Wednesday, 2 July 2014

Poison - Flesh & Blood (1990)

Untuk Berteromber dan Takilala..


Antara album nostalgia glam rock awal 90an..walaupun scene rock Malaysia pada waktu itu yang hanya rock pada imej sahaja (aku dah tak follow sangat masa tu,cuma satu dua band je yang best) dan mengharapkan lagu hit 'meleleh' untuk satu album,Flesh & Blood adalah antara album rock yang berjaya mencuri perhatian aku pada ketika itu..tak hairan la album pertama kumpulan 'Black Rose' stail muzik mereka sama seperti album ini..mungkin juga album ni memberikan impak pada muzik mereka.






Sama macam abang Berteromber kita,aku juga terkesan dengan lagu 'Life Goes On',pasal lagu tu dulu masa zaman sekolah menengah ada awek kelas sebelah dedicated kat aku sebelum cuti sekolah akhir tahun dulu..tak sangka awek kelas sebelah aku tu minat Poison jugak siap bagi lirik lagu tu lagi..heheh..itu antara memori aku dengan lagu 'Life Goes On' ni..heheh..
Album ini juga menduduki tempat ke 2 dalam carta Billboard.imej Poison pada ketika ini pun hampir berubah 90 peratus dan berubah menjadi lebih matang dengan album 'Native Tongue'.



Secara peribadi aku lagi suka kan kerja gitar C.C.Deville berbanding Ritchie Kotzen.solo2 beliau agak menarik juga untuk album ini.lain2 lagu yang best dalam album ini ialah 'Something To Believe In' 'Come Hell Or High Water' 'Life Loves A Tragedy' 'Flesh & Blood (sacrifice) dan lagu paling happy mereka 'Unskinny Bop'.lagu 'Unskinny Bop' ni dulu kalau time aku balik sekolah mesti melepak kat port yang ada radiogram (gelaran yang diberikan oleh kawan2)kita orang semua kongsi2 duit syiling untuk dengar lagu kat radiogram tu.satu lagu 50 sen,so aku dengan kawan2 ambik dua lagu,lagu pertama mesti lagu Bon Jovi 'Blaze Of Glory' dan lagu keduanya mesti 'Unskinny Bop' ni..lepas tu ramai2 la menyanyi sampai kena sound ngan tuan kedai tu..mana taknya..dah la tak minum kat kedai dia,dok melepak dengar lagu je..heheh..

Itu je lah kenangan nostalgik aku dengan album Flesh & Blood ni..apa pun untuk mereka yang tak pernah dengar Poison dan mengatakan muzik Poison adalah rock lembik,rock pompuan.dengar dan hayati album ini betul2..

Lagi cerita pasal album ini boleh jenguk kat blog abang Berteromber kita kat sini :
http://berteromber.blogspot.com/2009/07/flesh-blood.html

6 comments:

  1. trivia: di area manakah letaknya tattoo "poison, flesh & blood" tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat lengan Rikki rocket kot Kalo tak silap aku..

      Delete
  2. salah satu album kegemaran sepanjang zaman....kalau aku terjebak dalam vinyl...memang ini antara yang pertama aku cari...heheh..

    ReplyDelete
  3. menarik juga ni, radiogram tu aku tak perna merasalah....

    ReplyDelete
  4. Wow! Awek sama kelas ek....nice bro

    ReplyDelete
  5. wahhh awek minah rock sey...

    apa pun, aku tak terror pasal Poison sangat, tapi Unskinny Bop ngan life goes on memang sedap... aku takde cd dorang, tapi aku ada la lagu2 ni kat mp3, ntah mana ntah haha.

    ReplyDelete