunyai technician gitar masing2,patut la bunyi pun lain2.selain dari tu cerita pasal kapal terbang boieng 747 yang dah di ubahsuai untuk mengisi peralatan konsert dan jugak untuk bawak krew2 konsert.dan kapal terbang ni di pandu sendiri oleh Bruce Dickinson(vokal)sama macam mereka melakukan "Somewhere Back In Time World Tour" pada tahun 2008 dulu..
Akhirnya dah complete dah En Vivo! aku.ada cd,piring hitam dan dvd.hehe..
terbaik bro..
ReplyDeleterasa mcm nak beli pula hehe