Sunday, 14 July 2013

Sleep Paralysis/Kena Tindih Semasa Tidur

gambar sekadar hiasan..heheh

Aku dan mungkin antara korang penah kena situasi begini.kena tindih masa tengah atau baru nak nyenyak tidur.pada masa yang sama mata kita nampak macam bayangan hitam gelap di atas badan kita.antara tanda yang selalu kita kena time tu sesak nafas,leher rasa di cekik,dada rasa kena himpit dengan sesuatu yang berat.biasanya kalau di kalangan kita terutama orang2 melayu,benda2 macam ni di kaitkan dengan kuasa mistik,hantu setan yang ganggu tidur kita.sebab tu kita di galakkan membaca ayat2 suci Al Quran sebelum tidur untuk mengelakkan gangguan iblis dan syaitan ni.
Fenomena ni sebenarnya telah di buat kajian secara saintifik,mengikut kata pakar,fenomena ni di panggil 'sleep paralysis' atau lumpuh di waktu tidur.so aku tadi takda apa nak buat,aku saja la search kat intenet pasal 'hantu tindih' ni.baru aku tau,kita kadang tak boleh percaya dan kaitkan kejadian ni dengan alam mistik je,tapi dari segi saintifik,dan penerangannya,baru la aku tau serba sedikit pasal fenomena 'hantu tindih' ni..

Dari sudut saintifik :
Semasa tidur, aktiviti dan otot-otot tubuh menjadi tidak bergerak, sehingga menyebabkan lumpuh sementara. Bahkan kadang-kadang lumpuh tetap ada setelah orang terbangun. Biasanya, lumpuh tidur diikuti dengan halusinasi. Orang yang mengalami lumpuh tidur merasa seperti dicekik, dada sesak, badan sukar bergerak dan sukar berteriak.
Ketika seseorang tidur, aktiviti otak mengalami dua hal berbeza, yang disebut tidur aktif atau REM (rapid eye movement) dan tidur non-REM. Non-REM selama tidur akan menghasilkan gerakkan selagi anda tidur, seperti bercakap dalam tidur atau berjalan ketika tidur. Sedangkan REM akan mempengaruhi denyutan jantung, laju respirasi dan tekanan darah ketika tidur.
Secara psikologi, sleep paralysis berkaitan dengan tidur di tahap REM, dimana setelah mengalami tidur REM, mata terbuka namun paralysis tetap bertahan. Biasanya hal ini mengakibatkan halusinasi. Sleep paralysis berlaku kira-kira 2-3 minit. Setelah otak dan badan yang berkaitan kembali, pesakit dapat menggerakkan tubuhnya kembali. Namun, memori dari sensasi yang mengerikan atau mimpi buruk biasanya dapat bertahan lama
Secara fisiologi, penyebab sleep paralysis belum diketahui secara pasti. Setakat ini, para psikologi memberikan gambaran umum mengenai penyebab terjadinya sleep paralysis, seperti kebiasaan tidur menghadap ke atas, pola tidur tak tentu, stress, dan perubahan mendadak pada lingkungan atau lifestyle.

Mitos tentang sleep paralysis di seluruh dunia :
Di budaya Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut 'the devil riding your back' atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

Di budaya China, disebut 'gui ya shen alias' gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.

Di budaya Mexico, disebut 'se me subiĆ³ el muerto' dan dipercayai sebagai kejadian adanya roh orang meninggal yang melekat pada seseorang.

Di budaya Kemboja, Laos dan Thailand, disebut 'pee umm' merujuk kepada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegangi atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.

Di budaya Iceland, disebut 'mara'. ini adalah kata kuno bahasa Iceland. bermaksud hantu yang menduduki dada seseorang di malam hari, berusaha membuat orang itu sesak nafas dan mati lemas.

Di budaya Turki, disebut 'karabasan', dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang di waktu tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.

Di budaya Jepun, disebut 'kanashibari;, yang secara literatur bermakna seseorang diikat oleh makhluk halus.

Di budaya Vietnam, disebut 'ma de' yang artinya dikuasai syaitan. banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.

Di budaya Hungary, disebut 'lidercnyomas' dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang di saat tidur.

Di budaya Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh 'Haddiela' (istri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut.dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus menaruh benda dari perak atau sebuah pisau di bawah bantal semasa tidur.

Di budaya New Guinea, fenomena ini disebut 'Suk Ninmyo'. ini adalah pokok keramat yang hidup dari roh manusia. pohon keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.

#Lebih afdal sebelum tidur tu ingat pesan orang tua2,basuh kaki sebelum tidur,baca ayat2 suci Al Quran sebelum tidur.iblis dan syaitan bukan setakat main tindih2 je,dalam mimpi kita pun di ganggu jugak.

sumber : http://madinatulasrar.wordpress.com

10 comments:

  1. Replies
    1. Sharing is caring..mcm mana ngan pink floyd boxset?heheh

      Delete
    2. check dalam ebay... mahal... hehehe

      Delete
  2. i thought you want to review my personal favourite Dio album.

    Kena tindih ni kan? biasa la dulu2, hati je hidup, so apa lagi, ayat kursi je la yang hidup dalam hati, boleh rasa tengah berlawan gitu..

    Masa aku tengah full time National Service, budak2 melayu tido yang kat katil atas kan (semua bunk dua tingkat), terus bangun tido kul 2 pagi, tido atas lantai..
    aku siap tanya " beb kena tindih ke? ".
    " ha ah " haha.
    Terus sambung tido, peluk surah yasin lagik..
    dah la tempat camp keras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..tu lah deap..benda2 camni susah nak kata,mungkin jugak gangguan iblis n jin tonik ni.hehe

      Delete
  3. baru petang tadi aku dengar ceramah agama pasal tifur ni, dia kata tidur ni ialah saudara kembar kepada kematian, memang ada hadith sahih yang menyokongnya. entri ni memang menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro,tido ni memang saudara kembar kepada kematian.peringatan untuk kita semua jugak tu

      Delete
  4. tidur kena tindih adalah urban legend bebudak asrama...

    btw...nice info bro...

    ReplyDelete
  5. selalu kena tindih masa tido dengan dot dot dot.. :)

    ReplyDelete