Tuesday, 26 June 2012

Serangan Psikologi

Kebelakangan ni umat islam kerap di serang secara fizikal dan psikologi.dan ia semakin ketara selepas peristiwa 11 september,yang mana Amerika telah di serang dan serangan tersebut di katakan di rancang oleh Osama Bin Laden seorang muslim yang paling berpengaruh di Afghanistan.kita juga tahu,itu hanyalah sebahagian daripada agenda amerika dan yahudi untuk menyerang Afghanistan semata2 negara itu mempunyai hasil bumi yang lumayan iaitu minyak.dan yang terbaharu,umat islam di Myanmar telah di tindas,di bunuh oleh penganut buddha ni sana,sama seperti yang pernah berlaku di Bosnia dahulu,penhapusan etnik Rohingya telah berlaku di Myanmar.telah mengakibatkan beribu2 pelarian dari Myanmar telah berada di Bangladesh,Thailand dan juga Malaysia.sehingga kini angka kematian umat islam di Myanmar semakin meningkat.itu serangan secara fizikal,bagaimana dengan serangan secara psikologi?

Sejarah telah tertulis sebelum ni,yang umat islam adalah yang terkuat dan paling di geruni pada suatu ketika dahulu.cuba kita singkap kembali sejarah islam yang terdahulu,berapa banyak perang yang umat Islam menang?berapa banyak negara yang telah atau pernah di takluki oleh pahlawan terbilang islam?melalui sejarah juga lah kaum yahudi dan nasrani ini cuba dengan strategi yang lain,iaitu dengan melakukan serangan saraf atau psikologi.bagaimana mereka melakukan ini?dengan menggunakan media dan hiburan.media di barat kerap memburuk2 kan islam dengan mengatakan islam ni agama yang "menghalalkan" keganasan.oleh sebab kuasa media tebesar di pegang oleh barat,maka mudah lah untuk mereka yang tidak mengetahui tentang agama islam yang suci ni,mempercayai kesemuanya itu.sejak dari tu telah wujud satu frasa baru yang di panggil "Islamophobia".di barat,mereka akan memandang lelaki dan wanita muslim ni macam terorrist,ada setengah dari mereka tidak berani bergaul dengan golongan muslim ni.malah,ada sesetengah kedai/supermarket di barat,tidak membenarkan golongan muslim ni memasukinya.semua itu hanya kerana mereka ni terpengaruh dengan media2 barat yang telah menyampaikan mesej yang salah tentang islam iaitu secara psikologi..
Selain daripada tu juga,serangan melalui media hiburan dari barat memainkan peranan.sebelum ni pelukis karikatur dari Denmark telah menghina junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan melukis karikaturnya dan menghina agama islam.yang telah menimbulkan kemarahan umat islam di seluruh dunia.selain daripada itu juga terdapat kumpulan2 muzik dari barat yang menyerang islam dari segi muzik.kumpulan seperti At War,Internal Bleeding,dan Dark Funeral.(aku memang tak dengar lagu2 dari kumpulan ni)mereka secara terang2an menghina dan memperlekehkan islam.
              album internal bleeding dengan tajuk menyerang mekah
                  album At War juga dengan mesej yang sama

Dan serangan psikologi seperti ini nampaknya berjaya.ia nya telah mempengaruhi peminat2 dan penyokong2 band seperti di atas tu.dan juga mempegaruhi mereka yang dangkal ilmu pengetahuan tentang islam yang mana akhirnya mereka juga terpesong akidah nya.yang aku maksudkan di sini adalah mereka yang dahulu nya islam tetapi tidak mempercayai islam dan akhirnya mereka juga memerangi islam dan membenci islam secara total.(golongan ini yang paling merbahaya sebenarnya)seperti yang aku pernah cerita sebelum ni,kumpulan Impiety dari Singapura secara terang2an memperlekehkan islam dalam lagu2nya..dan selepas tu aku mendapat tau ada lagi 2 kumpulan black metal dari Singapura tanpa berselindung menghina islam secara terbuka.kumpulan tersebut adalah Imperial Tyrants dan Infernal Execration.dari cover split album mereka je secara terang2an menghina islam.
                                  cover album yang memaparkan orang islam
                                                         di bunuh di masjid

Tidak di ketahui apa agama yang mereka anuti,tetapi yang aku tau mereka ni semua ialah asal nya bangsa melayu yang beragama islam.(aku tidak berhak untuk menghukum mereka).tetapi agak menyedihkan kerana muzik dan ingin mengejar populariti,mereka sanggup memperlekehkan dan menghina islam yang suci ni.dan nampaknya strategi barat hampir berjaya kerana mempengaruhi mereka yang kurang akidah.strategi seperti ini akan berlaku terus menerus hingga mereka berjaya memecahkan umat islam di seluruh dunia.
Ini sebahagian dari usaha yahudi dan nasrani cuba untuk melemahkan umat islam.mereka ingin umat islam terputus hubungan dengan Allah,menjadi rugi seperti dalam Surah Al Asr,sentiasa sibuk dengan alatan2moden,memakan benda yang tidak halal serta menjadi fasiq,tidak berzikir apatah lagi membaca Al Quran.sedangkan Al Quran merupakan mukjizat Nabi Muhamad untuk kita umat di akhir zaman ini.mengandungi pelbagai hikmah,menghuraikan rahsia sains dan menceritakan perihal manusia sehinggalah ke alam syurga dan neraka,dan termasuk perihal manusia pada hari ini.
Jadi,selagi akidah kita teguh dan kuat,haruslah berwaspada dengan serangan secara psikologi dari yahudi dan nasrani ini..
Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ’sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
(Al-Baqarah: 120)

No comments:

Post a Comment