Saturday 23 June 2012

Merantau Warrior

Jika selama ni kita selalu di sogokkan dengan cerita2 seram dari Indonesia,tetapi kini Indonesia telah maju selangkah lagi dalam industri perfileman mereka,iaitu dengan menghasilkan filem aksi seni mempertahankan diri.jikalau ada antara korang yang pernah menonton filem2 aksi dari Thailand seperti "Ong Bak" Tom Yoong Gong" dan lain2 filem aksi dari Thailand,filem ni seharusnya di tonton.aku pada mulanya tak tau filem ni filem apa,setelah aku menontonnya,ternyata filem aksi ni memang tak mengecewakan.
Dalam tradisi Minangkabau,setiap anak lelaki harus mengembara untuk mencari pengalaman hidup tak kira baik atau pun buruk.ini untuk mengajar setiap anak lelaki menjadi lelaki sejati.pengalaman ini lah yang di katakan "Merantau"
Filem ni di bintangi oleh Iko Uwais,seorang pelakon baru dan juga seorang ahli pertubuhan silat harimau di Indonesia.turut berlakon dalam filem ni ialah Christine Hakim,pelakon wanita Indonesia yang paling terkenal dan di segani.pada yang tak tau,Christine Hakim ni muslim,walaupun nama nya Christine.beliau memegang watak sebagai Wulan,ibu kepada Yuda (Iko Uwais).tapi yang tak bestnya babak beliau dalam filem ni tak banyak,walaupun sebenarnya beliau pernah memenangi anugerah di Indonesia.
Filem ni mengisahkan Yuda(Iko Uwais)seorang anak muda yang mempelajari silat harimau telah memulakan tradisi merantaunya.beliau telah pergi ke kota Jakarta untuk mencari pekerjaan,tetapi beliau telah bertemu dengan Astri (lakonan Sisca Jesica)dan telah menyelamatkan nya dari jadi mangsa penculikkan untuk di jadikan hamba seks.dan secara tak sengaja,Yuda telah terlibat dalam komplot tersebut dan menyebabkan beliau telah di buru oleh samseng2 di Jakarta.sungguh pun begitu,Yuda terpaksa juga menyelamatkan Astri dan menghadapi segala cabaran yang datang.filem ni di arahkan oleh pengarah British iaitu Gareth Evans.tak hairanlah banyak aksi dan teknik CGI nya menyamai filem2 dari barat.filem ni memang sarat dengan aksi,walau pada permulaan cerita agak membosankan.
So,kepada peminat filem aksi,yang pernah menonton filem Thailand iaitu "Ong Bak",boleh la layan movie ni,jalan citernya pun hampir sama dengan cerita "Ong Bak" lakonan Tony Jaa tu..



1 comment:

  1. ya,emang btol tu sodara,dlm cerita film ni sebenrnya banyak hikamah yg kita petik !

    ReplyDelete