Thursday 31 July 2014

This Is Your Life - RJD Tribute Versi LP

Untuk versi cd nya boleh tengok kat sini http://xyruszone.blogspot.com/2014/05/rjd-this-is-your-life-tribute-to-ronnie.html

Apa macam korang punya raya?ok?seronok?aku raya secara sederhana je lah macam aku cakap sebelum ni.anyway,ni aku punya rekod raya..heheh..




Apa yang menarik,walaupun double lp,harganya tak sampai 100 ringgit pun,memang berbaloi la harga lp baru macam ni..

songlist side A,B,C,dan D

gatefold


sebelah kiri


Layan gambar je la yek..


sebelah kanan




Piring merah menyala..mungkin sebab semua royalti album ni terus ke Stand Out And Shout Cancer Fund (yang di miliki oleh RJD) sebab tu piringnya warna merah kot?
Tu jelah gambar yang ada..heheh..untuk ulasan panjang dan terperinci boleh tengok versi Jepun kepunyaan abang Deaf kita di sini : http://deaf-angel.blogspot.com/2014/04/this-is-your-life-japanese-version.html

Saturday 26 July 2014

Salam Aidilfitri 2014



Ketika entri ini di tulis,mungkin ada antara korang semua yang dah ada kat kampung,yang dalam perjalanan nak balik kampung,atau ada yang baru nak mulakan perjalanan balik kampung selepas bersahur nanti.pada yang akan memulakan perjalanan nak balik kampung tu,berhati2 lah ketika memandu.biar lambat asal selamat.

Takda apa nak cakap pun cuma aku ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada :

-Rakan2 blog yang selalu singgah dan komen kat blog aku ni.kalau ada terlanjur kata,terlanjur komen yang mengguris perasaan, ter'riak' ke,mungkin ada antara entri aku yang agak terlampau ke,harap di maafkan.

-Pembaca senyap (silent reader) yang selalu singgah,peminat,(kalau ada)heheh..dan juga tukang spam yang selalu letak spam kat sini,salam aidilfitri juga untuk kalian.

-Pada haters dan juga yang anggap aku ini musuh kalian,maafkan aku andai aku selalu salah di mata kamu.moga kalian juga bergembira di aidilfitri ini.

Juga untuk teman2 rapat,kawan2 kat facebook,aidilfitri pada tahun ini aku hanya beraya secara sederhana je.dengan keadaan sekarang dengan musibah yang melanda Malaysia pasal tragedi 2 kapal terbang,Israel serang Gaza ada baiknya kita bermuhasabah diri dengan kejadian yang berlaku ini...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua..mohon maaf zahir batin.elak kan pembaziran di aidilfitri ini.

"Stay Heavy" \m/

p/s : teringat masa kecik dulu layan sarkis kat tv sambil pekena sirap waktu pegi beraya rumah orang..priceless!

Thursday 24 July 2014

Kisah Sebiji Kurma




Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. Di sebuah kampung, terdapat seorang si fulan yang sedang nazak. Sahabat pun memanggil Rasulullah S.A.W untuk menziarahi beliau.
Setiba Rasulullah S.A.W di rumah si-fulan, ternyata keadaan beliau semakin nazak dan di saat sakaratul maut. Maka Rasulullah pun mengajar beliau mengucap dua kalimah shahadah. Ternyata si-fulan yang dalam keadaan nazak dapat menyebut dua kalimah shahadah dengan lancar.

Walau bagaimanapun, selepas si-fulan menyebut dua kalimah shahadah dengan keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau sempat menyebut sesuatu yang berbunyi “ Sebiji kurma, Ambillah semua!, Sebiji kurma, Ambillah semua!” dan diulang perkataan itu, sehinggalah si-fulan itu menemui ajal.
Sahabat-sahabat di sekeliling yang melihat kejadian ini berasa hairan dan persoalan bermain dalam fikiran sahabat, apakah maksud yang diungkapkan si fulan yang nazak sebentar tadi???, adakah sebiji kurma itu sangat penting baginya sehinggakan dalam nazak pun berusaha menyebut nya.??? adakah beliau ingin mewasiatkan sebiji kurma?? Atau adakah si fulan ingin memakan sebiji kurma sebagai hidangan terakhir? ??. Lantaran lumrah manusia dalam keadan nazak dan menyebut-nyebut sesuatu, barangkali itu pekara yang sangat penting baginya,
persoalan ini terus berlegar-legar di fikiran sahabat Rasulullah.

