Sunday, 20 September 2015

Siapa Untung?



Sehari selepas himpunan merah, ironinya aku tak rasa pun lebih bermaruah. Biasa saja. Aku masih bekerja untuk Boss, seorang perempuan Cina. Aku rasa puluhan ribu juga kawan Melayu yang bersama dalam himpunan semalam, hari ini terpaksa juga menghadap muka bos seorang Cina.
Mat-mat rempit yang tinggalkan 'kuda' mereka - pun hari ini terpaksa menghadap bos mereka orang Cina.
Semalam bukan main menjerit Cina bangsat dan balik 'Tongsan'; hari ini mereka telan semuanya balik. Hujung bulan ni, gaji pun dibayar towkay Cina bro. Jangan macam-macam.
Melayu yang atas pentas semalam semuanya tidak berkait dengan usahawan dan bos Cina? Tanya mereka balik. Kemewahan mereka selama ini, asal dari mana? Kalau bukan dipayung oleh dua tiga kontraktor Cina yang mereka bawa untuk tiriskan projek kerajaan? Mereka hanya pandai mencari 'minit' dan mencengkam komisen daripadanya. Mereka usahawan? Jangan bergurau.

Pemimpin politik basi.

Apa yang dibuktikan semalam, Umno masih lagi bergantung harap kepada tukang karut politik zaman lampau. Nama seperti Ali Rustam, Annuar Musa, Alwi Che Ahmad, Noh Omar, Ibrahim Ali - bukanlah mereka yang boleh diharap membawa fikrah dan pemikiran baru.
Mereka hanya membawa isu politik basi. Tak ada pembaharuan. Masih lagi seronok dengan politik bodek dan angau.
Ditambah dengan Tajuddin Rahman dan Jamal Yunos, rasanya tak ada apa pencapaian yang mampu dibanggakan dengan apa yang berlaku semalam.
Apa pembuktian yang berjaya dibuat?

Melayu pandai berhimpun? Cuba buang segala macam duit tambang, duit makan, duit top up, t shirt free, air free dan lain-lain - agak agak berapa orang datang? Berapa banyak FGV belanja untuk turunkan warga Felda yang tak ada pilihan lain kecuali untuk datang dan kononnya bersolidariti?
Berapa ramai yang turun kalau mereka terpaksa bayar sendiri tambang dan tidak disogok dengan bantuan lain?

Rasanya, kita tak berjaya membuktikan apa-apa pun. Kita balik, dan kembali kepada realiti kita hanya kuat pada suara, sedang ekonomi kita disamun hampir setiap saat oleh mereka yang berada di atas pentas.

Yang menjahanamkan imej dan darjat Melayu adalah ahli politik yang tidak ada tulang belakang. Ahli politik yang terpaksa meminta sokongan dan dokongan towkay Cina untuk menjaga kepentingan dan pengaruh politik mereka. Ahli politik mereka yang beria-ia menjerit tentang 'Maruah Melayu' sedangkan mereka senak bila digenggam towkay Cina.
Kalau kita girang gembira dengan himpunan semalam, maka itulah level kita dipermainkan mereka yang berkepentingan.
Mungkin lebih molek kalau kita minta 'Raja Bomoh' memulihkan kembali semangat sebenar perjuangan politik Melayu - dengan dimulakan dengan usaha bersungguh meminggirkan kalangan kepimpinan yang korup, tidak amanah dan mendahulukan diri dan isteri sendiri.
Apa gunanya kita beria-ia menyuruh Cina balik 'Tongsan' sedang hutang kita dengan kedai Ah Seng masih membukit setiap hari dan bulan.

Cina tak mahu balik 'Tongsan' kerana - 'Tongsan' mereka sudah ada di dalam poket pemimpin Melayu. Reti?

Tarconi Malazi,
The Malaysian Insider. 17 September 2015


4 comments:

  1. Inilah masalah MELAYU bila ade pemimpin, ketua, juga ahli2nya yg berkepentingan bkn kerana memperjuangkan bangsa dn negara, xperlu pandang pada ke"suci"an UMNO jika dalamnya di"kotori" oleh parasit2 bermuka2 dn berkepentingan.... akhirnya darah yg dihisap adalah rakyat2 xkiramereka tu kaya atau miskin kedana... disaat meraih sokongan dan undi menabur janji dn wang...klu tidaklah itu menguntungkan mereka agar jawatan kekal bersama projek2 mereka, xkn mereka bermurah hati dn sanggup berbuat demikian... menggunakan nama MELAYU dlm perhimpunan baru2 ni...cukuplah ia memalukan dn menjatuhkan maruah mencemar nama baik bangsa melayu...oleh pemimpin2, ketua2, dn ahli2 yg hidup dgn WANG tanpa maruah bangsa... mmgkah sikap kita suka menjual maruah utk WANG, jual tanah utk WANG, jual negara utk WANG... klu mcm tu sebutlah "Demi WANG, BANGSA, AGAMA dan NEGARA...."

    ReplyDelete
  2. Tu hari kat newspaper Singapore ada satu ayat terbaik, selepas keputusan undi keluar, dan selepas huha huha huha tukang2 sorak masa berkempen.
    "WHEN THE SILENT MAJORITY SPEAKS, IT ROARS".
    cue korus lagu Wickerman. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. letih dah dengan politik kat Malysia ni..

    ReplyDelete