Monday, 11 August 2014

Vinnie Moore - Mind's Eye LP (1986)

Lagi album gitar hero yang di terbitkan pada tahun yang sama dengan Trilogy pada tahun 1986..











terbitan Roadrunner records


Nama beliau mungkin agak kurang di kenali di rantau sini berbanding Malmsteen,aku pun lambat jugak mengetahui yang Vinnie Moore ni antara pemain shred terkenal juga pada era 80an dahulu.di sebabkan solo beliau dalam lagu UFO 'Profession Of Violence' yang mendayu2 sehingga menusuk kalbu tu,membuatkan aku nak tau apa yang best pasal dia ni sehinggalah aku terjumpa lp ni tempoh hari..

Apa yang aku dapat tau info kat internet pasal album ni,Mind's Eye merupakan album pertama Vinnie Moore yang di riliskan pada usia beliau ketika itu baru 21 tahun,kesemua lagu2 dalam album ni adalah ciptaan beliau sendiri yang di rakamkan hanya selama 11 hari jer.album ini juga menjadi top ten shred album of all time oleh majalah Guitar World pada tahun 2009.
Semua lagu dalam album ini instrumental,tanpa vokal.pemainan gitar beliau takyah cerita la,memang dah sama taraf dengan Malmsteen pun.walaupun ada juga komen negatif yang aku tengok kat Youtube pasal beliau,ada yang mengatakan beliau adalah 'the most forgotten guitarist',pada aku beliau juga telah mencatat sejarah antara gitar hero/gitar shredder terbaik sepanjang zaman walaupun kurang di kenali.untuk peminat gitar kena dengar ini album..memang bestest!.



4 comments:

  1. dia ni memang underated la...lama dah kan dia join UFO...10 tahun dah kot...tapi fan macam aku memang macam susah jer nak terima...heheh...

    tapi dia memang bagus la...ni antara album budak2 kaki gitar zaman aku kat ITM dulu kemaruk saing2 ngan Marty Friedman, Jason Becker tu semua...memang dasat,,,tapi kalau untuk lagu 'Profession Of Violence'...aku tetap suka solo asal dari Paul Chapman...

    ReplyDelete

  2. wah sekarang ni asyik review lp je ek..hehe..

    ok ni aku teka bro beli ni kat AM gerai apek tu kan..? aku dengar, anak pompuan dia citer la kan, apek tu eksiden moto la..kena langar dari belakang, kaki sakit takleh jalan, sebab tu anak dia jaga gerai..kesian dia. sori la apa nama apek tu ha? aku selalu panggil 'Uncle' je hehe

    btw kan, aku nak buat review tambahan pasal cover art album ni boleh? hehe. kau tahu kan tahun 80an dulu simbol2 jin mata satu tu start dikomersialkan secara besar2an, terutama dlm tv, movie, tapi ini album memang nampak gile la beb.. tajuk album 'Mind's Eye' nampak dah situ, pastu mata, tiga segi, tu biasa la kan.. kalau tengok betul2 kat bandar tu pun ada kira dataran bentuk mata jugak kan.. paling best ada 3 ketul biji tu..melambangkan bagi aku la, british+amerika+israel.. tengah2 ada mata.. dalam gitar. gitar tu pulak turun ke bandar.. ala jin mata satu kan akan masuk ke setiap bandar kan.. tapi bukan kampung kan.. cover belakang tu kampung kan.. ada burung terbang bebas... sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu bro kedai apek.aku pun taktau nama dia..panggil uncle jugak..taktau pulak yg dia eksiden moto..kesian eh..
      Tapi daripada point of view ko pasal cover tu mmg aku setuju sangat..

      Delete
  3. I would like to strongly recommend you to check out Time Odyssey.
    So much fun and thrills nye instrumental.
    Jordan Ruddess Dream Theater pun ada.

    UFO ngan Vinnie Moore sesuai la pada aku, Burn Your House down terbaik la kerjasama mereka. Tapi dia relaks je diri satu corner si Vinnie Moore ni hah. Dia tahu la kot UFO tuuu!!!! Michael Schenker tu!!!! haha.

    ReplyDelete