beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh pengkhianat. dalam perjalanan ke Alleppo, Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata "anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan,aku bimbang kelahirannya membawa sial".tiada siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo.apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.
Salahudin Ayubi yang di gambarkan dalam filem Kingdom of Heaven
Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. sehubungan dengan ini dia lebih banyak duduk di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. sesiapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. ketika perang berlangsung dia lebih suka berpuasa. semasa mengepung Acre, dia demam namun tetap berpuasa. doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerana tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan Baitul Muqaddis. hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27 Rejab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.
Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.
Pahlawan terbilang ni meninggal dunia pada hari rabu 27 Safar 589H pada usia 57 tahun.
Beliau juga telah menjadi lagenda dan watak beliau ada di filemkan dalam filem Hollywood yang bertajuk Kingdom Of Heaven (2005) dan siri animasi Saladin terbitan Al Jazeera TV.buku ni seharusnya di miliki jikalau korang minat sejarah pahlawan terbilang islam..
bersemangat setelah habis membaca buku ni... sambung dgn Muhamed al Fatih, lg bertambah semangat..
ReplyDeletebetul tu bro..memang best.ok nanti aku cari buku muhamed al fatih pulak
ReplyDelete