Thursday, 7 June 2012

Layan 2 Movie Lagi

Malam ni aku layan 2 movie lagi..pasal tengah boring dengan cuaca pun panas malam2 ni.layan movie yang relaks sikit yang menenangkan jiwa.haha..movie yang pertama aku layan ialah movie ni.
Ya,aku tau mesti ada yang ketawa dan pelik kenapa aku boleh layan movie ni pulak kan?memang movie ni berunsurkan romantik,(bukan macam Ombak Rindu ok?tu dah melampau jiwangnya aku pun tak suka..haha)movie ni jugak la mengajar aku apa erti nya cinta dan kasih sayang yang tiada penghujungnya..
Berdasarkan dari kisah benar,movie ni mengisahkan pasangan suami isteri,Leo dan Paige Collins yang hidup bahagia.pada suatu malam selepas mereka pulang dari menonton wayang,suami isteri ni terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan isteri Leo ni mengalami koma.setelah tersedar dari koma,Paige telah hilang separuh daripada ingatannya.memory terakhir yang beliau ingat hanyalah pada waktu beliau belajar di kolej dan bertunang dengan Jeremy(bekas tunangnya sebelum beliau berkahwin dengan Leo)dan beliau lupa yang beliau dah berkahwin dengan Leo dan tak boleh menerima hakikat tu.dan ini menyebabkan Leo cuba sedaya upaya untuk mengembalikan ingatan isteri nya..betapa penyabarnya Leo,dan sanggup berkorban masa,tenaga semata2 untuk mengembalikan ingatan isterinya ni..nak tau best ke tak best,kena la tengok sendiri.dan bagi peminat ombak rindu aku rasa tengok movie ni lagi baik..haha..

Movie yang ke 2
Aku memang kurang menonton filem melayu,bukan tak suka,tapi asek2 genre yang sama,hantu,cinta,kelakar yang dah tak kelakar dan gengster.tapi filem ni buat aku tertarik nak layan bukan sebab pelakonnya,tapi sebab jalan ceritanya yang lain dari biasa.boleh di katakan ni adalah "art movie".aku lebih suka kalau filem melayu perbanyakkan lagi genre yang macam ni..filem arahan suami isteri Effendee dan Fariza Azlina ni memang tak box office,tapi ini adalah filem melayu yang terbaik pada aku.agak susah nak jumpa filem yang bergenre macam ni.pujian harus di berikan kepada pasangan suami isteri ni yang berjaya menampilkan kelainan dalam stail pengarahan dan penceritaan yang tak berapa heavy.
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan business Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.
Aku malas nak cerita panjang2,kalau nak tau kesudahan nya kena la tengok sendiri ya..haha..yang paling aku suka lakonan Normah Damanhuri yang "hot" tu..hehe..

No comments:

Post a Comment