Selepas urusan memandikan, kafan dan pengkebumian mayat si fulan selesai, maka para-para sahabat menghampiri Rasulullah dan bertanya kepada Rasul mengapa sifulan yang sedang nazak tadi menyebut “Sebiji kurma, Ambillah semua!”???..

Maka Rasulullah pun memberi penjelasan dan terlebih dahulu baginda menyampaikan pesanan kepada para sahabat bahawa semua manusia akan dikalungkan dilehernya semua amalan-amalan yang dikerjakan semasa hidup, tidak kira samada amalan itu baik ataupun buruk, kecil ataupun besar, amalan itu akan dikalungkan dileher dan akan dibawa sebagai bekalan di akhirat kelak.

Kemudian Rasulullah pun terus menyambung, semasa waktu hidup si fulan ini, pada waktu bulan Ramadan, dan itu ketika hampir tiba waktu berbuka puasa, si-fulan itu hanya mempunyai sebiji kurma untuk berbuka puasa, apabila masuk sahaja waktu berbuka, tiba-tiba datang seorang fakir miskin yang yang tak mempunyai makanan untuk berbuka, maka fakir miskin itu meminta sedikit makanan daripada si-fulan, oleh kerana kasihan, maka dikerat kurma yang sebiji itu kepada dua bahagian dan diberikan separuh daripada bahagian kurma itu kepada fakir miskin tadi.
Bagaimanapun, dengan ketetapan Allah, umur si fulan itu singkat, dan pemberian separuh kurma kepada fakir miskin itu merupakan amalan sedekah si fulan yang terakhir dan apabila saat-saat diambang sikaratul maut si fulan, dengan izin Allah, beliau dapat melihat semua amalan kebajikan semasa hidupnya dikalungkan ke lehernya, dan tidak terkecuali amalan terakhir beliau iaitu bersedekah separuh dari sebiji kurma kepada fakir miskin untuk berbuka puasa.

Menyedari itulah amalan terakhir si-fulan yang dikalungkan di leher, maka timbullah rasa kesal yang amat sangat!!!. Sehinggakan si-fulan menyebut dengan nada kesal “sebiji kurma, ambillah semua!”, “Sebiji kurma, ambillah semua! di ambang sakaratul maut si fulan,,.. maka fahamlah semua sahabat-sahabat Rasulullah yang bermaksud, kalaulah sifulan itu tahu itu adalah amalan sedekah ( yang akan dikalongkan di leher) beliau yang terakhir, maka akan disedekahkan sebiji kurma itu, dan tak perlu dikerat dua.

Moral yang kita dapat ambil daripada kisah itu sangat banyak,
Salah satunya, kisah ini amat bertepatan sekali dengan pesanan Rasulullah iaitu, “Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara”

Bila sebut sahaja “ingat”, bermaksud dalam keadaan memberi amaran yang tersurat, yakni, jikalau kita sengaja tidak ingat, dan tidak mengendahkan amaran itu, maka akan mendatangkan kesan yang buruk,.. “Ingatlah 5 perkara juga” boleh disifatkan sebagai satu “peringatan keras”, bermaksud, kalau kamu tak buat amalan baik yang dituntut agama sepanjang diberi peluang untuk hidup , nescaya kamu akan menyesal dengan penyesalan yang teramat sangat.



"Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya)." Surah Al-Isra' ayat 13.

Sumber: IKIM FM

Wednesday 23 July 2014

Wordless Wednesday : Belated Birthday Gift


Tq so much to my best buddy and my childhood friend since 1983 Zura Halid for this lovely gift. \m/

Tuesday 22 July 2014

Lenny Kravitz - Greatest Hits (2000)

Antara album psychedelic rock yang aku layan selain layan lagu2 raya minggu ini..


Aku bukanlah peminat tegar Lenny Kravitz yang sebenarnya,tetapi lagu2nya  banyak yang best2 yang penah dengar kat siaran radio classic rock dulu.(dah takda dah siaran radio ni,cuma sapa yang ada astro je boleh dengar)beliau juga antara seorang pencipta lagu,penerbit dan pemain gitar yang versatile,selain itu beliau juga berbakat dalam bidang lakonan.lakonan terbaru beliau ialah dalam filem The Hunger Games part 1 dan 2.pada aku beliau lah satu2nya penyanyi rock negro yang berjaya masuk dalam arus muzik perdana dunia.




