Ok,berbalik pada album Black ni..album ni mencatat sejarah dengan jualan ni berjuta juta unit di seluruh dunia.pada aku album Black ni Metallica dah slow down sikitlah.tak macam album sebelum ni .."And Justice For All","Kill Em All" "Ride The Lightning" dan "Master Of Puppets" yang berunsur thrash,speed yang laju.album Black ni juga membuka minda kepada mat2 rock jiwang yang pada mulanya tak suka Metallica,suka dengar lagu rock leleh,mula dah pandai layan Metallica..haha..
Cd yang ni pun aku tak tau pressing yang ke berapa,dan album black ni masih lagi berada dalam carta Billboard,dan album metal paling laris sepanjang zaman.James Hetfield(vokal/gitar) merumuskan album ni dengan berkata,"tiada undang undang,dan ini adalah undang2 Metalica,berbaju hitam dan bermain muzik heavy."Masa ni Hetfield memang betul2 obses dengan muzik Metal,sehinggalah selepas album ni,(Load/Reload)mereka di cemuh kerana 2 album tu telah lari dari terma heavy metal sendiri..
Inlay cd ni.menampilkan gambar setiap anggota Metallica (masa ni Jason Newsted masih lagi bassist Metallica)atau gelaran yang di berikan kepada mereka "the four horsemen".selepas rilisnya album ni pada tahun 91 dulu,Metallica telah melakukan tour yang panjang selama 3 tahun tanpa henti.masa Metallica singgah Singapore pada tahun 93 dulu,aku dengan member2 kat jb dulu konon nya nak pegi la konsert Metallica ni.tapi tak lepas, nak beli tiket konsert pun tak boleh,sebabnya?masa tu lum cukup umur lagi..haha (tahun 93 umur aku baru 17 tahun)memang tak boleh la.last2 balik jb semula dengan perasaan hampa..hehe
Aku mula kenal Metallica ni pada tahun 1986.masa tu abang aku ada kaset "Master Of Puppet" versi cetak rompak.mula dari situ la aku dah suka layan Metallica,Dio dan Iron Maiden..
Lirik lagu dalam inlay ni.dulu inlay cd ni secara page by page,yang pressing terbaru ni hanyalah main lipat2 je.(dulu masa album ni tengah hit.takyah tengok lirik dah,boleh sing along sekali)haha..lagu2 yang menjadi "anthem" atau lagu wajib bagi peminat2 heavy metal pada masa tu ialah "Enter Sandman" "Sad But True" "The Unforgiven" dan "Nothing Else Matters".single "Enter Sandman" je masa di riliskan dulu dah bejuta unit di jual hanya di US sahaja.kerana lagu tu jugak la menjadi lagu wajib bagi majlis2 kahwin.bila ada band yang main kat rumah orang kahwin,mesti ada main lagu "Enter Sandman" ni..
Lirik lagu Enter Sandman
Produksi album ni yang di terbitkan oleh Bob Rock yang sebelum ni jadi produser untuk album2 Bon Jovi.yang pada mula nya di cemuh oleh peminat dan pengkritik muzik di US yang mengatakan Metallica telah beralih arah hala tuju muzik mereka sebelum rilisnya album ni.(masa tu peminat metal kat US mana suka Bon Jovi)dan Metallica sendiri pun pernah kutuk Bon Jovi dengan mengatakan Bon Jovi loser,hehe..tetapi setelah rilisnya album ni,ternyata sangkaan mereka salah,dan Bob Rock jugak cakap ni adalah produksi paling terbaik beliau..ni pun kira zaman kegemilangan Metallica jugak la.masa tu mana band2 heavy metal yang baru mesti muziknya ala2 Metallica termasuk la band dari Malaysia iaitu XPDC.aku suka solo2 Kirk Hammett dalam album ni.antara lagu yang aku suka "My Friend Of Misery" ada harmoni solo antara Kirk dan Hetfield,"Dont Tread On Me" "The Struggle Within" pun part solo dia aku suka jugak.Kirk Hammett antara pemain gitar terbaik yang tersenarai dalam majalah Guitar World.
Metallica pada zaman tahun penghujung 80an dan awal 90an memang best.dengan suara Hetfield yang power yang lain dari yang lain.semua mat rock masa tu berangan nk jadi macam Hetfield(misai bersambung ngan janggut dan berambut panjang).album ni jugak la yang membawa muzik heavy metal ni ke arus perdana (mainstream)mana2 orang yang tak meminati metal tapi dengar Metallica,dan album ni bermula dan berakhirnya era heavy metal dunia pada awal tahun 90an dulu..sebabnya?ada satu genre muzik baru yang muncul di persada muzik dunia masa tu yang di panggil "Grunge"atau "Alternative Muzik" dan band yang paling terkenal dan berjaya mengubah persada muzik dunia pada masa tu ialah Nirvana.
Walaupun begitu,album ni tetap menjadi album terbaik dalam lipatan sejarah heavy metal..
No comments:
Post a Comment