Tuesday, 5 June 2012

Iron Maiden - Seventh Son Of a Seventh Son (1988)

Masa album ni di riliskan,aku baru je berumur 12 tahun(darjah 6).dan pada waktu ni demam rock kapak/kangkang tengah melanda Malaysia waktu tu.banyak band2 rock kapak tumbuh bagai cendawan semua jadikan iron maiden ni sebagai influence mereka,dan ada jugak yang tiru bulat2 imej,malah ada yang ciplak lagu iron maiden ni dan di nyanyikan dalam versi melayu!..haha..itu lah iron maiden,aura dan pengaruhnya begitu kuat sampai la sekarang.album ni merupakan album ke 7 Iron Maiden,dan sebab tu la tajuk dia pun Seventh Son Of a Seventh Son.tengok cover depan dia,Eddie yang dah jadi hantu penanggal(omputih pun percaya antu penanggal eh)haha..dan album ni jugak la maiden cuba nak bereksperimentasi,dengan menampilkan bunyi keyboard ala2 gothic.

Dengan menampilkan progresif rock,album ni juga merupakan konsep album(penceritaan di dalam lagu)yang sebelum ni pernah di buat oleh King Diamond,dan Queensryche.idea asal untuk konsep album ni daripada Steve Harris(bassist)setelah beliau baca buku Orson Scott Card yang bertajuk "Seventh Son" dan sempena album ke 7 band ni jugak.album ni menceritakan kisah entiti misteri yang bernama "Seventh Son".selain dari tu album ni jugak yang menjuarai carta album no.1 di UK.sama macam album Maiden yang sebelum ni seperti "The Number Of The Beast" "Fear Of The Dark" dan terbaru ialah "The Final Frontier".
Single lagu2 dari album ni juga menduduki carta single terlaris di UK.walaupun lagu2 Iron Maiden ni tak pernah mendapat siaran di stesen2 radio di UK.tetapi album dan singlesnya tetap menjadi hit.
                                               Bruce Dickinson (vocals)
                                   Andrian 'H' Smith (gitar)
                                 Steve Harris (bassist/iron maiden founder)
Track list dalam album ni :
1."Moonchild"      
2.Infinite Dreams"      
3.Can I Play with Madness"      
4."The Evil That Men Do"      
5."Seventh Son of a Seventh Son"      
6."The Prophecy"      
7."The Clairvoyant"      
8."Only the Good Die Young"      
Trek favourite aku : "Moonchild" "Infinite Dreams" "Can i Play With Madness" dan "Seventh Son Of a Seventh Son"
Album ni jugak antara album Maiden favourite aku pada era 80an dulu selain daripada album "Powerslave" "Somewhere In Time" "The Number Of The Beast" dan "Piece Of Mind".Iron Maiden berjaya dengan cubaan bereksperimentasi dalam album ni.mereka juga melakukan tour dan di rekodkan dalam video "Maiden England"
                               gambar2 lama maiden dengan peminat
                        gambar nicko dan antara gambar2 dari majalah hiburan UK
                                 gambar2 konsert mereka di tahun 80an dulu

Selepas album 7th son ni,Andrian Smith telah keluar dari Iron Maiden dan di gantikan dengan Janick Gers(kawan baik Bruce jugak)dan Andrian join Maiden kembali pada tahun 2000 bersama dengan Bruce dengan album "Brave New World".
Lagu "Only The Good Die Young" pernah di jadikan soundtrack untuk drama bersiri paling terkenal kat Amerika pada tahun 80an dulu iaitu "Miami Vice"kalau rasa nak mengimbau kembali era rock kapak,boleh layan album ni..album ni memang bunyian dia macam rock melayu dulu2..hehe


No comments:

Post a Comment