list lagu dalam album greatest hits ini

Lagu2 dalam album ni yang aku suka ialah lagu cover 'American Women' 'Are You Gonna Go My Way' 'It Ain't Over Till Its Over','Mr.Cab Driver', 'I Belong To You' dan lagu yang beliau cipta bersama Slash pun best iaitu 'Always On The Run' 'Stand By My Women' dan juga lagu unreleased track dalam album ini 'Again' lagu mid tempo yang paling popular pada tahun 2000 dulu,memang best pun lagu tu.lagu yang mengisahkan tentang kekasih lama yang berharap akan bertemu kembali..heheh..

lirik lagu 'Again'

Kesemua lagu2 dalam album ni memang best la..pada sesiapa yang tak penah dengar Lenny Kravitz,dan nak tau apa itu psychedelic rock yang di campur dengan elemen hard rock dan funk dan nak dengar kerja gitar Lenny Kravitz boleh la cuba2 dengar album ini.lagu2 nya memang ear friendly..
Layan...


Monday 21 July 2014

Dah Bayor..



Zakat Fitrah 2014..
Sama macam tahun lepas,kadar zakat fitrah bagi Kuala Lumpur dan Selangor ialah RM7.00.lagi pun ini minggu terakhir Ramadhan kan,sapa2 yang belum bayar lagi tu cepat2 la bayar.moga hasil sumbangan zakat ini sama2 dapat di rasai oleh orang yang memerlukannya..di harap jangan la ada lagi suara2 sumbang yang cakap perkara negatif tentang baitulmal dan pusat zakat ini..

Saturday 19 July 2014

Suratan Atau Kebetulan..


Adakah kita di 'Kambing Hitam'kan hanya kerana untuk mengalihkan tumpuan dunia dari kisah Israel serang Gaza?
17 tahun,di terbangkan pertama kali pada 17/4/97 dan di tembak pada 17/7/2014.

Al Fatihah kepada mangsa MH17 yang terkorban.semoga Roh mereka di Rahmati Allah SWT.

Sad but true..

http://www.theepochtimes.com/n3/805268-world-war-3-malaysia-airlines-flight-mh-17-conspiracy-theories-have-already-emerged/

http://www.businessinsider.my/obama-statement-ukraine-mh-17-crash-2014-7/#.U8ljdvmSySo



Thursday 17 July 2014

Surah Al- Israa'

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
(Al-Israa' 17:4) 

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

(Al-Israa' 17:5) 


Seluruh dunia tahu yang Israel telah melancarkan perang terhadap Gaza di Palestin.ramai yang tidak berdosa terbunuh,terutama orang awam dan kanak kanak.yahudi dengan sombong dan bongkaknya terus menerus melakukan kerosakkan di bumi Palestin tanpa mempedulikan kecaman dari pelbagai negara.hinggakan ada negara2 berkuasa besar ingin memboikot produk yahudi.termasuklah di Malaysia (harapnya bukan boikot bermusim,perlu di lakukan terus menerus).apa pun janji Allah itu pasti.yahudi yang sombong dan bongkak itu akan menerima padahnya apabila tiba masanya nanti..

Kali pertama Palestin berjaya di tawan oleh orang islam ialah..
Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj,pahlawan islam teragung Salahuddin Al-Ayyubi telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah s.a.w naik ke langit. dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini. kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit. selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Kali kedua?kita semua tidak tahu bila dan akan berlakunya kebangkitan umat islam yang akan menentang yahudi habis habisan ini.yahudi yang sombong dan bongkak ini akan menerima padah nya apa bila tiba masanya nanti..
Seperti rakyat Malaysia yang lain,aku juga bersimpati dengan apa yang berlaku di Gaza..hanya berdoa saja yang mampu aku lakukan.moga mereka yang gugur syahid,akan di cucuri Rahmat Allah SWT.

"Sesiapa yang berjaya menguasai Palestin,bermakna mereka juga menguasai dunia"
-Salahuddin Al-Ayyubi



Tuesday 15 July 2014

Zam Zam And The Twilites

Rekod 7 inci sama macam bro PC kOKak punya Ida & The Zaraks tu..


