Dah lama sebenarnya aku mencari buku ni..tengah ronda2 kat kedai buku popular hari tu,tiba2 aku boleh terpandangkan buku ni,dan tanpa berlengah aku terus membelinya..
Buku ni di terbitkan oleh Pustaka Dini untuk pasaran Malaysia,telah di olah kembali tapi masih mengekalkan keaslian bahasa sasteranya.aku suka bunga2 bahasa sastera dalam ni,dan melalui buku ni jugak la aku dapat mendalami bahasa melayu/sastera nusantara yang indah ni.buku tulisan profesor Hamka ni adalah buku yang paling terkenal dan paling mendapat sambutan di Indonesia.di terbitkan pada tahun 1937,buku ni juga telah beberapa kali di ulang cetak.selain dengan buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni,beliau juga popular dengan karya "Di Bawah Lindungan Kaabah".
Profesor Hamka ni atau nama sebenarnya haji Abdul Malik Karim Amrullah,boleh di katakan lagenda jugak dalam dunia sasterawan nusantara,beliau yang di lahirkan di Sumatera Barat,Indonesia pada 17 febuari 1908 adalah seorang pemidato ,berjiwa seni,ulama terkenal di Indonesia,dan juga penulis terkenal.beliau juga banyak mencipta mutiara kata yang indah dan berfalsafah.semasa pemerintahan Belanda di Indonesia,beliau menjadi editor bagi majalah Panji Masyrakat dan Gema Islam.dan tulisan beliau ada ketika itu ialah memberikan kata2 semangat kepada pembaca di Indonesia agar bangkit menentang Belanda yang menjajah Indonesia pada waktu itu.
Beliau juga banyak menghabiskan masa nya dengan membaca buku2 sejarah,falsafah,sastera dan politik.dan juga meyelidiki karya2 arab dan barat yang telah di terjemahkan ke bahasa arab seperti karya Karl Marx dan Arnold Toynbee.beliau juga pernah menerima anugerah sebagai Doktor kerhormat dari Universiti Al Azhar di Mesir pada tahun 1959,Profesor dari Universiti Moestopo Jakarta pada tahun 1960 dan Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1981 pada usia 73 tahun di Malaysia.tiada lagi sasterawan yang hebat seperti beliau selepas pemergiannya.kata kata mutiara nya masih di guna kan dan menjadi sumber inspirasi bagi pelajar2 yang menuntut di ipta dan juga penulis buku,novel dan blog di Malaysia ni..
Ok,balik semula kepada cerita tentang buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni,buku ni mengisahkan tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.
Sikit je la yang aku boleh bagi info,kalau nak tau lebih lanjut kena la beli buku ni,atau pun pinjam ngan kawan2 sedara mara yang tak kedekut nak bagi pinjam..haha..tapi buku ni seharusnya di miliki jika anda berminat dengan karya2 dari profesor Hamka ni.novel ni bukan sekadar novel biasa,ia juga membantu aku mendalami bahasa melayu dan sastera yang berseni lagi indah ni..
Profesor Hamka 17 febuari 1908 - 24 julai 1981 (al fatihah)
Mutiara Kata Professor Hamka :
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.'
best!
ReplyDeletemenarik! akan cuba cari buku ni..
ReplyDeletewow... ada lagi kah jual buku ni
ReplyDelete