Thursday, 17 July 2014

Surah Al- Israa'

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
(Al-Israa' 17:4) 

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

(Al-Israa' 17:5) 


Seluruh dunia tahu yang Israel telah melancarkan perang terhadap Gaza di Palestin.ramai yang tidak berdosa terbunuh,terutama orang awam dan kanak kanak.yahudi dengan sombong dan bongkaknya terus menerus melakukan kerosakkan di bumi Palestin tanpa mempedulikan kecaman dari pelbagai negara.hinggakan ada negara2 berkuasa besar ingin memboikot produk yahudi.termasuklah di Malaysia (harapnya bukan boikot bermusim,perlu di lakukan terus menerus).apa pun janji Allah itu pasti.yahudi yang sombong dan bongkak itu akan menerima padahnya apabila tiba masanya nanti..

Kali pertama Palestin berjaya di tawan oleh orang islam ialah..
Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj,pahlawan islam teragung Salahuddin Al-Ayyubi telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah s.a.w naik ke langit. dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini. kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit. selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Kali kedua?kita semua tidak tahu bila dan akan berlakunya kebangkitan umat islam yang akan menentang yahudi habis habisan ini.yahudi yang sombong dan bongkak ini akan menerima padah nya apa bila tiba masanya nanti..
Seperti rakyat Malaysia yang lain,aku juga bersimpati dengan apa yang berlaku di Gaza..hanya berdoa saja yang mampu aku lakukan.moga mereka yang gugur syahid,akan di cucuri Rahmat Allah SWT.

"Sesiapa yang berjaya menguasai Palestin,bermakna mereka juga menguasai dunia"
-Salahuddin Al-Ayyubi



5 comments:

  1. Salahuddin Al-Ayyubi tak lancar roket kena orang awam. War ada art, ada hukumnya. Hamas? Hizbullah? Jangan terpedaya.

    ReplyDelete
  2. Some people in power is playing a game. Yang jadi pawn ialah orang awam.

    ReplyDelete
  3. kekadang tak sampai hati nak tengok kat FB tu orang post gambar budak2 palestin yang jadi mangsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada perasan satu gambar "promo" kat FB yg budak diacukan dgn 3-4 riffle kat kepalanya

      tapi bila perhatikan, muncung riffle tu jenis kalash (AK47), israel guna AK ke?

      Delete
  4. yang aku pelik asal bulan posa mesti bom gaza.. harap2 diperlihatkan lah sedikit kekuasan tuhan pada israil ni..

    ReplyDelete