Rekod atau EP 7 inci ni hanya mengandungi empat lagu jer..ianya di terbitkan masa aku belum lahir lagi.siap ada tarikh di beli kat cover tu,di catatkan pada tahun 1967.mesti awek yang beli ni dulu kan?(atau sekarang dah jadi makcik)heheh..

muka muka hensem abang2 60an

Aku beli rekod ni pasal ternampakkan lagu 'Bibir Mesra Jiwa Parah' tu.lagu yang di cipta oleh Salamah Basiron,seorang penyanyi dan komposer wanita yang agak popular di era 60an.banyak lagu ciptaan beliau yang popular seperti 'Oh Fatimah','Siti Haidah' dan 'Di Tepi Pantai' (yang XPDC pernah cover tu)
Lagu 'Bibir Mesra Jiwa Parah' ini juga telah banyak kali di cover,pada era 60-70an ianya telah di nyanyikan kembali oleh Jefridin,A.Ramlie dan M.Sharif & The Zurah II.

lirik.masih menggunakan ayat dan huruf lama

rekod 7 inci.cantik dan comel je..di bandingkan dengan lp KD tu.

Pada pendengran telinga aku,album ini boleh di kategorikan sebagai 'garage pop'.memang ada elemen pop yeh yeh.tapi stail muziknya agak berbeza dengan kugiran M.Sharif & The Zurah II.muziknya lebih straight forward.bunyi gitarnya enak,dan bassnya meletup2!

Side 1.Bibir Mesra Jiwa Parah dan Sinandong Teruna Merantau


Side 2.Hampa dan Dewi Pujaan

Apa pun ini kira khazanah yang paling berharga la penah aku dapat.rugi kalau di biar macam tu je kan..baik aku ambik..heheh..kalau takda yang lama,takkan wujud yang baru macam sekarang ni,muzik metal pun dah banyak mahzab..heheh..
Untuk info lain pasal Zam Zam ni boleh tengok kat sini :
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm



Sunday 13 July 2014

Brick Mansions (2014)



Filem terakhir lakonan mendiang Paul Walker..
Sebelum ni penah tengok trailernya di Youtube.dan bila si cina sepet tu sms aku cakap movie ni dah ada yang clear copy punya,tanpa berlengah aku terus sambar dan layan kat rumah..
Tapi bila aku mula tengok pada babak pertama,serta merta aku teringat,eh?movie ni macam aku pernah tengok?rupa rupanya filem ini adalah versi remake dari filem Perancis iaitu District 13 yang pernah di terbitkan pada tahun 2004 dulu..

Oleh kerana ianya lakonan Paul Walker,aku tonton la juga sehingga habis.tapi memang agak mengecewakan la sebab jalan ceritanya memang di tiru 100 peratus dari jalan cerita asal.lagi pun pelakon asal juga yang berlakon filem ini,ternyata watak Paul Walker kurang menonjol sebabnya,kalau sesiapa yang penah menonton versi asal,pasti akan memfokuskan kepada watak David Belle (pelakon dari versi asal)watak Paul Walker di tenggelami oleh beliau.
Dari segi teknik kesan khas juga agak kurang memberangsangkan,seolah olah aku menonton filem B Grade je.kalau di ubah sedikit jalan ceritanya aku rasa mesti best.tapi filem ini jalan ceritanya mendatar.

Untuk peminat Paul Walker boleh lah tonton movie ni,walaupun agak kecewa,tapi antara babak aksinya masih boleh layan.Paul Walker ada juga melakukan aksi parkour (yang lompat dari bangunan ke bangunan tu,salah satu sukan yang agak popular di Eropah)pada aku,tonton yang versi asal juga yang menarik.

RIP Paul Walker.

*1/5

Thursday 10 July 2014

King Diamond - "Them" LP (1988) Reissue 2014

Entri berjangkit dari incik Ijau..



Pertama kali memiliki piring hitam putih pakcik King Diamond.memang aku belum pernah ada koleksi piring dari KD ini..
Antara concept album (cerita dalam lagu) terbaik dari KD,sama juga seperti album Conspiracy (part 2 yang juga kesinambungan dari album 'Them' ini..)

line up terbaik KD pada zaman ni


P&C 1988/2014


lirik


to whom it may concern..surat wasiat king..heheh


Album ini menceritakan kisah KD sewaktu beliau bebudak lagi..kisah seram sejuk King bersama neneknya yang mental..

As the album opens, a young King and his mother and sister are welcoming King's grandmother home from a mental asylum. That night, King investigates strange voices and discovers his grandmother having a tea party seemingly alone, though with the teacups and kettles floating in the air. King is invited into the room, to sit in his grandmother's chair. King is sent back to bed, but only after staring into his grandmother's eyes, whereupon she instructed him to forget what he saw.
On another occasion, Grandma awakens King and tells him that she will teach him about Amon, their house, over a cup of tea. Grandma cuts King's sleeping mother's hand and adds her blood to the teapot. The voices of the house ("Them") begin to affect King with a drug-like effect. King's sister Missy tries to convince King that they should do something to help their mother, who is unconscious under "their" power, but his judgment is clouded due to his altered state. He refuses to call for help and cuts the phone line. At tea, Missy interrupts and furiously expresses concern about her mother's state and breaks the teapot. "They", in response to the breaking of "their" teapot, chop Missy into bits with an axe and throw the remains into the fireplace in the kitchen. King is snapped out of his "spell," and he stumbles outside and pieces together the events that transpired.

