Monday 25 June 2012

Artwork part 2

Sebelum ni aku pernah cerita pasal artwork cover album2 band rock kegemaran aku kan?so kali ni aku nak cerita artwork komik yang menarik perhatian aku..antara cover yang buat aku tak tahan nak tau apa kisah di dalam nya..cover yang pertama ialah cover komik ni
Sempena isu ke 50 komik Ghost Rider ni,Marvel comics telah menerbitkan isu paling istimewa,dengan double size,dengan red foil edition(cover komik ni lukisan ala 3D).comic ni di terbitkan pada tahun 1994.dan komik ni jugak lesap tah ke mana pasal member serumah aku masa kat kepong dulu pinjam terus buat harta..

Komik yang kedua atau di panggil grafik novel yang bertajuk Sin City : Sex & Violence ni di terbitkan pada tahun 1997.komik hasil Frank Miller ni memang tak sesuai untuk kanak2,hanya untuk dewasa je.sebab ada caci maki,mencarut,dan gambar2 yang agak menjolok mata.aku suka cover ni pasal gabungan warnanya..hanya menggunakan warna merah,biru,hitam dan putih,warna nya dah cukup menarik perhatian dan nampak 'seksi"..hehe.komik Sin City ni pernah di jadikan filem pada tahun 2004 dulu.

Cover komik yang ketiga,Batman The Killing Joke.diterbitkan pada tahun 1988(lama dah).komik ni juga di iktiraf antara komik terbaik sepanjang zaman.pasal komik ni la menceritakan asal usul si Joker ni,yang dah jadi musuh Batman hampir setengah abad.sebab apa aku kata cover dan artwork ni special?cuba korang pandang tempat lain kejap,lepas tu cepat2 pandang kat cover ni,terasa macam Joker ni mengambil gambar anda secara tak sengaja kan?why so serious?(ayat skema Joker)

Cover komik paling kontroversi dan paling laris jualannya kat US pada tahun 2008.sebabnya?Captain America/ketua The Avengers mati kena bunuh oleh pembunuh upahan profesional.isu ni jugakla sampai dapat liputan kat CNN tu..sehingga kini isu ni masih lagi laris jualan nya.

Antara cover komik paling cantik yang pernah aku tengok.komik terbitan tahun 1996 ni juga menjadi komik paling laris dari DC comics.masa pertama kali aku terpandang cover ni dulu kat kedai komik,persoalan yang pertama sekali dalam kepala aku masa tu ialah,"kenapa Superman terbakar eh"?aku ada komik ni,tapi cover depan dia lain.aku cari cover ni tak jumpa.nanti ada masa aku review lah..

Dan yang akhir sekali,betul2 membangkitkan nostalgia masa zaman aku budak2 pada awal tahun 80an dulu..
Kalau abang2 aku tengok cover komik ni,mesti dia ingat punya.masa aku kecik2,komik2 melayu macam ni setiap minggu di terbitkan,dengan harga 60 sen je.dulu tiap2 minggu abang2 aku ni beli sampai penuh koleksi dalam almari diorang.dan aku pun tumpang sekaki la tolong baca..hehe..zaman tu memang best,komik2 berbahasa melayu ni berlambak di pasaran,tapi lepas tu komik2 macam ni dah takda keluar lagi.memang nostalgia la..aku rasa kalo sampai sekarang la komik2 ni wujud lagi,industri komik kat Malaysia ni memang dah boleh bersaing dengan Marvel dan Dc Comics tu..

No comments:

Post a Comment