After fainting and regaining consciousness, he decides to attack his grandmother. He notices that "their" power is weakened outside of the house, so he lures his grandmother outside and kills her. The voices of Amon continue to haunt the boy as he is questioned by police and incarcerated in an asylum. Years later, he is released and returns home to find his grandmother and the voices of Amon are still very much alive.
-Wikipedia


piring putih



side A


side B

Lagu2nya semua best2.sound heavy metal 80an memang sedap bunyinya.kerja gitar Pete dan Andy memang syok layan..solo2nya hebat.petikan gitar akustik intrumental 'Them' oleh Andy juga menarik.vokal King dalam album ini pun berubah2 stailnya..tapi memang kena la dengan stail penceritaan dalam lagu ini..kalau suka dengar concept album,'Them' adalah jawapan nya.kalau di buat filem pun mesti best punya ni..


p/s : mari kita putarrr... :p

Monday 7 July 2014

Demam Jarum

Orang sibuk shopping raya..aku pun sibuk shopping jugak..



Satu minggu punya order,baru sampai jumaat lepas..bila dah di buka kotaknya macam ni la rupanya..



Marantz TT5005 Black
weight - 2.8 kg
Rated Output - 2.5mV/1kHz
Frequency Range - 20Hz - 20kHz
Drive System - Belt/Direct
Bearing - Ceramic/Metal
Operation - Automatic/Manual
Belt - Rubber/Silicon
Speed - 33-1/3 & 45RPM



Akhirnya terubat sudah santau berachun ku ini..heheh..memang dah lama mengidam nak kan turntable pasal turntable aku yang lama memang dah jahanam langsung tak boleh nak repair (kalau dah harga repair sama dengan harga TT yang baru,baik aku beli baru je)
Ini lah kekasih pengubat hati aku bila dah balik keja petang2 kat rumah.layan rekod ni sambil belek2 inlay/lirik kat covernya..bunyinya?memang tip top.walaupun hanya menggunakan amp cikai je,tapi bunyi yang di keluarkan memang sedap dan superb!.

Oklah..ini entri riak turntablewi aku mulakan putaran pertama aku dengan rekod ini..heheh..




Fuhh..enak betul dengar solo2 Malmsteen yang keluar melalui rekod ni..nanti aku tampal detail lah gamba2 lp Trilogy tu..
Sekian..Selamat Berpuasa buat anda semua :p

Saturday 5 July 2014

Al Fatihah

Al Fatihah buat biduanita negara Datuk Sharifah Aini atau dengan panggilan mesranya Kak Pah yang telah meninggal dunia awal pagi tadi kerana jangkitan kuman paru paru.


Datuk Sharifah Aini
2 Julai 1953- 5 Julai 2014
Semoga Rohnya Di cucuri Rahmat Allah SWT.

Untuk cerita selanjutnya boleh jenguk sini :
http://www.astroawani.com/news/show/biduanita-negara-datuk-sharifah-aini-meninggal-dunia-39083

Thursday 3 July 2014

Metal Hammer August 2013

Beli pun sebab cover depan nya gamba ini..



Bila dah bukak isi dalamnya macam ini..

macam biasa mesti dapat cd free.tak penah try pun dengar..heheh

Tapi cerita pasal Maiden dan kapten Bruce memang menarik la..



Layan gambar je la eh..kalau nak baca,sila save dan enlarge sendiri.. :p


Lagi....



Dan lagi...


Ada lagi...




Banyak jugak ceritanya..



Cerita pasal pakcik Halford dan Judas Priest pun ada..



Story pasal album baru Judas Priest..



Dan akhir sekali ialah cerita ni..



Semua gambar yang aku snap tu je la yang menarik dalam MH kali ini..yang selebihnya tak berapa menarik.lagi pun jangan harap la aku nak baca semua artikel..heheh..Limp Bizkit pun boleh menyemak pulak dalam MH issue ni..
Apa pun harap korang enjoy dengan gambar2 yang aku dah tepek nih..